Ikuti Blog ini

TG Nik Aziz pernah tolak jadi MB - Presiden PAS

KOTA BHARU: Hari ini genap 22 tahun usia kerajaan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Tanggal 22 Oktober 1990 kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah berjaya dibentuk.

DAP diwakili Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty merakamkan ucapan tahniah usia 22 tahun kepemimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Begitu juga Presiden PAS dan pelbagai pihak tidak ketinggalan merakam ucapan sama.

“Tahniah PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan negeri sehingga melewati tahun ke-22 sekarang,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, gabungan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan Umno dan BN dengan 39 – 0 di peringkat Dun.

“Saya masih ingat selepas Umno dan BN berjaya ditumbangkan di Kelantan, Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Nor mengarah diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kota Bharu.

“Ketika itu diputuskan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menerima jawatan sebagai Menteri Besar.

“Namun pada awalnya beliau tidak mahu dan meminta dicari pemimpin lain. Bagaimanapun jawatankuasa PAS Pusat berkeras supaya beliau menerima juga jawatan Menteri Besar.

“Ini cukup penting bagi melakar satu sejarah baru buat PAS, dan ia terbukti berjaya sekarang,” katanya pada ceramah perdana sempena ulangtahun ke-22 kerajaan Kelantan di Dewan Jubli Perak malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Lim Kit Siang, Dr Muhd Nur Manuty, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Ceramah tersebut sepatutnya diadakan di padang perdana, namun disebabkan hujan lebat terpaksa dipindahkan ke dalam Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Orang ramai tetap hadir biar pun keadaan hujan yang mencurah-curah di Kelantan sejak Jumaat lalu.

Presiden berkata, kerajaan Kelantan yang diketuai PAS berjaya menempuh pelbagai halangan dan sekatan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri ini.

Katanya, Umno mewujudkan juga jawatan JKKK biar pun bidang kuasanya di bawah kerajaan negeri.

“Oleh itu menjadi tanggungjawab rakyat Kelantan untuk terus mempertahankan negeri ini ketika Pakatan Rakyat sedang bergerak ke Putrajaya sekarang.

“Kelantan yang menjadi guru kepada perubahan politik di negeri-negeri lain sekarang mesti terus dipertahankan,” ujarnya.

Sementara Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur menjelaskan DAP tidak pernah berhasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Kristian.

“Mana boleh kerana perkara yang terkandung dalam  perlembagaan sudah jelas,” katanya menjawab isu yang dibangkit media Umno sebelum ini.

Menurutnya juga kejayaan berganda Kelantan termasuk menjuarai Piala Malaysia seakan-akan memberi isyarat peluang Pakatan mara ke Putrajaya semakin jelas. -Hrkh

Pilihanraya Umum Ke13 Pada Mac 2013?


Klik untuk pembesaran

Pilihanraya Umum Ke 13 dijangkakan akan di adakan pada bulan Mac 2013. Ini berdasarkan kepada pindaan terhadap cuti sekolah penggal pertama tahun hadapan berbanding dengan tahun 2012 seperti yang disiarkan di atas.

Kemungkinan itu tidak dapat ditolak kerana biasanya premis sekolah akan digunakan sebagai tempat pembuangan undi. Dan cuti sekolah pada penggal 1 tahun hadapan ialah pada 23.03.2013 - 31.03.2013.

Apa-apa pun bersiap siaga sentiasa bermula sekarang, PILIH PAKATAN RAKYAT, TOLAK BARISAN NASIONAL.

TERKNI! Siapa Arahkan Musa Hassan Batal Sidang Media?

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang sepatutnya dijadualkan berlepas ke Bangkok awal pagi tadi membatalkan hasrat tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman web Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang beribu pejabat di sana, menyatakan bahawa sidang media berhubung pendedahan serta maklumat terbaru membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh pada 19 Oktober 2006 dibatalkan.

Bagaimanapun punca pembatalan sidang tersebut tidak dapat dipastikan.

Musa mendakwa memperolehi beberapa maklumat penting berhubung misteri pembunuhan tersebut dan bersedia untuk mengadakan sidang tersebut yang telah dimuat naik di laman web FCCT pada Sabtu lalu.

Semalam, laman web Asia Sentinel mendakwa Musa akan terbang ke ibu negara Thailand itu seperti yang dijadualkan.

Selasa lalu, Musa menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkenaan skandal mata lebam yang dilakukan bekas ketua polis negara, Rahim Noor pada 20 September 2008 selepas Anwar dipecat dari kerajaan pada 2 September tahun yang sama.

Difahamkan, Musa pada awalnya telah membuat persetujuan tersebut beberapa minggu lalu tetapi secara tiba-tiba mendakwa tidak mengetahui apa-apa tentang perkara tersebut ketika dihubungi awal pagi semalam.

Desas-desus berkenaan Musa yang kini dipercayai mahu menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat serta dikatakan diberikan arahan khas oleh pemimpin politik tertinggi Malaysia adalah punca utama mengapa ia tidak diadakan.

Ketika pembunuhan Altantuya, Musa adalah ketua polis negara ketika itu dan telah bersara wajib pada 13 September 2009 tetapi disambung kontrak selama setahun lagi setelah berkhidmat selama 41 tahun dan digantikan oleh Ismail Omar sehingga sekarang.
-JALAN PULANG

Kamera AES Berharga RM120,000 Tumbang Menyembah Bumi!



Rempuh AES kerana Silau!

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.

Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.

Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome.

Mai tengok siapa dibelakang Chua Soi Lek neh...

Ini lah orangnya dibelakang cercaan Chua Soi Lek terhadap hudud. Soi Lek dan kerabatnya menjadi angkuh dan begitu menggila menibai Hudud kerana Umno sudah terlalu lemah.
Tak dapat aku nak bayangkan camana malunya diri bilamana hudud dihina dan dicerca dihadapan batang hidung Najib sendiri tanpa sebarang bantahan dari Menteri Wanita Umno neh...
Diwaktu cina bangang dalam MCA berjuang habis-habisan menghina dan menentang hudud... rupanya masih terdapat sebahagian non-muslim yang berpandangan positif, menggunakan akal kurnia Tuhan dalam memberi pandangan terhadap undang-undang Islam.

Ini jelas membuktikan bahawa langkah MCA - sekutu Umno dalam Barisan Nasional hanya bertujuan memancing undi dalam usaha mereka mematahkan pengaruh DAP dalam masyarakat cina.

Rata-rata, Be End yang diterajui Umno kian longlai dan kini dipersimpangan dilema kerana mereka telah menyentuhi sensitiviti umat Islam malah turut tidak disenangi oleh non Muslim juga. Kini, MCA dilihat sebagai sebuah parti cauvinis yang ANTI-ISLAM, bukan lagi DAP.
Orang bukan Islam kebanyakannya rajin membaca dan punya sifat ingin mengetahui.... Orang melayu plak mungkin dah perasan sebab dah terlalu pandai, dengar Ustaz mengajar pun dah tak mau.. membaca jauh sekali. Ni bukan Islam yang faham keadaan sebenar dan menyuarakan kesedaran sebagai rakyat dan bukan ahli politik atau machai-machai yang dok putar belit...
Ini lah bahayanya puak-puak Umno bila depa hanya nampak bangunan yang tinggi-tinggi je.. Pembangunan aqidah umat Islam bukannya depa nak ambil peduli.
Tindakan apek Soi Lek dan kuncu-kuncunya yang kuat menentang, berserta kelunya lidah Najib bila hudud dihina ni lah yang merupakan sebab sebenar Islam gagal diletakkan ditempat yang sepatutnya dalam negara tercinta ini...sumber

Syabas Pelumba Motor Negara, Sanggup Lari Daripada Terkena Arak!



Syabas!


PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al- Maidah ayat 90)

HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:

i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.

PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:

i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut


Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.

(Riwayat Bukhari dalam Sahih)

BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)

Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-

1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)

Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.  -sumber






Sepang: Sejarah tercipta petang ini apabila pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo berjaya menaiki podium dengan menduduki tempat kedua di dalam kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa 40'54.151s. 

Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123.


Tempat kedua ialah pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo , manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s.

Sejak semalam lagi sejarah telah tercipta apabila pelumba Moto 3 Malaysia, Zulfahmi Khairuddin memulakan perlumbaan di Motogp Sepang di petak pertama.

Zulfahmi mencatat sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia dan Asia yang memulakan perlumbaan di petak pertama dalam kategori Moto 3 yang menggantikan kategori 125 bermula awal tahun ini dan pada hari ini sekalipun menduduki tempat kedua, tetap merupakan satu sejarah kerana ini merupakan kali pertama Malaysia menaiki pentas podium di dalam mana-mana perlumbaan kelas Grand Prix. 


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .