Ikuti Blog ini

Politik Murahan UMNO BN Raih Sokongan Melayu Diselar

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP PP) menganggap bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan isu peniaga melayu di Bangunan KOMTAR adalah tidak lebih sebagai politik murahan UMNO-BN dalam meraih sokongan pengundi Melayu memandangkan rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya kini sudah muak dengan perangai jijik pimpinan UMNO-BN selain cuba hendak mengalihkan isu kenaikan harga barang yang "menjerut leher" peniaga dan pembeli semasa menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yagn bakal tiba nanti.

Ini berikutan daripada laporan akhbar upahan UMNO-BN iaitu Utusan Malaysia yang mensensasikan berita ini dengan berbagai tuduhan yang kononnya Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) berlaku zalim kepada peniaga-peniaga yang rata-ratanya peniaga Melayu sedangkan setelah hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMK PP) yang mewakili Pemuda PR dengan ADUN KOMTAR dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan seperti berikut:-


1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat tiga KOMTAR meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat empat untuk Bazaar Ramadhan iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.

3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya. Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya lepada PDC tetapi ini tidak diberitakan sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga-peniaga tanpa belas ikhsan.

DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO-BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk "survival" politik jahat UMNO-BN. Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung Melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti Melayu.

Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media PR? Inilah demokrasi ciptaan UMNO-BN yang terus sombong walaupun sedang "nazak".

*Kenyataan media oleh Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. -MR

PAS Tidak Dengki Tetapi Melaksanakan Amanah Rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/Dr.SyedDUN.JPGKUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata tidak timbul soal dengki terhadap mana-mana pihak dalam membangunkan negeri ini.

“Persoalan yang kita (PAS) timbul sekarang ini bukan soal dengki ke...PAS ke…Umno ke... tidak timbul persoalan ini. Kita (kerajaan) perlu rasional di Dewan Undangan Negeri (dun) ini.

“Saya bertanyakan tentang e-books rasionalitinya. Apa keperluan yang ada kepada pelajar-pelajarnya. Apakah kita (kerajaan) telah buat kajian-kajian yang mendalam dari segi perlaksanaannya.

“Tidak timbul dari segi kita (PAS) dengki. Kita orang Terengganu, kita rakyat Terengganu. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melihat kejayaan negeri Terengganu,” jelasnya ketika meminta penjelasan dipenggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tohmahan pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang menuduh PAS tidak bersikap rasional terhadap cadangan perbelanjaan besar kerajaan negeri.

Dr Syed Azman yang juga Ahli Jawtankuasa PAS Pusat, bertanyakan mengenai isu peningkatan jumlah penagihan dadah serta kemiskinan yang ketara di negeri ini.

“Bila saya timbulkan mengenai penagihan dadah di negeri Terengganu. Apa persiapan kita (kerajaan), bila Terengganu menjadi negeri yang paling tinggi penglibatan dengan dadah.

“Satu lagi dari segi kemiskinan di Terengganu. Kenapakah keperluan pada setiap tahun bagi dana kemiskinan, dana hari raya kepada lebih dari 500 ribu orang dan terpaksa beratur di seluruh negeri Terengganu ini.

“Bermakna, mereka (rakyat) orang miskin, rakyat miskin dan pemimpin kerajaan menggunakan dana kekayaan negeri Terengganu ini untuk menjadikan rakyat sentiasa bergantung kepada subsidi. Mentaliti subsidi seperti ini amat memalukan,” tegasnya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dengan angkuh mempertahankan setiap tindakan politiknya mahukan pulangan.

Katanya, setiap pelaburan (pemberian) kepada rakyat mahukan pulangan (pembalasan) melalui undi rakyat.

“Inilah politik, setiap pelaburan (pemberian kepada rakyat) ada pulangan (balasan). Hulur (beri) saja tidak pangkah (undi BN) ‘dok rok’ (tidak boleh jadi) juga kita (Umno).

“PAS pun begitu juga semasa dia (PAS) memerintah dulu ada dia (PAS) beri kepada orang Umno.

“JKKK dia (PAS) mampus! (batal) Dia (PAS) tutup, dia (PAS) bubuh JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat). Bagi tanah puak-puak dia (PAS) belaka, ada dia (PAS) bagi ke Umno.

“Itulah politik, sifir politik dia (PAS) nok main-main pula, pada hal dia (PAS) tahu belaka. Dia (PAS) pun ‘kilas’ (buat) begitu juga,” ujarnya.

Menurutnya, apabila Umno mempunyai kuasa politik boleh melakukan apa sahaja demi kepentingan kerajaan BN. -BO

Pulangnya Permata Singapura - Ustaz Ahmad Sonhadji



Bersemadinya Ulamak Tersohor

Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Tanggal 2 Ramadhan 1431 bersamaan 12 Ogos 2010 [ Khamis ] menjadi detik bersejarah apabila seorang tokoh agama atau ulamak tersohor nusantara yang telah mengarang lebih 1000 buah kitab kini telah kembali ke Rahmatillah.

2. Jenazahnya di sembahyangkan selepas solat Asar di Masjid Al Muhajirin Singapore . Al Faatihah .

3. Al Marhum kembali ke rahmatillah pada usia 88 tahun [ 1922 - 2010 ] . Sepanjang usianya diabadikan untuk memberi khidmat membimbing ummah khususnya melalui rancangan beliau yang popular iaitu Tafsir di radio yang kemudianya dibukukan sebagai Tafsir Al Athir .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mewakili seluruh warga pemuda gerakan Islam mengucapkan takziah kepada keluarga al Marhum atas pemergian seorang ulamak dan pejuang yang terkenal dan istiqamah . Semoga Allah merahmati kita semua .

5. Al Marhum ialah Sohibus Samahah Asy Syeikh Ahmad Sonhadji Mohamed juga merupakan pelajar lulusan Madrasah Al Junaid Singapore [ 1937 - 1944 ] . Buku tersohor beliau ialah Marilah Sembahyang sehingga ia diulang cetak sehingga ke hari ini bahkan diterjemah kedalam pelbagai bahasa termasuk korea .

Kelantan Cipta Sejarah Lancar Matawang Syariah

Antara Delegasi-Delegasi jemputan dari luar negara yang turut sama hadir mengikuti pelancaran matawang Syariah Dirham dan Dinar Kelantan.



Cenderahati Dirham untuk Tok Guru... guano banyok tuh..? kekeke... nok sikit...

Tok Guru ambo memang kiut sokmo..!

Dinar Emas & Dirham Perak yang dipamerkan kepada bakal pembeli...

Semua gembira meraikan hari bersejarah ini...


Simbolik: CEO PMBK IR Haji Mustafa bin Salleh menjadi kakitangan Kerajaan Kelantan yang pertama menerima sebahagian gajinya dalam bentuk Dinar & Dirham Kelantan.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia menyampaikan sijil pengesahan pengguna Dinar & Dirham Kelantan kepada peniaga yang bersetuju menggunapakai sistem Dinar & Dirham di permis perniagaan mereka.

Gimik: Tuan Guru memasukkan Dirham Perak kedalam mesin simpanan Tabung haji yang direkacipta oleh pelajar UIA.

Dato' Paduka Husam Musa, individu yang mengilhamkan penggunaan Dirham Perak & Dinar Emas sebagai penyelesaian kepada sistem riba yang amat-amat merugikan umat Islam.

Peniaga berbangsa China yang bukan beragama Islam pun bersetuju menggunapakai sistem Dinar & Dirham dalam urusan perniagaan mereka...

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan..!

Sempat jugak aku sambar 10 Dirham Perak... 1 Dirham rege dia RM13 hengget (harga pasaran hari ni), aku dah pakai 4 Dirham buat bayar hutang Na'ime RM50 hengget, balance RM2 terpaksa terima duit kertas ciptaan Mat Saleh...

Akan datang, Kelantan juga akan keluarkan Fulus Gangsa pulak...

Semoga Kelantan semakin makmur dibawah pemerintahan Ulama Islam...

Amin...

Aku rasa dalam hati Tok Guru cakap: " Ambo tengok Haji Huse ni tinggi doh, Mat Saleh ni tinggi lagih..!", sambil senyum... hehehe...

KOTA BHARU : Selepas 4 tahun Dinar Emas Kelantan dilancarkan, Kelantan di bawah kepemimpinan ulama hari ini sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis pelancaran bersejarah itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Majlis pelancaran sempena bulan Ramadhan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Dalam majlis pelancaran berkenaan juga, Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan Dinar dan Dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada tahun 2006, Kerajaan Negeri telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM1,000,000 Dinar & Dirham telah dibeli orang ramai.

Topeng Perak Unmasked's Photos

Umno sudah buntu, gagal atasi gejala sosial

Pandangan semua pihak termasuk mewakili pemimpin pembangkang perlu diambil kira bagi mengatasi masalah gejala sosial yang semakin serius melanda di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, langkah itu penting kerana kepakaran setiap pihak berbeza dalam menangani masalah yang berlaku.

Beliau ketika diminta mengulas penubuhan sekolah hamil oleh kerajaan Melaka berkata, pendekatan tersebut menggambarkan bahawa pemimpin UMNO sudah buntu untuk menangani isu yang berlaku.

“Mereka perlu meminta pandangan parti politik, kena dengar nasihat pembangkang dan dalam isu ini UMNO tiada kepakaran kerana kepakaran itu ada pada Pas, itulah bezanya UMNO dan Pas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, penubuhan sekolah khusus untuk remaja hamil bukanlah satu cara yang diajar Islam kerana menganggap akibatnya kelak akan memburukkan keadaan, selain membuka jalan kepada lebih ramai remaja melakukan zina.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat berkata, remaja terbabit juga berkemungkinan tidak takut untuk hamil dan melakukan dosa kerana sudah disediakan tempat khusus sekiranya mengandung anak luar nikah.

Dalam masa sama katanya, tidak mustahil sekolah tersebut akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan, menambahkan pusat jagaan anak luar nikah, selain membawa pembaziran kepada negara.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, rakyat perlu diberi kesedaran Islam untuk memastikan anak menjauhi perbuatan terkutuk yang boleh diterapkan melalui sistem pendidikan.

“Ia mesti bermula dengan pendidikan awal dan setiap pendidikan dari tadika sehingga universiti perlu mengikut acuan ditetapkan Islam, tidak boleh me-ngambil sistem barat kerana apabila dibawa acuan barat, ia akan memperlihatkan kegagalan sehingga lepasan universiti pun ada yang tidak sembahyang, tidak puasa dan buang anak.

“Dalam masa sama, undang-undang perlu dikuatkuasakan dan pendidi-kan serta penguatkuasaan perlu dilakukan serentak, kalau tidak ia tidak akan ke mana-mana,” katanya.

Mengulas berhubung galakan supaya golongan muda berkahwin awal, beliau bersetuju kerana ia tidak bercanggah dengan agama sambil memberi contoh perkara sama turut berlaku terhadap Aisyah Abu Bakar ketika berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, sekiranya matlamat utama adalah untuk mengelakkan remaja hamil luar nikah atau membendung gejala sosial, ia pastinya akan gagal.
- ustaz-nik-mohd-zawawi.blogspot.com/

Apa beza kain rentang hina Raja di Ganu & Johor

Ini dia wajah Dalang kain rentang Derhaka


Peristiwa ini berulang kali. Dan ini bukan kali pertama. Sebab itu tergerak pokok di semak sudah tahu lembu ke babi. Pengamal politik provokatif di Malaysia dulu, kini dan selamanya adalah UMNO. Orang yang memulakan rusuhan di Kelantan yang akhirnya membawa kepada mageran adalah UMNO sendiri. Kalau tak percaya tanyalah Brahim Ali. Siapa kepala yang mulakannya kalau tak UMNO dan merekalah juga yang menangguk di air jernih itu.

Bagi mereka politik menghalalkan cara ini sudah menjadi darah daging. Krisis raja-raja melayu sekian lama sebelum ini termasuk yang terakhir dizaman Mahathir adalah UMNO yang menjadi dalangnya. Tetapi malangnya pembangkanglah yang dapat tahik. Akhirnya pemimpin PAS juga yang diISAkan.

Ketika Idris Jusoh gagal menjadi MB Terengganu lalu keluarnya kain rentang dengan tulisan “Aku Nak Deris Natang”. Siapa dalangnya? Siapa yang buat kalau tidak UMNO. Tetapi sehingga ke hari ini tiada tindakan dibuat. Kalaulah pembangkang yang lakukan nescaya macam filem P.Ramlee jadinya. Di putar setiap masa dan zaman sehingga membekas dalam kepala rakyat bahawa Pas, PKR dan DAP sebagai penderhaka. Apa yang terjadi di Perak. Pas yang dilabelkan sebagai penderhaka. Bagi rakyat yang bodoh terus ditelan ke dalam perut. Seolah-olah UMNO lah juara dan pembela institusi kesultanan dan raja-raja.

Kini Idris Jusoh, Bekas MB Terengganu, selaku Pengarah Pilihanraya UMNO. Tidak hairan kalau agenda memperlagakan pembangkang dengan institusi Raja di Johor muncul.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-Barisan Nasional. Nama bekas Menteri Besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan.
"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke Istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," kata bekas Menteri Kesihatan itu kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Datuk Chua merujuk kepada ucapan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Pembangkang perlu memohon ampun dan maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menggunakan gambar baginda pada kain rentang sempena kempen Parti Keadilan Rakyat di Johor baru-baru ini. Sambil menyifatkan perkara itu sebagai perbuatan melampau dan keterlaluan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pembangkang tidak wajar mengeksploitasi dan menggunakan nama baginda Sultan bagi kepentingan politik mereka.

“Saya tak tahu sama ada perkara ini melanggar undang-undang atau tidak. Apa pun mereka perlu memohon ampun kepada raja. Mereka tidak patut mengulangi perkara ini lagi. “Bila raja sudah murka, pihak yang dimurkai itu perlu memohon ampun dan maaf kepada baginda. Itu perkara biasa bagi adat kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku 'Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia' di Kompleks Kraf Jalan Conlay di Kuala Lumpur.

Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha untuk mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang wujud dalam negara kita. Kita akan mempertahankan Institusi DiRaja daripada mana-mana pihak termasuk parti politik dalam agenda untuk mengheret Istana ke dalam persaingan politik kepartian," tegas beliau. Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar. Beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal.

Beliau berpendapat tindakan bodoh itu adalah usaha untuk menjadikan orang Melayu pekak, buta dan menjadi hamba kepada Umno selama-lamanya. Tambah Jui Meng Umno-BN Johor kini terdesak disebabkan oleh gelombang perubahan yang dituntut oleh rakyat Malaysia umumnya, khususnya rakyat Johor. "Angin perubahan ini tetap akan sampai dalam pilihan raya umum kelak. Yang jelas, Umno dan Barisan Nasional sekarang ini sedang menggigil ketakutan," kata beliau.

Kita tengoklah nanti. Kalau didapati kerja ini kerja UMNO nescaya akan diperap dibawah karpet saje isu ini nanti. Pihak Polis, SPRM, Majlis daerah hanya akan hanya bertindak jika selain daripada UMNO. Apatah lagi jika terlibat dengan golongan OKU nescaya mereka telah mengatasi undang-undang. Hilang macam tu aje. Kita nak orang yang bertanggung-jawab hendaklah dihukum dan bukannya seperti apa yang terjadi dalam isu kain rentang di Terengganu. Ianya menghina Sultan Terengganu bahkan selaku Yang Dipetuan Agong.

Tetapi rakyat jangan lupa UMNO ni merupakan spesisi batu-api yang akan memperlagakan sesiapa sahaja yang menjadi musuh mereka. Mereka cuba memperlagakan sesame pimpinan PAS. Sesama parti dalam Pakatan Rakyat bahkan sesame mereka sendiri. Apatah lagi dengan institusi kesultanan dan Raja-raja Melayu. Semasa mereka hendakkan sokongan Raja mereka sentiasa mewiridkan rukun Negara sebagai penyokong setia raja-raja berpelembagaan. Semasa mereka berkonfrantasi dengan sultan keluarlah media kisah “Hang Jebat. Sultan Adil Sultan di Sembah dan Sultan Zalim Sultan diSanggah” “Antara dua darjat” dan macam-macam lagi.

Kalau ada lagi yang terpaut hati dengan UMNO ni.. ish 10X memang betul-betul butalah tu.

Batal Senarai Hitam Kejayaan Besar Pakatan Rakyat Bela Rakyat


Keputusan kerajaan menarik balik tindakan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang menerima saman ekor merupakan satu kejayaan besar Pakatan Rakyat membela nasib rakyat yang tertindas disebabkan tindakan sembrono Umno-Barisan Nasional yang membelakangkan peraturan dan undang-undang.

Pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat mingguan Kabinet berkuatkuasa semalam sehingga 28 Februari tahun depan bagi memberi peluang rakyat memperbaharui cukai jalan sempena musim perayaan bermula dengan Hari Raya Aidil Fitri.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Suara Keadilan berkata Pakatan Rakyat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan tetapi pada masa yang sama mahu tindakan menyenarai hitamkan dimansuhkan segera.

"Kita tidak mahu keputusan yang diputuskan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hanya untuk memberi kelonggaran semasa musim perayaan akan datang.

"Langkah ini adalah kemenangan besar bagi perjuangan menentang saman ekor yang dibuat oleh rakyat negara ini khasnya daripada PAS sendiri." ujar Naib Presiden PAS itu.

Menurut beliau, Kase yang ditubuhkan hasil maklum balas rakyat telah bergerak ke seluruh negara bagi menbantah tindakan saman ekor oleh pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Ini menunjukkan sikap kerajaan yang tidak baik, mereka malu untuk mengaku bahawa tindakan mereka salah kerana ianya hasil daripada desakan rakyat.

"Kita juga meminta supaya kerajaan supaya jangan berdegil untuk mengkaji semula tindakan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak, waima daripada pihak kerajaan atau rakyat," ujar Mahfuz lagi.

Pada 5 Ogos lepas, Mahfuz telah menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat Menteri Pengangkutan dan juga mengatur pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membincangkan perkara sama.

Isnin lalu, Kase telah membuat aduan kepada Suhakam bagi meminta badan hak asasi manusia itu membantu rakyat memperjuangkan hak mereka.

"Kita meminta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan membatalkan 'black list' tersebut dan mengizinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan," kata Mahfuz dalam perjumpaan itu.

Lebih Ramai Peneroka Akan Saman FELDA

Lebih ramai peneroka tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengemukakan saman terhadap agensi kerajaan itu kerana tidak puas hati dengan isu pemerahan hasil kelapa sawit.

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Seluruh Malaysia (Anak), Mazlan Aliman berkata, dalam tempoh terdekat, beberapa gugusan Felda di Pahang akan berbuat demikian dan dijangka selepas hari raya puasa ini.

"Ketika ini kami sedang mengumpul maklumat dan memandangkan Felda di Pahang, besar…… kita pecahkan kepada empat gugusan – Bera, Jengka, Keratong dan Lepar.

"Ia membabitkan ribuan peneroka dan kerana itu kami memecahkan pasukan guaman Anak kepada beberapa kumpulan," katanya.

Isnin lalu, 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka dari Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam tuntutannya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Kadar perahan gred kelapa sawit

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus – seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB).

Mazlan berkata, selepas Pahang, peneroka di Terengganu pula akan menyaman Felda dalam isu pemerahan hasil.

Katanya, isu ini bukan setakat beberapa negeri tetapi membabitkan semua negeri di seluruh negara.

"Peneroka menyokong tindakan Anak kerana mereka tidak puas hati tindakan Felda yang tidak memberi rekod kepada mereka terhadap jumlah pengeluaran hasil sawit yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu.

"Felda memang memberi wang pendahuluan kutipan hasil kepada peneroka antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan tetapi jumlah sebenar pengeluaran hasil tidak dilaporkan kepada peneroka.

"Cuma yang Felda beri ialah jumlah hutang (peneroka kepada Felda)……ada RM30,000, RM40,000 dan RM50,000," katanya lagi. -FMT
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .