Ikuti Blog ini

Ribuan Penduduk Puchong di Dewan MPSJ bt. 14.






Puchong 19 Julai : - Makan malam di dewan MPSJ bt. 14 anjuran DAP Puchong di hadiri ribuan penduduk Puchong, 350 meja di sediakan. Antara pimpinan DAP yang hadir Karpal Singh, Lim Guan Eng, Gobin Singh Dio, Teresa Kok, dan ramai lagi, Pimpinan PKR, Yaakop Sapari. Pimpinan PAS sepatutnya Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat penting PAS pusat di Kedah.

Pimpinan PAS kawasan Puchong yang hadir antaranya YDP, Ust Soffiean Ismail, SU sdr. Ariff, Ketua Muslimat Kak. Anum, Naib Ketua Pemuda sdr. Fadhil dan petugas-petugas Unit Amal yang sepatutnya bertugas untuk menjaga keselamatan MP Bkt. Gantang.

YDP Ust. Soffiean dan Ust. Asrul sedang memperkatakan sesuatu kepada YB Yaakop Sapari.


Pasukan Unit Amal Puchong sedia berkhidmad

Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh

Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

memorial of teo beng hock stadium kelana jaya 20090719 stage 02Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin.

Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock"

Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.

memorial of teo beng hock stadium kelana jaya 20090719 crowd 02Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.

Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam.

Kematian Teoh yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, telah menimbul kemarahan penyokong pembangkang yang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasatkan kejadian tersebut.




Kematian Teo Beng Hock Bukan Jatuh Tempat Tinggi



Apabila aku baca laporan Utusan Online bertajuk “Teo Beng Hock mati kerana terjatuh dari paras tinggi” aku pun cari dalam macam-macam blog dan aku jumpa macam-macam andaian dan ulasan. Tapi kebanyakannya tidak sama dengan yang ditulis oleh Utusan.

Contohnya aku tengok foto kat sini bersama pakar CSI dan pakar tersebut mengesahkan dengan yakin Mendiang Teo bukan mati akibat jatuh dari tempat tinggi.


Gambar hiasan seorang anak muda Itali yang jatuh mati.


Menurut pakar ini, jika Mendiang jatuh dari tempat tinggi, dari foto tersebut boleh dikesan seperti:-
  • Pasti ada kesan darah yang keluar dari hidung dan mulut. Kesan darah atas lantai berhampiran muka.
  • Jatuh dari tempat tinggi kepala terhempas ke lantai dan pecah. Darah terpercik keluar paling banyak di bahagian kepala dan tompokan darah paling banyak atas lantai di kepala mendiang.
  • Mayat akan kelihatan renyuk

Itu saja pakar boleh komen. Sebab pakar ini mendapat pengalaman dan pengetahuan pun dari tv, rancangan CSI dan macam-macam. Lagipun dia anak aku umur 11 tahun, masih sekolah. Ha… ha… ha…

Kalau IO Polis dan unit forensik polis, dapat jawapan macam lain aku tak tau la……….!!!!!



Himpunan memperingati kematian Teo Beng Hock di ganggu polis.

Ipoh : Sebagai memperingati dan memprotes diatas trajedi kematian penuh misteri seorang pembantu Exco Negeri Selangor,mendiang Teo Beng Hock, di sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semasa memberikan penerangan di pejabat berkenaan pada hari Khamis, 16 Julai 2009 , Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan suatu perhimpunan menyalakan lilin berhampiran dengan Wisma DAP disini malam tadi.

Perhimpunan secara aman tersebut dihadiri lapisan masyarakat yang turut bersimpati diatas trajedi malang yang penuh misteri.Mereka hadir untuk menyatakan tanda kegelisahan rakyat dan menuntut keadilan untuk simangsa.

Turut hadhir dalam majlis itu ialah pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang antaranya ialah, Lim Kit Siang , Ngeh Khoo Ham, Idham Lim dan lain-lain.

Dalam ucapannya mengenai isu kematian misteri tersebut Lim Kit Siang berkata, “ Siapa yang akan percaya , Teoh, 30 , akan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 di Ibu Pejabat SPRM , sedangkan dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan seorang guru, Soh Cher Wei, 28 pada keesokannya dan Soh sedang mengandung dua bulan?”

“Insiden ini telah mencetuskan perasaan takut dan curiga orang ramai terhadap kebolehpercayaan SPRM khasnya dan pihak penguatkuasa kerajaan amnya dalam menjaga kepentingan rakyat dan Negara”

Lim berharap dapat menemui PM Najib Tun Razak sekembalinya dari luar negeri dalam masa yang terdekat ini.

Perhimpunan yang sederhana itu turut dikawal rapi dan dipantau oleh pasukan keselamatan yang membenarkan majlis tersebut berjalan sehingga jam lebih kurang 10.30malam.

Johan Qari dan Qariah Peringkat Kebangsaan.



JOHAN Qari Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan (kiri) dari Sarawak, bersama Johan Qariah Sharifah Kasif Fadzillah Syed Baiduzzaman dari Perak, bersama hadiah yang dimenangi selepas majlis penyampaian hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan ke-52, yang disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Peringkat Kebangsaan ke-52, di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, semalam.


Era Najib Altantuya : Saksi Siasatan Buat Aduan Polis

Berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya sewaktu disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis, Tan dan peguam beliau N. Surendran memberikan beberapa kenyataan kepada pihak media.

Tan juga turut menceritakan bagaimana SPRM mahu beliau membuat pengakuan palsu menyalahgunakan wang peruntukan yang diberikan kerajaan negeri.

Sewaktu berada dalam tahanan Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerdekaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' iaitu pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, beberapa kali beliau diancam dengan keganasan fizikal, malah ada pegawai SPRM yang telah menuding ke dahinya dan berkata ingin memukul beliau sekiranya tidak bercakap benar.

Malah kelemahannya bercakap Bahasa Melayu turut menjadi bahan untuk mempersendakannya.

Beliau juga telah dilabel dengan perkataan-perkataan kesat oleh pegawai SPRM yang menjalankan penyiasatan ketika itu.

Apa yang lebih teruk katanya, mereka juga turut melakukan ancaman yang bersifat penderaan mental apabila mengugut akan melibatkan keluarga Tan jika beliau enggan bercakap benar.

Sementara itu, N. Surendran berkata, pihaknya sedang mengumpulkan beberapa butiran sebelum menfailkan saman kepada kepada SPRM dan kerajaan Malaysia kerana telah menggunakan cara yang salah dalam melakukan soal siasat dan melakukan penderaan mental kepada anak guamnya.

Beliau dalam kenyataannya kepada media menegaskan, teknik soal siasat dan penderaan mental yang diambil oleh SPRM sama sekali tidak melambangkan sikap profesionalisma dalam menjalankan tugas demi membanteras rasuah di negara ini.

Dalam pada itu, beliau menambah jika beginilah cara yang diterima oleh Tan, apakah agaknya layanan yang telah diterima oleh setiausaha politik exco kerajaan Selangor, mendiang Teoh Beng Hock yang telah disoal siasat pada hari yang sama dengan Tan.

Turut hadir bersama Tan untuk ketika membuat laporan polis ialah ADUN Kinrara, Teresa Kok, Exco Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu dan beberapa yang lain.

Sementara itu, Ronnie menambah, pihaknya masih meminta pihak SPRM dan polis untuk menyerahkan telefon bimbit milik mendiang Teoh yang masih belum dipulangkan.

Beliau menambah telefon bimbit tersebut begitu penting untuk membantu kes penyiasatan kematian mengejut setiausaha politik itu. Walaupun pihak polis dan SPRM menidakkan telefon tersebut berada dalam simpanan mereka, namun Ronnie enggan mempercayainya.

Menurut SPRM, Teoh dipanggil pada jam 6 petang 15 Julai dan disoalsiasat sehingga 3.45 pagi. SPRM berkata Teo bagaimanapun enggan balik dan mahu berehat melepaskan lelah di SPRM. Mayatnya ditemui mati jam 1.30 tengahari di bumbung bangunan bersebelahan Plaza Masalam.






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .