Ikuti Blog ini

Kerajaan Malaysia Mahu Rakyatnya "Buta" dan "Pekak"

PAS mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.

"PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN.

"Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Katanya lagi, seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja.

Malahan setengah tempat ujarnya, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang.

"Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno.

"Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan itu dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju jika tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa.

"Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," soalnya.

Tengku Mahkota Kelantan berkenan rasmi Ekspo Cheng Ho 2010


KOTA BHARU – Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan merasmikan Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di si:ni, semalam dengan pelbagai persembahan menarik disediakan penganjur.

Ekspo selama enam hari yang bertemakan persahabatan dan kemakmuran itu dihadiri delegasi pelbagai negara terutama dari China, Kazastan, Uzbekistan dan sebagainya serta hadirin tempatan.

Permulaan majlis diserikan dengan bacaan al-Quran oleh qari dari Yunnan, China, Hussin Bao Cheng sebelum diikuti dengan bacaan doa Imam Besar Wilayah Guanzhou, Ma Bau Yu.

Aturcara majlis kemudian dimulakan dengan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Induk ekspo berkenaan, Datuk Husam Musa; Datuk Bandar Sinchuan City dan ucapan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Selesai ucapan itu, hadirin berpeluang menyak-sikan persembahan kemahiran tangan daripada Khairat Aziz sebelum diikuti aksi seni mempertahankan diri kumpulan Shaolin, persembahan muzik dan nyanyian yang mendapat tepukan gemuruh.

Selesai majlis perasmian, Tengku Mahkota berangkat merasmikan pameran Cheng Ho dan menyaksikan pameran al-Quran terpanjang di dunia, sejarah pengembaraan Laksamana Cheng Ho dan beberapa artifak bernilai dari China di tingkat 4 KTC.

Dalam ucapannya, Ahmad berharap kerjasama yang dijalinkan dalam ekspo enam hari itu akan menjadi pemangkin kepada kerjasama berterusan di kalangan delegasi dalam bidang perniagaan, pelancongan dan sebagainya.

“Ia bakal disusuli dengan pelbagai usaha untuk titik mula pembangunan ekonomi di Kelantan.

“Ini kerana jika dilihat kebanyakan usahawan yang menyertai eskpo ini beragama Islam dan mereka mampu menjadi peneraju dalam bidang masing-masing di negara China,” katanya.

Menurutnya, Kelantan akan tampil menjadi teraju perubahan bidang ini dalam usaha meningkatkan lagi ekonomi masyarakat negeri ini standing dengan negara luar.

Katanya, melalui program antarabangsa seperti ini yang disertai pelbagai negara luar ia dapat menyatukan satu aktiviti besar-besaran terutama dalam bidang pengeluaran produk makanan halal, perbankan, kewangan dan bioteknologi.

PRU 13: Pakatan Rakyat P Pinang sudah sedia

GEORGETOWN, 22 Nov: Pakatan Rakyat Pulau Pinang bersedia berhadapan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) pada bila-bila masa sahaja.

Semua jentera Pakatan Rakyat yang menggabungkan tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS telah menyatakan pergerakan dan persetujuan bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya yang diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) malam tadi sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Pelancaran yang ditandatangani oleh Timbalan PKR Pulau Pinang, Law Choo Kiang yang mewakili pengerusinya, Datuk Mansor Othman, Timbalan DAP Pulau Pinang, Lim Hock Seng yang mewakili pengerusinya, Chow Kon Yeow serta Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man.

Law Choo Kiang dalam ucapanya mahukan kerajaan menonjolkan aktiviti menjurus kepada rakyat supaya program yang diatur menepati sasaran.

Beliau tidak mahu Pakatan 'syok sendiri' sebaliknya bersungguh-sungguh memperkemaskan sistem komunikasi untuk berkongsi maklumat bagi menjalinkan kekuatan menghadapi fitnah yang dilemparkan oleh BN.

"Kita kena jauhkan sindrom Mac 2008 yang menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat dan jangan terlalu yakin untuk mengulanginya tanpa ada usaha yang padu dilakukan oleh ketiga-tiga parti, sebaliknya rancang dan agendakan program terus ke dalam masyarakat," tegasnya.

Bagi Lim HockSeng pula, DAP kena bangun dan bingkas pada setiap pergerakan dan usah lagi melangkah secara perlahan kerana langkah sebegitu selalunya disekat oleh Umno dan BN.

Katanya, mereka melemparkan berbagai tuduhan palsu demi mendapatkan semula undi terutamanya masyarakat Cina yang telah berpatah arang ekoran terlalu banyak penyelewengan BN sewaktu berkuasa.

Mendampingi rakyat jelata tambahnya, merupakan jalan terbaik untuk Pakatan Rakyat menyalurkan maklumat secara terus, bukan menerusi media pro BN yang lidah bercabang dan tidak bersikap profesional.

"Semua tuduhan palsu kena dinafikan secepat mungkin kerana ia sedikit sebanyak memberi kesan pada kita.

“Apa pun, setakat ini semua yang dilemparkan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya diatasi sekaligus memakan diri BN dan konco-konconya," katanya.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man pula mahukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperbanyakkan program kebajikan.

Bukan itu sahaja, malahan usaha mendaftarkan ahli atau pengundi hendaklah dicergaskan supaya Pakatan Rakyat tidak terlalu menaruh harapan kepada kelemahan pentadbiran dahulu.

"Kita kena cari sasaran kita sendiri dengan menengahkan sesuatu isu bukan mengharapkan isu nasional yang kadang-kadang tidak menimbulkan kemarahan penduduk," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.

Konvensyen Pakatan Rakyat bertemakan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat, Memartabatkan Rakyat' yang pertama kali diadakan turut membincangkan lima kertas kerja.

Ucaptama yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertajuk ‘Kerajaan Berjiwa Rakyat: Memartabatkan Rakyat' turut menarik perhatian wakil Jepun, Tetsuro Kai dan wakil Indonesia, Chilman Arisman yang hadir sama pada majlis itu. -Hrkh

PKR Masih Kuat, Penuh Semangat


Oleh Mohd Sayuti Omar
Saya hadir rapat umum anjuran PKR Selangor bertempat di auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Mulanya agak malas untuk pergi memandangkan cuara tidak begitu baik, hujan turun sejak petang tadi. Aspal basah melecehkan perjalanan. Tetapi kerana seorang kawan (pegawai kerajaan pencen) sedia untuk jadi teman, saya gagahi juga walaupun tubuh agak keletihan kerana banyak makan daging korban.

Apa yang menarik hati untuk ke sana, bagi melihat sejauh mana kekuatan PKR akhir-akhir ini. Sejauh manakah semangat ahli dan penyokong PKR; apakah ia retak atau semakin membuak ekoran serangan bertubi-tubi ke atas parti berkenaan dan pemimpin utamanya Anwar Ibrahim.

Apakah kekalutan yang berlaku dalam parti itu ekoran bahana pemilihan pemimpin memberi impak buruk kepada atau sebaliknya kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu. Kerana kalau ikutkan laporan media massa, seolah-olah PKR sudah tidak mempunyai ahli lagi. Yang tinggal hanya Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Wan Azizah serta Nurul Izzah sahaja. Yang lain digambarkan sudah bertaubat dan kembali kepada parti asal mereka, Umno binti kebangsaan.

Jadi untuk melihat apakah rapat umum itu berjaya atau tidak saya (kami) pergi untuk melihat sendiri apa yang berlaku dalam parti itu. Jangan hanya melihat dari wall Fb ataupun dalam ruang blog yang melaporkan mengikut sentimen masing-masing. Apakah ianya mendapat sambutan dan ahli dan para penyokongnya masih mempunyai semangat berkobar-kobar.

