Ikuti Blog ini

Terlibat kempen: UKM digesa tarik pertuduhan

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menarik balik pertuduhan terhadap empat mahasiswa yang ditahan semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor awal bulan ini.

Empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Keempat-empat mereka juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM.

Pada sidang media di sini hari ini, Hilman mempersoalkan penahanan itu kerana menurutnya adalah perkara biasa bagi pelajar jurusan sains politik untuk turun ke lapangan pilihan raya bagi melihat sendiri proses pilihan raya berlangsung.

"Adalah perkara biasa untuk mahasiswa sains politik turun ke tempat berlangsungnya pilihan raya untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Kalau pelajar jurusan perubatan kena turun ke hospital, pelajar engineering kena turun ke tapak projek. Pelajar sains politik kenalah turun ke tempat pilihan raya," katanya.

Pada 22 April lepas, mereka ditahan oleh pihak polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah. Turut ditahan bersama mereka ialah tiga orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama iaiatu sebuah kereta dan sebuah van.

Dalam penahanan itu, polis merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga cakera padat (cd) kempen.

Pada 23 April pula, sekitar jam sepuluh malam, Hilman bersamasama empat orang aktivis lain ditahan sekali lagi oleh polis dalam sekatan jalan raya. Dalam penahanan ini polis hanya menjumpai sekeping vieo cakera padat (VCD) ceramah parti politik.

Ditanya kenapa bahan kempen ada bersama Hilman, beliau berkata semua bahan itu bukan miliknya sebaliknya kepunyaan pemilik kenderaan yang ditumpangi.

"Sebenarnya semua bahan kempen itu bukan milik saya tapi milik tuan kereta yang saya tumpang. Jadi tiada kaitan dengan saya pun," katanya.

Beliau juga memberitahu, pensyarah beliau sendiri mengetahui bahawa beliau ke Hulu Selangor.

"Secara tidak formal, pensyarah saya tahu saya ada di sana (Hulu Selangor) dan saya pun tahu pensyarah saya ada di sana. Kami berjumpa dan minum di kedai kopi, tak ada masalah apa pun. Takkanlah setiap kali saya nak ke mana-mana saya kena tulis surat kepada pensyarah saya," katanya lagi.

SMM juga katanya mengecam penahanan itu kerana dilihat seolah-olah mahu memperbudak mahasiswa dan menyifatkannya sebagai tindakan untuk menyekat dan menakutkan seluruh pergerakan mahasiswa.

Mereka turut kesal dan hampa dengan peraturan universiti yang meyekat hak dan kebebasan akademik pelajar dalam mengaplikasikan pembelajaran yang berlaku dalam bilik kuliah.

Sehubungan itu, mereka akan menghantar memorandum bnathan terhadap penahanan itu ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam masa terdekat ini.

Hadir sama pada sidang media berkenaan, Setiuasah Agung SMM, Mohd Riedzuan Othman, Setiausahanya Shazni Munir, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) Mohd Idris Mohd Yussuff, dan Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma). -Hrkh

Tempoh Seminggu Kepada SPR Untuk Dakwa Najib


Oleh Dzulkarnain Taib

SIBU 18 Mei - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memberi tempoh sehingga Isnin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menawarkan rasuah kepada penduduk Sibu semasa berkempen pada pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini.

Kegagalan berbuat demikian, pihak DAP kata Karpal akan membuat laporan polis terhadap Najib di Sibu.

Semalam Pengerusi Kebangsaan DAP itu mendakwa Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada PRK Sibu semasa berkempen pada satu majlis di Rejang Park Sabtu lalu.

Akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times memetik kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib kepada kira-kira 1,000 penduduk rejang Park.

Dalam ucapan beliau, Najib dikatakan menjanjikan RM5 juta bantuan kerajaan pusat untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang PRK Sibu.

"Ini adalah perlakuan amat serius yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri bukannya rakyat biasa.

"Saya beri tempoh satu minggu sehingga isnin depan untuk SPR mendakwa Najib. Sebenarnya SPR sepatutnya bertindak serta merta terhadap Perdana Menteri," kata karpal ketika dihubungi Suara Keadilan.

Karpal berkata Najib boleh didakwa Seksyen 10 (1)(B) dan Seksyen 11 di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa denda RM2,000 dan penjara tidak kurang daripada dua tahun.

Khalwat ; Timbalan Ketua Umno Dilepaskan Tanpa Bicara?

MARANG – Masyarakat sebuah kampung dalam daerah ini, merasa tidak puas hati kerana Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK) tersebut yang ditangkap berkhalwat, telah dilepaskan tanpa bicara.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan telah ditangkap ketika berdua-duan bersama Ketua Puteri Umno Cawangan berhampiran di sebuah Resort tempatan pada jam 3 petang, Sabtu, 24 April lalu.

Yang lebih dikesalkan adalah, lelaki yang bertugas di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam itu, juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim terbabit.

Manakala, pasangannya, bertugas sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas) turut menjawat jawatan Ketua Puteri Umno bagi DUN berkenaan.

Tangkapan dilakukan oleh Pegawai Pencegah Maksiat daerah telah menetapkan perbicaraan keatas kedua-dua mereka pada bulan julai depan.

Malangnya, dengan campur tangan politik, kes mereka telah diselesaikan ‘dalam kamar’ tanpa di bicarakan di Mahkamah Syariah pada Isnin lepas 10 Mei, 2010.

Mereka hanya dikenakan denda sebanyak RM2200 setiap seorang dengan semua jawatan dikekalkan.

”Orang Umno tak malu, dan mengaggap maksiat hanya perkara biasa sahaja,”komen seorang penduduk yang tidak mahu dikenali. -BO

Terbongkar, Aziz Yusof Penipu Bila Tuduh Agen DAP Halang Pegawai SPR Bawa Keluar Peti Undi Pos Pilihan Raya Kecil Sibu hari Ahad Lalu !!

Sungguh tidak disangka, seluruh rakyat Malaysia ditipu lagi oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semalam, akhbar arus perdana melaporkan bahawa gara-gara petugas DAP menyebabkan peti undi pos yang sudah dikira lambat tiba di pusat penjumlahan undi. Maka rakyat yang tidak tahu apa-apa pun percaya bulat-bulat kenyataan SPR itu.

Malah, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof (foto) berkata agen parti DAP sebenarnya yang menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi. katanya. "Penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti terbabit,""Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai kerap diganggu agen parti," katanya lagi.

Ekoran itu, keputusan pilihanraya kecil Sibu hanya dapat diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wong See Meng kira-kira jam 11 malam tadi, walaupun SPR sebelumnya menjangka keputusan dapat diumumkan pada 9 malam. Kami cuba menjejaki apakah yang berlaku sebenarnya di sana. Ini kerana jika kiraan berpihak kepada BN sudah pasti keputusan akan diumumkan sepantas kilat. Inilah dia sikap bacul SPR yang kononnya melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil untuk rakyat Malaysia.


Bukti, adakah Pegawai SPR ini dihalang Agen DAP seperti yang dikatakan?

Daripada beberapa gambar yang kami perolehi (foto), ternyata Pegawai SPR yang membawa peti undi pos itu tidak langsung dihalang oleh agen DAP seperti yang diperkatakan oleh Aziz Yusoff. Malah, petugas DAP (Pakatan Rakyat) juga hanya menggunakan lif selepas semua pegawai SPR selesai memunggah peti-peti undi pos untuk dibawa ke pusat penjumlahan undi pilihanraya kecil Sibu itu.

Makanya, mana bukti yang mengatakan agen DAP mengganggu pegawai SPR itu agaknya?. Apa yang kita tahu, pegawai SPR sengaja enggan memberikan Borang 15 kepada Agen DAP dan terdapat kejadian "blackout" ketika suasana suspen itu berlaku. Difahamkan, SPR mahu peti undi tersebut dikira semula selepas mendapat arahan daripada pihak BN. Soalnya sekarang, siapa yang sengaja melambat-lambatkan permainan ini?. Malah, awal-awal lagi ketika diwawancara oleh TV3, Pengerusi komponen BN (SPR) itu telah bercakap "belit-belit macam ular" bila mengubah angka peratusan keluar mengundi dan tiba-tiba dia tahu keputusan akan dibuat selepas jam 10.00 kerana ada beberapa masalah yang tidak dielakkan. Sedangkan temubual dengan TV3 itu dilakukan sejak awal lagi.

Soalnya, kenapa Aziz boleh tahu kejadian yang akan berlaku di sebelah malamnya?. Ini semua menimbulkan syak wasangka bahawa SPR itu "badan bebas" atau "komponen BN" sebenarnya. Oleh itu, rakyat yang menyaksikan perkara ini diharap dapat bersabar dengan kerenah SPR ini. Apa yang penting, andai mereka menipu jumlah undi pos tersebut sekali pun BN tetap juga akan kalah. Inilah takdir yang berlaku sebenarnya, terbukti BN kini ditolak oleh rakyat Sarawak. Apa yang pasti, memang terdapat perancangan jahat antara SPR dan BN untuk memutarbelitkan fakta supaya kemenangan berpihak kepada pakatan karat itu, biarpun mereka sebenarnya sudah kalah.

[Terkadang kita amat hairan dengan kerja-kerja Pengerusi SPR ini?. Beliau dilantik untuk memegang amanah atau khianat kepada rakyat?. Dia langsung tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti semua manusia ini akan mati dan akan berhadapan dengan Allah diakhirat kelak.

Pengerusi SPR adalah orang Melayu yang beragama Islam, tapi kerja buatnya dan sikap yang ditunjukkan jelas sekali mencemarkan imej serta kreadibiliti SPR itu sendiri sebenarnya. Jika inilah senarionya, maka elok sahaja SPR itu sendiri dibubarkan dan Aziz Yusoff masuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang atas tiket UMNO Barisan Nasional.

Kita mahu tengok apakah beliau boleh menang agaknya. Jika beliau terus khianat dan menipu rakyat, maka lama kelamaan rakyat akan hilang keyakinan terhadap badan bebas itu dan akhirnya mereka tidak keluar mengundi seperti apa yang berlaku di Sibu baru-baru ini. Oleh itu, SPR perlu berubah jika rakyat ingin menikmati satu pilihanraya yang bebas dan adil pada masa akan datang.

Jika tidak sampai bila-bila pun kita akan terus begini. Menang dan kalah dalam satu pilihanraya yang penuh dengan penipuan, penyelewengan dan hanya suara rakyat sahaja dapat mengatasi itu semua. Sebab itulah DAP tetap menang di Sibu, itu semua dek kerana suara rakyat yang berjaya mengatasi segala penipuan yang dilakukan oleh UMNO BN sebenarnya]. -Pahang Daily

Judi Bola: Tahniah pemuda Umno Kelantan

KOTA BHARU, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri itu di atas keberanian menyatakan pendirian menentang tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia.

Namun bagi Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman (gambar), pendirian Anuar Safian itu perlulah ikhlas dan konsisten dalam apa jua isu yang dianggap serupa.

“Dewan Pemuda PAS ingin mengucapkan tahniah di atas keberanian tersebut. Pastinya seluruh rakyat Kelantan berharap Pemuda Umno Kelantan konsisten dengan penentangan itu,” ujarnya.

Bagi Abdul Latif, tidak cukup jika Pemuda Umno negeri sahaja menyatakan pendirian itu.

Lebih besar katanya, rakyat seluruh negeri itu mahu mendengar apa pula pendirian Umno negeri berhubung isu sama yang sehingga kini masih membisu.

“Adalah menjadi tanggungjawab Umno Kelantan khususnya Pengerusi Badan Perhubungan, Datuk Seri Mustapha Mohamed untuk menyatakan pendirian mereka berhubung perkara itu,”ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, jika Umno tidak berhasrat menentang tindakan kerajaan pusat itu, bermakna hasrat untuk menawan hati rakyat Kelantan hanya sekadar bermimpi di siang hari.

Biarpun dibantah hebat, kerajaan pada awal Mei lalu tetap meneruskan cadangannya meluluskan lesen judi Bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung Jun ini kepada Kumpulan BERJAYA.

Alasan diberikan kerajaan adalah bagi membendung gejala judi tanpa lesen yang didakwa akan berleluasa jika tidak diberi lesen.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Kelantan mahu kerajaan menarik balik keputusan itu dan menghormati suara bantahan rakyat.

Kerajaan juga digesa melihat kembali kesan perbuatan itu terhadap permasalahan sosial rakyat dan bukan hanya melihat keuntungan semata-mata. -Hrkh

Nik Aziz: ‘Umno, BN beli undi macam beli ayam itik’

"KOTA BARU— Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata rakyat sudah terlalu mual dengan amalan politik wang Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam.

“Rakyat sudah terlalu mual dengan politik wang (janji-janji pilihan raya),” kata Menteri Besar Kelantan ini.

“Umno dan BN membeli rakyat seperti membeli ayam itik, binatang ternakan boleh dibeli, tapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

BN memberikan janji projek pembangunan selain dana, antaranya RM5 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam terakhir kempen untuk mengatasi masalah banjir di Rejang Park.

Nik Aziz mengharapkan BN sedar kekalahan itu menjadi bukti bahawa tidak semua manusia boleh dibeli walaupun ditabur dengan berlian dari langit dengan berkata “prinsip bukannya barang dagangan.”

Sehubungan itu, beliau percaya realiti di Sibu malam tadi menjadi tamparan hebat kepada BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13."

Sepenuhnya di sini.

Kaum Cina Tak Heran Lagi Isu Negara Islam

Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap BN

Keputusan PRK Sibu merupakan lambang kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak, dan tsunami politik telah melanda ke tebing Laut China Selatan. "Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap Barisan Nasional," kata penganalisa politik, Wong Chin Huat.

Ketika ditemuramah MerdekaReview, Wong Chin Huat membaca kemenangan DAP dalam PRK Sibu sebagai kemenangan PR. Untuk Wong Chin Huat, hasil daripada kerjasama PR, DAP telah meraih sokongan di kawasan bukan Cina, selain kawasan pengundian yang majoritinya kaum Cina.

"Tiada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa Malaysia Timur adalah deposit tetap BN pada hari ini. Tidak semestinya begitu. Keputusan PRK juga menunjukkan bahawa bukan sahaja Cina yang menolak BN, malah undi Melayu juga kurang mantap (untuk BN)," kata Wong Chin Huat.

Menurut Wong Chin Huat, mustahil DAP hanya menang dengan kawasan Pelawan (majoriti Cina), kerana penambahan undi ada batasnya. Dengan kata lain, DAP juga menang di peti undi lain. Keadaan ini cukup memberangsangkan terutamanya apabila beberapa peti undi di kawasan Nangka, yang memenangkan DAP daripada kekalahan PRU-12 lalu. Keadaan ini diperlihatkan di Teku, yang mana tiga peti undi daripada dua pusat pengundian kini memihak kepada DAP walaupun parti tersebut memihak kepada BN pada PRU ke-12.

Penambahan undi Cina

DAP sepatutnya memperolehi majoriti yang melebihi 2,000 undi, seandainya tiada "penyelewengan" seperti Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak profesional dan rasuah politik yang disogokkan secara terbuka, menurut Wong Chin Huat.

Selain daripada itu, SUPP mengulangi strategi MCA sebelum PRU ke-12, iaitu menyerang PR dengan isu Negara Islam. Strategi ini mungkin berjaya memandangkan wujudnya jurang politik yang melebar antara Malaysia Timur dan Barat, tetapi kini "tsunami politik" terbukti telah melanda tebing Laut China Selatan, kata Wong Chin Huat.

Selain daripada itu, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong pula menyatakan bahawa keputusan PRK Sibu memperlihatkan DAP berjaya mengekalkan undi Iban dan Melayu, di samping penambahan undi Cina. Keadaan ini agak menarik apabila undi Melayu dan Iban tidak menjunam biarpun diserang dengan jentera negara dan rasuah politik yang berleluasa.

Situasi semestinya berbeza menjelang pilihan raya negeri atau pilihan raya umum, kerana taburan wang tunai dengan amaun yang besar, antara RM500 hingga RM600 kepada pengundi tidak mungkin berlaku dalam PRU. Dengan ini, pembangkang mungkin mempunyai peluang yang lebih untuk membuat kejutan.

SUPP mungkin jadi MIC

Kekalahan SUPP kali ini melakar gambaran politik di Sarawak, memperlihatkan bagaimana BN yang dikejar dari belakang kini menemui jalan buntu di hadapan. Agak sukar untuk SUPP mencari penarik undi untuk dirinya. Sementara pimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud semakin hilang sokongan, SUPP juga tidak boleh mengharapkan Pengerusi BN, Najib Razak. Dengan ini, SUPP mungkin mengikut jejak MIC pada PRU yang akan datang.

Sebaliknya, Wong Chin Huat melihat kerjasama PR bakal melepasi rintangan di sesetengah kawasan. Sungguhpun masih jauh untuk PR menguasai kerajaan negeri di Sarawak, namun kemenangan ini semestinya menyuntik semangat kepada PR.

Selain itu, Liew Chin Tong berkata bahawa PRK Sibu telah menggagalkan strategi lawan yang menggunakan "Negara Islam" sebagai senjata untuk menakut-nakutkan komuniti bukan Islam. Beliau menambah, PRK ini memberi kesan kepada kelangsungan SUPP memandangkan parti ini gagal menarik sokongan pengundi baru, meskipun mengekalkan asas sokongannya.

SUPP ditubuhkan pada 19 Jun 1959, membuka tirai kepada perjuangan politik sayap kiri melalui dewan perundangan. SUPP adalah parti yang membantah rancangan Malaysia, tetapi menyertai kerajaan pada tahun 1970. Kini, SUPP muncul sebagai parti kedua terbesar di Sarawak, tetapi mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri pada tahun 2006. SUPP kian lemah apabila melalui pergelutan kuasa dalaman sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

UMNO mempercepatkan langkah ke Sarawak

Selain itu, Wong Chin Huat juga menganggap kemenangan PR dalam PRK Sibu akan mempercepatkan langkah UMNO memasuki Sarawak. Bagaimanapun, Wong Chin Huat menjangkakan dilema yang dihadapi UMNO, kerana kemasukannya ke dalam Sarawak seolah-olah langkah membunuh diri, sebaliknya keadaan BN gagal diredakan seandainya UMNO tidak masuk ke Sarawak.

"Hari keesokan Malaysia menjadi menarik selepas hari ini," kata Wong Chin Huat ketika ditemuramah MerdekaReview, semalam.

Liew Chin Tong pula menganalisa politik Sarawak dari segi geografinya, yang mana DAP telah menembusi Sarawak Selatan (Kuching), kini pula bertapak di Sarawak Tengah berikutan kemenangan ini. Presiden SUPP George Chan Hong Nam sedang menguasai Utara Sarawak setakat ini.

Menurut Liew Chin Tong, biasanya DAP akan bertanding tiga kawasan parlimen di pertengahan Sarawak, iaitu Lanang, Sibu dan Sarikei, tetapi kalah setiap kali. Di bawah tiga kawasan parlimen ini, DAP berniat bertanding di lima hingga enam kerusi DUN. Dalam pilihan raya negeri pada tahun 2006, DAP telah memenangi Bukit Assek (juga oleh Richard Wong Ho Leng) dan Meradong. Kini, DAP boleh menaruh harapan untuk menyerang ke arah Utara.

Kedua-dua Liew dan Wong meramalkan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun ini, namun menjangka ia mungkin ditundakan sehingga tahun depan, atau diadakan bersama PRU ke-13, selepas kekalahan BN semalam. =GB

DS Nizar tempelak kerajaan lulus lesen judi bolasepak.


DS Nizar sedang meminpin doa.Mohon keselamatan dunia akhirat rakyat jelata.DS Nizar mengimam Solat Maghrib di Surau Sg Petai.

DS Nizar menyampaikan tazkirah,meminta jamaah surau supaya menasihat,keluarga,jiran tetangga supaya menolak UMNO yang kini lulus pula lesen judi bolasepak Piala Dunia!

Kanak-kanak tetap menjadikan DS Nizar idola mereka.

DS Nizar bersalaman dengan jamaah Surau Ahmadiah Sungai Petai,DUN Kuala Sapetang.

16 Mei- DS Nizar mengkritik Kerajaan BN yang meluluskan lesen judi bolasepak kepada Vincent Tan.DS Nizar menjelaskan bukan setakat orang Melayu Islam menentang judi,termasuk juga orang Cina.

Nizar memberitahu jamaah surau.Vincent untung atas angin RM 530 juta.Sementara Syarikat Judi Sportoto boleh untung sehingga 33o juta ringgit.Nizar juga mendakwa Vincent Tan salah seorang yang menjatuhkan Kerajaan PR Perak.Jadi sebagai hadiah Najib memberi Vincent Tan lesen judi bolasepak untuk membalas budi.Nizar menjelaskan hasil judi bolasepak ini membuatkan hasil RM880 juta.

Nizar juga menyatakan lesen judi bolasepak ini bukan sahaja menjejaskan keluarga orang Cina tetapi keluarga Melayu.

Nizar meminta kita jangan lagi bersama UMNO kerana Umno tidak menjaga kebajikan rakyat.UMNO sanggup mengguna hasil cukai judi untuk membangunkan sukan.Hasil haram digunakan untuk membantu rakyat.

Rakaman Video "Selepas Tsunami" yang diharamkan di RTM








Seloka PRK Sibu


Robert Lau mati tinggalkan kerusi
Yahoo!! PRK Sibu mari-mari

Akar umbi da pemimpin tertinggi
Berkempen begitu gah sekali

PM turun berkali-kali
Pergi untuk memancing undi

Dia menabur pelbagai janji
Tapi... janji dulu mana sudah pergi??

Adey... dulu punya pun tak tunai lagi
So.... jangan cuba tipu kami!!

Dia kata... I help you, you help me
Fuullaamaak..... bunyinya manis sekali

Najib cuba rasuah para pengundi
Ha... ha... Money!! Money!! Money!!

Dengan money cuba beli undi
Harap menang sekali lagi

Rakyat Sibu buat tak peduli
Sebab... sudah kena tipu banyak kali

Bila tiba hari mengundi
Kesian.... BN, hilang kerusi.

TV ... radio sunyi sepi
Tidak ada pun berita terkini??

Undi pos cuba dimanipulasi
Desak dikira sekali lagi

DAP dapat 398 majoriti
PR menang BN gigit jari

Muhyiddin dan Najib menghilang diri
Malu muka cabut lari

Karpal kata.... Najib cuba beli undi??
Akta Pilihan raya, dia sudah langgari

So.... SPR, SPRM, tunggu apa lagi??
Lu orang buta ke.... atau tuli??

Mereka dicabar, dimaki dan diperli
Ambil tindak kalau berani

Ambil tindakan?? Jangan mimpi!!
Hidung dah kena cucuk, telor dah dikasi

Kini PRK Sibu dah berlalu pergi
Janji 5 million bagaimana kini??

Najib tersengeh.... Well, we'll see
We'll see?? Apa.... nak tipu kami lagi?

Well Sibu... you wait and see
I tell you, they're not trustworthy

Sarawak kini diancam tsunami
PRU 13, ia pasti mari!! BN pasti mati!!

Woit...!! Rakyat 1Malaysia, usah percayaler pada UMNO/BN. Dulu... kini.... dan selamanya PENIPU!!

Kalau Sibu boleh berubah, anda bagaimana??

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .