Ikuti Blog ini

Mahkamah Sesyen tetap dengar kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini memutuskan kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim S.Komathy Suppiah mula membacakan penghakiman ketika sidang bermula pada jam 3.17 petang tadi.

Terdahulu, wartawan sudah mula memasuki mahkamah pada pukul 2.45 petang tadi.

Bagaimanapun, perkarangan mahkamah hari ini agak lengang.

Komathy menetapkan hari ini untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.

Pada 31 Oktober lalu, peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Abdul Gani yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.

Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.

Mahkamah kini mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.

Kes Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.

Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.




Hukuman mati tiga pengebom Bali: Keluarga diarah bersedia

Wakil daerah, Amri Sata berjalan keluar dari rumah ibu dan abang Imam Samudra di Serang, setelah meminta mereka bersedia dengan hukuman yang akan dijatuhkan kepada militan itu.

[DIKEMAS KINI] TENGGULUN: Keluarga kepada tiga pengebom Bali yang telah menyebabkan kematian 202 orang pada tahun 2002 diarahkan "bersiap-sedia" dengan hukuman mati yang bakal dijatuhkan kepada ketiga-tiga militan itu - ditembak oleh skuad khas, dalam waktu terdekat, bulan ini.

Menurut laporan AFP, para pendakwa dan polis hari ini telah melawat abang kepada dua pengebom, Amrozi, 47, dan Mukhlas, 48, di perkampungan Jawa Timur dan memberikan memberi amaran agar mereka bersedia untuk "berita buruk".

"Kami datang ke sini hanya untuk memberitahu mereka (keluarga) agar bersedia dengan hukuman mati yang akan dilaksanakan terhadap militan itu," kata Ketua Pendakwa Daerah Irnensis selepas bertemu dengan keluarga tersebut selama 30 minit.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila hukuman ke atas tiga pengebom tersebut - Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra akan dilaksanakan.

Salah seorang ahli keluarga pengebom itu, Ali Fauzi berkata, keluarganya sudah bersedia dengan hukuman itu.

"Pihak pendakwa telah arahkan kami bersedia dan berkata agar tidak menantikan surat mengenai hukuman tersebut. Kami tidak ada masalah tentang hal ini," katanya.

Media tempatan turut melaporkan bahawa kunjungan yang sama juga telah dibuat ke rumah keluarga Samudra di bandar Jawa Barat, Serang semalam.

Semua hukuman mati di Indonesia dilaksanakan oleh skuad penembak dan biasanya dilakukan di lokasi dan waktu yang tidak dinyatakan. Pesalah selalunya akan diberitahu tentang hari hukuman mereka tiga hari sebelumnya.

Helikopter juga telah disediakan untuk membawa mayat militan-militan itu kelak dari penjara Nusakambangan ke rumah keluarga masing-masing.

Tiga pengebom tersebut sebelum ini pernah berkata, mereka rela "mati syahid" untuk mencapai impian mereka mewujudkan utopia Islamik di Asia Tenggara.




Raja Petra bebas ISA

KUALA LUMPUR: Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berjaya mendapatkan pembebasan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui habeas corpus.raja petra court case 060508 04
Isterinya, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara tersebut sambil menyatakan rasa gembira berkata, Raja Petra akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum pukul 4 petang ini untuk dibebaskan.

Raja Petra, 58, ditahan pada 12 September lalu dan pada hari yang sama juga ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan dibawah akta tersebut.

Bagaimanapun Teresa dan Tan sudah dibebaskan.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalm penghakimannya berkata alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menahan Raja Petra di bawah Seksyen 8(1) ISA adalah tidak termasuk dalam kes ini.

Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun.

Barisan peguam yang mewakili Raja Petra ialah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah.

Manakala peguam pihak pendawaan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Wahab Mohamad

Ketika ini keluarganya masih menunggu di perkarangan mahkamah bagi menunggu Raja Petra yang dijangka tiba pukul 3 petang dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping.




Kalau Obama itu bapaknya Melayu


kalau obama itu bapaknya melayu
bapaknya orang kepala batas
maknya orang afrika dari kansas
pernah belajar di madrasah kota baru
berbapa tiri jawa kelang
adakah fatwa dari jakim
apakah dia melayu hadhari
atau sekadar lelaki asia sawo matang
bertaraf bumiputera untuk masuk UiTM
tetapi telah murtad
dari ketuanan melayu
dan boleh dihukum gantung
demi semangat hang tuah

kalau obama itu bapaknya melayu
bapaknya orang kepala batas
bersumpah sebagai melayu glokal
bersumpah tidak kenal altantuya
apakah dia boleh masuk ameno
menjadi menteri besar pahang
sebelum menang tidak bertanding
sebagai presiden ameno
dan menjadi perdana menteri
tanpa politik wang
tanpa komisyen kapal selam
tanpa komisyen jet pejuang
dan tanpa jadi balaci
pada tokey-tokey judi
mengatur perundangan negeri

kalau obama itu bapaknya melayu
bapaknya orang kepala batas
fasih obama bercakap melayu
lebih fasih dari mahathir
tetapi pergi ke gereja setiap ahad
melaung-laungkan reformasi
mahu mengubah suasana
dengan meritokrasi dan keadilan
apakah beliau menjadi rakan RPK
bercuti panjang di kemunting
demi keselamatan negara
sebelum dianggap teroris
untuk dihantar ke guantanamo bay

kalau obama itu bapaknya melayu
bapaknya orang kepala batas
kemudian obama jadi presiden amerika
apakah umat melayu bersatu menjerit
ameno paling gempita berteriak
inilah produk ketuanan melayu
yang mengisi sebuah mimpi
bukan mustahil lagi
anak pendatang boleh menghuni
rumah putih yang suci
walau istana seri perdana
tertutup untuk bukan melayu
dan melayu murtad!



Sekiranya Obama Tidak Ubah Dasar Amerika - Pemuda Islam Sedia Berdepan

http://buletinonline.net/images/berita13/dsc0003.sized.jpg
Kuala Terengganu – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru diharap dapat mengubah dasar-dasar negara itu terhadap Negara-negara Islam dan muslim seluruh dunia.


Pengerusi Asian Fedration of Muslim Youth (AFMY) Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mengucapkan tahniah diatas kemenangan Barrack Hussein Obama sebagai Presiden AS yang ke 44.

http://buletinonline.net/images/berita13/abu%20bakar%20cik1.jpgBeliau berkata dengan kemenangan Obama AS diharap dapat mengubah dasar luarnya daripada sebuah negara yang kasar khususnya terhadap Islam dan Muslim kepada pendekatan yang lebih baik.

“Memandangkan dia (Obama) mempunyai pertalian darah yang masih rapat dengan Islam dan muslim, syugialah kalau dia mengubah dasar AS kpada yang lebih baik,”kata Ustaz Abu Bakar di pejabatnya di Kampung Tok Jiring, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mahu Obama mencari menyelesaikan segera semua konflik yang membabitkan AS terutamanya di Palestin, Iraq, Afghanistan dan beberapa buah negara Islam yang lain.

Namun sebaliknya kata beliau, sekiranya Obama tidak membawa sebarang perubahan dan masih megekalkan dasar-dasar AS yang lama, pemuda-pemuda Islam diseluruh dunia, khususnya di Asia dan Malaysia, sedia berhadapan dengan dengan Obama dan akan terus menegakkan kebenaran.

“Kalau dia masih kekalkan dasar-dasar Bush, tidak menyelesaikan konflik yang ditimbulkan oleh AS dalam Negara-negara Islam,

“pemuda-pemuda Islam tidak gentar untuk berdepan dengan AS, akan terus menegakkan kebenaran sebagaimana tindakan yang dambil masa lalu,”ujarnya.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .