Ikuti Blog ini

Debat mampu nilai kemampuan pemimpin negara - Nik Aziz



KOTA BAHARU, 30 Okt - PAS menyambut baik saranan diadakan debat dan berharap ianya diadakan secara terbuka bagi menilai kemampuan seseorang pemimpin yang akan memerintah negara masa depan, kata Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata dalam Islam, forum sedemikian sangat digalakkan kerana memberi peluang kepada rakyat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin, keilmuan serta ketaqwaannya.

"Dalam gerakan Islam kita boleh dan berhak memilih seorang pemimpin sama ada yang bertaqwa kepada Allah, latar belakang serta kemampuan dalam ilmu pengetahuan," katanya yang dipetik Bernama ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di sini hari ini.

Seramai 310 orang pelajar kelas jahitan dan tenungan tangan seluruh Kelantan menerima sijil masing-masing dan akan menjadi tenaga penggerak kepada kemajuan wanita di kawasan masing-masing.

Nik Aziz berkata umat Islam berhak memilih pemimpin berdasarkan latar belakang dan kemampuannya.


Status usul Anwar tubuh Suruhanjaya Diraja Isnin depan

KUALA LUMPUR: Status usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tiga projek kerajaan persekutuan yang didakwa meragukan akan diketahui pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin depan.

Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum sesi Perbahasan Rang undang-undang Perbekalan 2009 di sini hari ini.

"Usul yang dikemukakan itu sampai di meja saya selepas jam sepuluh pagi (semalam), maka jawapannya akan dibuat pada hari Isnin," katanya.

Anwar menggunakan Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) bagi meminta mesyuarat ditangguhkan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat keraguan mengenai projek jalur lebar berkelajuan tinggi bernilai RM11.31 bilion, pembelian Bank Internasional Indonesia oleh Maybank bernilai RM4.26 bilion dan perolehan 12 unit Cougar Eurocopter EC-725 bernilai RM1.679 bilion.

Anwar sebelum itu bangun bagi meminta penjelasan Pandikar Amin mengenai status usul yang dikemukakannya.

"Saya ada kemukakan usul semalam," kata Ahli Pahlimen Permatang Pauh itu.

Celahan Anwar itu dijelaskan Pandikar Amin dengan berkata: "Kalau sebelum jam sepuluh maka jawapan boleh dibuat pada hari berikutnya".

Anwar akur dan menerima ketetapan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat itu.

Tan Sri Zaki Beri Peringatan Kepada Hakim



PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Tun Azmi mengingatkan para hakim bahawa mereka tidak layak menerima gaji daripada wang rakyat jika gagal melaksanakan tugas dengan baik termasuk mengamalkan rasuah dan ampu-mengampu. Beliau menegaskan, tindakan drastik termasuk disingkirkan daripada badan kehakiman boleh dikenakan kepada mereka serta pegawai kehakiman yang gagal menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan bersungguh-sungguh.

‘‘Kita harus ingat gaji kita dibayar daripada kocek rakyat. Jika merasakan tidak mampu memberi khidmat terbaik (mungkin kerana beban kerja terlalu berat atau gaji tidak memadai), kita ada pilihan. “Pilihannya sama ada terus memikul beban demi kepentingan awam atau meninggalkan jawatan masing-masing atas kepentingan peribadi,” katanya. Ketua Hakim Negara ke-12 itu berkata demikian ketika berucap pada majlis pelantikan ke jawatan itu di Istana Kehakiman di sini hari ini. Beliau menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib pada 17 Oktober lalu.

Kami sempat menyaksikan kelibat Hakim Coklat Hacks semasa Ketua Hakim Negara berucap. Dalam hati terkadang kita lihat, kata-kata Tan Sri Zaki itu ada benarnya. Namun ia bukan sahaja harus ditujukan kepada kepada mereka yang gagal menjalankan tugas dengan baik. Sepatutnya ingatan itu juga harus ditujukan kepada hakim-hakim yang boleh “dijual-beli” seperti Augaustine Paul itu. Beliau sepatutnya tidak layak lagi untuk bergelar “Hakim”, tambahan pula Anwar sudah dibebaskan dari pendakwaan kes liwat dimana beliau antara hakim yang dipercayai bersekongkol untuk mensabitkan mantan TPM itu dengan kes berkenaan. Maka bila melihat mukanya dalam Istana Kehakiman, terasa lucu pula mendengar kenyataan Ketua Hakim Negara itu. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah.

Pemuda PAS Perak Makan Belut

Ipoh : Menu istimewa jamuan kali ini ialah 'BELUT' - walaupun nama Restoran tersebut lebih gah dengan namanya: NASI LEMAK AYAM KAMPUNG!

Ya! Pemuda PAS Perak telah mengadakan sambutan Hari Raya di sebuah restoran Melayu yang unik - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, bertempat di Jalan Yang Kalsom Ipoh.

Hidangan pada malam tersebut sungguh istimewa dengan hidangan nasi lemak beserta ayam goreng kampung yang sungguh menyelerakan.Ada Tomyam sea-food, ketam goreng berempah dan paling menakjubkan ialah sejenis masakan dari 'belut' yang sungguh umph!Sekali rasa, habis satu pinggan disental!

Hidangan Tom-yam yang enak itu tidak berapa sangat dihiraukan oleh para tetamu. Mereka nampaknya lebih menumpukan kepada hidangan ayam kampung goreng.Lagipun Tom-Yam tu tak berapa kena nak dimakan dengan nasi lemak.

Rasanya , itulah jamuan Hari Raya terakhir ....puasa sebulan sahaja,takkanlah nak nyambut raya hingga ke hujung tahun!

Antara tetamu kehormat pada malam tersebut ialah Menteri Besar dan isterinya, YB Mohd Zainuddin, Ketua Pemuda sendiri, Norazli Musa dan beberapa orang exconya, YB Idham Lim dan lain-lain.

Menjelang bulan November ni, kena kerja keras semula. Pastikan level perut tak mengalahkan dada!

Berikut adalah rakaman gambar majlis makan tersebut. Saya tidak pasti samada riaksi dalam gambar berikut akibat penangan ayam kampung atau belut! Lihatlah sendiri!

Walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih kepada Ustaz Norazli kerana hidangan ayam kampung dan belut tu...
Ketua Pemuda Tambun, Zairul Azrun -
selepas makan belut bersama MB


Setiausaha Akhbar MB, Anwar : Apa??
anak belut masuk telinga
pulak dah!


Apa pula yang digebang dek Amran tu
sampai Ketua Pemuda Ipoh Timor, Salman naik sawan!?


Pasangan duet sedang menghiburkan dengan
lagu 'Antara Dua Benua'!?


Hee! Hee! ini baru betul! penangan belut tu!


Kalau diadakan pertandingan meratah belut
malam tu, tentulah Abang Din
yang jadi juaranya..

PM@Pak Lah TAK TAKUT TUHAN?




Semalam, bersempena dengan persidangan Law Asia ke 21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Datuk Ambiga dalam ucapannya telah merayu Perdana Menteri@PM yang juga berada di majlis yang sama, supaya mengadakan usaha untuk memansuhkan ISA , sebuah akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Saya yakin, Ambiga telah mengumpul keberanian untuk menyatakan tentang kezaliman ISA, berdasarkan ilmu, empati dan simpati beliau terhadap rakyat malaysia yang t sedang dan pernah dijadikan mangsa ISA . Beliau yang telah beberapa kali melawat tahanan ISA di Kem Kamunting, ternyata begitu komited dengan kenyataannya supaya ISA di mansuhkan terus.

Inilah jawapan beliau pada wartawan, sebagai respon pada rayuan Ambiga itu “ as a Muslim, he was answerable to God to be fair to all irrespective of their religions”.Betul kah Pak lah bertanggungjawab pada Tuhan?Jika beliau benar-benar bertanggungjawab dihadapan Tuhan, kenapa bila semua lapisan rakyat, yang berbilang kaum,bangsa dan ugama minta ISA di mansuhkan, beliau masih mempertahankan akta zalim itu? Kenapa?

Susahlah lah rakyat Malaysia punya Perdana Menteri yang buta hati, tidak boleh membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Pastinya, bukan saya seorang yang kecewa dengan jawapan Pak lah itu.

Pak Lah tak tahu tak, SB yang menyoal siasat semua tahanan itu sangat kejam hingga ada tahanan ISA yang masih lumpuh walaupun setelah sebulan dibebaskan?Kalau Pak lah lupa, mungkin kemenangan kes saman RM2.5 juta Malek Hussin tahun lepas, dapat mengingatkan semula betapa kejam,zalim dan berperikemanusiaan semua SB yang menyoal siasat beliau.Cuba Pak lah jawab, siapa yang arahkan SB bersikap kejam seperti itu?

Pak Lah tak tahu ke, menahan orang lain tanpa perbicaraan itu satu kesalahan?Penahanan itu bukanlah sehari dua,tapi ambil masa bertahun-tahun. Ada pasangan suami isteri tahanan ISA yang sudah bercerai. Ada anak tahanan yang meninggal dunia tanpa sempat diziarahi oleh ayahnya.

Pak Lah tahu tak, ada tahanan ISA dah di tahan lebih dari 7 tahun tanpa sebarang pendakwaan dimana-mana mahkamah. Bukankah penggunaan ISA itu bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya melindungi keselamatan rakyat?
Sebelum Pak Lah meletak jawatan PM pada March tahun depan, lakukanlah sedikit kebaikan pada rakyat Malaysia dengan membebaskan semua tahanan dan memansuhkan ISA.

Dan jika benar Pak lah masih ada sedikit rasa takut pada Tuhan, bebaskanlah semua tahanan itu dengan segera....
Note: Aina Mardhiah meninggal dunia tanpa sempat dilawati ayahnya yang telah ditahan lebih 7 tahun. Peristiwa kematian ini adalah bukti kezaliman ISA.

KJ minum arak?

Anda tafsir lah sendiri berdasarkan gambar yang anda lihat....




Sama tak botol minuman dalam gambar sebelah ni dengan botol minuman yang ada dekat depan KJ dalam gambar dekat atas tu???









KEPUTUSAN MAHKAMAH KG. PLENTONG TENGAH : KETUA CAW. UMNO PENGHIANAT BANGSA

Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah apabila Hakim memberitahu bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.

Dikatakan Ketua Cawangan Umno Kg Plentong Tengah (penduduk) telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit pembelaan yang difailkan dibatalkan. Penghakiman muktamat sidang hari ini semuanya dirobohkan.

Hari ini hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008.

Dalam suasana tegang dan sedih itu beberapa orang AMK Johor hanya menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka Ahli Umno menjadi penghianat bangsa sendiri.

Penduduk telah ‘dalam terpaksa’ membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.

AMK Johor tidak menyangka UMNO menjadi penghianat bangsa melayu. Sia-sia semua usaha kami disebabkan si-penghianat ini.

UMNO Sedang Memburu Kehancuran

http://buletinonline.net/images/berita13/politikwang.jpg

"Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Oktober lalu mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingga RM20,000 sebagai sogokan untuk membeli undi."
"Rosol berkata, beberapa perwakilan memaklumkan kepadanya ada segelintir perwakilan dibayar antara RM300 hingga RM1,000 untuk memberikan undi kepada calon tertentu bagi memastikan kemenangan individu terbabit."
Kuala Terengganu - UMNO sedang memburu kehancuran akibat perpecahan dalaman mereka dan masalah pemilihan kepimpinan yang masih diwajahi oleh politik wang serta rasuah yang tidak dapat diselesaikan.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehudin Ayob berkata demikian ketika menceritakan apa yang diberitahu kepadanya oleh seorang Menteri UMNO sewaktu beliau dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Hj. Mahfudz Omar mengadakan pertemuan (muqabalah) dengan mereka pada bulan Ramadhan yang lalu.

“Percayalah YB, UMNO parti yang sdang memburu kehancuran, bukan UMNO diburu, tapi UMNO yang ada hari ini memburu kemusnahan dan memburu kehancuran,
“saya tanya dia kenapa? Dia kata kerana UMNO yang ada hari ini tidak pernah belajar mengapa kuasa mereka terhakis pada pilihanraya umum yang lalu,” kata Salehudin

Mengulas perkembangan yang sama,
Setiausaha Dewan Pemuda Pas Terengganu, Wan Shukairi Wan Abdullah berkata walaupun pemimpin parti itu cuba membasmi rasuah, namun tersebut gejala politik wang dalam UMNO semakin berleluasa.

“Kita melihat siapa yang akan memenangi jawatan tertinggi parti UMNO adalah mereka yang paling kaya dan tidak mustahil menggunakan pengaruh wang untuk membeli undi daripada perwakilan,

“Setiap tindakan pemimpin UMNO kini dilihat dalam keadaan bermasalah ekoran perebutan kuasa dan juga perkara melibatkan soal dalaman parti,”kata beliau

Katanya, masalah yang berlaku itu sebenarnya telah lama dan tidak akan selesai sekiranya kepimpinan UMNO tidak telus dengan apa yang telah digariskan oleh kepimpinan Islam terdahulu.

Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata pemimpin-pemin UMNO kini sedang rakus merebut jawatan dalam parti itu dan menggunakan wang untuk membeli undi sebagaimana yang diakui oleh pemimpin mereka sendiri.

“Pemimpin-pemimpin UMNO duk rakus berebut jawatan, nak rebut jawatan kena ada pitih (wang), Rais Yatim kata (tentang politik wang),

“Datuk Zahidi hok (yang) nak bertanding Ketua Pemuda (tarik diri dari bertanding Ketua Pemuda) keluar dalam temubual di televisyen,

“Bila pengacara bertanya mengapa Datuk Zahidi menarik diri, dia (Zahidi) berkata, macamana dia tidak tarik diri, lain-lain yang bertanding semua kocek tebal belaka,

“Dia (Zahidi) sebut, Mukhriz ada ayah dia Mahathir, Khairi ada bapa mertuanya Pak Lah Badawi, Khir Toyo bekas menteri besar, saya tak ada sekepeng (duit), dalam UMNO kalau tak ada duit tak laku,” kata Syed Azman.

Menurutnya semua yang berlaku dalam pemilihan UMNO tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Dato’ Rais Yatim.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim baru-baru ini menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara "tender" kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian-bahagian UMNO.

Respon kepada kenyataan Rais bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Oktober lalu mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingga RM20,000 akibat sogokan untuk membeli undi.

Di Terengganu pada 27 Oktober lalu (kelmarin), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato’ Rosol Wahid mendakwa mesyuarat perwakilan Bahagian Hulu Terengganu yang diadakan pada 26 Oktober lalu tidak telus dan berlakunya gejala politik wang.

Rosol dipetik sebagai berkata, beberapa perwakilan memaklumkan kepadanya ada segelintir perwakilan dibayar antara RM300 hingga RM1,000 untuk memberikan undi kepada calon tertentu bagi memastikan kemenangan individu terbabit.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .