Ikuti Blog ini
Husam VS Khairy , at 21.12.08,
Penilaian Umum Saya
Saya sempat merakam detik-detik awal , pertengahan dan penghujung forum atau perdebatan antara Saudara Khairy dan Dato Husam Musa semalam.Dan sempat juga merakam detik-detik yang dianggap agak cemas kalau kita menonton sebuah filem… Tapi sayangnya masalah line TM Streamyx yang amat mendukacitakan menyebabkan sehingga sekarang masih lagi belum berjaya untuk di uploadkan videonya yang hampir 1 jam itu.
Walau apapun pengunjung boleh melihat sendiri videonya di youtube atau mana-mana blog nanti yang pada anggapan saya boleh dianggap sebagai peristiwa yang amat penting dalam sejarah berforum secara terbuka dan bebas di Malaysia sepanjang saya mengikutinya semenjak di bangkul sekolah lagi.Amat rugi TV3 atau mana-mana stesen TV tidak menyiarkan secara langsung Majlis Forum Wacana Perdana semalam.Majlis Forum sebeginilah sebenarnya yang rakyat inginkan dan perlu didedahkan kepada rakyat supaya rakyat dapat menilai sendiri kebenarannya diantara kedua belah pihak.Terbuka,bebas dan ruang masa yang mencukupi.Penonton bebas untuk bertanyakan apa sahaja persoalan kepada ahli panel tanpa diganggu oleh pengerusi forum.Bilangan soalan tidak dihadkan sampai seorang tu kalau tak silap saya sampai empat soalan.
Forum sebegini patut diadakan lagi sekerap yang mungkin dan di tempat yang lebih luas lagi seperti di Stadium.Memandangkan keadaan yang bersesak-sesak semalam dengan kehadiran yang terlalu ramai sehingga penonton di luar dewan lebih ramai daripada penonton di dalam dewan.Apapun perincian tentang isi perbincangan dalam forum semalam bolehlah pengunjung2 menjenguk mana- mana blog yang mengulasnya.Sudah tentu…Saya rasa hari ini atau malam ini postingnya akan muncul di Blog pilihan ramai MSO.. Harap semua dapat membacanya.
PAS Umum Calon P36 Pada 1 Januari 2009 , at 21.12.08,
| |
|
PETALING JAYA: PAS hanya akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 1 Januari ini.
Ia diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS di Kuala Terengganu dan diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.
Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh semalam.
Selain Mohamed Sabu yang bertanding di kerusi itu 8 Mac lalu, nama lain disebut bakal mewakili PAS ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustapa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.
Di kalangan nama-nama itu, Syed Azman dikatakan mempunyai peluang besar untuk menghadapi calon lain khususnya calon BN.
Suruhanjaya Pelantikan Hakim hanya kosmetik - Ahli Akademik , at 21.12.08,
KOTA BHARU - Seorang ahli akademik menyifatkan hasrat kerajaan menyelesaikan kemelut institusi kehakiman dan rasuah dengan mewujudkan dua suruhanjaya baru-baru ini tidak lebih sebagai kosmetik.
Pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (SPH), sebenarnya tidak ke mana-mana.
"Ini kerana kuasa mutlak bagi menentukan pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri dan suhanjaya tersebut hanya berperanan mencari nama-nama hakim layak dipertimbang ke jawatan lebih kanan.
"Jangan harap perubahan kepada kedua-kedua suruhanjaya tersebut kerana soal pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri.
"Begitu pendakwaan kes rasuah masih ditentukan Peguam Negara," katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam, malam tadi.
Pihak kerajaan baru-baru ini membentang kedua rang-rang undang tersebut di Parlimen yang turut mendapat sokongan anggota parlimen Pakatan Rakyat.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kewujudan Suruhanjaya tersebut merupakan janji kerajaan ketika menghadapi pilihan raya umum tahun 2004.
Bagaimanapun ramai melihat pembentangan itu dibuat secara tergesa-gesa sebelum Perdana Menteri meninggalkan jawatan pada Mac depan.
Dr Abdul Aziz berkata, sepatutnya kerajaan melakukan pindaan kepada Perkara 122 B Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada suruhanjaya terbabit bertindak.
"Tidak guna banyak suruhanjaya diwujudkan kalau tidak kita tidak ikhlas. Kita perlu kepada sistem yang lebih kredibiliti," katanya.
Beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya bergantung kepada Speaker dan pasukan polis bagi menghalang usul tidak percaya daripada Pakatan Rakyat sebagai tidak sepatutnya berlaku.
Katanya, peluang untuk mengemukakan undi tidak percaya sepatutnya tidak dihalang dari awal kerana negara-negara lain memberi ruang kepada pembangkang untuk menngemukakan usul termasuk di Jepun.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pula menyifatkan SPK seumpama Suruhanjaya Mencari Nama Hakim yang tidak memberi sebarang perubahan ke arah membaik pulih institusi kehakiman.
Bagaimanapun Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan kewujudan suruhanjaya terbabit yang disifatkan sebagai pemulaan yang dilakukan kerajaan sekarang.Pemuda PR Mengikat Janji Setia Menghadapi PRK Kuala Terengganu , at 21.12.08,
Menurutnya kerja menghadapi PRK Kuala Terengganu adalah termasuk dalam kerja besar politik, memerintah dan memimpin negara.
Beliau berkata Nabi Muhammad SAW mengajak mereka yang menjalankan tugas dan amanah yang besar tersebut dengan mengadakan ’janji setia’ bukan hanya sekadar mengucap dua kalimah menjadi seorang Islam.
”Bahkan mereka wajib menterjemahkan dua kalimah sahadah itu bagi meninggikan kebenaran dan keadilan hukum Allah dimuka bumi Allah SWT, dimana dalam sejarahnya pemimipin yang memerintah dengan zalim tidak mudah menyerah kalah,”tegasnnya dalam Ucapan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat di Kuala Ibai, disini, semalam.
Katanya dalam PRK Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan, PAS dan Pakatan Rakyat bukan hanya berhadapan dengan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional namun akan turut berdepan dengan jentera kerajaan yang disalahgunakan.
”Kita berdepan dengan semua pihak yang mempertahankan rasuah, yang mempertahankan kezaliman, dan pihak yang melakukan kesalahan menipu rakyat dengan berbagai-bagai cara,”katanya.
Oleh yang demikian, beliau mengingatkan para petugas kepada peristiwa bai’ah, yang berlaku di bulan haji yang mulia dimana RasululuLlah SAW mengumpulkan 73 orang lelaki dan 2 muslimat dari Madinah untuk mengikat ’janji setia’ bersedia menjalankan kerja-kerja besar bagi mendirikan negara dan menghadapi cabaran.
”Yang pertama dengar dan taat dimasa rajin dan malas, yang kedua bersedia menyumbangkan harta dimasa senang dan susah, yang ketiga menyuruh yang baik dan mencegah mungkar, yang keempat bangun bersama untuk menyatakan kebenaran Allah dan yang kelima berjanji mempertahankan RasuluLlah dan Islam,”katanya
Justeru, beliau menyeru kepada semua para pemuda harus berdisiplin dan taat kepada keputusan kepimpinan, tekun serta bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan kewangan.
Ia adalah kerana katanya katanya kerja-kerja pilihanraya di negeri Terengganu pelik dan berbeza dengan negeri-negeri lain.
”Di negeri lain, termasuk negeri Kelantan, peratus keluar mengundi (adalah) 80% kebawah, Terengganu (jumlah) keluar mengundi (diantara) 85% hingga 90%, sehingga ada yang ’mati pun’ keluar mengundi,” ujarnya dengan nada sinis.
Menurutnya PAS Terengganu mempunyai kekuatan kerana Terengganu merupakan negeri yang pertama mencapai kemenangan pada tahun 1959.
Namun begitu, katanya, PAS Terengganu diserang begitu hebat dan terpaksa berhadapan dengan UMNO dan Barisan Nasional yang mempunyai kekuatan kewangan dan pelbagai tipudaya.
Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK), berikrar dan berjanji setia akan turun habis-habisan menghadapi PRK Kuala Terengganu.
Ketuanya, Shamsul Iskandar berkata Pengarah Pilihanraya AMK Pusat, Fariz Musa akan memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan kepada jentera pilihanraya pemuda PAS negeri Terengganu.
Beliau yang ditemui selepas Majlis Pelancaran berkata AMK telah menubuhkan sebuah bilik gerakan khusus di DUN Ladang sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
”Bilik Gerakan akan dirasmikan pada 31 Disember, kita akan bantu, PAS akan mengetuai, AMK akan menyokong,”kata Shamsul.
Selain itu, katanya, pengaturan telah dibuat oleh oleh PKR Pusat dengan tiga atau empat PKR dari negeri-negeri membantu setiap DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu.
Turut berucap dalam Majlis Pelancaran yang dihadiri oleh 1500 peserta itu adalah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayob.
Beliau dengan tegas memberikan amaran kepada pemuda-pemuda UMNO dan Barisan Nasional agar tidak menjalankan kempen diluar daripada batas undang-undang.
Katanya pemuda-pemuda Pakatan Rakyat bersedia menghadapi apa jua keadaan demi memastikan Calon PAS dan Pakatan Rakyat memenangi PRK Kuala Terengganu.
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ketua Pemuda PAS Terengganu dan Ketua AMK Terengganu.