Ikuti Blog ini

HIMPUN : bagaimana dengan Aqidah mereka ini !


Himpunan sejuta umat untuk memperbetulkan Aqidah, bagus, tapi jangan jadi saperti pepatah melayu ' kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata buta'. apa kah mereka, gambar dibawah ini Aqidah nya sudah mantap. minta jawatankuasa HIMPUN jumpa mereka ini dan betulkan Aqidah mereka kerana mereka isteri pada pemimpin, contah dan tauladan.



shahrizat, jambul tersembul terkeluar



comel dengan rambut sejemput dan mengerbang



peserta HIMPUN, rambut tak ditutup



bagus kerana turut serta dlm HIMPUN, doakan supaya dia berubah dan bertudung.



cantik dan cute



tak tahu lah penulis nak katakan, hebat sungguh Aqidah anak pemimpin yg hampir runtuh .

Kepada: Yang DiPertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.


Kepada ;
TanSri Pendekar Amin Mulia
Yang DiPertua Dewan Rakyat,
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur.
YB. Tan Sri,


USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) BAGI MEMBINCANGKAN PERKARA TERTENTU, BERKEPENTINGAN RAMAI DAN PERLU DISEGERAKAN


Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) ingin mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkenaan penggantungan ke atas pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari disebabkan pandangan akademik beliau yang disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini.


Pada 13 Oktober 2011, Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah memberikan pandangannya berkenaan titah Sultan Negeri Selangor terhadap kes serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kepada portalMalaysiakini atas kapasiti selaku pakar Undang-Undang Perlembagaan khususnya berkaitan dengan kuasa dan fungsi Raja Berperlembagaan.


Akibat dari pandangan tersebut, media arus perdana dan pemimpin UMNO dan NGO pro-UMNO telah melancarkan kecaman bertubi-tubi ke atas Abdul Aziz tanpa memberikan beliau peluang mempertahankan dirinya. Kemudiannya beberapa laporan polis telah dibuat oleh ahli dan penyokong UMNO diseluruh Negara.

Kemuncak dari tindakan tersebut, Abdul Aziz bukan sahaja disiasat oleh Polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi juga telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pengurusan UIAM pada 19 Oktober 2011 dan telah digantung perkhidmatannya berkuatkuasa serta merta. Justeru, usul yang dibawa ini adalah perkara yang tertentu.

Dewan yang mulia ini seharusnya memandang serius bagaimana seorang ahli akademik yang kepakarannnya diiktiraf diperingkat nasional dan antarabangsa telah ditekan, dimalukan dan dihukum hanya kerana memberikan pandangan beliau di dalam subjek yang memang menjadi bidang kajian beliau.  Fakta ini jelas menunjukkan hal yang berlaku ini menyentuh kepentingan awam.

Episod ini menampakkan seolah-olah UIAM sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertaraf antarabangsa menuruti tekanan politik pihak-pihak berkepentingan tanpa mempedulikan tindakan sebegini boleh mencemarkan reputasi dan prestij UIAM di mata dunia. Pihak kerajaan dan universiti nampaknya tidak mempedulikan langsung jaminan kebebasan akademik terhadap ahli akademik/pensyarah yang terkandung di dalam suatu dokumen bertajuk “Recommendation Concerning the Status of Higher-Education Teachin Personnel” yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Natijahnya menampakkan bahawa janji-janji keterbukaan dan transformasi politik yang acapkali dilaungkan oleh YAB. Perdana Menteri adalah hanya sekadar mainan di mulut sahaja tetapi realitinya semakin kuat tekanan dikenakan kepada mereka yang berbeza pendapat dengan parti pemerintah. Jika Abdul Aziz terus digantung tanpa beliau didapati bersalah, ini amat menjejaskan nama UIAM dan Malaysia di mata antarabangsa di samping memberikan kesan kepada ratusan pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar Phd di bawah selian Abdul Aziz. Justeru, usul ini perlu disegerakan.

Tuan Yang Di Pertua,


Saya mohon mencadang.
HAJI SALAHUDDIN HAJI AYUB

MotoGP Malaysia Batal, Penunggang Honda Mati Dalam Kemalangan Di Litar Sepang


Sepang: Penunggang Honda, Marco Simoncelli (gambar kecil) dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi. TERKINI.

Kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia di litar Sepang petang ini. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Super Sic, julukan Marco Simoncelli, gagal mengendalikan motorsikalnya di tikungan 11 sehingga dia terjatuh di litar. Malangnya, Edward dan Rossi yang datang terlanggar beliau hingga akhirnya kedua-dua penunggang tersebut ikut terjatuh.

Edwards dan Rossi masih mampu bangkit. Sementara Simoncelli yang masih terkapar tak sadarkan diri dengan helmet tercabut langsung dinaikkan ke ambulans. Beliau diberitakan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat dilanggar dua pelumba itu, Edward dan Rossi.

Bendera merah tanda acara dihentikan juga terus berkibar. Sebelum ini ada berita bahawa acara tersebut akan kembali diteruskan, namun setelah menunggu beberapa ketika pihak penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports akhirnya mengumumkan acara petang ini secara rasmi dibatalkan.

Sementara Edward, diberitakan menderita cedera serius di bahunya.


Blogger sembunyi wajah ketika dirakam gambar

KOTA BHARU, 23 Okt: Saksi plaintif kes saman anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terhadap blogger Mohd Faisal Rohban Ahmad memberitahu defendan cuba menyembunyikan wajah ketika gambarnya dirakam semasa beliau menghantar writ saman.

Mohd Shah Karim, 30 berkata, semasa menghantar writ saman kepada Mohd Faisal pada 31 Mei 2010 dia membantah ketika cuba dirakam gambar dengan telefon bimbit di hadapan rumahnya di Shah Alam.
“Ketika saya sampai di rumahnya dia baru tiba dan terkejut ketika diberitahu ada notis saman daripada Datuk Husam.

“Selepas itu beliau menghubungi rakan, peguam dan anggota polis. Tidak lama kemudian datang seorang anggota polis lengkap beruniform dan dua lagi berpakaian biasa serta peguam.

“Anggota polis yang datang dengan kereta Kancil itu membaca wris saman yang saya bawa, kemudian meminta kad pengenalan saya dan Faisal. Ketika itu saya nampak namanya pada kad pengenalan,” katanya menjawab soalan peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Kes terebut dibicara di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Plaintif diwakili peguam Hisham Fauzi.
Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.
Ekoran itu plaintif melalui peguamnya mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000.
Selain itu gantirugi teladan, gantirugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.

Mohd Shah seorang peniaga yang berasal dari Salor, merupakan saksi kedua kes tersebut.
Sebelum itu Husam dalam keterangan secara bersumpah memberitahu mahkamah sebelum artikel tersebut disiarkan beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Faisal.

Katanya, selepas artikel tersebut disiarkan, beberapa blog lain turut memetik rencana tersebut sehingga nama baiknya sebagai seorang ahli politik dan anggota pentadbir kerajaan terjejas teruk.
”Oleh itu saya berpendapat wajar dikenakan ganti rugi yang lebih tinggi kerana melemparkan fitnah sehingga menjatuhkan air muka seseorang,” katanya.

Husam berkata, berdasar kepada pencarian dibuat blog tersebut didaftar bukan menggunakan namanya yang sebenar, sedangkan nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan daerah mengundi merupakan milik Mohd Faisal.
Ketika disoal balas peguam defendan, Husam memberitahu Mohd Faisal menggunakan alamat yang sering berubah-rubah, namun rumah bapanya dikesan di Wakaf Bharu, Tumpat.

Menjawab soalan peguam lagi katanya, selepas menerima notis saman, defendan tiba-tiba berubah sikap di mana Faisal dalam SMSnya memberitahu mahu sertai PAS dan memohon balak.
Hakim kemudian menangguh kes tersebut dan menetapkan sambung bicara pada 12 dan 13 Disember hadapan.

Adly sebelum itu memohon penangguhan kes tersebut memandangkan anak guamnya sedang menunaikan haji.

Beliau juga memberitahu akan mengemukakan tiga saksi iaitu Mohd Faisal, wakil daripada Umno Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). -Hrkh

KEHIDUPAN SAYA LEBIH TENANG, BERUBAH DEMI KEBAIKAN - SHAM KAMIKAZE


RAMAI orang bercakap mengenai perubahan diri komposer dan pemuzik, Shamril Mohamed Salleh atau lebih popular sebagai, Sham Kamikaze sejak beberapa bulan lalu. Jika orang ramai terkejut, rupa-rupanya Sham juga terperanjat dengan reaksi orang ramai terutama kelompok peminatnya. Ini kerana secara tiba-tiba namanya menjadi sebutan ramai - baik di kalangan penggiat industri hiburan dan kelompok masyarakat lain yang mengikuti perkembangan empunya diri ini. 

Segala-galanya bertitik tolak daripada pertemuannya dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman as-Sudais yang ternyata memberi kesan mendalam kepada dirinya hingga membawa kepada perubahan hakiki seperti yang dilihat hari ini. 

Perubahan yang berlaku ke atas diri saya ibarat bom jangka. Bukan saja memberi kebaikan kepada diri sendiri, malah saya kini mampu memberi dorongan dan semangat kepada masyarakat luar. - Sham Kamikaze 

Lebih selesa dengan berkopiah dan mengenakan pakaian santai, Sham tenang memulakan cerita perubahan dirinya yang menurutnya, bukan saja memberi kebahagiaan dalam kehidupannya suami isteri, malah mencetus inspirasi dan dorongan kepada masyarakat.

“Perubahan yang berlaku ke atas diri saya ibarat bom jangka. Bukan saja memberi kebaikan kepada diri sendiri, malah saya kini mampu memberi dorongan dan semangat kepada masyarakat luar.

“Inilah yang selalu dikatakan, hijrah dalam kehidupan bukan hanya untuk diri sendiri tapi ia memberi juga sinar kepada semua orang sekeliling kita,” katanya dalam sesi temuramah dan fotografi bersama Inspirasi di studio Balai Berita, minggu lalu. Pada sesi itu, Sham ditemani isteri tersayang, Farazila Abdul Jabar yang sporting memberi pelbagai aksi bersama suami di hadapan lensa jurugambar Khairunisah Lokman.

Sham berkata, jika difikirkan secara logik akal, perubahan dirinya ini berkat doa keluarga dan isteri yang tidak pernah henti mendoakan agar dirinya berubah ke arah kebaikan. 

Ini kerana, tidak berapa lama selepas isteri dan ibu bapanya pulang dari mengerjakan umrah, Sham mula merasakan perubahan dalam dirinya.

“Ketika itu, saya mula merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah dan dalam pencarian ini, banyak yang saya temui. Jika dulu liat bangun menunaikan solat subuh, tapi kini tidak perlu disuruh saya akan bangun secara tiba-tiba.

“Malah saya merasakan perjalanan hidup seharian lebih teratur berbanding dulu. Jika dulu bangun tengahari dan segala perkara dijalankan agak lewat, tapi kini tidak lagi,” katanya.

Sham yang kini sibuk mendalami dan memperbaiki ilmu agama menyatakan, jika diberi hidayah Allah kepada hamba-Nya, setiap perkara yang dilakukan akan menjadi senang.

Akui Sham, ketika zaman muda, segala-galanya ingin dicubanya. Malah, jika orang melihat caranya berpakaian, mungkin ada yang mengucap panjang. Aksesori mengalahkan wanita, malah di rumah, beliau menyediakan tempat simpanan khas untuk aksesori.

Malah solat yang dilakukan hanyalah sebagai syarat dan jika terlepas, ia dibiarkan berlalu tanpa rasa sesal. Namun, kini Sham mengakui, jika terlewat sedikit pun dalam menunaikan solat, beliau akan berasa bersalah dan menyesal.

Kata Sham, bukanlah bermaksud ingin menunjukkan diri alim, tapi inilah perasaan yang sering muncul tatkala tidak menunaikan perintah Allah.

“Saya memanjat rasa syukur kerana Tuhan memberikan hidayah ketika saya masih muda. Masih sihat dan senang, bukan ketika saya dihimpit kesusahan. Saya sedar jika Allah SAW mahu memberikan petunjuk, Dia tidak kira siapa dan di mana. 

“Aktiviti saya juga berbeza sekarang. Dulu, sentiasa sibuk membuat rakaman, menggubah lagu dan bermain gitar, kini aktiviti saya banyak dihabiskan di masjid dan surau di seluruh negara,” katanya.

Ini kerana Sham banyak menerima undangan menyampaikan ceramah dan motivasi mengenai perubahan drastik yang berlaku ke atas dirinya.

“Ada yang bertanya kepada saya, sudah cukupkah ilmu di dada untuk memberi ceramah. Tapi saya tegaskan, saya bukan memberi ceramah agama tapi lebih kepada berkongsi pengalaman dan motivasi diri.

“Malah ramai yang menjemput saya kerana mereka merasakan kehadiran saya mampu menarik minat golongan remaja berkunjung ke surau dan masjid sekali gus mengimarahkan lagi majlis,” katanya.

Kehadiran Ramadan lepas sangat dinantikan Sham kerana jika selama ini pengertian Ramadan pada dirinya hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata, kali ini beliau ingin menghayati pengertian bulan Ramadan dan kelebihannya. Sehubungan itu, banyak masa dihabiskan di surau dan masjid kerana menerima undangan memberikan ceramah dan jemputan berbuka puasa.

“Boleh dikatakan kami jarang berbuka puasa di rumah. Jika ada pun hanya bersahur itu pun bergantung kepada keadaan. Mujur isteri saya memahami dan jika undangan sekitar Lembah Klang dan Selangor, saya akan membawa isteri saya bersama.

“Jika jauh dan memerlukan masa beberapa hari, saya tidak membawa isteri kerana rumah tangga juga perlu dijaga dan jika kami berdua keluar, khuatir rumah tidak terjaga pula,” katanya.

SULTAN PAHANG.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menitahkan setiap pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid menekankan beberapa aspek penting bagi tujuan mengimarahkan lagi rumah ibadat itu secara lebih bersistematik.

Titah baginda, masjid merupakan medan institusi keilmuan serta panduan untuk umat Islam mendapatkan ilmu.

Selain itu, masjid juga merupakan tempat untuk umat Islam mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira status seseorang mahupun fahaman parti politik.

"Bagi tujuan itu, pegawai dan ahli jawatankuasa perlu menyusun struktur kerja masjid untuk dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran dan tanggungjawab ini terletak pada pegawai dan ahli jawatankuasa kerja masjid yang dinamik dan berkaliber," titah baginda pada majlis tahlil dan doa selamat serta perasmian Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj bernilai RM14.4 juta di sini malam Khamis. - mStar.

UMNOK MAU KATA APA LAGI? DULU UMNO HALANG ORANG BERI CERAMAH ILMU DEKAT MASJID.. BELAJAR HUDUD TU PUN ILMU TAU TAK?? KAT SEKOLAH MANA BELAJAR BENDA2 NIH SEMUA....sumber

Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin


Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini.

NONEDua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir dipetik akhbar milik Umno itu.

mahathir subang airport 220706 mahathir gesturingPakar perlembagaan itu kemudiannya menempelak Dr Mahathir dan mempersoalkan siapa yang sebenarnya tidak bermoral terhadap raja-raja.

“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata Abdul Aziz.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberpa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis. -M'kini

"Jumlah RM5 juta mudah kita dapatkan kalau kita ada cincin,"sindir Pak Samad

KUALA TERENGGANU - Datuk A.Samad Said (Pak Samad) datang dua hari lebih awal sebelum program Sayembara Deklamasi Puisi yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur.

Walaupun mempunyai tujuan yang serupa, untuk membaca puisi, namun kedatangan Sasterawan Negara tersohor itu, tidak ada kena mengena dengan program sempena Bulan Bahasa Peringkat Negeri Terengganu tersebut.

Pak Samad 'diterbangkan' dari Kuala Lumpur ke sini pada Jumaat 21 Oktober atas jemputan PAS, bagi menyerikan Majlis Makan Malam Dana Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).

Sebaik selesai menyampaikan 'ucap hormat' kepada pemimpin PAS dan para hadirin, Pak Samad mengulas ucapan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abd Wahid Endut, PAS perlukan dana sebanyak RM5 juta, bagi menghadapi PRU-13.

"Puisi yang saya bacakan mungkin tidak dapat mengisi dana RM5 juta yang diperlukan,

"jumlah yang sebesar itu, saya fikir, mudah kita dapatkan kalau kita ada cincin, cincin yang hilang itu,"kata Pak Samad menyindir, merujuk kepada isu cincin berharga USD24juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri.

Menurut Pak Samad, itulah 'gambaran aneh' yang berlaku dimana PAS Terengganu perlukan RM5 juta sedangkan sebentuk cincin sahaja berharga 'berkali-kali' lebih mahal dari apa yang PAS perlukan.

Katanya, beliau selalu memikirkan tentang ketidakseimbangan yang berlaku dalam politik masakini

Beliau meluahkan rasanya yang 'terkesan' dengan soal wang royalti yang menjadi wang ehsan.

"Saya sangat agak terkesan juga bila berfikir tentang wang ehsan dengan (wang) royalti,

"saya fikir minyak ini hasil bumi dan minyak itu tumbuh dinegeri-negeri tertentu yang mesti dihormati, sebab itu anugerah (Allah),"jelasnya.

Namun, menurutnya, perhormatan itu tidak berlaku di negara ini.

Pak Samad mendeklamasi tiga buah puisi yang sarat dengan mesej berkaitan dasar dolak dalih kerajaan dalam perlaksanaan PPSMI dan reformasi dalam perjuangan rakyat. -BO 


Media Baru perlu masuk ke segenap kampung



KUALA LUMPUR : Kesemua ahli-ahli PAS yang terbabit dengan Media Baru diminta memainkan peranan lebih aktif bagi membolehkan maklumat-maklumat yang disampaikan turut dibaca bukan hanya di kalangan penduduk di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung di seluruh negara.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PAS menempa banyak kejayaan di kawasan bandar dan pinggir bandar ekoran keberkesanan Media Baru dalam menyampaikan maklumat yang benar untuk dipertimbangkan oleh orang ramai.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan PAS di kawasan luar bandar, di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman berpunca dari kegagalan orang ramai mendapatkan maklumat yang benar mengenai perjuangan PAS dan isu-isu semasa.

Menurut beliau, setiap ahli PAS khususnya mereka yang terbabit dengan Media Baru perlu sedar perkara itu bagi membolehkan kesemua pihak  mengambil inisiatif bagi membolehkan Media Baru tidak hanya berligar di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung.

Katanya, Media Baru memainkan peranan amat penting dalam menjawab segala tuduhan dan perkara yang tidak benar mengenai PAS yang dilakukan oleh Umno BN dan ia merupakan satu peperamgan secara damai.
"Jadi ICT atau Media Baru merupakan senjata penting bagi PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13," katanya menerusi pesanan khas  melalui video yang ditayangkan pada Persidangan ICT 2011 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, menurut beliau, setiap penulis dan bloger-bloger PAS perlu memainkan peranan dengan baik dengan hanya menyampaikan maklumat yang benar dan tepat serta menggelakkan diri dari menyebarkan fitnah.

Katanya, tanggungjawab setiap ahli PAS adalah menyampaikan syariat Islam kepada orang ramai, manakala menyampaikan syariat itu merupakan fisabilillah.

'Jadi tanggungjawab ini mestilah ditujukan kepada semua pihak termasuk  kepada Umno bagi membolehkan mereka kembali ke jalan Allah, manakala yang bukan Islam pula turut memahami ajaran Islam.
"Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, ia mestilah dilakukan dengan uslub supaya penyampaian kita itu benar dan kena kepada sasarannya," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Penekanan seperti itu, menurutnya, perlu dilakukan sepanjang masa demi kepentingan Islam dan ia pasti lebih mendesak dalam keadaan negara kita yang mengamalkan demokrasi tempang sekarang, sehingga seluruh media hanya dikuasai Umno BN.

"Disebabkan demokrasi tempang yang diamalkan oleh para pemimpin Umno BN, maklumat-maklumat yang benar tidak sampai kepada orang ramai terutama di kampung-kampung, kecuali di kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar yang dapat meniklmati kewujudan Media Baru," katanya.

Sekiranya Media Baru tidak sampai ke kampung-kampung, katanya, penduduk di kawasan luar bandar pasti akan terus gagal berpanjangan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar yang diperlukan untuk dijadikan pertimbangan dalam memilih parti yang akan memerintah negara pada PRU Ke-13 nanti.

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, beliau mengingatkan setiap ahli PAS khususnya bloger-bloger parti agar ikhlas kepada Allah dalam melaksanakan tangguingkawab masing-masing kerana hanya dengan keikhlasan sahaja yang boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan itu masuk ke dalam hati pihak terbabit, di samping dinilai sebagai ibadat oleh Allah. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .