Ikuti Blog ini

Najib Bakal Menangis Lagi?

Sepertimana biasa Najib mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar bogel Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Elizabeth Wong baru-baru ini.

Sambil menegaskan BN tidak terlibat sama sekali dalam insiden itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata pembangkang sewajarnya tidak menuduh sembarangan jika tidak mempunyai bukti, lapor Bernama.

Sama seperti kes terdahulu, Najib telah pernah membuat penafian beliau terbabit dengan laporan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi apabila diunjukkan foto Saiful bersama pegawainya yang berlatarbelakang pejabat TPM akhirnya Najib mengaku bahawa kehadiran Saiful pada 12 Februari lepas untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran.

Persoalan kini sampai bila Najib boleh menipu?

Sama seperti beberapa orang ADUN PKR yang "hilang" dan "ghaib" yang tiba-tiba muncul bersama beliau tatkala mengumumkan rampasan kuasa di Perak.

Najib yang tertekan akibat dari kekalahan demi kekalahan pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala terengganu setelah "bercakap besar" sewaktu berkempen perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan maruahnya dari terus menerima aib. Entah berapa juta peruntukan digunakan untuk tujuan itu hanya Allah saja yang tahu.

Tetapi malang bagi Najib, kali ini di Perak situasinya berbeza. Segala pekung terdedah. Hubungannya dengan pihak istana juga dibongkar habis-habisan oleh rakyat. Gambarnya dipijak-pijak oleh rakyat Perak. Itu baru bayangan yang dia sudah mula dihina di dunia. Malah ada yang menunggu ketibaan Najib di Perak dengan sepatu buruk.

Budaya "mafia" yang digunakan oleh Najib tidak mungkin bertahan lama. Kerosakan yang dibawa olehnya sebelum menduduki kerusi PM lagi sudah menunjukkan bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang jahat lagi tidak bermaruah.

Hukum alam akan berlaku juga, yang zalim akan pasti mendapat balasan.

Patah tangan kerana accident yang menimpa seorang timbalan menteri baru-baru ini sekalipun beliau tidak zalim pada zahirnya sepatutnya menyedarkan mata Najib bahawa nasib sedemikian boleh menimpanya apatah lagi kalau pada yang terang-terangan telah berlaku zalim. Doa orang yang terkena zalim terlalu makbul. Hukum Allah menetapkan pula jika tidak menerima hukuman di sini, di sana pasti perolehi jua.



'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Dr. Haron Din

why-tuanku

KUALA LUMPUR - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.


ImageTimbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.


"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.


"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya.


Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.


Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.


Image"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.


Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.


"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.


"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.


"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.


Eli: Saya tetap letak jawatan exco dan Adun

Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.


"Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Namun begitu, beliau menegaskan bahawa komitmennya terhadap perjuangan PKR tidak pernah luntur.


"Saya akan kekal sebagai ahli parti dan meneruskan perjuangan bersama parti ke arah sebuah masyarakat yang adil," katanya.


Elizabeth membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam 15 Februari lalu, mengenai penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.


Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.


Dengan kenyataan terbaru Elizabeth hari ini, maka ia bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bukit Lanjan.


Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini tidak menolak kemungkinan - jika berlaku kekosongan di DUN Bukit Lanjan - pilihanraya kecil di situ akan diadakan serentak pada 7 April.


Menurut kenyataannya hari ini, Elizabeth berkata beliau telah berlepas keluar negeri untuk bercuti.


Menurutnya, walaupun beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan exco dan Adun, namun pihak media dan laman-lamanweb masih terus menceroboh kehidupan peribadi dan privasinya.


"Saya telah dimaklumkan oleh beberapa pihak media bahawa mereka akan terus menyiar berita-berita yang lebih sensasi mengenai kehidupan peribadi saya.


"Saya juga telah diberitahu bahawa terdapat satu serangan baru, dengan lebih banyak foto dan video diedarkan untuk memalu dan memusnahkan saya.


"Ini adalah satu episod yang paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah merasa begitu keseorangan, terdedah pada serangan dan begitu hina. Saya perlu berihat dan mencari ketenangan jiwa dari semua yang berlaku terhadap saya," katanya.


Menurut Elizabeth lagi, beliau amat menghargai sokongan semua pihak, terutama para pengundinya, golongan wanita khususnya dan rakan-rakan seperjuangan dalam parti.


"Perkataan tidak cukup untuk mengungkap penghargaan saya terhadap kebaikan hati anda semua," tambahnya.


Dalam kenyataan itu juga, Elizabeth berkata negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.


"Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih berleluasa. Saya berharap perbincangan umum hendaklah tertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisa kehidupan peribadi saya. Prinsip saya tetap kekal.


"Saya tidak akan menjawab sebarang soalan mengenai kehidupan peribadi saya," katanya.


Sehubungan itu, Elizabeth berkata kehidupan peribadinya bukan untuk tatapan awam kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang atau menyusahkan sesiapapun.


Beliau juga merayu kepada pihak media serta penyokongnya supaya membiarkan beliau mendapatkan ketenangan jiwa.


"Saya meminta pihak media supaya jangan menganggu saya, anggota keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya, supaya kami juga berpeluang hidup seperti rakyat biasa yang lain," katanya.




Perak: Tindakan Speaker Betul dan Menasabah

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bertindak di dalam lingkungan kuasa yang ada padanya apabila beliau menghalang Menteri Besar Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco dari menghadiri sidang dewan undangan negeri akan datang, demikian kata seorang pakar undang-undang hari ini berhubung dengan langkah terbaru ekoran krisis perlembagaan di Perak.

Abdul Aziz Bari, seorang professor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa berkata kuasa Speaker adalah luas di dalam hal-hal yang melibatkan peraturan dewan.

“Ia termasuklah memuktamadkan pentafsiran sebarang peruntukan di dalam Perintah Tetap -peraturan yang digunakan untuk mengawal perjalanan dewan,” tambahnya.

Peguam veteran, Karpal Singh, menyetujuinya.

Karpal, yang juga Pengerusi DAP, menyatakan meskipun V Sivakumar adalah seorang Speaker yang baru, beliau mempunyai kuasa untuk betindak sepertimana yang telah dilakukan hari ini.

Sivakumar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Prof Abdul Aziz menyatakan di peringkat persekutuan juga, Speaker Dewan Rakyat telah banyak melakukan beberapa “keputusan yang tidak logik dan kabur — contohnya di dalam menolak usul dan menggantung ahli parlimen”.

“Sekerang masanya BN merasai hal yang sama,” tegasnya.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan bahawa beliau masih seorang menteri besar Perak yang sah kerana beliau belum meletakkan jawatannya atau diberikan undi tidak percaya oleh majoriti ahli dewan undangan negeri.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan Isnin ini bagi sebutan untuk mempertimbangkan tiga isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak Haram.

Abdul Aziz menyatakan Nizar mempunyai hak untuk melakukan tuntutan di mahkamah erdasarkan “kesahihan kerajaan BN yang dipimpin dubious position of Zambry”.

Beliau menambah kerajaan negeri “bergantung kedudukannya” kepada sokongan majoriti di dalam dewan undangan negeri.

“Ini masalahnya kerana kita tak pasti samada Zambry faham ataupun tidak,” kata Prof Abd Aziz lagi.

Hal yang sama juga telah disuarakan oleh seorang peguam, Asmuni Awi.

Zambry seperti yang dipetik dari Berita Harian bagaimanapun menegaskan jawatankuasa dipengerusikan Speaker DUN dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar, membuat keputusan itu tanpa mengendahkan kuasa Sultan Perak yang memperkenankan pelantikannya sebagai Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan.

Beliau berkata, tindakan jawatankuasa itu juga subjudis kerana isu pelantikannya sebagai Menteri Besar Haram sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ramai pengamal undang-undang menolak kenyataan Zambry itu kerana tindakan Sultan Perak yang memperkenankan perlantikannya sebagai Menteri Besar Haram adalah stau hal yang berbeza. Keseluruhan cara bagaimana BN mendapat kuasa dan perlantikan Menteri Besar dan barisan exco oleh Sultan Perak adalah jelas tidak mengikuti Perlembagaan, justeru itu ia tidak mempunyai sebarang penguatkuasaan undang-undang.

"Peruntukan undang-undang ialah Sultan hanya boleh memanggil parti yang difikirkan telah memperolehi suara majoriti rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan. Apa yang berlaku di Perak ternyata konspirasi pihak tertentu terutama Najib selaku Timbalan Perdana Menteri yang mengatur strategi untuk merampas kuasa dan Sultan memperkenannya disamping menolak permohonan Menteri Besar yang sah untuk membubarkan dewan undangan negeri supaya memboleh satu pilihanraya diadakan semula," tegas pengamal undang-undang tersebut.

"Soal subjudis terhadap pelantikannya sebagai Menteri Besar Haram sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga adalah hal yang berbeza. Itu adalah tindakan Nizar untuk mendapatkan haknya yang tidak ada kena-mengena dengan tindakan Speaker berkenaan," tambahnya.

Oleh kerana BN telah merompak kerajaan perak dengan cara haram

Oleh kerana BN telah merompak kerajaan perak dengan cara haram,melantik MB Haram Dan Exco pun juga haram ,maka BN perlu akur bahawa mereka sukar memerintah negeri yang mandat diserahkan kepada Pakatan rakyat.oleh itu kembalikan semula mandat rakyat untuk rakyat memilih sendiri parti mana yang mereka mahu untuk memimpin dan memerintah di perak...




Perhebatkan Dialog Antara Muslim dan Non Muslim

Islam tegak di atas Burhan [ bukti dan dalil ] ! .... demikian antara ungkapan tegas Tok Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada kami rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat di Pejabatnya pagi kelmarin .

Al Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan ini cukup ramah dan mesra menyambut ketibaan rombongan kami .

Saya memimpin rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam misi lawatan kerjanya untuk mengundang sendiri YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi merasmikan Penubuhan Kem Akademi Kepimpinan Pemuda DPP Pusat di Kok Lanas Kelantan pada 14 Mac 09 kelak sekaligus melancarkan modul terkini Akademi Kepimpinan Pemuda .

Alhamdulillah jika tiada halangan , insyaallah majlis perasmian tersebut akan berlangsung dengan jayanya pada 14 Mac nanti disamping ucapan oleh beberapa pimpinan PAS Pusat yang akan dinamakan kemudian .

Sewaktu rancak kami berbincang dan saya menjelaskan tujuan kedatangan kami , Tok Guru sempat mengambil kesempatan untuk memberi amanah dan tazkirah kepada kami yang saya kira sangat tinggi nilai malah sangat bermakna buat kami .

Antara yang ditegaskan oleh Tok Guru agar ditangani oleh Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya ialah :

1. Memperhebatkan dialog dengan golongan bukan Islam agar Islam difahami dengan baik dan tiada lagi salah faham terhadap agama Islam . Malangnya lebih 50 tahun negara di tadbir oleh UMNO dan BN tetapi mereka tidak berusaha untuk memahamkan Islam kepada golongan non muslim . Bahkan lebih malang , ummat Islam sendiri telah luntur nilai keislaman mereka .

2. Menekankan agar golongan muda dalam PAS ini memperbanyakkan bacaan justeru Islam berkembang dan Ilmu bertambah melalui pembacaan . Paling tidak satu buku untuk satu bulan atau jika tidak mampu juga , [ penuh sinis kata Tok Guru biarlah satu buku untuk satu tahun .]

3. Mengharapkan agar pemimpin muda dalam PAS dapat menggerakkan perjuangan Islam ini dengan lebih gigih merentas agama dan budaya sehingga dilihat PAS sebagai sebuah jamaah besar untuk rakyat bernaung setelah rakyat putus harap dengan UMNO dan BN , sesuai dengan slogan PAS For All .

4. Jadikan kelantan sebagai model pentadbiran yang telus dan bersih termasuklah melahirkan pemimpin yang tidak boleh dibeli dan dirasuah oleh UMNO dan BN . Sambil menceritakan bagaimana terdapat ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ditawarkan puluhan juta ringgit untuk melompat parti . Alhamdulillah mereka thabat dengan perjuangan Islam .

5. Jangan gunakan pendekatan menghukum dalam dakwah . " Saya sangat tidak suka sikap kita cepat mengkafirkan seseorang kemudian barulah kalut kita mahu memberi penerangan , Ini tindakan tidak bijak " kata Tok Guru . Terangkan dulu baru jelaskan hukum bukan hukum dulu baru nak bagi penerangan .

6. Pemuda mesti serius untuk lahirkan Tok Guru Muda bagi membawa Islam dengan segala burhannya [ bukti dan dalil ] kepada masyarakat khasnya masyarakat bukan Islam agar mereka dapat memahami Islam dengan baik dan pihak kita juga dapat mempertahankan hujjah dengan baik . " Jangan tonjolkan yang jahil nanti kalah hujjah malu kita " jelas Tok Guru .

Lawatan Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat ke Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan turut disertai oleh Saudara Sabki Yusuf selaku Setiausaha DPPP , Yb . Zaki Ibrahim selaku Bendahari DPPP , Saudara Adram Musa EXCO DPPP , Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah EXCO DPPP , Sdr Zuraidin EXCO DPPP , Dr. Rosli Alani EXCO DPPP , Wan Azimin EXCO DPP Negeri Kelantan dan Sdr Hj. Khairil AJK Akademi Kepimpinan Pemuda DPPP .



posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi


Warga Bagan Datoh terpegun kehadiran Nizar




Program ramah mesra dengan masyarakat Cina di Bagan Sungai Tiang







Lawatan mengejut di Pasar Malam Batu 20



WALAUPUN Bagan Datoh dikenali sebagai sebagai kubu terkuat BN ekoran adanya seorang menteri kabinet bernama Ahmad Zahid Hamidi, namun ia langsung tidak mematahkan semangat Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam rangka lawatan dan ramah mesra dengan rakyat kawasan itu petang semalam. Paling mengejutkan sambutan diberikan oleh setiap lapisan masyarakat disitu kepada Nizar dan rombongannya cukup memberangsangkan apatah lagi mengetahui jawatan menteri besar yang disandang dikatakan 'tergantung' angkara rampasan kuasa BN.


Bermula dari program majlis Hi-Tea di Parit 1 diikuti ramah mesra dengan penduduk Bagan Sungai Tiang kemudian menyusul lawatan mengejut ke pasar malam Batu 20 dan diakhiri bersama penduduk di Bagan Hutan Melintang memperlihatkan rata-rata ditemui cukup terpegun dengan kehadiran Adun Pasir Panjang itu.


Bahkan sambutan diberi masyarakat Cina di Bagan Sungai Tiang juga tidak kurang meriahnya. Ini merupakan program kedua diadakan oleh Nizar selepas berkunjung ke kawasan yang diwakili sebelum ini.


Jika dia tidak memiliki nilai-nilai kepemimpinan waja dan gentar dengan cabaran mendatang, Nizar tentunya sukar untuk tampil berdepan dengan rakyat ketika jawatan dipegangnya menerusi mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 tiba-tiba hilang.


Semuanya ini adalah berpunca tindak-tanduk pemimpin tidak bertanggungjawab mencetuskan gerombolan 'rampasan kuasa' yang sehingga kini belum menemui noktah akhir. Kepada Nizar, teruskan perjuangan berbakti kepada negeri dan rakyat Perak yang disayangi.


Nazri buta undang-undang, anggap tindakan Speaker komidi.

KUALA LUMPUR:- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengeluarkan ulasan awal mengenai penggantungan Zambry dan 6 Exco yang melakukan rampasan kuasa di Perak dengan berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, melarang yang terlibat daripada menghadiri sesi Dewan sebagai satu komedi.


Sebetulnya ulasan dari Nazri lah satu komedi dan menunjukkan kejahilannya mengenai peraturan dewan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak. Sambil menyifatkan perlakuan Speaker itu juga mempersendakan Dewan berkenaan, tetapi realitinya Nazri lah yang buta undang-undang dan mempersendakan peraturan dewan yang ada di Perak.


Nazri juga mempersendakan tindakan V.Sivakumar dengan berkata, "Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu" . satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab dan tidak menghormati langsung undang-undang sesebuah negeri.


Pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen semalam Nazri sepatutnya terlebih dulu merujuk dengan teliti asas dan peraturan yang ada sehingga Jawatankuasa hak dan kebebasan bertindak terhadap Zambry dan 6 Exco kudeta.


Kenyataan akhbarnya dengan menggunakan perkataan "komedi" dan "beliau langsung mempunyai bidang kuasa itu" adalah kalimat yang sengaja memperkecilkan tindakan yang dilakukan Speaker dan ahli jawatankuasa hak dan kebebasan yang sah menurut undang-undang.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .