Ikuti Blog ini
VIDEO MANA PALING BEST ? ,Rabu, Mac 13, 2013 at 13.3.13,
A) VIDEO PRO BN
*by Encik Mansuh•1 week ago• Ditonton = 55,247 Like = 798 Unlike = 3,207
B) VIDEO PRO PR
*by ShilleNide•1 week ago• Ditonton = 210,619 Like = 3,020 Unlike = 184
*Data setakat 12 malam tadi.
[GAMBAR TERBAIK] Bendera PAS Depan Rumah Di Sebuah Pulau , at 13.3.13,
Dua buah bendera PAS berkibar megah menghiasa depan rumah di pulau Batu-Sapi.
Menyedari rezeki itu di tangan Tuhan, bukan di tangan UMNO BN, mereka memanifestasikan "tak kebuloq tak dpaat BR1M, tak kelapaq jika tak sokong UMNO BN".
TG Nik Aziz Tidak Hadir Sambut Jenazah Di Lapangan Terbang Kota Bharu? , at 13.3.13,
Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs
RTM tak hormat MB Kelantan?
Seperti biasa, saya menonton berita yang disiarkan oleh RTM melalui TV1 pada pukul 1.00 tengah hari dan 5.00 petang hari ini untuk mengikuti perkembangan terkini pencerobohan pengganas "Kiram" di Sabah. Saya keberatan menggunakan perkataan "Sulu" kerana bukan semua orang Sulu menyokong tindakan bodoh pengikut "Kiram" yang mendakwa sebagai "sultan" Sulu.
Saya berbuat demikian sekadar ingin tahu bentuk laporan stesen tv milik kerajaan kerana berita terkini lebih cepat diperolehi melalui sumber Internet.
Antara berita yang menarik perhatian saya ialah ketibaan jenazah dua orang wira negara dari Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang gugur di Lahad Datu, seorang dalam pertempuran dengan musuh manakala seorang lagi akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan membawa bekalan makanan kepada pasukan keselamatan.
Beribu-ribu orang dilaporkan membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu untuk turut sama menerima atau menyambut ketibaan jenazah allahyarham Kpl. Ahmad Hurairah Ismail dan allahyarham Kpl. Ahmad Farhan Roslan, dua orang anak Kelantan yang mati syahid.
Dalam laporannya, RTM menyebut antara pembesar yang berada di lapangan terbang ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek, kedua-dua dari Kelantan.
Apa yang memeranjatkan saya ialah RTM tidak sebut langsung akan kehadiran Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedangkan dia adalah ketua Kerajaan Negeri dan yang terkorban adalah dua orang rakyat Kelantan.
Apakah RTM tidak mengiktiraf atau tidak menghormati Datuk Nik Abdul Aziz sebagai Ketua Kerajaan Kelantan dan sebab itulah kehadirannya tidak disebut?
Ada orang yang mungkin akan berkata ini satu perkara remeh tetapi ia tidak seharusnya berlaku dan dilakukan oleh media rasmi kerajaan yang menyebut kehadiran seorang menteri dan timbalan menteri Kerajaan Persekutuan tetapi tidak Menteri Besar sedangkan dari segi protokol, Menteri Besar mendahului menteri persekutuan. Jika nak sebut kehadiran orang kenamaan, kenalah ikut protokol.
Mungkin pemberita dan editor berkenaan tidak tahu kedudukan protokol tetapi ia bukan satu alasan untuk tidak menyebut kehadiran seorang ketua kerajaan negeri pada satu majlis yang membabitkan rakyat negeri berkenaan dan yang berlaku dalam negeri berkenaan.
Sama ada kita suka atau tidak akan Datuk Nik Abdul Aziz kita kena hormat jawatannya selaku Menteri Besar, iaitu selaku ketua Kerajaan Negeri Kelantan yang dipilih rakyat sama juga jika kita suka atau tidak akan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita kena hormat jawatannya sebagai Perdana Menteri atau ketua Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Pegamal media seharusnya tahu yang ketua kerajaan negeri mendahului semua Menteri Kabinet kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dari segi protokol. Sebab itulah Menteri Besar atau Ketua Menteri diberi gelaran rasmi Yang Amat Berhormat sedangkan Menteri hanya Yang Berhormat. Gelaran itu sudah cukup untuk menunjukkan siapa yang mesti didahulukan - YAB atau YB.
Kerajaan meminta isu pencerobohan di Lahad Datu tidak dipolitikkan, tetapi media rasmi kerajaan sendiri yang nampaknya bermain politik. -FB
BN Perak Terkedu bila melihat gambar Nie ..bila Orang Perak Mula Bangkit...Dulu Deme Tak macam ni !! Takbir. , at 13.3.13,
DS Anwar Ibrahim speaking at Kg Padang Tenggala, Bota Perak
DS Anwar Ibrahim & Dr Manuty minum petang bersama Tuan Rumah berumur 96 tahun di Kg Padang Tenggala, Bota Perak
Ribuan hadiri Ceramah DSAI di Teluk Muruh, Lumut (Sebelah Pengkalan TLDM)
Musa Hitam: Negara Takkan Bangkrap Sekiranya Pakatan Memerintah , at 13.3.13,
Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.
Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.
“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.
“Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.
“Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.
Wujud spekulasi
Wujud beberapa spekulasi yang meramalkan hutang negara akan bertambah sehingga menyebabkan muflis sekiranya Pakatan mengamalkan dasar ekonomi yang dijanjikan dalam Buku Jingga.
Antaranya penghapusan tol, pengurangan harga minyak, pendidikan percuma serta menurunkan harga kereta.
Musa berpendapat tidak ada pihak yang sanggup dan sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara.
“Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak,” katanya.
Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, semua pihak perlu menerima hakikat tidak mustahil perkara ini akan berlaku dalam realiti dunia politik demokrasi.
Enggan ulas lanjut
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perincian dasar ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat kini giat turun padang memberi penjelasan kepada rakyat tentang tawaran dasar ekonomi yang dirangka bagi meraih sokongan undi semasa PRU 13 nanti.
Manakala di pihak Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpinnya menganggap tawaran Pakatan itu mampu menggugat kestabilan ekonomi.
Malah, wujud perang siber di media sosial yang menyiarkan video dan menggelarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Mr Mansuh’.
Sementara itu, Musa dalam ucapannya menyelar sikap sesetengah ahli politik yang gemar memainkan sentimen perkauman sebagai modal politik.
Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah terdesak yang akhirnya boleh memusnahkan negara.
Bangkrap politik “Barang siapa guna isu perkauman dia adalah ahli politik yang bankrap.
“Banyak isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara selain hanya nak takutkan rakyat dengan isu perkauman,” tegasnya.
Sementara itu, beliau yakin Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mencapai matlamat apabila kemiskinan tegar semua kaum dapat dikurangkan.
Malah beliau berpendapat 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi juga turut tercapai.
Musa yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu turut menepis persepsi survival ekonomi Melayu kini terancam.
Katanya, perasaan rendah diri boleh berubah sekiranya pemimpin tidak menyalahgunakan peluang yang ada untuk kepentingan politik. -FMT
Langgan:
Catatan (Atom)