Ikuti Blog ini

Wajah Politik Kita



(Kalau anda orang Umno pasti anda akan kata, “Orang PAS pun serupa. Pandang begitu juga kepada pemimpin Umno”. Kalau tak percaya bacalah, tapi tolong baca sampai habis).

Azizan Razak dan Nizar Jamaludin diserang kiri dan kanan. Persepsi sekata yang cuba dipasakkan ke dalam kepala orang ramai ialah serupa sahaja yang lama dengan yang baru. Samada dia adalah Mahadzir Khalid atau Azizan Razak, samada dia Nizar Jamaludin atau Tajol Rosli, mereka sama sahaja. Sebelum bertakhta mereka pandai bercakap dan komplen. Bila duduk di kerusi itu, mereka buat serupa macam yang lama juga.

Kecuali para nabi, semua manusia termasuk Azizan dan Nizar memang ada buat silap. Samada silap sengaja atau terleka. Kesilapan mereka amat kelihatan kerana mereka fokus semua biji mata. Orang yang berada di penghujung barisan pula bersedia untuk menghastakan berita yang sejengkal apabila berita itu disampaikan kepadanya. Benar atau tidak itu nombor dua. Yang penting manusia bernama Azizan dan Nizar perlu dibunuh karakter mereka. Bila karakter mereka terbujur kaku, jasad mereka lebih mudah ditumbangkan.

Nik Aziz pernah menghadapi situasi ini suatu ketika dulu. Ya, 18 tahun lalu. Pada ketika itu ada orang Perlis yang menyertai rombongan ke Kelantan membawa bersamanya beras bimbang mati kelaparan. Barisan wazir kerajaan pusat pun mendendangkan, “Tengoklah, sebulan saja”. Setelah berlalu sebulan senikatanya diubah, “Dua bulan saja”. Setelah berlalu dua bulan, “Tiga bulan saja”. Kemudian, “Enam bulan saja”…”Setahun saja”, dan kini semua wazir itu terdiam.

Selepas PRU 11 Kelantan bernafas dengan dada yang sangat sempit. Hanya kelebihan satu kerusi sahaja selepas kalah di Pengkalan Pasir. Semua wakil rakyat PAS adalah satu kerana kalau ditakdirkan satu melompat atau ditakdirkan tuhan satu kembali mengadapnya, kerajaan PAS Kelantan mungkin berhenti bernafas. Suami kepada anak PM waktu itu berkampung di Kelantan, menganjurkan program balik mengundi kepada anak Kelantan di perantauan. Bukan sedikit wang, bas dan kereta api menjadi mangsanya, namum akhirnya dia hanya menelan asap bas sahaja bila Kelantan kembali stabil.

Memang orang Umno sangat marah kepada Azizan dan Nizar. Bukan kerana Azizan dan Nizar adalah perompak, pembunuh wanita Mogolia atau pembawa masuk wang berkilo dalam beg bimbit tetapi kerana mereka adalah orang PAS. Walau sekarang mereka lebih kerap bersongkok hitam yang pernah dilabel sebagai songkok Umno, mereka tetap orang PAS dan mereka mesti dimarah, dibenci, ditohmah, dipukul, ditumbuk, diterajang, di…di…di….

Tafsirkan, takwilkan, huraikan, warnakan semua perkara dengan cat hitam. Bila bersin, katakan MB itu sakit jantung. Kalau kentut, katakan dia kanser. Kalau menguap, katakan dia kaki tidur. Kalau tak potong elaun katakan dia kedekut. Kalau potong katakan dia riya’. Kalau naik kapal terbang, katakan dia kaki makan angin.

Tapi kalau Azizan atau Nizar itu Umno, kesalahan mereka akan digincukan. Dikatakan, inilah tindakan yang tepat, progresif, berwawasan, berpandangan jauh, demi kepentingan bangsa dan macam-macam lagi. Kalau menguap katakan dia keletihan kerana kuat bekerja. Kalau kentut katakan, inilah MB kita sanggup kentut tengah orang ramai walau pun MB. Kalau rembat duit negara katakan, inilah pengorbanannya kepada rakyat. Kalau terkhalwat dengan isteri orang, dikata inilah pemimpin yang prihatin, bela nasib kaum tertindas. Kalau terbuat rumah berbilion di kampong, inilah pemimpin berjiwa rakyat.

Selama 50 tahun lebih Umno / BN perintah negara ini, demikianlah rentak dan iramanya. Selama 18 tahun PAS dan rakannya perintah Kelantan, lagunya masih sama. Selama sembilan bulan Azizan jadi MB Kedah, itulah liriknya. Nizar dan Guan Eng juga menonton drama yang sama. Kita rakyat juga didendangkan dengan dikir yang sama. Blogger juga menambah meriah semua itu dengan jemari mereka, termasuk saya dan siapa-siapa sahaja. Kita semua sama.

Aduh, rupa-rupanya politik kita adalah politik persepsi bukan politik ilmu.

Oh, ya sebelum mundur, perhatikan gambar gajah itu dan jawab soalan ini.

"Which is the biggest elephant?"




JANGAN API-APIKAN ISU PERKAUMAN

Isu kepala babi yang disangkut di pagar rumah seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Masjid Tanah nampaknya masih terus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Antaranya ada pihak yang mengambil kesempatan menggantung banner-banner berbau perkauman di Simpang-simpang yang strategik. Antaranya Simpang Sg Udang-Masjid Tanah berhampiran Pekan Sg Udang.

Tinjauan saya sebentar tadi di kawasan tersebut mendapati ada 2 banner yang dipasang yang saya yakinnya ianya berbau perkauman.

Saya menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya menjatuhkan banner tersebut yang jelas bertentangan dengan peraturan di mana tidak nama pihak yang bertanggungjawab juga tidak ada permit dari Majlis Perbandaran atau MBMB.
Antara kata-kata yang ditulis di dalam banner tersebut ialah 'JANGAN CABAR MARUAH MELAYU' dan 'TUTUP KILANG BABI DI SINI'.
Saya hairan mengapa banner semacam ini tidak diturunkan oleh pihak Majlis Kerajaan Tempatan sedangkan banner program PAS yang berdaftar dan bertujuan untuk memberitahu program PAS dijatuhkan serta merta atau sehari dua selepas digantung.
Inilah sikap 'double standard' kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam.



Letak satu calon elak pecah undi - Anwar


DATUK Seri Anwar Ibrahim mahu Pakatan Rakyat meletakkan seorang calon sahaja bagi menentang calon Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang supaya dapat menyatukan semua parti utama dalam gabungan pembangkang di Sabah dan Sarawak. Ekoran penggunaaan formula yang digunapakai PKR, DAP dan PAS, ia membolehkan gabungan pembangkang di Semenanjung mencapai kejayaan besar dalam pilihanraya umum lepas.
"Di Sabah dan Sarawak, memang ada calon (daripada pakatan) yang bersaing sesama sendiri yang mengakibatkan perpecahan undi untuk parti pembangkang. "Inilah yang kita mahu elakkan," katanya selepas merasmikan pusat khidmat masyarakat untuk kawasan Kota Kinabalu di Jalan Damai, Luyang malam tadi. Menyentuh tentang Parti Maju Sabah (SAPP) kata Anwar, usaha mempelawa Parti Maju Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN baru-baru ini, untuk menyertai Pakatan Rakyat sedang dibuat dan mengakui beliau sudah menemui presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.
"Apa yang penting, kita mahu wujudkan pakatan pembangkang yang kuat di Sabah dan Sarawak seperti yang diperlihatkan oleh Pakatan Rakyat di semenanjung pada pilihanraya Mac lepas," katanya. Ketua Pembangkang itu menambah, PKR akan tetap meletakkan calon bertanding bagi merebut kerusi Pensiangan pada pilihanraya kecil Parlimen Pensiangan.
{Sejak Pakatan menguasai 5 negeri di Semenanjung pada pRU ke-12 lalu nampaknya angin tersebut semakin bertiup kencang ke Malaysia Timur pula. Di Sarawak pun dah nyata rakyatnya sudah bosan dengan gelagat janji manis BN selama ini. Kalau tak masakan lebih 12,000 rakyatnya tiba-tiba condong menyokong gabungan pembangkang terutama PKR.}



MB Pahang Kena Letak Jawatan

Inilah akibatnya jika negeri dipimpin oleh kerajaan yang tidak telus dan penuh dengan penyelewengan. Tidak ada gunanya jika negeri kaya raya dengan hasil mahsul, jika ia tidakk tahu dijaga dan diuruskan dengan baik.

Inilah akibatnya jika negeri dipimpin oleh kerajaan yang tidak telus dan penuh dengan penyelewengan. Tidak ada gunanya jika negeri kaya raya dengan hasil mahsul, jika ia tidakk tahu dijaga dan diuruskan dengan baik.

Bajet Defisit Sejak 11 Tahun Lalu, Ternyata Adnan Gagal Sebagai Menteri Besar !!

SIDANG ONLINE - Buat tahun yang kesebelas berturut-turut Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit. Terbaru, defisit lagi sebanyak RM98.61 juta untuk tahun 2009 yang dibentang pada Sidang Dewan Undangan Negeri, Jumaat 14 November lalu. Jumlah ini menunjukkan berlaku peningkatan defisit sebanyak RM48.25 juta (bajet negeri Pahang 2008 lalu mengalami defisit sebanyak RM50.36 juta). Juga antara negeri yang terbesar angka defisit bajetnya. Untuk pengetahuan semua, pada 2009 nanti tempoh Adnan menjadi Menteri besar Pahang juga ialah sebelas tahun. Ini bermakna, sepanjang beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dari Khalil Yaakob, belum pernah sekali pun bajet yang tidak defisit yang dibentangkan oleh bekas guru bahasa Inggeris sebelum masuk politik itu! Dalam bahasa mudahnya, defisit bermakna pengeluaran wang lebih banyak daripada sumber hasil. Atau wang yang akan dibelanjakan lebih banyak daripada hasil negeri.

Lawan defisit ialah surplus. Untuk lebih memahami lagi tentang defisit bajet Pahang ini ialah, bahawa kerajaan negeri telah gagal menjana hasil atau kewangan atau tidak berupaya mencari sumber-sumber baru kewangan sedangkan belanja yang diperlukan lebih besar dari jumlah angka hasil yang diperolehi. Dengan lain-lain perkataan, kerajaan negeri Pahang yang dipimpin Adnan langsung tidak berupaya menambah pendapatan, selari dengan kewangan yang diperlukan. (Sila klik imej untuk besarkan bukti bajet defisit Pahang itu) Ibarat sebuah keluarga, pendapatan ketua keluarga tidak pernah mencukupi meski pun jumlah anaknya telah meningkat sehingga sepuluh orang. Jika bertambah ahli keluarga logiknya pendapatan ketua keluarga mestilah meningkat. Tetapi si ayah itu gagal dan tidak pernah mencukupi pendapatan untuk membiayai keperluan tahunan keluarga sehingga sepuluh tahun. Bandingan mudahnya, siapa si ayah itu? Dialah Adnan bin Yaakob. Semua orang tahu bahawa orang yang paling berkuasa di Pahang ialah menteri besar dan selepas itu barisan exconya.

Jika Pahang gagal menjana ekonomi, gagal menambah pendapatan atau gagal meningkatkan hasil negeri maka kesalahan seratus peratus seharusnya diletakkan kepada Adnan dan exconya. Itu tidak boleh lari kerana mereka tiada kreativiti dan tidak proaktif meneroka hasil-hasil baru. Termasuk tidak berupaya melihat peluang-peluang industri hiliran dari banyak agensi kerajaan pusat dan swasta yang ada juga gagal menarik pelaburan. Apa sumber asli yang tidak ada di Pahang? Pahang mempunyai sumber kekayaan hutan terbanyak di Semenanjung. Pahang memiliki sungai terpanjang di Semenanjung. Pahang mempunyai aset pelancongan terkaya di Malaysia. Pahang mempunyai kekayaan hasil bumi dan sejarah yang belum diteroka. Pahang merupakan pintu masuk ke Pantai Timur. Pahang bersempadan dengan kebanyakan negeri di Semenanjung termasuk ibu negara. Dan jangan lupa seorang perdana menteri datangnya dari Pahang dan seorang lagi jika diizinkan Tuhan pula bakal menjadi Perdana Menteri.

Jangan lupa, sebahagian besar tanah Rancangan Felda terletak di negeri Pahang. Sehingga kini Felda kaya raya menjadi badan korporat kedua terbanyak sumber pendapatan selepas Petronas. Tapi Pahang? Negeri Pahang dapat apa? Pusat judi terbesar di Asia Tenggara terletak di bumi Pahang, tapi kerajaannya? Bahkan berdasarkan bajet yang dibentangkan, hasil kerajaan negeri merosot daripada RM467 juta pada 2008 kepada RM461 juta pada 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM5.18 juta. Berdasarkan butiran yang ada, jadi jelaslah Adnan telah gagal menjalankan tugasnya sebagai menteri besar. Meski pun beliau diakui tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang ekonomi, namun begitu sepatutnya sekurang-kurangnya dapat memanfaatkan profesional yang ada untuk menjana ekonomi. Berdasarkan realiti ini, ada tiga langkah yang boleh menyelamatkan ekonomi Pahang dan rakyatnya.

Pertama, Adnan sendiri kena jujur dan mengaku bahawa beliau gagal memimpin negeri ini dari segi perekonomian. Jika seorang pengurus syarikat gagal menaikkan pendapatan majikannya selama 11 tahun apa tindakan yang diambilnya? Sudah tentulah meletakkan jawatan. Maka di atas keinsafan yang sama Adnan sewajarnya meletakkan jawatan sebagai menteri besar bagi memberi kesempatan kepada orang lain setelah beliau gagal. Lagi pun Adnan mesti sedar bahawa jawatan yang dipegang bukannya hasil warisan pusaka keluarga. Kedua, pemimpin tertinggi negara mesti melihat bahawa kegagalan Adnan bermakna kegagalan kerajaan BN keseluruhannya, sedangkan jawatan itu satu amanah. Maka kedudukan Adnan sebagai menteri besar mesti disingkirkan dan ditukar dengan muka baru. Jika kegagalan berpanjangan ini terus menerus dibiarkan ini bermakna suatu kezaliman dan pengkhianatan telah dilakukan kerajaan terhadap rakyat negeri ini.

Langkah ketiga dan terakhir, jika kedua-dua pihak di atas tadi tidak mahu bertindak kendati pun telah jelas kegagalannya, maka rakyat sendiri mesti bertindak menukar kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Apa gunanya lagi beliau dibiarkan di situ kerana kita yakin dan percaya, selama mana Adnan terus berkuasa maka selama itulah pencapaian ekonomi Pahang tidak akan meningkat. Rakyat telah memberi peluang Adnan selama 11 tahun, maka tempoh yang lebih lama lagi tidak wajar sama sekali diizinkan. Oleh kerana Adnan telah sinonim dengan kegagalan, maka menyingkirkan Adnan bermakna mengeluarkan Pahang dari alam kegelapan ke dunia baru!




Kerajaan Terengganu = 'Kerajaan Langit'

Apa ‘Deal’ Antara Kerajaan UMNO/BN Terengganu Dengan “Kerajaan Langit”?


Kuala Terengganu - Pada 13 November, sehari selepas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Seri Musa Hassan, menyerang Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) tentang isu ketua ajaran sesat, Ayah Pin, beberapa individu telah dilihat berkunjung ke tapak kerajaan langit yang ‘karut’ di Besut

Mereka dikatakan hanya boleh masuk kekawasan tersebut dengan ditemani oleh anggota polis cawangan khas (Special Branch) kerana ‘kerajaan langit’ itu diberitakan sudah ada ‘pengganti’ kepada ketuanya yang sedang dalam pelarian.

Sebuah akhbar nasional pada akhir tahun lalu melaporkan, seorang Cif Inspektor berasal dari negeri Perak yang turut ditangkap ketika serbuah dibuat ke atas perkampungan itu oleh JHEAT dan polis Julai tahun lalu, kini mengambil alih sebagai ketua yang baru.

Antara individu yang masuk pada ke perkampungan Batu 13 pada 13 November itu adalah beberapa orang wartawan dari akhbar media perdana.

Mereka masuk lebih awal ke kampung itu untuk mendapat pengesahan dari ‘isteri-isteri tuhan’ yang ditinggalkan, adakah suami mereka pernah balik, sebagaimana didakwa oleh KPN.

“’Ayah’ tak pernah balik,”jawab isteri kedua, Zaharah, ketika diajukan soalan oleh paa wartawan.
“Dulu menteri pun datang jumpa ayah, tapi bila jadi begini, semuanya tak nampak,”ujarnya lagi sebagai komen lanjut beliau, tentang apa yang telah berlaku kepada ketua ajaran sesat itu.

Kenyataan isteri-isteri ketua ajaran sesat Rifin A/L Mamat berhubung kehadiran Menteri kerjaan UMNO/BN ke perkampungan ‘kerajaan langit’ itu bukan sekali dua, malah ia pernah dicatatkan oleh para wartawan berkali-kali sebelum ini.

Ayah Pin juga melalui satu temu bual yang disiarkan oleh sebuah stesyen TV, pernah mendakwa secara terus-terang bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Mohd Zin pernah menemui beliau pada tahun 2004 lalu.

Dr. Abdullah yang pada sewaktu itu kali pertama menjadi calon ‘Islam Hadhari’ UMNO/ BN Terengganu bertanding untuk kerusi parlimen Besut didakwa meminta tolong Ayah Pin dan pengikutnya suapaya memangkah dan memberikan undi kepada beliau.

Abdullah juga bagi pihak UMNO/BN dikatakan meminta kerjasama Ayah Pin mengarahkan para pengikutnya, supaya memberikan undi kepada calon-calon UMNO/BN yang lain termasuk bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jerteh.

Sebuah akhbar portal internet juga mengulas tentang hubungan antara pemimpin UMNO/BN dengan Ayah Pin sebagai “memang tidak dapat disembunyikan lagi” bahawa wujudnya kerjasama antara UMNO/BN dengan ketua dan pengikut ajaran sesat Ayah Pin sebagaimana yang telah difatwakan.

Syak wasangka orang ramai tentang wujudnya hubungan dua hala antara kerajaan UMNO/BN Terengganu dengan ‘kerajaan langit’ menjadi semakin menebal apabila tiba-tiba Idris Jusoh jadi begitu bangga memecahkan replika di perkampungan tersebut seolah-olah ‘Khalid Al-Walid memecahkan berhala-berhala di sekeliling’ Ka’abah.

Lalu Idris menggunakan kesempatan hubungan dua halanya dengan kerajaan langit itu menghentam PAS, kononnya kerajaan PAS Terengganu yang membiarkan replika-replika gergasi teko dan payung ala Litar-F1 dibangunkan.

Sedang fakta sebenarnya tidak boleh disembunyikan bahawa semasa PAS memerintah Terengganu (1999-2004), tindakan serius telah diambil dalam menangani isu ini.

“Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menangkap Ayah Pin dan pada Jun 2001, Ayah Pin didapati bersalah dan dihukum penjara 11 bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut.


Isu Papan Tanda Pelbagai Bahasa Menunjukkan Sikap Sebenar Para Pemimpin Politik


Papan tanda jalan dalam pelbagai bahasa akhirnya telah dilancarkan di Pulau Pinang,
Bukti telah menunjukkan papan tanda tersebut terdapat dalam pelbagai bahasa seperti Jawi, Cina, Tamil, Arab dan sebagainya.
Hal ini menunjukkan isu papan tanda yang dimainkan oleh UMNO dan UTUSAN adalah tidak betul dimana mereka menyebut hanya bahasa cina sahaja akan dipaparkan dalam papan tanda tersebut.

Adakah mereka begitu senang sampai hanya tahu memainkan isu perkauman?
Adakah mereka merasakan isu perkauman adalah lebih penting berbanding kesengsaraan hidup rakyat?
Adakah isu perkauman boleh dijadikan nasi untuk menampung perut?
Jawapannya tidak, mereka memainkan isu perkauman hanya untuk masa depan politik mereka! maka perpaduan rakyat boleh digadai demi masa hadapan politik mereka.
Maka saya berharap, Rakyat Malaysia dapat mengenapasti siapakah yang selalu memainkan isu perkauman tidak kira apa bangsa mereka,
Tolak mereka pada pilihan raya akan datang supaya kita memberitahu mereka kita tolak pemimpin politik yang tidak jaga perpaduan rakyat.








Serangan Media, mengapa Kedah menjadi Sasaran?



Apabila Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk memboikot akhbar Utusan Malaysia, ramai rakyat yang bersetuju kerana Utusan Malaysia bukan lagi sumber yang boleh dipercayai selain dari keputusan nombor ekor, magnum atau TOTO. Media yang tidak bermaruah ini seharusnya tidak mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat dan Utusan Malaysia lebih sesuai untuk melaporkan apa yang telah berlaku di dalam UMNO sekarang

Meskipun demikian, terdapat juga pemimpin di dalam Pakatan Rakyat yang masih berharap kepada kebenaran dari Utusan Malaysia. Dalam sidang media umpamanya, wartawan dari Utusan Malaysia dibenarkan hadir dan hasilnya kita dapat lihat apa yang telah terjadi kepada berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut berkenaan kenyataan Presiden PAS tentang perlantikan Pengerusi PKNS baru-baru ini. Sikap kita yang masih berbaik sangka kepada akhbar seperti ini memakan diri kita semula.

Pemimpin Pakatan Rakyat seharusnya lebih arif tentang tujuan media seperti Utusan Malaysia ini yang seolah-olah lebih berminat menghampiri mereka dan jangan mudah terpesona atau ingin mencari publisiti murah sehingga sanggup `menjual maruah diri dan parti' kepada media murahan seperti ini.

Media elektronik seperti TV 3 juga sebenarnya tidak kurang `hebat'nya berbanding akhbar Utusan Malaysia. Kempen boikot terhadap kedua-dua media `berlidah syaitan' ini sering kedengaran dilaungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi di kalangan pimpinan lah yang banyak dilihat memberi ruang kepada media-media ini. Kita telah menyaksikan sejak kebelakangan ini betapa TV 3 khususnya begitu berminat dengan beberapa negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, terutama Negeri Kedah yang diterajui oleh PAS.

Mengapa mereka begitu berminat dengan negeri tersebut? Tidak lain tidak bukan kerana mereka menganggap Negeri Kedah harus lah dilemahkan secepat mungkin sebelum ianya menjadi kuat dan gagah seperti Negeri Kelantan yang `InsyAllah', sampai kiamat UMNO/BN tidak akan berjaya memperbodohkan rakyat Kelantan.

Tugas-tugas pimpinan Pakatan Rakyat kini termasuk pemimpin di peringkat bawahan hendaklah berusaha gigih, berkempen dan mengadakan risalah-risalah atau poster memaklumkan kepada rakyat jelata untuk memboikot media seperti Utusan Malaysia dan TV 3. Sekiranya perlu, maklumkan kepada mana-mana peniaga kedai atau buku untuk sama-sama memboikot akhbar ini. Terlalu banyak berita yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan TV 3 yang jauh menyimpang dari kebenaran berkaitan dasar, program dan juga kenyataan-kenyataan dari pimpinan Pakatan Rakyat. Media `bangkrap' isu seperti ini hanya layak menceritakan perihal `kebangkrapan' yang melanda UMNO dan pemimpinnya sekarang.

Apabila rakyat kini telah mula menjauhi akhbar Utusan Malaysia dan TV 3, mengapa harus pemimpin Pakatan Rakyat suka mendekati mereka? Mungkin mereka menganggap wartawan akhbar dan TV 3 tidak bersalah kerana berita yang mereka perolehi akan ditapis dan diedit oleh pegawai atasan mereka sebelum disiarkan, tetapi kita perlu mengajar wartawan-wartawan seperti ini untuk mereka memahami bagaimana hendak mencari makan dengan cara yang halal. Usaha boikot terhadap Utusan Malaysia telah mula mendatangkan hasil dan kita dapati sekarang jualan akhbar Utusan Malaysia telah pun merosot. TV 3 pula semakin tidak diminati kecuali bagi kanak-kanak yang ingin menonton siri kartun sahaja. Bagi mereka yang memiliki siaran ASTRO, berita yang mempunyai nilai dan sedikit ketelusan boleh didapati dalam Berita BERNAMA atau Berita AWANI yang disiarkan setiap jam.

Pelancaran 'Tentera Merah' Lembah Pantai meriah, 1,000 orang hadir

KUALA LUMPUR, 22 Nov - Sejarah sekali ditempa buat julung kalinya apabila Majlis Pelancaran Unit Amal Gen-2 kawasan Lembah Pantai mendapat sambutan yang cukup meriah dan begitu menggalakkan daripada orang ramai yang begitu menghargai peranan pasukan yang kenali sebagai 'Tentera Merah' itu.

Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur 21 November (semalam) menjadi saksi kepada kehadiran kira-kira 1,000 orang yang hadir memenuhi ruang Dewan Utama untuk melihat dengan sendiri, pasukan 'tentera merah' yang segak bergaya, dengan baju seragam siap siaga dalam perbarisan tabik hormat. Image

Dua jam sebelum pelancaran tersebut kira-kira jam 8.00 malam, sejumlah 50 anggota unit amal Lembah Pantai sudah berada di luar kawasan Markaz, membuat latihan terakhir kawat sambil menantikan ketibaan tokoh yang tidak asing lagi Naib Presiden PAS Mohamad Sabu merasmikan pelancaran tersebut sekaligus menyampaikan ceramah Perdananya.

Di luar markaz, kiri kanan jalan sepanjang hampir satu sesetengah kilometer penuh dengan jualan dan perniagaan yang sentiasa menyemarakkan lagi suasana sekitar Markaz Taman Melewar tatkala ada saja aktiviti ceramah atau majlis yang dianjurkan PAS.

Walaupun tidak sehebat era sebelum pilihan raya 2008,'reformasi' 1999, namun persekitarannya masih 'hidup' dengan kehadiran orang ramai yang masih tidak putus-putus memberi sokongan kepada perjuangan PAS dan rakan seangkatannya dalam Pakatan Rakyat. Image

Dalam dewan kira-kira jam 10.30 malam sejurus selepas ucapan alu-aluan oleh Yang diPertua PAS kawasan Lembah Pantai Ustaz Azhar Yaakob beserta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim, hadirin dipersembahkan dengan Tayangan Video Unit Amal disusuli pula perarakan masuk dan perbarisan Unit Amal dan pemakaian beret sekaligus bacaan ikrar secara berpasukan.Turut hadir sama Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad.

Lebih menarik dewan turut kelihatan barisan depan beberapa tetamu dan orang ramai yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang turut berminat dengan pelancaran Unit Amal tersebut.

Paling mengagumkan, seorang lelaki tua berusia 60-an berkerusi roda datang bersendirian semata-mata untuk melihat sendiri perasmian dan memberi sokongan kepada pasukan yang mendapat jolokan 'tentera merah' sewaktu membantu mangsa banjir besar yang melanda Johor sekitar tahun 2006 dan 2007 lalu. Image

Mohamad Sabu dalam perasmian mahu pasukan tersebut meneruskan visi sebagai pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang yang menjadi pilihan generasi baru berteraskan Islam.

Beliau mahu misi unit amal iaitu berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan Islam menjadi teras dan prinsip utama yang mesti diteruskan oleh pasukan Tentera Merah.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .