Ikuti Blog ini

Melayu : Marilah Bersatu dengan Tali Allah

Penulis Tamu - Nasrudin Hassan at Tantawi,

1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .

dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .

dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .


2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .

3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]

4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :

dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :

Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .

8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .

9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .

10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia.

BN patut Malu...

SHAH ALAM 13 Julai - Lantikan anggota pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri membuktikan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan budaya politik kedurjanaan dan mampu bekerjasama dengam semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun demi kebaikan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Selangor.


Malah Pakatan Rakyat Selangor menunjukan contoh dan jalan kepada Umno-Barisan Nasional bagaimana sesebuah kerajaan itu harus bersikap adil, telus dan terbuka serta tidak kejam dan berlaku zalim kepada pembangkang

Semalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor melakar sejarah apabila biat pertama kali dalam sejarah politik negeri itu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burung daripada BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias menerajui jawatankuasa penting itu.

Pelantikan Mohd Shamsudin dibuat setelah ADUN Kajang, Lee Kim Sin mengosongkan jawatan yang disandang beliau sejak 2008.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim berkata pemilihan Mohd Shamsudin merupakan pilihan yang tepat kerana beliau memenuhi kriteria pelantikan termasuk pengalaman dalam bidang berkaitan.

"Ini sekali lagi menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu kerajaan yang terbuka kerana sudi melantik ahli pembangkang sebagai pengerusi jawatankuasa PAC.

"Ini tidak pernah berlaku dan sekiranya kerajaan nak tutup isu pasir dan berbagai isu yang di bawa BN, maka tidak perlu kita melantik pembangkang sebagai pengerusi PAC.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudi mencatat sejarah di negara ini dan juga sejarah untuk badan perundangan di Malaysia malah di Parlimen sendiri pun belum sampai ke tahap itu," kata Chang Khim

Beliau juga berkata pelantikan tersebut mendapat persetujuan semua pihak termasuk pihak pembangkang.

"Kita bukan lantik orang luar tetapi kita lantik daripada kalangan ahli jawatankuasa PAC yang sedia ada, cuma pengerusi yang sedia ada YB Lee Kim Sin mengosongkan kerusi untuk diberikan dan diserahkan kepada Datuk Shamsudin yang memang sudah dilantik sebagai ahli PAC.

"Saya juga percaya latarbelakang beliau yang merupakan ADUN untuk penggal kedua dan juga bekas pegawai daerah serta pengalaman dalam bidang audit, itulah kriteria yang diambil kira dan beliau calon yang memang layak dan mempunyai pengalaman dan kelayakan yang lebih baik," kata beliau.

Bercakap pada Suara Keadilan di lobi Dewan Annex Kim Sin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Lee berkata pengosongan itu dibuat setelah mengambil kira sistem yang digunakapakai di parlimen Komanwel yang mana pelaksanaan sistem itu dibuat secara adil dan telus tanpa mengira parti yang memerintah.

"PAC Selangor telahpun menyiasat laporan audit kerajaan terdahulu (BN) dan sekarang kita akan memulakan siasatan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu kerajaan yang mentadbir negeri sekarang.

"Jadi adalah lebih baik penyiasatan itu diketuai oleh ahli daripada pembangkang sendiri bagi memastikan sistem yang digunakan adalah telus dan adil kepada semua pihak juga menggunakan dasar sama rata," kata Kim Sin.

Permit: Harakah hantar jawapan ke KDN hari ini



Pihak pengurusan Harakah hari ini telahpun menghantar surat jawapan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat tunjuk sebab kedua yang diberikan kementerian itu semalam.

Musa Gaji Tinggi Tapi Gagal Tangani Masalah Jenayah Semakin Serius

SHAH ALAM 13 Julai - Pendapatan bulanan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dianggarkan mencecah lebih RM25 ribu sebulan tidak layak beliau terima memandangkan kadar jenayah masih ditahap yang merisaukan dan usaha pembasmian jenayah dilihat gagal di bawah pengawasan beliau.

Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa kadar jenayah telah turun sebanyak lima belas peratus, tetapi rakyat menganggap ia sebagai kenyataan untuk mententeramkan hati bukan satu realiti yang nyata.

Rakyat dinegara ini masih lagi merasakan kehidupan mereka sentiasa berhadapan dengan ancaman jenayah walaupun mereka berada di dalam kediaman sendiri.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika dihubungi memberitahu sebenarnya sudah lama Pakatan Rakyat mendesak Musa meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara kerana terlalu banyak kes jenayah di negara ini beliau gagal selesaikan.

"Dari dulu lagi kita mendesak Musa melepaskan jawatannya apatah lagi dengan isu jenayah yang tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Selain itu kejadian di tembak sesuka hati oleh pihak polis merupakan satu kegagalan besar di dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM), seperti dalam kes kematian remaja Aminurasyid yang disebabkan tindakan polis menembak secara melulu.

"Kita tahu tanggungjawab Ketua Polis Negara sangat besar tetapi beliau gagal untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dalam memastikan isu jenayah negara ini berada pada tahap yang betul-betul memuaskan.

"Berkenaan dengan isu pendapatan bulanan anggota polis, kerajaan tidak sepatutnya hanya memberi tumpuan kepada pendapatan Ketua Polis Negara sahaja tetapi ia perlu peka kepada anggota biasa juga kerana pendapatan yang kurang akan mengundang gejala rasuah anggota polis. Yang bekerja kuat adalah mereka berada di bawah bukannya yang duduk di atas seperti Musa," jelas Nurul Izzah.

Pendapat yang sama turut di utarakan oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard yang mengatakan pemberian gaji yang tinggi kepada Ketua Polis Negara itu adalah untuk mengelakkan berlakunya jenayah rasuah dan sepadan dengan tanggungjawab untuk membasmi jenayah tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

"Musa gagal memastikan jenayah negara ini berada pada tahap yang betul-betul memuaskan, hinggakan rakyat sekarang sentiasa berasa keselamatan mereka tidak terjamin. Mengenai laporan polis yang dilakukan terhadap pemimpin atasan Umno mahupun kerajaan, kita patut tahu sebab sebenar kenapa Musa gagal untuk mengambil tindakan terhadap laporan tersebut.

"Pemilihan Ketua Polis Negara ini dipersetujui Perdana Menteri dan diperkenankan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, apabila situasi ini berlaku maka secara asasnya jika lantikan dilakukan oleh Perdana Menteri bagaimana Ketua Polis itu hendak mengambil tindakan ke atas ketuanya jika ada laporan di buat terhadap ketuanya.

"Untuk mengelakkan sikap melindungi individu tertentu berlaku, saya ingin menegaskan pemilihan Ketua Polis Negara ini perlu dilakukan oleh kuasa rakyat dan pencalonan hendaklah melalui parlimen. Apabila sistem sebegini digunakan maka Ketua Polis Negara menjadi hak milik rakyat dan kepada sesiapa laporan itu dibuat maka ia boleh bertindak terus tanpa memikirkan pangkat mahupun kedudukan seseorang," tegas CheGuBard.

Tambah beliau walaupun Datuk Seri Najib Razak mengatakan negara ini mengamalkan sistem pentadbiran yang baik tetapi dasar yang diamalkan oleh Kementerian Dalam Negeri sebenarnya menunjukkan sistem negara belum lagi matang.

CheGuBard juga melabelkan pentadbiran PDRM di bawah Musa sebagai yang paling teruk jika dibandingkan dengan Ketua Polis Negara sebelum ini.

Mengikut satu laporan media gaji bulanan Ketua Polis Negara di bawah gred Gaji SSM VUYY3 adalah RM13,849.67, elaun rumah RM2,500, elaun keraian RM5,100 serta imbuhan tetap jawatan RM3,000.

Selain itu juga terdapat elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun berkaitan. -

Satukan Umno dulu sebelum ajak PAS

KUALA LUMPUR, 13 Julai: PAS menasihatkan mereka yang cuba berusaha menyatukan parti itu dengan Umno supaya tolong menyatukan sesama Umno dahulu sebelum menyatukan orang lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Umno kini berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana berebut “kek projek “ yang semakin kecil.

Menurutnya, Umno sekarang berada di akhir hayat, kerana sudah kehilangan identiti dan krisis nilai di kalangan ahlinya.

Beliau berkata, perjuangan Umno hanya berteraskan kepada benda, bukan ideologi.

Mereka yang memimpin Umno, kata beliau semuanya kerana perjuangan perut bukan menegakkan idealisme perjuangan seperti mereka yang terdahulu.

“Masuk Umno kerana projek dan ‘mengalibabakan’ khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai. Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin Umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan Melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan Pakatan Rakyat,” katanya.

Tegasnya, PAS terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia.

Penegasan itu, katanya telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Retreat Pimpinan Tertinggi PAS di Port Dickson pada 9 hingga Julai lalu.

PAS, jelasnya merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan PAS yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut.

Katanya lagi, program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun.

“Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah Umno memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar,” katanya.

PAS, katanya hendak menasihatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong Umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan.

Menurutnya, mereka hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik Umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan Umno kepada agama dan bangsa.

“Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu dan digadai.

“Membisu ketika kes Pulau Batu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunei, 217 hektar tanah KTM difaraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini. Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?” ujarnya.

Justeru, tambahnya PAS menasihatkan mereka itu agar berhentilah daripada menjadi ayam sabung Umno, untuk bersama-sama dengan PAS.

“Serulah rakyat untuk bersama dengan PAS, bukannya ajak PAS bersatu dengan parti yang sudah hendak karam. Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS, ketika gerakan massa dari kalangan muda mudi yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama PAS untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus,” ujarnya. -Hrkh

Chegubard persoal polis batal periksa pejabat saat akhir


KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti PKR Badrul Hisham Shaharani atau yang dikenali sebagai “Chegubard” mempersoalkan tindakan polis yang membatalkan hasrat untuk memeriksa ruang kerjanya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya petang tadi.

Beliau berkata sebelum ini polis bersungguh untuk memeriksa komputer yang digunakan untuk membuat kerja-kerjanya di ibu pejabat PKR kerana memberitahu polis bahawa beliau tidak mempunyai komputer peribadi.

Polis sepatutnya memeriksa pejabatnya kira-kira 2.30 petang.

“Saya memberitahu polis bahawa tidak mempunyai komputer peribadi, jadi segala kerja termasuk menghasilkan artikel dilakukan di ibu pejabat PKR ataupun di siber kafe.

“Sebab itu mereka (polis) mahu datang periksa, tapi tidak tahulah sekiranya mereka juga mahu periksa di siber kafe,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata polis ada memaklumkan bahawa sudah hampir sampai ke lokasi tetapi terpaksa bergegas pulang kerana mempunnyai tugasan lain yang lebih penting.

“Pegawai polis kata sudah hampir sampai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun ketika saya hubungi semula pegawai itu beritahu mendapat arahan untuk tugas yang lebih penting.

“Jadi mereka pulang tanpa membuat sebarang pemeriksaan di ibu pejabat PKR petang tadi,” katanya.

Beliau berkata masa dan tarikh bagi pemeriksaan lanjut mereka akan diuruskan kemudian oleh pegawai penyiasat kesnya.

“Pegawai cakap kepada saya jika ada apa-apa mereka akan hubungi saya nanti,” kata Ketua Cabang PKR Rembau itu.

Jumaat lalu, Badrul ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau.

Difahamkan bahawa rumahnya di Bukit Chedang juga digeledah polis tetapi tiada apa-apa barang diambil.

Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”

Satu lagi maklumat twitter pemimpin PKR menyebut, beliau ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung isu mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamarudin.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Sasaran 60 kerusi Parlimen cerah


KUALA LUMPUR : Sasaran PAS adalah merampas 37 kerusi Parlimen daripada Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia dikuasai oleh PAS, tegas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Menurut beliau, usul 'menguasai 60 Parlimen' itu telahpun dipersetujui dalam Muktamar PAS kali ke-56 pada 12 Jun lalu demi memastikan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari Umno BN tidak lama lagi.

Sehubungan itu, beliau mewakili jentera pilihan raya pemuda menolak pelawaan Umno untuk kerjasama demi kepentingan parti perkauman itu.

"Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain," tegas beliau petang tadi di Lobi Parlimen.

Baginya, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai kesemua Parlimen sasaran tersebut jika berdasarkan demografi pengundian rakyat pada PRU12 lalu.

"Saya ingat cerah, kalau jentera lebih berkerja keras dari apa yang sedia ada," ujar beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.

Ini kerana, beliau berkata, sebanyak 16 kerusi Parlimen menyaksikan PAS kalah kurang dari 5 ribu undi.

Manakala, katanya lagi, lapan kerusi parlimen sasaran yang lain menyaksikan PAS kalah kurang dari 10 ribu undi.

13 kerusi berbaki, menurut beliau lagi, menyaksikan PAS kalah 13 ribu undi sahaja.

"Kita kena gandakan fokus dan kerja, kalau nak pujuk rakyat tolak politik zalim dalam pilihanraya depan," tegasnya lagi.

Ditambah dengan mood rakyat yang kian sedar ekoran melihat isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada Singapura; gadai dua telaga minyak (Blok L dan Blok M) pada Brunei; kes pembunuhan Altantuya; skandal kapal selam Scropene; serta perlantikan Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang dikatakan pro Yahudi sebagai syarikat komunikasi kerajaan, beliau berkata, sudah tentu memberi kelebihan pada PAS dan Pakatan Rakyat.

Penegasan '60 Kerusi Parlimen' itu sekaligus menjawab pelawaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Nor Adam kononnya PAS lebih mudah melaksanakan Islam sekiranya bekerjasama dengan Umno adalah sandiwara Umno semata-mata.

Menurut beliau, tujuan pelawaan itu demi kepentingan Umno semata-mata, bukannya Islam.

"Kalau Umno ikhlas nak laksana Islam, mereka boleh buktikan sekarang, tak perlu 'main wayang' dengan PAS," ujar beliau sambil menyifatkan kenyataan Lokman itu bertujuan memecahbelah muafakat Pakatan Rakyat.

"Saya tak mahu Negara Islam versi Umno sebab negara kekal dalam kezaliman ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), mahkamah tidak bebas, rasuah sana sini, sokong judi bola, amalkan politik membenci kaum-kaum lain yang tidak sokong Umno dan banyak lagi sebenarnya."

Sebaliknya, beliau berkata, pendirian PAS bersama-sama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat demi memujuk rakyat menolak kezaliman Umno BN; sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

"Dalam Perjanjian Fudhul Hudaybiah, sebelum Perang Badar dan waktu memeterai Perjanjian Madinah pun, Nabi sendiri bersama-sama orang Islam dan yang bukan Islam untuk lawan kezaliman, apa masalahnya dengan DAP dan PKR," soal beliau.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Lokman turut mendakwa DAP anti Islam, manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin utamnya.

Lokman turut mengumpan PAS kononnya boleh melaksanakan Hudud sekiranya parti itu bersedia bekerjasama dengan Umno dalam masa terdekat ini.

Difahamkan, pujukan Lokman itu demi memulihkan semula sokongan masyarakat Melayu pada Umno yang belakangan ini dilihat kian pudar sejak parti perkauman itu menggadai kepentingan agama, negara dan bangsa. -Hrkh

Najib Kecut Perut !!

SHAH ALAM - Isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kaitan beliau dengan urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dijangka akan ditimbulkan oleh pihak pendakwaraya Perancis apabila menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam hari ini di Paris.

Peguam beliau, Americk Sidhu memberitahu Suara Keadilan, Bala yang kini berada di kota raya itu dijangka memberi keterangan kepada pihak pendakwaraya Perancis pada pukul 2.00 petang waktu Paris atau 8.00 malam waktu tempatan hari ini.

"Bala kini berada di Paris bersama seorang lagi peguam beliau, Manjeet Singh Dhillon dan sesi
soalsiasat itu akan memakan masa selama lebih kurang empat jam.

"Saya tidak tahu apa yang akan ditanya kepada Bala tetapi setakat maklumat yang kita maklum kaitan beliau dengan kes Scorpene ialah melalui hubungan Bala dengan Altantuya.

"Kita tahu Altantuya dijanjikan komisyen sebanyak A$500,000 dalam urus niaga tersebut dan sudah tentunya pihak pendakwaraya mahu mendapat butiran lebih lanjut samada Altantuya memperolehi komisyen yang dijanjikan, daripada siapa atau syarikat apa, ke mana wang tersebut disalurkan dan untuk tujuan. Kalau beliau tidak dapat, kenapa? Peranan Bala dalam siasatan yang komprehensif ini hanya akan tertumpu apa yang beliau tahu melalui hubungan beliau dengan Altantuya dan mereka yang berhubungan dengannya," kata Americk ketika dihubungi di
London.

Americk juga berkata pihaknya tidak dapat bertemu dengan peguam badan hak asasi manusia Malaysia, Suara Malaysia (Suaram) keran ini tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.

"Undang-undang Perancis melarang sama sekali sebarang hubungan dengan pihak pendakwaraya sebelum bermula proses soalsiasat," terang beliau lagi.

Tambah beliau, Manjeet dan Bala hanya dibenarkan bertemu dengan dua peguam yang mewakili Suaram yang bertindak sebagai pihak yang membuat aduan, pagi esok di Paris.

Salah seorang peguam Suaram yang akan ditemui termasuk Joseph Breham yang pernah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk memgumpul malumat berhubung penyiasatan kes skandal Scorpene April lalu.

Americk berkata rancangan pihak pendakwaraya Perancis untuk menyoalsiasat Bala telah dibuat
kira-kira sebulan lalu apabila beliau membuat persiapan untuk bertemu dengan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Apabila kami bertanya kepada pihak pendakwaraya Perancis bahawa Bala akan berada di London untuk bertemu dengan SPRM dan samada mereka juga berminat untuyk bertemu beliau, mereka terus bersetuju tanpa banyak berfikir lagi," kata Americk.

Walau bagaimana SPRM menarik diri pada saat akhir untuk bertemu Bala yang dijadualkan selama dua hari bermula 5 Julai lalu. -sk

Beratus Usul PR Ditolak, Tak Melenting Macam ADUN Kuang

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN-Kuang Abdul Shukor Idrus hari ini dihalau keluar dari persidangan dewan selepas bertikam lidah dengan Speaker Teng Chang Khim.

Speaker DUN itu mengambil tindakan tersebut mengikut peraturan mesyuarat 44 (2) berikutan Abdul Shukor gagal untuk menghormati persidangan dewan.

"Saya perintahkan mengikut peraturan mesyuarat 44 (2), saya arahkan yang berhormat keluar daripada dewan sekarang," kata Teng setelah memberi peluang kepada Abdul Shukor supaya menghentikan pertanyaan yang tidak mengikut peraturan.

Abdul Shukor ingin mengemukakan soalan berkaitan aktiviti kecurian pasir di negeri Selangor namun disekat oleh Teng berikutan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi dalam perbahasan menjawab persoalan Adun Sungai Burung.

Shukor ketika di temui di luar dewan mempertikaikan keputusan Speaker kerana menolakuntuk membahaskan isu penting kecurian pasir di Selangor.

"Saya mahu bahaskan isu kecurian pasir di negeri ini kerana terlalu banyak perkara yang tidak dimaklumkan oleh kerajaaan negeri terutamanya jumlah keuntungan dan kerugian yang ditanggung.

"Semua pihak ingin tahu dari mulut Tan Sri Khalid sendiri kerana beliau menyatakan banyak keuntungan diterima hasil dari perlombongan pasir," katanya diluar dewan.

Shukor berkata, Menteri Besar gagal memaklumkan secara lebih terperinci malah tidak konsisten mengenai jumlah keuntungan yang diterima.

"Tindakan ini merupakan satu penipuan oleh kerajaan negeri yang menyebabkan rakyat terus tertanya-tanya," ujar beliau.

Beliau mendakwa usul yang ingin dikemukakan itu adalah untuk kepentingan rakyat tetapi ditolak dari dibahas.

Baru ditolak usul dah berperangai macam samseng.

Berpuluh malah beratus usul-usul dari wakil rakyat Pakatan Rakyat di DUN dan di Parlimen, tidak pula wakil rakyat PR bertindak sesamseng wakil rakyat UMNO yang seorang ini.

Sekarang UMNO baru merasa panasnya bila wakil rakyatnya kena keluar dari dewan sedangkan speaker-speaker UMNO BN selama ini menghalau wakil rakyat PR mereka tak pernah pula bising-bising.

Hei UMNO, sunnatullah, apa yang anda lakukan kepada orang lain, itulah yang akan akan perolehi semula. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .