Bagi mengurangkan kadar jenayah, pihak polis dicadangkan supaya membuat
serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas
(SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah
(CID).
Ini
kerana, kata bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, beban
tugas CID bertambah sehingga boleh mengganggu fokus pegawainya sedangkan
SB dan FRU tidak memerlukan tugas yang rumit.
"Itulah pihak yang
bertanggungjawab kena buat redeploymnet (penugasan semula). Kalau CID
(macam) sekarang, nampaknya tidak boleh tangani kerana siasatan terlalu
banyak.
"Jadi kenapa tidak kita serapkan alihkan sebahagian
daripada apa yang kamu sebut tadi, (antaranya) unit ketenteraman awam,
FRU, pasukan lapangan dan polis marin (ke bahagian CID).
"Ini
kerana, (sebelum ini) mereka tidak membuat tugas yang memerlukan buka
fail, banyak urusan tulis-menulis (dan) fokus kepada follow through
investigation," katanya ketika diminta mengulas statistik penempatan
polis terkini.
Menurut
statistik 2011,
sebanyak 5,050 ditempatkan ke SB, lebih 32,656 di bahagian keselamatan
dalam negeri dan ketenteraman awam (termasuk FRU) dan hanya 9,346 untuk
bahagian siasatan jenayah.
Hal demikian dipertikaikan oleh
pembangkang yang menganggap agihan tersebut tidak seimbang dan kurang
berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah yang didakwa membimbangkan.
Dulu perlu CID dua kali gandaKetika
diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Fauzi yang juga bekas ketua
polis Selangor berkata, tugas CID bukan senang dan mengambil masa yang
panjang.
Malah, Fauzi berkata, pegawai CID juga berdepan pelbagai
proses siasatan, antaranya mencari maklumat, mengesahkannya, merekod
keterangan dan membawa saksi ke mahkamah sebelum menutup sesuatu kes.
"Setiap
hari fail baru dibuka. Memang dalam CID, isu utama dalam polis ini
adalah jenayah. Kalau kamu boleh berjaya, bukan sahaja selesai kes, tapi
kamu boleh cegah statistik daripada kejadian itu meningkat.
“Rakyat akan membuat satu persepsi bahawa polis berkesan (dan) berjaya (melaksanakan tugas)," katanya lagi.
Tegas
Fauzi, pengalamannya pada 2005 dan 2006 semasa masih mengetuai jabatan
mendapati, pihak polis memerlukan pertambahan dua kali ganda bagi
menyiasat kes jenayah.
“Sekarang saya tidak berani (komen), hampir tujuh tahun tinggal dunia ini,” katanya.
Keperluan SB di suasana kurang perkaumanMengulas
dakwaan SB memberi fokus terhadap gerak kerja pembangkang dalam politik
sehingga dianggap senjata kepada BN, Fauzi mengakui tugas mereka
"menguruskan risikan dan maklumat".
“Kita kena hargai tugas
polis. Memang polis Cawangan Khas, mereka melakukan intelligent
procurement banyak kepada unsur-unsur politik dan ketenteraman awam,”
katanya.
Bagaimanapun,
Fauzi mempersoalkan keperluan jumlah SB sedia ada memandangkan suasana
masyarakat sekarang telah berubah berbanding zaman komunis yang lebih
“perkauman”.
“Kita kena akur, dulu lebih serius dan mengancam. Tapi sekarang, rakyat sekarang ini banyak berubah," katanya.
Bagaimanapun, katanya, sebarang penyusunan semula bagaimanapun memerlukan fakta yang jelas terlebih dahulu.
“Kecuali
kita ada fakta yang jelas, kita boleh hujah balik, kita boleh bagi
syor, OK, kamu boleh kurangkan (anggota SB) 15 peratus, atau 20 peratus,
atau 50 peratus.
“Kita tidak tahu. Jadi apa yang kita boleh
gesa, pihak pengurusan polis sendiri lebih arif dan lebih tahu, adakah
suasana sekarang memerlukan sedemikian,” katanya dalam wawancara panjang
di rumahnya di Shah Alam.
-M'kini