Apa lagi notis rapat umum itu diadakan dalam masa singat, sejauh manakah ahlinya alert kepada panggilan itu. Kalau dengan notis yang singkat tetapi ahli tetap juga dapat memenuhi dewan itu bermakna PKR masih segar bugar.

Masa saya sampai di aditorium MBSA bahagian bawah sudah dipenuhi dengan orang ramai. Tiada lagi kerusi kosong kecuali ruang-ruang khas menuju ke pentas. Ruang atas juga penuh sesak. Pendek kata semua ruang dalam dewan yang boleh memuatkan 2,500 orang sendak. Majlis juga sudah bermula dengan Saifuddin memberi ucapan pembukaan sebagai Setiausaha Agung.

Sekeliling Adotorium itu terpampang gambar gandingan pemimpin PKR Selangor bersama Anwar. Belasan banner yang bergantungan menyatakan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim. Kata-kata tertulis di banner itu memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi kepada Anwar sebagai pemimpin utama PKR yang juga diharap menjadi perdana menteri.

Back drop di hias dengan banner besar yang mempamerkan gambar gergasi Anwar di tengah yang diapit oleh Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Di bawah gambar Anwar tertulis perkataan "Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman". Inilah juga tema rapat umum berkenaan.

Jelas sekali apa yang terdapat dalam adotorium itu menggambarkan PKR bukan lemah tetapi semakin kuat. Semangat ahli semakin membakar. Serangan media pro kerajaan ke atas parti dan pemimpinnya tidak membekas langsung. Boleh disimpulkan serangan mengila itu memberi suntikan baru kepada ahli dan penyokong PKR untuk mengemaskan ikatan bekong mereka untuk terjun ke gelanggng perang bagi menghadapi serangan musuh.

Demikian juga tindakan mabuk khamar oleh Zaib Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti 16 disember depan sambil melepaskan najis di jalanan dengan memburukkan parti dan Anwar turut menjadi daya tarikan. Saya percaya mereka yang datang memenuhi aditorium itu untuk mendengar apakah ulasan pemimpin PKR terutamanya Anwar terhadap versi mabuk Zaid kali ini. Mungkin ada perbezaan mabuk Zaid semasa dalam Umno dengan mabuk Zaid selepas keluar PKR!

Anwar tidak banyak mengulas mengenai Zaid. Bau khamar tidak terhidu oleh Anwar. Seperti mana katanya tidak wajar beliau mengulas mengenai Zaid. Masih banyak perkara lain yang beliau patut beri tumpuan daripada mengulas tindakan mabuk Zaid Ibrahim. Cuma Anwar menjelaskan apa yang menyebabkan beliau terkilan dengan Zaid ialah kerana beliau memburukkan parti. "Saya tidak terkilan kalau dia mahu keluar parti, itu haknya. Saya juga tidak kisah kalau beliau memburukkan saya, tetapi jangan menyalahkan parti," ujar Anwar dalam nada yang emosi.

Setiap kali nama Zaid disebut oleh pemidato malam tadi setiap kali itu mendapat reaksi negatif daripada para hadirin. Ada yang melaungkan mabuk... dan mengalu-alukan tindakan Zaid itu dan merasa bertuah dan terselamat kerana seorang lagi pengkhianat PKR sudah pun keluar.

Himpunan malam tadi itu memberi kekuatan dan semangat baru kepada ahli dan penyokong PKR. Sekaligus ia menjelamakan keikhlasan dan kesungguhan para pemimpinnya terutamanya yang berucap; Anwar Ibrahim, Saifuddim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Syed Husin Ali.

Misalnya Azmin secara berterus terang dan penuh keinsafan memberi jaminan akan mempertahankan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Pengakuan Azmin itu bukan sahaja melegakan Khalid tetapi turut melegakan ahli PKR yang selama ini direshakan dengan spekulasi media aruas perdana kononya Azmin ada agenda untuk mengambil alih tempat Khalid.

Apapun yang menakjubkan malam tadi ialah ucapan Syed Husin Ali dan pengagumannya kepada Anwar Ibrahim. Malam ini saya lihat Syed Husin benar-benar memjemlakan dirinya sebagai seorang pemimpin yang sedarhana, ikhlas dan tulen.

Walaupun beliau sudah tidak lagi akan menjadi timbalan presiden selepas ini tetapi hakikat itu seolah tidak disedari oleh beliau. Beliau masih bersemangat persis dia adalah pemimpin nombor tiga. Inilah jenis pejuang sebenarnya yang berjuang bukan kerana kedudukan atau didorong oleh wang dan ringgit. Apa yang dijemla dan dipamerkan oleh Syed Husin sewajarnya dicontohi oleh ahli dan penyokong PKR dan dimalui oleh pemimpin yang lain.

Merumuskan himpunan malam tadi, bahawa kedudukan PKR masih belum tergugat. Serangan dan perang saraf yang dilakukan media tidak berjaya melumpuhkan semangat dan cita-cita PKR untuk terus mengemudikan bahtera pemeritah negara di masa depan.

Dalam memberi ingatan dan semangat kepada ahli, dalam menerima kerenah dan serangan musuh, Anwar mengingatkan ahli PKR hendaklah tidak terlalu mengambil kira serangan musuh dan tidak perlu mudah gelabah.

"Kita diserang bukans sekali, malah lebih satu dekad dulu. Sepatutnya kita sudah tidak mudah gelabah lagi," kata Anwar. Mana-mana pemimpin yang mudah cemas dan tidak mampu untuk menangkis serangan musuh, mereka hndaklah berundur dan berilah atau memberi peluang kepada yang lebih bersedia dan mampu," tegas Anwar.

Anwar juga begitu emosi dalam memberi ingatan keras kepada mana-mana pemimpin yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak mempunyai keyakinan dengan pejuangan membela rakyat agar berundur untuk tidak menimbulkan masalah kepada parti.

Di akhir himpunan itu semua pemimpin membaca ikrar perjuangan bertekad untuk memperkuatkan parti dan seterusnya mengapai harapan dan cita-cita untuk menakhluki Putrajaya.
Anwar memberi ingatan kepada sesiapa yang tidak yakin dan tiak setia dengan parti silalah keluar..
Sebahagian daripada hadirin memenuhi oditorium MBSA.

Saifuddin Nasution yang menjadi nadi kepada PKR berjalan menjalankan tugas dengan baik dipuji Anwar.

Sebahagian pemimpin PKR terutamanya yang bertanding dalam pemilihan merebut jawatan berikrar mempertahan dan menjaga maruah parti.

Kelihatan Syed Husin, (berbju putih) turut melafaz ikrar.
Saifuddin dan Azmin mengangkat tangan berikrar mempertahankan parti dan Anwar sekaligus.

Ruang atas auditorium penuh sesak dan kelihatan sebahagian daripada banner menyatakan sokongan kepada Anwar dan PKR bergantungan.

http://msomelayu.blogspot.com/

Isu Polis Tembak Remaja: Keluarga Dakwa Polis Tembak Mati Dengan Sengaja

Keluarga dakwa polis tembak mati dengan sengaja

Dua laporan polis dibuat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan melepaskan tembakan terhadap seorang pemuda dan seorang remaja bagi menyebabkan kematian dan bukannya untuk mempertahankan diri.

Laporan terhadap kejadian pada 13 November itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya semalam oleh anggota keluarga almarhum terbabit.

Dalam aduannya Nor Hafizah Mad Razali berkata beliau tidak berpuas hati dengan alasan polis bahawa anaknya Muhammad Shamil Hafiz ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang.

Alasan yang sama diberikan oleh Norhaliza Tuah, kakak kepada Mohd Hairul Nizam yang meninggal dalam kejadian sama.

Mereka mendakwa, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keadaan tubuh Muhammad Shamil dan Mohd Hairul Nizam yang ditembak daripada jarak dekat dan "tidak kelihatan seperti berlaku dalam peristiwa tembak menembak". -mk
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .