KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai mulut
celupar seperti kenyataan daripada anak-anak muda di jalanan dan bukan
tindakan seorang pemimpin negara.
Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin
Yassin amat tidak wajar memandangkan beliau orang kedua pemimpin parti
dan negara.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada mulanya enggan mengulas, kerana tidak mahu melayan kenyataan seperti orang tidak cerdik itu.
Bagaimanapun, apabila ditanya lagi dia terus menjawab ringkas: “bukan taraf orang nombor dua untuk bercakap begitu”.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu
di pejabatnya petang semalam selepas mengadakan pertemuan dengan
pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung Agenda Berkebajikan Wanita
Malaysia.
Katanya, kalau anak-anak muda di jalanan munasabah untuk keluar
kenyataan sedemikian.“Tapi kalau orang nombor dua parti atau nombor dua
pemimpin negara
memang bukan taraf dia,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Kelmarin, pemimpin kedua parti Umno itu berkata Tuan Guru Nik Aziz
sebagai mulut celupar apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong
Umno adalah mungkar. -Hrkh
Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.
Kejadian
itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami
kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.
Antara
jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun
Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan
Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar
dan Terminal Makmur.
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan
sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan
raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup
perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.
Di kawasan
Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing
seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah
paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1
meter.
Tinjauan
juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman
LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman
Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.
Sementara
itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di
kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah
itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.
Ketua
Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak
menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh
menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.
Bercakap
kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot
pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika
paras air Sungai Tembeling naik.
Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan keselamatan penumpang.
Sementara itu, Kuantan hari ini lumpuh akibat banjir teruk yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu.
Ia dilaporkan bermula sebelum tengah hari tadi selepas hujan selama lebih 10 jam. China Press menyifatkannya sebagai banjir paling teruk melanda Kuantan sejak 1971.
Menurut
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama di
Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi
tadi.
"Operasi menyelamat masih lagi
berlangsung," kata seorang petugas di pusat kawalan itu sambil menambah
air telah mula surut secara perlahan-lahan.
Menurutnya,
petugas-petugas banjir sedang memantau paras air di Sungai Galing dan
Sungai Isap dan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini bencana
itu bakal diketahui jam 8 malam nanti.
Beribu-ribu
orang dipercayai terjejas akibat banjir tersebut dan gambar-gambar
kenderaan tersadai akibat banjir itu sudah mula dikongsi dengan pantas
di laman media sosial.
Seorang penduduk Kuantan, Hasnul Hisham memberitahu Malaysiakini bahawa Jalan Beserah adalah paling teruk terkesan akibat banjir itu.
"Air Sungai Galing melimpah keluar dan tembok penahan di Sekolah Kebangsaan Galing juga telah pecah," kata Hasnul. -M'kini
Temerloh: Peneroka Jengka 11 membuat
laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh berikutan tindakan
pengurusan tanah rancangan berkenaan yang didakwa menutup jalan dengan
palang besi bagi menghalang orang keluar masuk mendengar ceramah anjuran
PAS.
Isa @ Zaharudin Noh, 42, dalam laporannya semalam
mendakwa kumpulan polis bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno
turut bertindak menghadang jalan dengan sekatan mengakibatkan penduduk
menghadapi kesukaran untuk berurusan keluar.
Dalam laporan itu, Isa yang juga ahli PAS, mendakwa akibat sekatan
secara samseng itu juga menyebabkan ceramah anjuran PAS cawangan gagal
diadakan di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit.
Tambahnya, keganasan tersebut secara jelas mengakibatkan pencabulan hak
mengawal keselamatan yang sepatutnya di bawah urusan pihak polis serta
mencabul demokrasi.
Sementara itu, Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, turut membuat
laporan polis di tempat yang sama berikutan sekatan rombongan Jelajah
Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan, sedangkan telah
mendapat kebenaran pihak IPD Maran.
Dalam laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya
berkumpul dan melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi
mendakwa dihalang pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka, JKKR dan
penyokong Umno.
Tegas Syafie, pihaknya memandang serius budaya samseng seperti itu
kerana mengambil alih tugas polis, mencabul hak berhimpun secara aman,
menyuburkan budaya samseng dan melanggar undang-undang.
Turut berada di balai polis Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan
Peneroka PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul
Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed
Hamid Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid
Hasan serta para peneroka.
Kelmarin, Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50
buah kereta dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen
Bera, Maran, Kuala Krau dan Jerantut.
Program jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila
bermula kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan
aktiviti ceramah dan mengedar risalah.
Rombongan yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas
itu juga mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila
dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di
masjid di situ.
Bagaimanapun apabila konvoi bergerak ke Parlimen Kuala Krau dan cuba
memasuki Jengka 23, kira-kira 100 orang dipercayai penyokong Umno
menghalang laluan sambil memaki hamun dan menghambur kata-kata lucah
kepada rombongan Jelajah Oren yang jumlahnya dua kali ganda daripada
mereka.
Penyokong-penyokong Umno yang turut mempergunakan wanita dan kanak-kanak, meletakkan tong-tong milik Rela di atas jalan masuk.
Konvoi Jelajah Oren sekali lagi dimaki hamun dan diusir apabila tiba di
simpang Jengka 21 meskipun mereka hanya singgah dan tidak berhasrat
untuk masuk ke situ.
Namun begitu mereka tidak dihalang apabila memasuki Jengka 12 dalam
Parlimen Kuala Krau, sehingga tidak diganggu untuk menunaikan sembahyang
Asar, minum petang dan ceramah ringkas.
Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka.
Ceramah pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka
11, terpaksa diadakan di hadapan kedai dengan kehadiran ribuan
pendengar. -HD
Tengah hari tadi, dianggar lebih 300 penunggang motosikal yang menderu
ke perkarangan Sri Pentas, tempat stesen penyiaran TV3 beroperasi
terkejut apabila pelawak terkenal Zizan Razak tiba-tiba keluar dari
celah-celah mereka membawa sekeping kertas!
Penunggang motosikal yang berang dengan tindakan wartawan Majalah 3,
Mazidul Akmal Sidik menggelar mereka 'pelesit jalanan' dalam paparan isu
'AES dan rasional dilaksanakan' yang disiarkan dua minggu lalu, nyata
terubat dengan kemunculan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak
yang menyokong kehadiran mereka dengan membawa bersama kertas dengan
tulisan 'Tolak AES' (Automated Enforcement System).
Tindakan Zizian pantas disorak penunggang motosikal dengan membunyikan
hon motor masing-masing dengan dikawal lebih 30 anggota polis yang
berkawal di pintu masuk bangunan itu di Bandar Utama, Petaling Jaya,
Selangor.
Menurut seorang saksi, Zizan dengan spontan keluar dari bangunan
tersebut setelah selesai mengacarakan rancangan hiburan 'Melodi'
terbitan stesen itu bersama Awal Ashaari dan Ziana Zain kira-kira jam
1.45 tengah hari sambil membawa kertas berkenaan tanpa dipaksa sesiapa
mahupun diarah oleh mana-mana pihak.
Sebelum ini, Zizan pernah menggemparkan seluruh negara apabila hadir
mengacara bersama Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis sambutan tahun
baru anjuran Kerajaan Selangor akhir tahun lalu.
Zizan yang berpasangan dengan rakannya dalam kumpulan lawak Jozan iaitu
Johan Raja Lawak setakat ini tidak diberi amaran atau diminta memberi
penjelasan oleh pihak atasan stesen kawalan Media Prima Berhad itu
mahupun Astro yang dia dan Johan sedang menyertai sebuah pertandingan
terbitan stesen tersebut.
Tahniah Zizan, anda sememangnya berani menegakkan kebenaran.
Rakaman gambar Abdul Rahman Bakar bekas
Ahli Parlimen Marang, dengan beberapa ahli UMNO dengan bersenjatakan
parang dan keris kononnya mau tawan DUN Manir, Parlimen Hulu Terengganu
mengundang beberapa persoalan, kini berlegar ligat dialam siber.
Adakah beliau mau mengajak ahli, penyokong dan
pendokong UMNO mau tawan/rampas DUN Manir dari tangan PAS secara
pertumpahan darah?
Jika ini dimaksudkan maka ini sudah mengamalkan budaya politik yang cukup berbahaya. -wargamarhaen
Polis berdiam diri saja?
Jikalah yang memegang parang itu pemimpin-pemimpin dari Pakatan, berduyun agaknya FRU tiba.
Pernah satu ketika, penyokong Pakatan ditahan dan ditangkap hanya terbawa pisau lipat kecil yang ditemui di dalam kereta.
Wahai polis, mengapakah kamu tidak bersikap adil di dalam melaksanakan tanggungjawab?
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambl tempatnya. Polis yang
bersikap berat sebelah dan dwi-standard akhirnya akan menerima hukuman
Tuhan. Tidakkah tuan-tuan polis semua melihat bagaimana mantan-mantan
polis pangkat tertinggi akhirnya berpihak kepada kebenaran dan keadilan?
Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
menyertai PAS, dan Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sendiri
melakukan pendedahan berani tentang campurtangan menteri KDN dan orang
luar yang bernama Robert Phang terhadap urusan PDRM.
Pekung-pekung jenayah anggota polis pun banyak Allah dedahkan, yang merogol, yang buat harta semasa berkhidmat dan lain-lain. Itu hukum kebenaran dan keadilan apabila anda gagal menyempurnakan tugas dengan adil dan bertanggungjawab! -GB