KOTA BHARU: “Kapal” yang membawa wang ihsan hasil
petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri
Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Kapal
replika hasil kreatif aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti,
Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R Malaysia) dipasang layar yang
memaparkan tulisan Tolak Wang Ihsan, Tolak Jawatankuasa Khas dan Tolak
Penderhaka.
Replika tersebut dilepaskan Naib Presiden R, Abu Samah Hassan sambil
disaksikan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman dan aktivis R.
Majlis bersejarah itu berlangsung di sebuah restoran terapung di
Sungai Kelantan di Bandar Baru Lembah Sireh turut dirakam lensa-lensa
kamera wartawan.
Nazri berkata, wang ihsan yang diumumkan Perdana Menteri dibayar
kepada kerajaan Pahang ialah wang royalti berdasar kepada perkiraan
kadar 5 peratus setahun dan bukannya wang ihsan.
“Berdasar pengiraan R, jumlah wang royaltu yang sepatutnya Pahang
terima ialah RM102.65 setiap tahun, bukannya RM100 juta setahun berdasar
harga minyak mentah semasa.
“Ini bermakna Perdana Menteri telah menggunakan formula bayaran tunai
atau royalti untuk mengira jumlah pemberian wang ihsan kepada Pahang,”
katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.
Menurutnya perkataan wang ihsan hanyalah istilah politik yang cuba
menafikan hak kerajaan Terengganu pada 2000 dan Kelantan sekarang.
“Begitu juga nasib Kelantan pada 2010 di mana kerajaan memberi wang
ihsan sebanyak RM20 juta kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi
menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti,” ujarnya.
Kata beliau tindakan itu jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974
dan perjanjian 1975 kerana disebut dengan jelas bayaran tunai yang
mesti dibayar kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak lain.
Nazri juga merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Pahang kerana
mendapat bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak
di Medan Bertam, 160 km daripada pantai Pahang.
Katanya, R dan rakyat Pahang hanya menerima bayaran berbentuk royalti dan bukannya wang ihsan. -Hrkh
Ikuti Blog ini
Hadi: Bertanding di Pekan mesej 'saya bukan diktator' , at 7.11.12,
"Kenyataan itu adalah mesej kepada seluruh ahli-ahli parti yang menyokong parti supaya yang pertama, saya bukan diktator dalam parti.
"Kita tidak boleh membuat keputusan sendiri, kita terima calon, kita bincang bersama dan patuh kepada keputusan parti.
"Kalau parti kata tidak bertanding, tak bertandinglah. Kalau bertanding, maka bertandinglah.
"Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, (maka) Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan AJK PAS Pusat.
Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung kesediaannya bertanding di Pekan seperti yang dilapor media. -M'kini
Kelantan sokong program 'menjohorkan' PAS di Johor , at 7.11.12,
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan rancangan PAS Johor untuk 'menjohorkan' PAS di negeri itu.
Bagi mereka, ianya bersesuaian dengan ‘mood’ pelbagai lapisan masyarakat terhadap perjuangan parti itu yang dilihat semakin hebat.
Ketua Dewan Pemudanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (gambar), ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Harian dewan berkenaan memberitahu, rakyat akan lebih mudah memahami dasar dan matlamat perjuangan PAS menerusi cara itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berhubung program baru parti itu yang mahu menjohorkan PAS di negeri itu.
PAS di Kelantan juga mengambil pendekatan yang sama iaitu mendekati rakyat negeri itu melalui program sosiobudaya mereka untuk memenangi hati mereka.
Ia termasuklah menjadikan kesukaan rakyat Kelantan sebagai program PAS termasuklah dikir barat, bola sepak, memperkasakan makanan tradisi Kelantan termasuk budu dan sebagainya.
Dr Mahfodz ketika memberikan ucaptama dalam Konvensyen PAS Johor Ahad lepas menggariskan program 'menjohorkan' PAS di negeri itu.
Pendekatan tujuh perkara itu bertujuan untuk membolehkan PAS dapat masuk ke dalam sosiobudaya rakyat Johor sehingga ke akarnya.
Antara nama penting dalam tradisi Johor adalah majlis yasinan, marhaban, berzanji, merewang, memakai songkok tinggi, nasi embeng, laksa Johor dan sebagainya.
(Peserta konvensyen PAS Johor makan nasi dalam talam antara program 'menjohorkan' PAS di negeri itu)
PAS Johor juga mengkaji untuk mengaitkan PAS dengan tarian tradisional Johor iaitu kuda kepang dan zapin serta muzik ghazal asalkan tidak bertentangan dengan Islam.
Mendapat sambutan
“Lebih membanggakan kita mana-mana program Pakatan Rakyat yang dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan rakyat termasuk jualan meja untuk makan malam baru-baru ini.
“Untuk itu PAS perlu memperlengkapkan diri untuk menerima keluarga besar yang bakal menyertai parti itu,”ujar Abdul Latif ketika menyokong cadangan Johor itu.
Pada masa yang sama, Abdul Latif turut mencadangkan program memasyarakatkan PAS di setiap negeri termasuk di Kelantan perlu digerakkan dengan lebih agresif.
“PAS dilihat bukan hanya sebuah wadah perjuangan Islam, sebaliknya membawa masyarakat ke arah keharmonian dan kasih sayang,”ujarnya. -Hrkh

[TEPAT] Kajian UM: Pengundi BN Merosot Disebab Integriti Buruk Pemimpin , at 7.11.12,
Meremehkan soal integriti menyebabkan prestasi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dijangka bakal mengalami kemerosotan.
Menurut laporan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya (UMCEDEL) baru-baru ini, sebanyak 66 peratus responden percaya integriti buruk pemipin Umno-BN akan memberi kesan buruk terhadap prestasi parti itu dalam pilihan raya nanti.
Kajian yang dijalankan dari 1 hingga 16 September itu juga menunjukkan 60 peratus responden percaya isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal juga akan menjadi isu duri dalam daging kepada Umno menjelang pilihan raya nanti.
Manakala isu lain yang dijangkan memberi kesan buruk terhadap prestasi Umno-BN, Lynas dengan 59 peratus, isu National Feedlot Corporation (NFC), 55 peratus dan diikuti 54 peratus bagi isu kegagalan kerajaan mengurangkan kadar jenayah.
Kajian yang melibatkan seramai 1536 responden itu juga menjelaskan sebanyak 52 peratus dari mereka, percaya bahawa isu Demontrasi BERSIH turut menjejaskan sokongan terhadap Umno-BN.
Sementara itu, menurut rumusan kajian sama, laporan media terhadap ‘kelemahan’ negeri Pakatan Rakyat juga semakin kurang mendapat kepercayaan masyarakat.
“Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam PR dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa,” menurut ringkasan laporan kajian tersebut.
Dalam isu sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika mengulas laporan tersebut, menjangkakan pengundi dalam PRU-13 nanti akan mengambil kira isu integriti dan kemampuan PR mentadbir negara sekiranya diberi peluang nanti.
“Ya, saya rasa soal integriti dan kredibiliti merupakan isu utama dalam pilihan raya yang akan datang ini.
“Ianya bukan soal Melayu bergaduh dengan Cina atau Islam dengan bukan Islam, tetapi persoalan nak dapatkan pemimpin yang berintegriti yang mempunyai kredibiliti dan mempunyai kemampuan untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah,” katanya kepada TV Selangor.
Langgan:
Catatan (Atom)