Ikuti Blog ini
JAIS Buat Caca Marba Lagi , at 6.9.11,
JAIS dakwa Khalid samad kerana tazkirah tanpa ‘tauliah’
Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru apabila mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah. (Khalid dan Dr Rani yang kini menjadi mangsa terbaru Jais) Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang. Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini. Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini. “Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais,” kata Dr Rani kepada Harakahdaily. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Sebelum ini, Jais mendapat kritikan pelbagai pihak apabila didakwa membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya. Jais pula berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan bukannya serbuan di gereja itu atas dakwaan dan maklumat ada usaha mengkristiankan umat Islam. Ekoran itu, 12 orang Islam yang berada dimajlis itu sedang disiasat oleh Jais. PAS pula mendesak Jais mendakwa mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar mana-mana peraturan ekoran dakwaan Jais itu. Sebelum itu, usaha PAS untuk berbincang dengan Jais dan Gereja gagal apabila kedua-dua pihak tidak bersedia berbuat demikian. Setiausaha Agung PAS. Datuk Mustafa Ali pula mendakwa, ada tangan-tangan Umno di belakang tindakan Jais ini. Ekoran itu, Umno Selangor berkata Mustafa akan disaman. Mustafa pula menjawab pihaknya sedia bertemu Umno di mahkamah dan akan memberikan bukti dakwaan beliau di mahkamah. Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semasa tazkirah Ramadhan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini. “Saya memberikan tazkirah tentang cerita yang berlaku di zaman Saidina Ali menjadi khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin baginda dapati baju besi baginda hilang. “Apabila pulang baginda dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu baginda berkata itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, ini aku punya. “Lalu kes ini dibawa ke mahkamah Islam ketika itu iaitu Qadhi. Qadhi bertanya Saidina Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu baginda yang punya. “Saidina Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu Hassan dan Husein. Qadhi kata, kedua-duanya tidak boleh jadi saksi yang adil kerana mereka berdua anak baginda. Jadi kes ini ditolak oleh Qadhi dan jadilah baju besi itu milik Yahudi itu. “Saya ingin beritahu kepada hadhirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam sahaja bahkan kepada Yahudi pun hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri. “Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan,” cerita Khalid tentang tazkirah yang diberikannya. -Hrkh |
Mat Sabu Tampil Tunjuk Bukti, Utusan Tiada Bukti Tuduh Mat Sabu Pertahan Komunis , at 6.9.11,
Johor Bahru - “Jangan gali kubur sendiri!” Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong mengenai perkara itu, sebaliknya mempunyai bukti mengangkat Mat Indera sebagai hero.
Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, ‘Pengukir Nama Johor’ diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri.
“Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung,” katanya semalam.
Buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.
Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.
Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.
Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang:
“Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat.
“Seperti Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.
“Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang.”
Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu.
“Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka,” katanya.
Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. -SH
PAS akan bukukan biografi Mat Indera
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan membukukan biografi pejuang Mat Indera termasuk mewawancara mereka yang mengenali allahyarham terutama keluarga terdekat.
Pengarah operasinya, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, ini ekoran sejak ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan oleh akhbar Utusan Malaysia dan media-media perdana milik Umno, nama Muhammad (Ahmad) bin Indera atau Mat Indera mulai dikenali oleh orang ramai terutama golongan muda.
Katanya, profil ringkas beliau mula terpapar di ruangan maya termasuklah dimuatkan di dalam Wikipedia berbahasa Melayu.
“Ceramah Mohamad Sabu yang telah disensasikan ini, bukan sahaja telah mempopularkan nama Timbalan Presiden PAS tersebut, malah sejarah berkaitan dengan Mat Indera mula disoroti semula sehingga menuntut kepada satu kajian yang lebih mendalam tentang biografi beliau,” katanya kepada Harakahdaily.
Berbeza dengan tokoh-tokoh golongan kiri yang lain, katanya Mat Indera tidak begitu dikenali disebabkan beliau meninggal dunia dalam usia yang begitu muda, iaitu sekitar awal 30-an.
Tambahnya, tidak banyak diketahui tentang beliau melainkan melalui sejarah yang ditulis berkaitan dengan peristiwa serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong.
Beliau berkata, di dalam peristiwa tersebut Mat Indera telah dilabelkan sebagai pengganas dan bersubahat dengan komunis seperti yang digembar-gemburkan oleh media-media arus perdana.
Katanya lagi, disebabkan gambaran tersebut, perjuangan Mat Indera keseluruhannya dilihat dari sisi yang negatif sehingga kaum keluarganya dipercayai tertekan dengan tanggapan-tanggapan tersebut.
Bagaimanapun, ujarnya telah ada usaha-usaha untuk mengkoreksi semula sejarah perjuangan Mat Indera seperti yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Johor dalam buku “Pengukir Nama Johor” yang diterbitkan pada tahun 2004.
Di dalam buku tersebut, sejarah perjuangan Mat Indera telah dilihat dari sudut yang lebih adil termasuklah memaparkan rentetan perjuangan beliau untuk menuntut kemerdekaan.
“Secara tidak langsung, melalui buku ini ketokohan beliau turut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor apabila Menteri Besar Johor sendiri telah memberikan prakata di muka hadapan buku ini.
“PPP melihat usaha Yayasan Warisan Johor ini merupakan satu langkah yang baik untuk meluruskan semula sejarah berkaitan dengan Mat Indera,” ujarnya.
Menurutnya, PPP telah mengenal pasti beberapa orang penulis untuk terlibat dengan penulisan buku ini, di samping akan melakukan sendiri kajian melalui kaedah kajian perpustakaan dan kaedah wawancara dengan mereka yang mengenali Mat Indera, terutama kaum keluarga mereka.
Selain daripada itu, jelasnya PPP juga akan menyahut jemputan beberapa orang tokoh sejarah seperti Profesor Emeritus Khoo Kay Kim dan Profesor Ramlah Adam yang bersedia mendedahkan dokumen-dokumen versi mereka.
PPP juga, kata beliau merujuk kepada dokumen sejarah golongan kiri seperti memoir-memoir tokoh mereka, seperti Memoir Shamsiah Fakeh yang antara lain pernah menyebut Mat Indera belum pernah menyertai PKM sehingga beliau dihukum bunuh.
“Penerbitan buku ini merupakan sebahagian kecil daripada usaha PPP untuk meluruskan semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara, setidak-tidaknya memberikan keadilan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang selama ini telah digelapkan jasa-jasa mereka.
“PPP memberi perhatian terhadap Mat Indera bukan sahaja disebabkan nama ini disebut oleh Timbalan Presiden PAS, tetapi juga disebabkan Mat Indera ini merupakan golongan agamawan, malah ada maklumat tidak rasmi yang menyatakan beliau hafiz al-Quran,” ujarnya.
Beliau berkata, berdasarkan kepada maklumat tersebut, latar belakang beliau adalah seperti perwatakan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain tokoh agamawan yang mempelopori perjuangan kemerdekaan.

Daftar pengundi online apa bangang macam tu... , at 6.9.11,
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
"Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.
Menurutnya, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.
Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500. - Bernama
Kalau tengok tajuk laporan berita tu memang gah. "SPR sediakan pendaftaran pemilih secara online hari ini".
Harap tajuk ja la hebat tapi apa kejadahnya pendaftaran secara online kalau kena "menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR".
Kalau setakat boleh download borang online tu orang tak panggil daftar secara online.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
"Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.
Menurutnya, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.
Kalau tengok tajuk laporan berita tu memang gah. "SPR sediakan pendaftaran pemilih secara online hari ini".
Harap tajuk ja la hebat tapi apa kejadahnya pendaftaran secara online kalau kena "menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR".
Kalau setakat boleh download borang online tu orang tak panggil daftar secara online.
11 kelebihan Rosmah Mansur , at 6.9.11,
Ramai orang tak perasan bahawa rosmah mansur mempunyai banyak kelebihan2 yang hebat berbanding isteri2 perdana menteri malaysia yang lain. Mari kita lihat kelebihan2 rosmah mansur sejenak. Tak rugi larh kalau amek tahu kelebihan2 rosmah mansur neh kalau korang bercita2 nak jadi isteri perdana menteri kelak. Heh.
Kelebihan rosmah mansur.
1. Isteri perdana menteri paling cantik.
Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang larh nak kutuk dia macam2, konon tak cantik larh, muka berminyak larh.. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke?
Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama rosmah mansur = rm. Hahaha.. korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh.
2. Isteri perdana menteri yang paling glamer.
Hari2 wajib keluar masuk berita. Suami sakit ke suami sihat ke, bercuti sakan ke apa ke confirm ada je statement dari dia. Jepun di landa malapetaka pun dia yang komen lebih2. Time PRK pun dia gak yang lebih2. Siap naik helikopter lagi. Pendek kata mustahil rakyat tak kenal rosmah mansur, tapi ajaib kalau semua rakyat kenal najib razak.
3. Isteri perdana menteri yang paling rajin.
Lawatan kerja ke luar negara ialah upacara wajib rosmah mansur sejak najib jadi PM.Tiap2 bulan ada je usul rosmah mansur nak bantu rakyat malaysia. Syabas2.. walaupun aku tak nampak bentuk bantuan apa rosmah mansur hulur kat rakyat tapi syabas di ucapkan sebab bersemangat waja lakukan pengaliran wang keluar masuk negara bagi merancakkan ekonomi negara.
4. Isteri perdana menteri yang paling besar ahti dan besar segala2nya.
Rosmah mansur bukan sahaja besar dari sudut badan dan rambutnya, dia juga isteri perdana menteri yang sering berbesar ahti. Tak percaya? Kalau tak percaya tunggu rosmah mansur bagi dana / bantuan / peruntukkan kepada target dan baca laporan berita mengenai isu tue. Confirm wartawan akan tulis rosmah mansur berbesar ahti blablabla.. dan etc.Ya, aku menyanjungi dia yang berani mengakui berbesar ahti meskipun dana yang disalurkan ialah wang yang aku petik dari pokok tiap2 bulan dan bukan datang dari kocek dia. Aku fikir dia memang hebat sebab memiliki ahti besar lagi tatau malu.
5. Isteri perdana menteri yang paling sensasi dan meletup dengan panahan kontroversi.
Artis pun kalah! Almaklum larh orang glamer. 24 diperatikan je atas bawah sampaikan kulit tegang dan berminyak pun orang perasan. Hahaah..
Macam2 kontroversi yang membabitkan rosmah mansur sepanjang dia menjadi isteri perdana menteri. Sampaikan ramai orang terkeliru dan tersalah anggap bahawa rosmah mansur ialah perdana menteri malaysia. Sedangkan isteri2 perdana menteri yang lain kalau ditanya pada budak2 pun dorang akan cakap tatau, tak kenal, ataupun isteri perdana menteri tue apa. Tapi rosmah mansur berjaya mengubah persepsi itu. Syabas di ucapkan. Mesti rosmah mansur menghadapi saat2 sukar untuk mendaki ke anak tangga paling popular.
6. Isteri perdana menteri yang paling pandai menasihati rakyat.
Dah banyak kali rosmah mansur nasihatka rakyat malaysia. Contohnya rajin bersenam walaupun badan dia sendiri tidak sekecik yang dilihat. Amalkan gaya hidup sihat walaupun cara dia sendiri tak berapa nak sihat. Jimat cermat walaupun nilai cincin usd24juta. Tukar gaya hidup dengan tiap2 bulan buat rombongan ke luar negara dengan angkut satu kampung mek2 bakti. Hebat.. bukan calang2 isteri boleh buat macam neh. Korang boleh? Tak boleh kan? Rosmah mansur boleh taw.. jangan main2 sama dia.
7. Isteri perdana menteri yang ada slot khas dan website sendiri.
Pernah ke korang kenal isteri perdana menteri yang ada slot ucapan raya khas?Pernah ke isteri perdana menteri diberikan slot khas untuk menyampaikan ucapan raya? Tak pernah kan? Rosmah mansur berjaya mengubah senario itu. Agong pun takde slot khas, tapi rosmah mansur ada. Teror kan dia? Di samping itu dia juga ada website dan jabatan sendiri di jpm. F.L.O.M <-- first lady of malaysia. Ada kakitangan yang ditransfer dari jabatan najib lagi. Sudah nya najib kena lantik kakitangan baru. Hehehe.. so terima larh hakikat bahawa rosmah mansur memang wanita hebat, suka tak suka sekalipun.
8. Isteri perdana menteri yang paling pandai bergaya / berfashion.
Cuba perhatikan isteri2 perdana menteri yang lain. Ada tak dorang beli gelang berjuta2 dari yahudi? Ada tak dorang pakai beg dan kasut mahal2? Ada tak dorang boleh pegang cincin usd24juta? Hah.. takde kan? Rosmah mansur ada semua tue tahu.. bukan calang2 isteri boleh memiliki itu semua. Di sebabkan kelebihan dia dalam dunia berfashion larh dia terlibat dalam penganjuran IFF. Islamik cara luar biasa. Aku mesti puji. Hahaha..
9. Isteri perdana menteri yang paling dikasihi oleh PM.
Di malaysia neh kita lihat ada banyak isteri2 perdana menteri malaysia. Tapi belum lagi kita lihat ada isteri perdana menteri yang dapat peruntukkan macam2 dari PM. Rosmah dapat semua tue. Pengurangan cukai atas beg branded dan baju dalam mewah pun sanggup najib buat demi rosmah. Ya, betul orang2 kaya yang selalu beli barangan branded akan dapat faedah.
Orang2 miskin macam ko dan aku jangan mimpi larh der. Kalau nak berangan2 kahwin dengan orang kaya takpe larh. Jangan risau, walaupun korang dah kahwin still boleh pasang angan2 neh. Rosmah mansur dulu pun dah kahwin gak time kenal najib dulu. Demi cinta pada isteri, 1malaysia kena gadai pun okey ma. Hahaha..
10. Isteri perdana menteri yang paling banyak gelaran berbanding sumbangan.
Mungkin dah tak terkira berapa banyak dah darjah kebesaran yang dia terima. Ada je orang hulur penghargaan dan gelaran2 buat dia sampaikan penghargaan tersebut melebihi sumbangan dan jasa dia terhadap negara walaupun umum tahu dia belum sekalipun berjasa terhadap negara, sekurang2nya terhadap perkara yang aku boleh rasa dan terima faedahnya.
Selain dari badan2 korporat, sultan, kolej2, pihak universiti yang bagi anugerah darjah kebesaran dan penghargaan yang berupa gelaran dan pengiktirafan, dia juga dapat gelaran2 yang unik dari rakyat malaysia.Antaranya bik mama, bik badak, puaka tebing dancing, jangan pandang belakang rosmah, tolong awek aku nama rosmah, duit ku duit rosmah jua, dan macam2 lagi. Mungkin rakyat sayang sangat kat rosmah mansur neh agaknya.
11. Isteri perdana menteri yang paling dasat.
Ya, di antara 10 kebaikan yang dia ada, neh larh kelebihan paling terbaik yang dia miliki. Dia dasat. Dia cukup dasat dalam semua segi. Kedasatan dia tiada tandingan. Bukan lawan orang biasa macam ko dan aku. So sila larh berhenti berangan2 kalau nak kalahkan dia pasal dia punya dasat.. ziana zain dan lee chong wei lebih tahu. Rakyat biasa macam aku dan ko neh hanya mengalami sebahagian kecik je dari kedasatan itu..tapi ziana zain dan lee chong wei alami banyak dah kot. Hahahaha.. kena peluk seribu tahun tak bernafas aku rasa..
http://amenoworld.blogspot.com/

Debat: Mat Sabu hanya mahu jumpa Muhyiddin, Khairy bidas bacul , at 6.9.11,
KUALA LUMPUR – Selepas menolak cabaran Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau hanya bersedia berdebat dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan kontroversi berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong dan gesaan agar fakta sejarah diteliti semula.
Khairy, Ketua Pemuda Umno pula mengecam Mohamad sebagai seorang pemimpin politik “bacul dan tiada maruah” kerana tidak sanggup bertemu dengannya.
Dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, Mohamad (gambar) yang lebih dikenali “Mat Sabu” berkata “Timbalan Presiden Umno, OK” – apabila ditanya sama ada bersedia berdebat dengan Muhyiddin yang juga anak jati Johor. Muhyiddin juga timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor.
Ditanya di mana lokasi debat itu boleh diadakan, Mohamad hanya menjawab: “Terserah.”
The Malaysian Insider pagi ini melaporkan Khairy menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.
Namun, Mohamad menolak cabaran itu dan menyerahkan kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Khairy.
Mohamad mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950.
Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.
Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Khairy untuk mencari kebenaran sejarah tentang tragedi Bukit Kepong dan Muhammad.
Selain beliau juga mencadangkan agar debat itu diadakan di Muar, tempat lokasi Bukit Kepong.
“Khairy sanggup turun, kami sediakan pentas.
“Saya menegaskan di sini jika sekadar isu Mat Indera ini yang menjadi pentas Patriot Khairy untuk menyerang PAS, biar Pemuda PAS Johor sahaja yang berhadapan dan selesaikan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Suhaizan, Khairy hanya “ikan bilis” dan tidak layak untuk berdebat dengan Mohamad.
Sementara itu, ‘perang’ mesej menerusi media sosial Twitter berterusan hari ini dengan Khairy menegaskan, “yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah. Tewas sebelum tempur.”
Dalam satu lagi mesej Twitter, Khairy yang pernah muncul di pentas dengan Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa, yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, “sekurang-kurangnya Husam ‘anak jantan’. Ini Mat Sabu... dengan Ketua Pemuda Umno sudah lari. Adakah ini timbalan presiden yang anda pilih? Malu.”
Khairy seterusnya berkata biar sejarah akan menunjukkan beliau telah menerima jemputan untuk mengupas isu semasa ini, tetapi ditolak oleh Mohamad.
“Jadi, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, laporan Harakahdaily memetik Mohamad menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.
Kata laporan itu, beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol “Pengukir Nama Johor” yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.
Ghani turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada 2004.
Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Peguam Ini Memang Jahatlah! , at 6.9.11,
Pakatan: Mahkamah wajar panggil Shafee jelas kenyataan sentuh kes Anwar
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung dakwaan bahawa beliau berkonspirasi dengan pentadbiran Najib untuk memusnahkan imej Ketua Pembangkang itu.
Beberapa wakil rakyat memberitahu The Malaysian Insider, mahkamah perlu menentukan sama ada peguam terkenal itu telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua media bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri berhubung liputan media kes berprofil tinggi itu.
“Ini mencetuskan keraguan berhubung prosiding kes dan mahkamah seharusnya memanggil Shafee untuk membuat penjelasan demi memastikan kewibawaan perbicaraan,” kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar.
Pendirian itu seiring dengan pandangan ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, yang menegaskan Shafee seringkali dilantik dan dikaitkan dengan perbincangan-perbincangan politik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN).
Oleh itu kata beliau, peguam itu tidak boleh dianggap sebagai seorang yang berkecuali.
“Keadilan seharusnya dilihat diberikan. Dia juga peguam yang secara terbuka memberitahu media bahawa 99.9 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar,” kata Ahli Parlimen Beruas ini, merujuk kepada rakaman video yang dikaitkan dengan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, beberapa bulan lalu.
Terdahulu, The Malaysian Insider membawa laporan memetik peguam itu yang menafikan dakwaan berkonspirasi dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri untuk menggunakan media dan menamatkan kerjaya politik Anwar, yang dilihat sebagai ancaman kepada BN.
Shafee berhadapan dengan kecaman dunia siber kononnya beliau mencampuri urusan liputan berita kes kontroversi Anwar, yang akhir bulan lalu membela dirinya di mahkamah dengan membacakan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh.
Peguam itu didakwa memberi beberapa arahan kepada editor-editor dan pemberita media arus perdana.
Kecaman itu dibuat oleh blogger yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmat Gaza.
Dia mendakwa pertemuan rahsia itu diadakan di Le Meridien Hotel di sini dan turut dihadiri oleh penasihat media kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid.
Shafee berkata dakwaan itu satu usaha untuk menghuru-harakan institusi kerajaan untuk mengambil alih Putrajaya.
“Agenda dia ialah untuk menyemai rasa tidak percaya sedaya yang boleh terhadap institusi-institusi kerajaan termasuk kehakiman, untuk mewujudkan keadaan huru-hara terhadap keluhuran undang-undang,” kata Muhammad Shafee menjawab dakwaan Ahmat Gaza.
“Gaza ini dungu, yang tidak tahu keadaan sebenar pertemuan ini,” katanya lagi sambil mencemuh dakwaan kononnya ia konspirasi mahu menyebabkan mudarat ke atas Anwar.
Peguam itu memberi amaran akan memfailkan saman fitnah sebaik identiti blogger itu terdedah. Dakwaan itu tersebar luas dan diulang terbit oleh laman-laman web lain.
Ditanya sama ada Abdul Jalil juga hadir pada pertemuan itu, Shafee berkata: “Jika Jalil ada di sana, saya samar-samar dia ada di sana. Saya tidak terkejut jika dia ada di sana kerana dia ada di sana sebagai orang media.”
Kata Shafee, beliau mengenali Jalil tetapi bukan sebagai pembantu Najib dan mendakwa hanya menyedari jawatan semasanya selepas dimaklumkan oleh The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, Abdul Jalil, bekas wartawan kanan Reuters enggan mengulas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. -TMI
Kebanyakan kes berprofil tinggi kerajaan dan UMNO, maka Shafeelah peguamnya.
Di dalam kes Teoh Beng Hock, Shafee menjadi peguam kepada SPRM.
Dan terdedah tembelangnya apabila Suruhanjaya Siasatan mendapati Teoh Beng Hock telah didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -GB
Allah itu Hakim Yang seadil-adilnya. Justeru perbanyakkanlah berdoa seperti yang selalu GB nukilkan di blog ini:
Kita sebagai rakyat terbanyak hanya mampu terus berdoa kepada Allah s.w.t.
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ
1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba’ah,
wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa
Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:
Firman Allah bermaksud,
Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Konspirasi Shafee-JPM dalam kes Anwar Ibrahim
Salam kawan kawan.
Dalam musim bermaaf-maafan ini, saya nak ceritakan konspirasi peguam Umno tersohor, Shafee Abdullah, dengan penasihat media Jabatan Perdana Menteri, Jalil Hamid, dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.
Walaupun falsampah politik saya tak selari dengan Anwar Ibrahim, saya sebagai wartawan Malaysia muak dengan konspirasi konspirasi untuk menggunakan media untuk menjatuhkan ahli politik.
Sudah lama dah. Dari zaman Utusan Melayu di ambil alih 1961 sampai sekarang. 50 tahun. Cukuplah Umno dan Umno Baru. Sedarlah sikit.
Konspirasi yang terbaru ni sama seperti konspirasi memburukkan Raja Petra Kamarudin beberapa tahun dulu.
Kira-kira dua minggu yang lalu, Shafee Abdullah dan Jalil Hamid, yang baru ini kena kutuk pasal pelannya memburukkan Bersih 2.0, telah berjumpa pengarang kanan media tempatan untuk cara-cara meliputi kes liwat Anwar Ibrahim.
Mereka mengutuk pendakwaraya yang tidak membantah ucapan politik Anwar Ibrahim pada permulaan pembelaannya dalam kes liwat aduan Saiful Bukhari Azlan. Yalah, Anwar Ibrahim berucap mengutuk kerajaan dan apa yang dia panggil konspirasi terhadapnya.
Pendakwaraya diam sahaja. Tidak membantah dan membenarkan dia bercakap.
Shafee Abdullah tidak tahan lagi. Walaupun dia tidak ada hak atau kepentingan dalam kes ini kecuali untuk anak guamnya Umno, dia terus memanggil pengarang-pengarang kanan untuk satu mesyuarat.
Dan sebelahnya, penasihat media Perdana Menteri, Jalil Hamid. Dulu orang Bernama, lepas tu Reuters, lepas tu Suruhanjaya Sekuriti. Sekarang bertempat di National Communications Team di Mid Valley. Ini semua maklumat yang dari sumber-sumber sahih seperti A. Kadir Jasin, yang dulu penasihat Dr Mahathir Mohamad.
Kira Goebbels Senior dan Goebbels Junior lah.
Dalam mesyuarat yang diadakan di Le Meridien Hotel, Shafee memberitahu dan mengarahkan pengarang-pengarang kanan media tempatan cara-cara dan isu-isu yang patut di utarakan dalam media masing-masing. Yalah, cara nak mencerca dan mengutuk Anwar Ibrahim.
Antara yang dalam mesyuarat itu adalah si penemuramah Raja Petra Kamarudin dari TV3. Yang bergelar Datuk. Yang sekarang ini terjebak dalah kes gangguan seksual. Ini kuasa Allah. You burukkan orang, you kena nanti.
Tapi saya nak tanya. Apa kuasa Shafee Abdullah dalam kes ini. Apa peranan Jalil Hamid dalam kes ini. Mengapa mereka ada kuasa memanggil pengarang-pengarang kanan dan memberitahu mereka apa yang patut di buat dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.
Adakah duit rakyat digunakan dalam konspirasi ini? Macam mana kita nak percaya media arus perdana kalau ada mesyuarat macam ini dan konspirasi ini. Rakyat dah bosan dengan taktik taktik kotor.
Wahai Perdana Menteri Putrajaya, tuan tahu tak pasal konspirasi ini? Tuan terlibat kah dalam konspirasi ini? Bukan boleh percaya media arus perdana ini, tuan. Dia akan makan tuannya nanti.
Jadi kawan kawan, jangan percaya langsung berita arus perdana mengenai kes liwat Anwar Ibrahim. Mereka telah diarahkan untuk membohong lebih lagi supaya Anwar Ibrahim tidak berjaya tawan Putrajaya.
Saya tidak kira siapa jadi kerajaan. Tapi saya tidak suka orang bohong. Saya tidak suka Shafee Abdullah dan Jalil Hamid boleh sewenang wenangnya bagitau boss saya apa yang dia patut buat. Ini salah. -ahmatgaza
Kebanyakan kes berprofil tinggi kerajaan dan UMNO, maka Shafeelah peguamnya.
Di dalam kes Teoh Beng Hock, Shafee menjadi peguam kepada SPRM.
Dan terdedah tembelangnya apabila Suruhanjaya Siasatan mendapati Teoh Beng Hock telah didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -GB
Jadi tertolaklah teori Peguam SPRM, Shafee Abdullah yang menyatakan kononnya Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi melindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah. Satu andaian palsu dan rekaan melangkaui tahap "merapu" demi untuk mempertahankan SPRM dan Polis. This lawyer really wants to play the fool with truth and God.
Allah itu Hakim Yang seadil-adilnya. Justeru perbanyakkanlah berdoa seperti yang selalu GB nukilkan di blog ini:
Kita sebagai rakyat terbanyak hanya mampu terus berdoa kepada Allah s.w.t.
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ
1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba’ah,
wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa
Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:
Firman Allah bermaksud,
Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)
Langgan:
Catatan (Atom)