Ikuti Blog ini
Makan Malam Bersama TG Nik Aziz Kena PULAU Lagi... ,Ahad, Disember 30, 2012 at 30.12.12,
"Pas hilang sokongan" atau "Makan malam bersama TG Nik Aziz kena Pulau"...Itulah yang akan keluar dalam blog pencacai Umno Haprak kalau puak-puak Syaitan yang dikenali ini dapat gambar paling atas sekali beb...sudah pasti gegak gempita di alam maya UmnoBn menceritakan sokongan semakin kurang terhadap TG Nik Aziz..Yang penting bagi puak-puak syaitan yang dikenali ini bagi mereka " Fitnah Dulu bayar kemudian.."
Rentetan gambar Ini adalah jamuan makan malam PAS Nogori Sembilan bersama TG Dato' Nik Aziz,sambutan diluar dugaan dengan semua meja yang ditaja habis di jual,yang hadir pula dari pelbagai kaum..malah masih ada yang menunggu di luar untuk berjumpa TG Dato' Nik Aziz..Tahniah Pas Nogori 9..Ucapkan kepada AC Mizal dan Umno Nogori 9..engko boleh Jalannnnnnn....Photo: fb Kak Leha
Seorang Islam Tetap Murtad Apabila Syahadahnya Batal Walaupun Tanpa Amanat Hadi , at 30.12.12,
TG Nik Aziz: 'Hadi tak pernah murtadkan sesiapa'
SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."
Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.
"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.
"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.
"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'
MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.
Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.
“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.
“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.
Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.
“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara ‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada wartawan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu ‘amanat’ tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab ‘Mustika Hadis’ keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan ‘amanat’ tersebut.
Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali. -HD
Cabaran Budak Hingusan UMNO Sudah Di Sambut..Ada Berani?. , at 30.12.12,
Semangat
orang muda konon,,, berdarah panas...betui ka... sebelum ni ada dua
tiga isu hal kaitan dengan Islam, Pas sesat dan bermacam lagi, sampai
nak jumpa Tuan Guru Nik Aziz kononnya,,, tapi tak juga akhirnya...
Ha ha ha... Ulama UMNO.... tengok ni.... jangan diam lagi... ada berani ke... secara live telecast beb,, bagi semua rakyat Malaysia tengok dan buat penentuan apakah umno kafir.....
Apa macam budak hingusan UMNO,,, ada berani..jangan lah ikut perangai macai-macai UMNO yang duk pandai tulis komen maki hamun aja....
Tetapi
kali ini entahlah,,, hangat-hangat taik ayam lagi rasanya,, sementara
nak tunggu tempoh PRU 13,, kerja lobi kena di warwarkan... errmm...
Ha ha ha... Ulama UMNO.... tengok ni.... jangan diam lagi... ada berani ke... secara live telecast beb,, bagi semua rakyat Malaysia tengok dan buat penentuan apakah umno kafir.....
Apa macam budak hingusan UMNO,,, ada berani..jangan lah ikut perangai macai-macai UMNO yang duk pandai tulis komen maki hamun aja....
[BONGKAR] Najib Razak, Zahid Hamidi Guna Wang Pencen Tentera Untuk Tutup Mulut Deepak , at 30.12.12,
Pada 30 November 2012, Dato’ Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.
Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu.Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Saya beranggapan itu strategi Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti.
Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato’ Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.
Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.
Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi.
Walaupun awalnya Dato’ Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.
Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.
Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato’ Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.
Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:
1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);
2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;
3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato’ Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;
4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;
5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);
6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.
Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.
Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato’ Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.
KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
29 DISEMBER 2012
PKR akan lobi k'jaan S'gor sekat jualan tanah pada LTAT
PKR berkata ia akan melobi kerajaan Selangor untuk menyekat pembelian sebidang tanah oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dikaitkan dengan kontroversi antara ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah.
Ini kerana tanah itu terletak di Selangor dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri untuk memboleh pembelian itu diteruskan.
PKR strategi pengarah Rafizi Ramli menyifatkan urusniaga itu - untuk membeli 80 peratus kepentingan Deepak dalam syarikat Astacanggih Sdn Bhd untuk RM30 juta dan membeli tanah seluas 200 ekar dari syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk RM130 juta - sebagai "lebih teruk daripada tindakan menyelamat" kerana ia adalah satu cubaan untuk membayar semua pihak dan menutup mulut mereka.
Boustead Holding Sdn Bhd milik LTAT telah mengumumkan bahawa ia akan membuat pembelian itu melalui anak syarikat milik penuh yang Bakti Wira Sdn Bhd.
Rafizi berkata PKR masuk campur kerana ia kini membabitkan RM160 juta wang awam yang datangnya dari dana pencen anggota tentera."
Rafizi menuduh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT untuk mengeluarkan RM160 juta bagi menyelesaikan skandal tersebut.
"Kita telah kehilangan RM250 juta kerana lembu disebabkan oleh seorang menteri, kita tidak mahu kehilangan RM160 juta lagi wang pesara kerana seorang lagi menteri," katanya merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation.
Katanya, oleh kerana tanah itu berada di Selangor, maka ia tanah tidak boleh diurusniagakan tanpa kelulusan kerajaan negeri tetapi mengakui ia tidak mempunyai kuasa dalam menghentikan pembelian saham dalam Astacanggih. -mk
Saya dipaksa jual syarikat saya, kata Deepak
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengakui bahawa dia telah menjual syarikatnya - Astacanggih - untuk RM30 juta kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan, dengan mendakwa dia dipaksa berbuat demikian.
Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.
"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.
"Ini adalah kata dua yang telah dipaksa ke atas kami," katanya dalam satu mesej teks hari ini. -mk
Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3' ,Sabtu, Disember 29, 2012 at 29.12.12,
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang bersedia menjawab isu 'amanat' jika diberi ruang untuk
beliau keluar siaran langsung di televisyen perdana.
"Minta beri saya ruang sejam secara langsung dalam TV1 dan TV3 untuk saya jelaskan tentang amanat dan tuan-tuan boleh tanya saya lepas tu," katanya.
Beliau yang baru sahaja pulang dari luar negara berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru di Terengganu hari ini. -Hrkh
"Minta beri saya ruang sejam secara langsung dalam TV1 dan TV3 untuk saya jelaskan tentang amanat dan tuan-tuan boleh tanya saya lepas tu," katanya.
Beliau yang baru sahaja pulang dari luar negara berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru di Terengganu hari ini. -Hrkh
Himpunan 12 Jan 2013 Hantar Isyarat Akhir Buat SPR , at 29.12.12,
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
HKR KL112 sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 bakal menghimpunkan sejuta rakyat.
Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN.
“Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur.
Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali.
Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN.
“Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita.
Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang,” katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam.
Orang ramai tetap memenuhi ruang dewan biar pun banyak tempat di Kelantan sekarang dilanda banjir.
Rata-rata yang datang hanya mendapat maklumat melalui internet tanpa ada poster di merata tempat.
Hadir sama wakil-wakil NGO termasuk Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, wakil Royalti, Anak, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, aktivis mahasiswa Adam Adli dan Ketua AMK Kedah, Azman Nasharuddin.
Program bermula solat Maghrib.
Pada program berkenaan juga orang ramai yang hadir turut melafazkan ikrar menuntu royalti yang diketuai Marziki Mat Rani.
Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, berdasar kepada siri himpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara sebelum ini, sambutannya begitu memberangsangkan sekali.
Menurutnya juga pihak pengurusan Stadium Merdeka yang akan dijadikan tempat perhimpunan itu mengenakan kadar bayaran sebanyak RM75,000 bagi membolehkan program itu diadakan.
Adam Adli yang digantung UPSI selama tiga semester kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC sebelum ini mengharap anak-anak muda datang beramai-ramai pada himpunan tersebut sebagai mencerminkan tuntutan mereka.
“Kalau kita seorang yang bercakap kerajaan tidak akan dengar, namun kalau sejuta rakyat menuntut kerajaan tidak boleh tidak mengendahkan lagi,” ujarnya.
GAMBAR TERHOT: Geng Motor Ust Azhar Idrus... , at 29.12.12,
[PICS] Sekitar Konvoi Motor Bersama Ustaz Azhar 2012
Sempoi lah...
Pada 30 November 2012, telah diadakan konvoi motor bersama Ust popular iaitu Ustaz Azhar Idrus di Gong Badak Trengganu.
Syabass!!! ini merupakan satu cara yang terbaik untuk mendekati semua gologngan terutama orang muda kiter. YEAHHH...!!
Sumber: FB
HINANYA UMNO TERPAKSA GUNA BUDAK FORM 1 UNTUK MAKI PESERTA HIMPUNAN OREN DENGAN KADAR UPAH RM 2O , at 29.12.12,
Kuala Lumpur 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, ‘diangkut’ Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .
Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.
Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.
“Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.
Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.
“Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.
Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.
Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.
Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.
Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang
Segelintir peneroka Felda yang ‘dipaksa’ berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.
Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.
Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.
“Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana,” katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.
Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.
“Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka,” katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar. -KD
Kantoi!! Rupanya Pencacai Umno Menyamar Jadi Orang PAS Berdemo Di Komtar , at 29.12.12,
Siang tadi selepas solat jumaat berlaku satu demo yang didakwa oleh blog
pro Umno di anjurkan oleh PAS P. Pinang. Namun demo tersebut di sanggah
oleh PJ PAS P. Pinang, beliau mendakwa PAS P.Pinang tidak mengeluarkan
arahan untuk melakukan apa-apa demo pada hari ini.
Habis tu.. yang berdemo tu adalah orang Umno sendiri yang menyamar jadi orang PAS. Bila Addin tengok berita tu tadi, Addin dah agak mesti kerja-kerja pencacai Umno untuk memburukkan PAS di mata DAP..
Jadi.. Umno kantoi lagi..
PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran KomtarPAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat."Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. ~harakahdaily
Baca pendedahan lagi di sini.
Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN ,Jumaat, Disember 28, 2012 at 28.12.12,
Sebat Isa Samad, Selamatkan FELDA
KUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.
ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.
Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut.
Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan “Undur Isa Samad”, “Hancur Isa Samad”, dan “Felda Bebas, bebas Felda”./~TMI
Artis Ini Menangis Apabila Bertemu TG Nik Aziz.. , at 28.12.12,
Artis
Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat
menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.
Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.
Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.
“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.
Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.
“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.
Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.
Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.
“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.
Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.
Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.
“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.
Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.
Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.
Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.
Himpunan Raksasa Pemandu Teksi Bersama Anwar , at 28.12.12,
Sebahagian dari pemandu teksi yang hadir
PETALING JAYA 28 DISEMBER: Pemandu teksi memainkan peranan penting
dalam membawa perubahan politik di negara ini berikutan merekalah antara
kelompok yang paling dekat dengan rakyat, kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Sebab itu saya ‘salute’ pemandu teksi. Mereka inilah yang
menyampaikan derita rakyat,” katanya sambil ‘tabik’ kepada 400 pemandu
teksi pada Himpunan Raksasa Pemandu Teksi bersama Pakatan Rakyat di
Dewan Svik, Petaling Jaya, malam tadi.
“Saya
tahu orang teksi benci kezaliman. Dari 1998 sampai sekarang, ketika
TV3, Utusan tutup berita tentang kita (pembangkang), pemandu teksilah
yang sebar cerita sebenar,” katanya yang menyifatkan isu berkaitan
pemandu teksi bukan perkara kecil walaupun selalu dipandang enteng oleh
pemimpin Umno BN..
“Sebab ini isu ‘human dignity’, soal maruah manusia. Untuk pemimpin
BN, pemandu teksi seolah-olah tidak ada harga. Mereka (BN)
bermati-matian pertahan kontrak berbilion.
“Pemandu teksi tak minta balak, IPP, kontrak. Hanya mahu permit.
Permit pun mahu disapu pemimpin Umno-BN!” katanya disambut teriakan
Reformasi.
Beliau
juga mengulangi hasrat Pakatan untuk mengembalikan hak pemandu teksi
dengan pemberian permit individu sebaik sahaja menawan Putrajaya.
“Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam
beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi,”
katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, peranan pemandu teksi, meskipun
bukan ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat tetap besar dalam
perjuangan.
“Kalau tak boleh edar risalah, tak mengapa. Mungkin bahaya sebab nanti polis periksa kereta. Tapi boleh gunakankan suara.
“Pemandu teksi orang yang paling bijak dan sabar. Berpuluh-puluh
penumpang setiap hari. Sebab itu kita hormat mereka kerana menjadi ejen
perubahan,” katanya. -KD
GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo , at 28.12.12,
"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.
Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.
"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.
"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.
Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.
3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.
(Gambar: Beberapa pemimpin himpunan dibenar masuk menyerahan memorandum)
Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.
Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.
Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.
2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.
Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.
Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.
Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.
"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.
"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.
"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.
2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.
(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)
Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.
Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.
2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.
Kira-kira 100 orang penyokong yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.
Kedua-dua himpunan GSF dan penyokong Umno itu dipisahkan dengan sekatan pihak polis ditengah-tengah di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.
2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.
"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.
"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.
Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap
"Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.
"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.
2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.
Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.
Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.
Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut. -Hrkh
Gambar Artis Mana Pilihan Anda ,Khamis, Disember 27, 2012 at 27.12.12,
Inilah gambar pemimpin masa depan...
mana yang lebih baik buat anda? fikir fikirkanlah...
Rebat RM200 Telefon Untuk Tolong Syarikat Kroni, Bukan Anak Muda , at 27.12.12,
Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah
RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda
sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat
komunikasi.
“Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah.
Pasti banyak untung daripada rebat ini.
“Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.
Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.
Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.
Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.
“Syaratnya tidak ikhlas.
Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa.
Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda,” katanya.
Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih ‘pintar’ dengan melebar saluran internet percuma.
“Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan,” katanya. -KD
“Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah.
Pasti banyak untung daripada rebat ini.
“Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.
Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.
Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.
Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.
“Syaratnya tidak ikhlas.
Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa.
Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda,” katanya.
Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih ‘pintar’ dengan melebar saluran internet percuma.
“Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan,” katanya. -KD
Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.
* SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:
* Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
* Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
* Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
* Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
* Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.
Setem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.
Bagaimanapun, Malaysiakini mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.
Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia. -mk
MCA Makin Biadap, Keluar Kalendar Hina Hudud , at 27.12.12,
Kalendar tahun 2013 hina HUDUD yang dipercayai dicetak dan ditaja/biayai
oleh MCA, rakan sekutu karib paling akrab dan disayangi serta
disanjungi UMNO semenjak belum Merdeka..
Nak tahu juga dimana perginya suara garang bengis Pemuda
UMNO/PERKASA/JATI/PEKIDA/PESILAT yang dok terlalak terlong memekik
memekak kononnya akan pertahankan Islam sampai sanggup mati bermandikan
darah, hancur badan berkecai tulang.
Najib bilang undi UMNO adalah undi pertahankan Islam dan aqidah.Ini sampai dah buat kalendar 2013 apa cerita.
Dulu dalam Persidangan Agung Tahuan MCA didepan Najib Razak, Presiden
MCA @ Raja Porno Malaysia, Chua Soi Lek hina HUDUD, Najib tersenyum dan
hadihkan MCA RM30juta...Yang kerja buat/cetak/edar kalendar 2013 hina
HUDUD boleh dapat berapa juta pula??????? ~omakkau
Umno Pasti "Meluat" Tengok Gambar Ini.. , at 27.12.12,
Budak perempuan Palestin berumur 10 tahun ini menyepak askar Israel , at 27.12.12,
Seorang
budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video
sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu
kehormatan dari Kota BaÅŸakÅŸehir Ä°stanbul.
Ahed
Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang
menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online
pada 28 November. Dia tiba di Ä°stanbul hari Isnin lalu
"Kata-kata
pertama adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan,"
merujuk kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai
oleh warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di
Gaza.
Tamimi
tiba di Turki menggunakan penerbangan Jordan pukul 2 petang pada hari
Isnin lepas. Dia ditemani ibunya, Neriman Tamimi. Dia disambut oleh
pelajar sekolah yang memegang bunga dan bendera Palestin.
Sambil
membuat tanda kemenangan, Ahed Tamimi berpose di depan kamera wartawan.
Di depan wartawan sewaktu tiba di lapangan terbang Ahed Tamimi berkata:
"Saya tidak takut dengan tentera Israel sama sekali. Saya akan
menunjukkan kepada mereka keberanian rakyat Palestin. "
Tamimi dijadualkan akan mendapat Anugerah Keberanian Hanzala oleh Datuk Bandar BaÅŸakÅŸehir.
Video : Samseng Umno Serang Dan Tampar Warga Emas , at 27.12.12,
Menyerang !!!
Menunjukkan isyarat lucah !!!
LAGI tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren.
Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.
Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.
Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional.
Sumber : MiloSuam
Langgan:
Catatan (Atom)