Ikuti Blog ini

Panas! Menteri Hal Ehwal Wanita Malaysia Nampak Puting?

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.66890.1342351365%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/376524_331031513648466_1202115533_n.jpg
Seksinya Menteri Pembangunan Keluarga & Wanita Malaysia ni. Gambar Seksi Najib Nampak Puting ni mungkin dirakam secara tidak sengaja oleh jurugambar yang turut dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Jangan marah tau, admin nak bergurau dengan PM
Jangan marah erk! - sumber

Terdesaknya UMNO! : Siti Nurhaliza dibayar RM50,000 untuk hiburkan guru

[HD] KOTA BHARU: Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka.
Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza.
Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin.
Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.
“Ketika anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah.
“Malah ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit,” kata satu sumber di sini.
Difahamkan guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar.
Beberapa guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan.
“Ramai guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. Ada guru besar sebut kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS,” kata mereka.
Sementara itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan.
Bagaimanapun kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan.
“Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,” katanya di sini.
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.
Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.
“Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut,” katanya.
Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan.
Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru. -sumber

Saya bergiat dalam politik sudah lama – Adam




KUALA LUMPUR: PAS terus menjadi wadah pilihan utama artis berhijrah apabila pelakon dan pengarah muda berbakat besar Adam Hamid menyertai PAS sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan malam tadi.
Penerbit filem ‘Cinta Terakhir’ itu pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Angin, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 1, Aku No 1 dan Bujang Senang.

Malam tadi pemuda kacukan Kelantan-Pakistan itu meneruskan fenomena artis tanah air berhijrah ke dalam PAS. Borang keahliannya diserahkan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang menariknya beliau yang menjadi ahli PAS seumur hidup memberitahu media, berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan kepada syariat.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang. Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya seperti yang dilaporkan media.

Berkenaan peluang dan kerjayanya selepas menyertai PAS, beliau berkata tidak gentar jika disenaraihitamkan kerana hanya menyerahkan segalanya kepada takdir namun usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.

Sementara itu Adam yang memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada usia 18 tahun, berkata beliau telah menjadi penyokong Pakatan Rakyat sejak lama.

"Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya menyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," tegasnya.

Ketabahan dan keazaman yang kuat membuat Adam mengharungi apa juga badai yang mendatang di dalam perjalanan seninya. Adam yang juga bekas handyman ini menguasai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama televisyen. Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair utk slot RTM pada tahun 2001. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .