KEMAMAN - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional telah bersekongkol menganiayai dan menzalimi rakyat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, justeru, PAS dan Pakatan Rakyat wajar menggantikan Umno dan Barisan Nasional untuk memerintah negeri Terengganu dan negara Malaysia.
Beliau berkata, pemimpin BN mengumpul kekayaan melalui kroni-kroni mereka yang merampas tanah rakyat dalam jumlah yang sangat besar.
Katanya, ada satu kes yang melibatkan tindakan zalim pemimpin BN terhadap orang Melayu yang tinggal di Sadong Jaya, berhampiran Bandaraya Kuching.
“Mereka (orang Melayu itu) teroka tanah dekat dengan bandaraya Kuching. Tanah ituberada di seberang sungai. Lebih kurang hampir 100 keluarga naik sampan, menyeberangi sungai, teroka tanah, mohon dengan kerajaan. Sejak tahun berapa tuan-tuan? Sejak tahun 1945,”ujarnya ketika mengemukakan fakta mengapa PAS mesti menggantikan Umno-BN.
Menurutnya, permohonan hak milik tanah tersebut tidak diluluskan oleh kerajaan sebaliknya kerajaan hanya mengeluarkan lesen menumpang sementara (TOL) sahaja.
Namun begitu, mereka terus mengusahakan tanah tersebut berpuluh-puluh tahun. daripada zaman mereka tanam tanaman kontang, sehingga mereka tanam pokon dusun, pokok buah-buahan.
Tiba-tiba, tanpa disedari, tanah itu sudah dimiliki oleh syarikat ‘kroni’ yang rapat dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abdul Taib Mahmud.
”Tahu-tahu mereka terkejut tanah yang mereka usahakan sebelum merdeka, telah dimiliki oleh syarikat kroni ketua menteri. Bahkan lagi buruk tuan-tuan tanah itu telah dicagar oleh syarikat tersebut dengan nilaian gadaian 65 juta,”jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, disini pada 14 Februari.
Selain itu, kata Mazlan lagi, keadaan yang berlaku di Tawau, Sabah lebih teruk dan menyedihkan.
Kerajaan, kata Mazlan, telah membakar rumah-rumah rakyat untuk memaksa mereka berpindah.
”rakyat menangis, kanak-kanak merintih. Tanah mereka hilang. Rumah mereka dibakar. Berlaku di Tawau, kerajaan negeri menggunakan agensi kerajaan untuk halau penduduk.
”Tak cukup, mereka musnahkan kebun kelapa sawit milik penduduk. Mereka datang bawa minyak tanah. Mereka bakar satu demi satu rumah penduduk,”jelas Mazlan. -BO