Selamat Hari Malaysia...
Ingat
tak bagaimana pemimpin UMNO membidas idea cadangan Anwar sebelum ini yg
akan jadikan 16 September sebagai cuti umum bila Pakatan Rakyat
memerintah?
Koleksi Pimpinan UMNO yang menjilat ludah sendiri..
1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan.
Timbalan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata,
cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana
negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos.
”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya
memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya. Jelas beliau, pemberian cuti
umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia
sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.
2- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar.
KUALA
LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar
diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk
membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.
Presiden Parti
Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba
menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja
menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan
sebagai agenda perjuangannya.
Beliau bagaimanapun yakin rakyat
Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya
sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen
Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.
3-ARKIB: 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan).
Apabila
pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu
dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang
berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.
Mereka
ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita
berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang
terus berpolitik 24 jam.
Ini jelas apabila Anwar secara
tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang
menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia
hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar
dan 16 September tidak boleh dipisahkan.
Oleh itu sempena
Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu
rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang
harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau
sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik
sekalipun.
LAGI SENARAI KAKI PENJILAT LUDAH...Aku
harap, mereka-mereka dinamanya tersenarai dekat bawah ni berada di
pejabat atau tempat kerja masing-masing hari ni... kalau ada mana-mana
yang tersenarai dekat bawah ni yang ikut sama bercuti, memang dia tu
KAKI LUDAH JILAT SEMULA
Kenyataan-kenyataan mereka-mereka ni kita
kutip dari arkib berita... sama-sama kita hayati kenyataan-kenyataan
kaki-kaki kondem yang aku yakin ikut sama bercuti hari ni...
Samdol...!!!
1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan.
Timbalan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata,
cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana
negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos.
"Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya
memadai dengan cuti 31 Ogos," katanya. Jelas beliau, pemberian cuti
umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia
sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.
2 - ARKIB UTUSAN: ruangan SMS - 04/09/2008.
JANGAN
pengaruhi kami yang berpendapatan rendah ini dengan 'agenda' anda.
Anwar, 16 September adalah hari mencari rezeki, cukuplah dengan cuti
umum 31 Ogos.
BOSAN, KENAPA pula kelepasan am pada 16 September?
Kalau semua sudah cuti siapa yang akan hadir majlis 'angkat sumpah' PM
baru kononnya? - HAMID JB
SAYA harap lenyapkan angan-angan hendak
jadikan 16 September cuti umum. Mungkin ramai yang setuju dapat cuti
tambahan terutama bagi pekerja sektor awam dan swasta. Buat apalah
beria-ia sangat mahu membazir masa - 0199919XXX
SAYA amat setuju
dengan penulis Zaini Hasan di ruangan Cuit Utusan Malaysia semalam.
Isunya 10 September, bukan 16 September. Ramai orang cuba melupakannya.
Jangan lupa kata pepatah, pelanduk yang lupakan jerat tapi jerat tak
lupa pelanduk - 0194434XXX
TINDAKAN Nik Aziz menyokong cuti pada 16 September amat memalukan, tidak ubah seperti lalang ditiup angin - MAN ENDA
3- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar.
KUALA
LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar
diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk
membeli 'perasaan' rakyat Sabah dan Sarawak.
Presiden Parti
Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba
menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja
menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan
sebagai agenda perjuangannya.
Beliau bagaimanapun yakin rakyat
Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya
sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen
Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.
"Anwar telah
berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16
September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai
cuti umum. "Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat
hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka
tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas," katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan
Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan
16 September sebagai cuti umum. Anwar berkata, cuti umum itu wajar
kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia
merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.
Vui Keong
berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat
menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.
4 - ARKIB: 03/09/2008 – Anwar 'terlalu teruja' tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)
Apabila
pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu
dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang
berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.
Mereka
ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita
berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang
terus berpolitik 24 jam.
Ini jelas apabila Anwar secara
tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang
menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia
hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar
dan 16 September tidak boleh dipisahkan.
Oleh itu sempena
Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu
rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang
harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau
sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik
sekalipun.
Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara
tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas
alasan "kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang
tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang
amat bersejarah."
Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September.
Tarikh
berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rakyat Malaysia
sebagai tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti
akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana
ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut.
Anwar sengaja
terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik
pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu
mendapat respons yang positif daripada rakyat.
Anwar memahami
memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang
penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi
popular.
5 - ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit.
KUALA
LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap
hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata
Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Menteri Besar
Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan
setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16
September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.
Ahmad
Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut
sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang
usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu
dapat dilupakan begitu sahaja.
Katanya adakah orang seperti
Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak
mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.
6 - ARKIB ruangan SMS – Utusan : 03/09/2008.
019-292XXXX
- PAKATAN Rakyat ingin menyerlahkan kepada dunia betapa jahilnya mereka
dalam menilai sejarah negara dan jati diri nasional, lantaran mahu
memberi cuti umum pada 16 September.
DEN GOMBAK - 16 SEPTEMBER,
cuti atau tidak tidak penting. Untuk perpaduan negara,adakah baik kita
ada dua perayaan kemerdekaan? Kenapa masa menjadi TPM tidak cadangkan?
Anehnya negeri Semenanjung yang hendak cuti!
013-936XXXX - ADALAH lebih baik Anwar Ibrahim 'beri' cuti sepanjang tahun. Ini lebih baik, tidak payahlah cuti runcit-runcit.
sulaimansabikan