Ikuti Blog ini

Altantuya di mana - mana...

Altantuya muncul bergambar selepas ceramah cheGuBard di Taman Ria semalam

Altantuya di Bukit Gantang ketika penamaan calon

Altantuya ketika penamaan calon di Bukit Selambau

Jika Najib benar sila
  • panggil kedutaan Peranchis, UK dan Indonesia minta penjelasan mengenai laporan media negera mereka yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.
  • saman akhbar Peranchis, UK dan Indonesia yang menyiarkan tulisan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.
  • Sirul mengaku membunuh Altantuya dengan pistol tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak dibawa ke mahkamah ? Altantuya mati kerana ditembak bukan dibom. Selepas mati bru dibom untuk musnahkan bukti.
  • Bagaimana imigresen Malaysia tidak ada rekod kemasukan Altantuya ?
Pembunuhan Altantuya melibatkan transaksi rasuah / komisyen yang diakui Parlimen dalam pembelian senjata yang melibatkan nilai rasuah RM500 juta.



Kumutha Rahman memang sentiasa mengejutkan !


http://buletinonline.net/images/stories/berita2/kumutha.jpgBukit Gantang - Anak gadis berbangsa India yang mengejutkan dunia politik tanahair pada pilihanraya umum yang ke 12 Mac, 2008, turut bersama dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.


Semalam, Kumutha A/P Rahman telah berucap dalam Majlis Hi-Tea anjuran UPU Pengkalan Aur di Taman Indah, Simpang, disini.

Beliau merupakan calon PAS yang pertama dari kaum India dan juga calon perempuan pertama dari kaum India yang bertanding atas tiket PAS.

Kumutha bukanlah calang-calang wanita kerana beliau adalah seorang peguam yang memiliki ijazah undang-undang United Kingdom.

Dalam ucapannya semalam beliau memberitahu sebab apa beliau tertarik dengan PAS dan menjadi ahli Kelab Penyokong PAS.

Katanya tidak ada dalam perlembagaan PAS orang-orang bukan Islam mesti masuk Islam untuk menyokong dan mengundi PAS.

Beliau sekaligus menyelar UMNO, katanya, UMNO ‘tak faham bahasa’.

"dalam buku (perlembagaan PAS) tu satu perkataan pun tidak mengatakan yang (orang) India atau Cina kena (convert) masuk Islam,

"tapi UMNO yang tak faham bahasa, dia (UMNO) cakap yang bukan-bukan, (kata pemimpin UMNO) kalau orang Cina dan orang India pilih PAS, kena masuk Islam, memang tak ada"katanya dalam majlis Hi-Tea semalam

Menurutnya itulah fitnah yang diberitahu oleh UMNO kepada rakyat Johor, terutamanya kepada orang-orang bukan Islam.

Beliau berkata pemerintahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz, seorang ulama' memang baik dan bagus.

Beliau berkata demikian setelah melawat negeri Kelantan dan melihat perbezaan dasar kerajaan Kelantan terhadap ugama Hindu.

"bagi kaum India, kuil itu satu tempat yang suci untuk bersembahyang, tapi Sammy Velly boleh robohkan,

"kalau tanya kepadanya (sammy), dia jawab Khir Toyo yang robohkan,"katanya yang mengkritik Presiden MIC itu sebagai orang yang tidak berugama.

Beliau menambah, katanya, Kelantan berbeza dengan negeri lain dan menjadi satu negeri sahaja di Malaysia yang mempunyai Kuil berhawa dingin.

Beliau turut menyarankan ahli-ahli UMNO dinegeri lain supaya mengadakan lawatan ke negeri Kelantan supaya dapat melihat sendiri sebuah kerajaan yang ditadbir oleh PAS.

Beliau juga berkata perpaduan sebenar dikalangan masyarakat Malaysia dewasa ini adalah apa yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dimana semua bangsa dapat bersama dalam satu majlis seperti Majlis Hi-Tea yang diadakan semalam.

Kumutha yang bertanding di Dun Tiram atas tiket PAS, menentang calon BN, Maulizan Bujang.

Beliau memperolehi 8827 undi berbanding Maulizan, 17,006 undi.

Bagaimana pun Kumutha berjaya mencatatkan peningkatan lebih 3000 undi berbanding undi diperolehi calon PAS, Roslani Sharif, pada PRU 2004.


Kumutha A/P Rahman








PRK BUKIT GANTANG BN TERDESAK

BN benar-benar berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan padu daripada ahli dan penyokongnya. Semalam Umno/BN tersentak kerana hanya kira-kira 4,000 penyokongnya sahaja yang sudi untuk mengiringi calonnya Ismail Safian di pusat penamaan calon.

Ini merupakan suatu perkara yang tidak masuk akal kerana pada pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini jumlah penyokong Umno yang hadir pada hari penamaan calon sentiasa melebihi 10,000 orang.

Apa punca fenomena ini? Bagi saya ada beberapa sebab :-

1) Ahli dan penyokong Umno tidak suka dan meluat dengan kepimpinan Umno yang baru dilantik kerana gagal menyelesaikan is rasuah malah mereka sendiri yang menjadi Raja Rasuah.

2) Ahli dan penyokong Umno akar umbi sebenarnya menolak pemilihan Ismail sebagai calon BN sedangkan Ismail adalah pemimpin Umno yang telah ditolak oleh Ali Umno akar umbi pada pemilihan Umno Bahagian tahun lepas

3) Ahli dan penyokong Umno sebenarnya terus memberikan sokongan kepada Nizar kerana ternyata mereka menyenangi kepimpinan Nizar sebagai Menteri Besar yan berkarisma, erakhlaq, berilmu agama dan dunia serta mesra rayat. Rata-rata Imam-imam masjid, Ketua-ketua kampung, ahli-ahli JKKK dan lain-lain, walaupun mereka masih ahli Umno tetapi memberikan sokongan kepada Nizar.

4) Pemimpin Umno Bukit Gantang terdiri dari Ketua, Timbalan, Naib Ketua Bahagian sudah tentu tidak akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ismail kerana mereka tahu kedudukan mereka akan terancam dengan kemenangan Ismail nanti.

Saya yakin keadaaan ini akan berkekalan dan Nizar akan memenangi PRK Bukit Gantang pada 7 April ini.



Jumlah bilangan yang hadir pun ditipu…….

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku,

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku,


Ramai termasuk saya hadir menyaksikan perhimpunan sempena proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang di Taiping semalam. Memanglah setiap kali berlaku pilihanraya kecil, maka masing-masing ahli dan penyokong akan memastikan yang kumpulan merekalah yang paling ramai hadir pada hari berkenaan. Kejayaan menggembeling kehadiran ramai merupakan satu kejayaan psikologi sekurang-kurangnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti mereka serius dan akan didokongi oleh jentera yang besar untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Dari pandangan kasar semalam ternyata mereka yang hadir di belah PAS jauh lebih besar dari di belah BN.

Jadi pagi ini saya sengaja menyelak lembaran akhbar-akhbar saluran perdana untuk melihat bacaan mereka masing-masing. Seronok juga kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya.

The Sun - BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian - BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia - BN 10,000 PAS 10,000
NST - 30,000 BN dan PAS
Sinar Harian - PAS 10,000

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku, himpunkan sahaja satu jumlah, dan laporkan sama rata.

Memang kehadiran semalam tidak memastikan kemenangan pada hari mengundi 7 April nanti, tetapi sekurang-kurangnya pegamal media mestilah memberi laporan yang tepat dan benar. Mereka bertanggungjawab kepada pembaca dan rakyat. Atau memang mereka begitu dan akan terus begitu, iaitu melaporkan menurut selera “tuan politik” mereka, kerana yang pentingnya adalah “tuan politik” mesti dilihat menang walaupun hakikatnya dibenci dan ditolak rakyat.

Selamat datang ke dunia kebebasan akhbar di Malaysia.


lihat betul-betul... nampak macam dua tiga orang je penyokong pas tu...

lihat betul-betul... nampak macam dua tiga orang je penyokong pas tu... biasanya gambar tak bisa berbohong,tapi tulisan.. sapa-sapa saja boleh kelentong

setelah saya bilang habis.. agak agak ada lah dalam 200 orang je penyokong PAS... tu pun saya dah campur dengan kanan-kanak yang belum mumayyiz dan sekali dengan bayang-bayangnya sekali...

setelah saya bilang habis.. agak agak ada lah dalam 150 orang je penyokong PAS... tu pun saya dah campur dengan kanan-kanak yang belum mumayyiz sekali dan termasuk dengan bayang-bayangnya sekali... Penyokong2 UMNO... Masya Allah.. Tak payah sebut.. tak terbilang ramainya.. nanti saya beritahu kamudian setelah anak saya yang tadika habis bilang...

Apa yang akhbar-akhbar perdana sebut 5 ribu atau sepuluh 10 ribu itu tak betul... itu jumlah penyokong PAS sebenarnya... itupun sebenarnya salah... Penyokong PAS dalam 200 orang je lebih sedikit daripada Polis... Ponyokong UMNO yang terlalu ramai sebenarnya... saya kira dekat 100 ribu ..mungking lebih lagi kalu...

Apa yang akhbar-akhbar perdana sebut 5 ribu atau sepuluh 10 ribu itu tak betul... jumlah penyokong PAS tak pernah sampai ke angka itu sebenarnya... Kalau Penyokong UMNO itupun sebenarnya salah juga.. sebab Penyokong2 UMNO terlalu Ramai... Penyokong PAS dalam 200 orang je kurang sedikit daripadajumlah anggota Polis... Ponyokong UMNO lah yang terlalu ramai sebenarnya... saya kira dekat 100 ribu ..mungkin lebih lagi kalu...

Bendera PAS pun nampak dua tiga batang je... tak ramai penyokong yang nak bawa bendera... yang nampak banyak bendera -bendera PAS dalam gambar tu sebenarnya salah ... itu teknik super impose yang dibuat oleh wartawan2 antarabangsa je supaya nampak kelihatan cantik.... nampak hijau banyak kan cantikkk

Bendera PAS pun nampak dua tiga batang je... tak ramai penyokong yang nak usung dan bawa bendera pas... yang nampak banyak bendera -bendera PAS dalam gambar tu sebenarnya salah ... itu teknik super impose yang dibuat oleh wartawan2 antarabangsa je supaya nampak kelihatan cantik.... nampak hijau banyak kan cantikkk

Supporters of the candidate for Malaysia's opposition People's Alliance, Mohammad Nizar Jamaluddin, gather outside the nomination centre for the Bukit Gantang parliamentary by-election in Bukit Gantang March 29, 2009. REUTERS/Zainal Abd Halim (MALAYSIA)


An opposition supporters and his daughter wear Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) head bands during a nomination in Taiping, Northern state of Perak ,300 kilometers (187 miles) from Kuala Lumpur, Sunday, March 29 2009. Malaysian politicians launched their campaign Sunday for three legislative seats in special elections seen as a crucial test for the ruling party's new leaders. (AP Photo









Khairy di 'kem' pas



Kj di 'kem' pas


Pilihanraya Kecil Tiga Serangkai !


Parlimen Bkt Gantang, calon PAS, Ir.Nizar dan calon BN, Ismail Safian

DUN Bkt Selambau, Calon BN, S. Ganesan dan calon PKR, S. Manikumar


DUN Batang Ai,Calon PKR Jawah Gerang dan Calon BN Malcom Mussem

[Kami memohon maaf kerana galeri ini hanya memaparkan wajah-wajah calon sebenar yang bertanding di ketiga-tiga pilihanraya terbabit. Bagi kami calon-calon bebas yang turut bersaing hanyalah "calon nyamuk" yang hanya mengacau semata-mata. Apabila ditampar atau disembur spray maka hilanglah ia. Tambahan pula calon bebas yang bertanding sekadar "syok sendiri" dan "gila glamour" sedangkan mereka sedikit pun tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan calon sebenar seperti yang dipaparkan. Kami akan membuat liputan selari pilihanraya kecil tiga serangkai ini dari masa ke semasa. Teruskan bersama kami].



P.59 Bukit Gantang: Perutusan Khas YAB. Nizar

Mengetengahkan matlamat perjuangan, memperincikan politik lama Umno dan seruan kepada menerima politik baru Pakatan Rakyat.





Empat fokus Nizar di Bukit Gantang

Menaik taraf dan menyelesaikan isu tanah, setinggan dan banjir





Saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir - MB Haram Zambry

undilah-pas2

Penjelasan Nizar mengenai isu ‘rampas masjid’



Berita Harian menyiarkan laporan mengenai hal ini.

Nizar cuba ‘rampas’ majlis BN: Zambry
oleh Nurhayati Abllah


KUALA LUMPUR: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila ‘merampas’ majlis bacaan Yassin dan solat hajant anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.


Berikut adalah penjelasan Nizar tentang apa yang berlaku semalam.


“…sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.


Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu…. ” dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.


Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma’mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.



UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama’iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.




Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.


Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.


Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, “jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir”. Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain .


Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan “ajaib” tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.





Photo Penamaan Calon Bkt. Gantang.

Sessi bergambar oleh Pemuda PAS. tak tau depa ni dari mana. ada yang cakap Kelantan, ada yang cakap Key El, ada yang cakap Perak... senang kira - Pemuda PAS Malaysia. ngam..?

Entah dari mana datang, tiba-tiba Kapal Selam Scorpene boleh timbul atas darat di Dataran Perbandaran Taiping. tapi yang ni lain macam sikit pasai dia ada gambaq mendiang wanita Mongolia dekat kapal selam tu. lain macam betul.

Mungkin bakal Pi Em kita tau macam mana kapal selam ni boleh timbul dekat Dataran Perbandaran Taiping.

Aku intai-intai jugak kot-kot Bala, Razak Baginda, Jamal, Osman, Hee dan Saiful pun nak timbul jugak dekat sini, tapi tak dak atau mungkin aku tak perasan.

Bik Mama dan isteri Rosmah pun tak timbul dekat sini.

Ni kalau tak silap aku geng Mahasiswi... kalau tak silap aku la... kalau silap, hangpa bagitau la kasik betul...

Pertandingan kibar bendera parti berlangsung antara penyokong Pakatan Rakyat dengan penyokong AMNO/Bi End... pusingan pertama AMNO/Bi End kalah teruk... kalau kain panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga..!






Aku ingat penyokong AMNO/Bi End bergaduh sama depa, rupanya depa pi serang kenderaan pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu dekat kawasan depa berhimpun. bingai sungguh...

Ni nak bagitau Tungaklangit ngan Zali... contoh dekat atas tu dah terang dan nyata menunjukkan parti mana yang menganjurkan keganasan. geng hangpa bilaa pimpinan kami lalu dekat geng hangpa, kome baling dengan batu, botol minuman, kayu dan macam-macam lagi.

Belah kami pulak, bila penyokong AMNO/Bi End lalu tempat kami, kami bagi 10 orang petugas Kawalan Keselamatan eskot hangpa biaq hangpa dapat jalan dengan selamat sampai ke kereta hangpa..! (nanti Dugong Darat upload rakaman sepasang suami-isteri yang lalu dekat kawasan kami tu).

Dah la Zali ngan Tungaklangit dan jugak geng-geng BPN... hangpa semua yang kurang ajar, tapi hang dok melebong fitnah Pakatan Rakyat ganas. aku malas nak nasihat orang yang buta hati.

Hangpa dok habaq kami gunakan agama untuk kepentingan politik tapi hangpa pulak kerana politik, agama hangpa anggap tak penting.

Mana lagi bahaya..?


Taiping menjadi saksi, sejarah tercipta. Lebih 30 ribu mengiringi calon PAS.



TAIPING : Semalam merupakan hari yang bersejarah apabila lebih 30,000 penyokong Pas dan Pakatan Rakyat telah mengiringi calon P059 Bukit Gantang dari Pas, Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin ke tempat penamaan calon di Dewan Perbandaran Taiping.

Bandar Taiping mula penuh sesak sejak tengah malam lagi apabila ramai yang tiba dari segenap pelusuk negara untuk bersama-sama DS Nizar dihari yang bertuah ini. Ketiga-tiga masjid utama ditengah bandar Taiping penuh sesak hingga ke luar.

Jam 7.30 pagi diadakan solat hajat di masjid jamek Taiping sebelum bertolak ke tempat penamaan calon.

Oleh kerana terlalu ramai yang hadir, sewaktu DS Nizar diiring ke dewan, berlaku sedikit kekalutan apabila ramai penyokong yang sedaya upaya merempuh rantaian pengawal keselamatan Pakatan hanya untuk bersalam dengan DS Nizar. Walaupun hanya dapat menyentuh tangan beliau sekadar sedikit cuma, itu telah menjadi kepuasan bagi mereka yang begitu kagum dengan aura dan karisma DS Nizar.


Ramai pimpinan daripada Pas, Keadilan dan juga DAP peringkat negeri dan pusat telah bersama-sama DS Nizar menuju ke dewan pencalonan.

Manakala dari pihak BN pula, dianggarkan hanya sekitar 700 orang sahaja yang berjaya dihimpunkan.

Jika jumlah penyokong dan juga gegak gempita sorakan diambil kira didalam acara yang berlangsung, ternyata Bukit Gantang masih milik Pas.

Tetapi undi daripada penduduk tempatanlah yang akan menjadi penentu hala tuju masa depan Bukit Gantang.

Sekatan dibuat polis dengan merentang kawat berduri serta deretan anggota FRU yang mengawal penyokong-penyokong Pakatan diluar pintu masuk dewan.

Cuaca yang panas menyengat benar-benar menguji kesabaran apabila keputusan penamaan calon hanya diumumkan jam 11.20 pagi.

3 calon yang layak bertanding untuk kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang. Mereka adalah DS Nizar yang mewakili Pas, Ismail Sapian mewakili BN dan seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris (menggunakan lambang payung).

Walaupun penyokong semua bersurai secara aman, namun deretan kenderaan yang bertali arus menuju keluar dari bandar Taiping merangkak perlahan sehinggalah jam 3.30 petang.


Gambar-gambar berikut menceritakan segala-galanya.






















Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .