Ikuti Blog ini

Pakatan Mohon Bubar DUN Jika Nizar Menang

http://buletinonline.net/images/stories/berita3/asmuni.jpgBukit Gantang - Pakatan Rakyat tetap akan memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes saman mempertikaikan kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.


"Jika Nizar menang kes berhubung pelantikan Nizar, kami tidak akan menunggu lama, keesokan kami akan memohon agar Sultan Perak memberi perkenan membubarkan DUN," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi.

Katanya ia merupakan ketetapan PAS sementara menanti kes itu yang kini didengar Mahkamah Tinggi.


Nizar, yang dilantik Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12, turun daripada jawatan itu selepas kerajaan negeri pimpinanannya jatuh ekoran rampasan kuasa yang diketuai oleh Bakal Perdana Menteri.

Dato' Seri Najib yang mengambil alih pentadbiran UMNO Perak menggunakan kuasa dan tipu helah menyebabkan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar PKR dan DAP.


Justeru. Nizar memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan pelantilan Zambry.


Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai majoriti di DUN, Asmuni berkata, perkara itu tidak timbul manakala Nizar masih merupakan Menteri Besar yang sah untuk berbuat demikian.


Awal bulan ini, Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN bawah pokok selepas tidak dibenarkan memasuki premis DUN


Dalam perkembangan terbaru, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini hari ini menetapkan esok bagi mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar perlantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim berkata dalam kes permohonan semakan kehakiman itu, isu pertama yang perlu diputuskan ialah sama ada kebenaran untuk memulakan prosiding tersebut boleh diberikan kepada pihak pemohon, Mohammad Nizar.

Beliau kemudian memerintahkan peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, bagi pihak Peguam Negara, untuk berhujah mengenai isu itu pada pukul 2.30 petang esok.

Permohonan semakan kehakiman itu telah didengar semula di Mahkamah Tinggi setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac lalu menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim itu mengarahkan agar kes tersebut dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan, selain turut mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac.

Abdul Aziz, yang baru bertukar hari ini ke mahkamah itu dari Mahkamah Tinggi di Sarawak, merupakan hakim (Mahkamah Tinggi) ketiga yang mendengar kes itu, sebelum Pesuruhjaya Mohamad Ariff Md Yusof, yang telah memutuskan untuk menarik diri, dan Hakim Lau Bee Lan, yang telah mengarahkan supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam prosiding pagi tadi, Kamaluddin memberitahu mahkamah, pihak Peguam Negara akan membantah permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan kebenaran itu.

"Mahkamah Persekutuan telah meletakkan status quo dalam kes ini, oleh itu jika permohonan ini diteruskan, kami perlu membantah supaya kebenaran (untuk memulakan prosiding) tidak diberikan," katanya yang dipetik agensi Bernama.

"Saya mohon satu penangguhan kerana notis bantahan belum diserahkan lagi, saya perlu masa untuk meneliti alasan (bantahan) pihak Peguam Negara," balas Sulaiman.

"Saya bercadang supaya perbicaraan kes ini dibuat selewat-lewatnya minggu depan. Kalau esok kita boleh mendengar hujahan permohonan mendapatkan kebenaran, hari Jumaat saya boleh berikan keputusan. Jika kebenaran diberikan, perbicaraan boleh dibuat minggu hadapan.

"Saya yakin Datuk Kamaluddin dan tuan Haji Sulaiman mempunyai banyak pengalaman, dan dengan dibantu rakanrakan lain, boleh menjalankan hujahan ini dalam masa satu hari (esok)," kata Abdul Aziz, yang mengarahkan supaya Kamaluddin menyerahkan hujahan bantahan bertulis mereka ke mahkamah dan satu salinan kepada pemohon hari ini.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang undang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika:

i) Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;
ii) Tidak berlaku pembubaran dewan;
iii) Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri;
iv) Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai Menteri Besar.

Petang ini hakim tentukan keputusan Sivakumar dan ADUN Lompat.

IPOH : Setelah melalui proses penghakiman di bilik hakim sehari suntuk kelmarin dalam kes ADUN Lompat. Dijangkakan pada hari ini hakim akan meneruskan prosuding sebutan kes dikamarnya dan kemungkinan keputusan akan ditentukan pada petang ini.

Sekiranya hakim membenarkan permohonan Sivakumar bersama panel peguamnya berarti akan diputuskan buang kes dan kemenangan kepada rakyat dan Kerajaan pakatan Rakyat.

Buang kes bererti bahawa hakim membenarkan bahawa keputusan Speaker adalah mutlak termasuklah dalam kes ini mengatakan dengan bukti yang ada dalam surat yang dihantar oleh 3 adun, Jelapang, Behrang dan Changkat Jering adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan termasuklah di mahkamah.

Perlembagaan Persekutuan dan Fasal 72(1) mengatakan keputusan Speaker tidak boleh dicabar dimana-mana mahkamah.

Sebaliknya tidak mustahil hakim akan berpihak kepada 3 adun lompat dengan mengesahkan pembicaraan diteruskan dan pertikaian akan bertambah panjang dalam pembicraan seterusnya dalam menentukan kesahihan surat dan hal -hal yang berkaitan.

Jika inilah yang berlaku malang lah pada sistem kehakiman negara sekali lagi bila keputusan speaker dicabar dan dipertikai dan boleh dibicarkan dimahkamah.


BUKIT SELAMBAU : Kempen sulung Anwar tidak sentuh kes Altantuya

PATUH... Anwar tidak menyentuh isu berkaitan wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu dan institusi Raja-Raja.

SUNGAI PETANI: Ceramah pertama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Selambau di sini, malam tadi berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini serta tanpa menyentuh isu-isu yang dilarang polis iaitu mengenai wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu dan institusi Raja-Raja.


Ceramah beliau yang diadakan di dua tempat berasingan bagi kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dihadiri kira-kira 3,000 orang.


Anwar dalam ucapannya memfokuskan kepada isu-isu yang sering dilaung-laungkan sebelum ini iaitu yang menyentuh tentang kaum India termasuk insiden kematian tahanan lokap, A Kugan,lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri serta kesengsaraan penduduk akibat sikap rakus pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).


Semalam, polis dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran supaya isu Altantuya dan keputusan Sultan Azlan Shah dalam isu politik Perak tidak disentuh semasa berkempen oleh mana-mana parti politik di tiga pilihan raya kecil iaitu di DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira dari parti politik yang didapati mengapi-apikan atau mengeluarkan kata-kata yang dianggap sebagai menghasut.


Walaupun isu Altantuya yang sering disebut-sebut Anwar di dua pilian raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu tidak disentuh semalam, namun ia tetap disentuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain yang menyampaikan ceramah sebelum beliau malam tadi iaitu N Gobalakhisnan, Wan Abdul Wahid Endut dan Saifuddin Nasution.


Ceramah yang bermula jam 10 dan berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam berlangsung dengan aman dan dalam kawalan pihak berkuasa.


Hal ini berbeza dengan ceramah beliau pada 24 Mac lalu yang terpaksa dibatalkan apabila pihak polis terpaksa menyuraikan penonton-penonton yang hadir dengan gas pemedih mata dan meriam air kerana diadakan tanpa permit polis.


Anwar dalam ucapannya menjelaskan, walaupun pemilihan calon PKR, S Manikumar mendapat tentangan segelintir pihak termasuk dari dalam PKR sendiri, namun Manikumar dikatakan sebagai calon yang paling layak untuk diangkat sebagai wakil rakyat di Bukit Selambau.


"Dia ni ada kebolehan, cerdik dan boleh diangkat sebagai pemimpin India yang akan menjadi Exco kerajaan negeri.


"Ya, memang dia tidak ada pengalaman, baru 35 tahun tetapi kita tahu dia bersih sebab kita sudah interview dia selama dua jam bagi memastikan dia bersih daripada rekod jenayah," katanya.


bkt-selambau-020




Permohonan Nizar MB yang sah didengar esok

IPOH, 1 April : Mahkamah Tinggi di sini menetapkan esok untuk mendengar permohonan kebenaran (leave application) oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mendapatkan perintah mahkamah beliau masih Menteri Besar Perak yang sah. Kes itu akan didengar oleh Hakim Datuk Aziz Abdul Rahim, yang baru ditukarkan dari Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak, ke sini.


Sepatutnya 7 April tetapi 31 Mac Nizar dapat cucu pertamanya

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sepatutnya mendapat cucu pertamanya 7 April ini iaitu pada hari membuang undi pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Namun, belum sampai tarikh tersebut, pada jam 4.55 petang semalam anak perempuan sulongnya melahirkan anak pertamanya di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan di Jalan Seruan Ipoh, Perak.

Ini bermakna, Haji Nizar calon PAS di Bukit Gantang itu memperolehi cucu sulongnya selepas dua hari beliau dicalonkan iaitu seminggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu 7 April nanti.

Anak sulong beliau, Nur Faatihah baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan jam 4.55 petang semalam.

Peristiwa itu dimaklumkan oleh menantu Nizar sendiri, Hazimin yang berada bersama Nur Faatihah.

Seorang pemimpin PAS berkata, sokongan yang diterima Nizar di Bukit Gantang bolehlah dikira sama dengan masa beliau menerima cucu pertamanya.

"Berdasarkan sokongan yang diterima, Nizar telah menang sejak hari ini lagi, tanpa perlu menunggu 7 April," kata beliau.



Analisis Bukit Selambau:Selamatkan negara dari kejahatan BN

Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Bukit Gantang, Perak; Dun Bukit Selambau, Kedah dan Dun Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak pada 7 April depan. Berbanding PRK Bukit Gantang dan Batang Ai yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, PRK Bukit Selambau diadakan ekoran perletakan jawatan oleh Adunnya.


Image

Biarpun perletakan jawatan menyebabkan PRK 'perlu' diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut sebagai memenuhi peruntukan perlembagaan negara sepertimana PRK Permatang Pauh yang juga diadakan dengan sebab sama, tetapi PRK Bukit Selambau 'terpaksa' diadakan ekoran kerja jahat Barisan Nasional (BN) terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah.


BN telah mengadakan tekanan politik kepada Pakatan Rakyat Kedah dengan cara mengugut, mengancam serta membuat tawaran berupa rasuah untuk 'memindahkan' kerusi Dun berkenaan secara paksa selain beberapa kerusi Dun yang lain. Maka kegagalan BN memperolehi Dun-dun berkenaan secara mudah akan menyaksikan Pakatan Rakyat berhadapan kejahatan BN buat sekian kalinya pada PRK Bukit Selambau.


Image

Malah kejahatan sama akan dihadapi Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Batang Ai sepertimana yang telah dialami di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu pada PRK sebelum ini.


Jika di Bukit Gantang para pengundinya perlu bangkit untuk memberi mesej jelas penolakan rakyat kepada rompakan kuasa di Perak, di Bukit Selambau para pengundi perlu memastikan BN kekal kalah untuk menunjukkan kuasa rakyat dalam menafikan usaha-usaha BN menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah secara tidak demokratik.


Malah kemenangan di tiga PRK tersebut sangat penting dijayakan rakyat selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, sebagai menyatakan penolakan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak dari mengambil alih teraju negara.


Rakyat juga sebagai penyelamat negara dari politik ganas yang bakal berlaku di bawah pemerintahan Najib. 'Rekod' skandal Najib dan tindakan-tindakannya kepada Pakatan Rakyat telah ada dalam pengetahuan umum. Kemenangan Pakatan Rakyat juga akan menjadi suara untuk menafikan dakwaan Umno dan rakan-rakan BN bahawa mereka telah berubah serta kembali diterima rakyat.


Calon Bebas Proksi BN


Image

Selepas Perak, usaha BN menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah juga tersimpul dari tindakan menaja calon-calon Bebas untuk bertanding pada PRK Bukit Selambau. Sepertimana ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, kesemua calon Bebas tersebut merupakan proksi BN yang bertujuan melarikan undi yang sepatutnya diterima calon KeADILan. Bermakna, jika pun mereka mungkin bukan proksi BN secara langsung, namun mereka tetap menjadi proksi BN secara tidak langsung.


Ketika media pro-BN cuba mendakwa bahawa penyertaan calon Bebas sebagai perpecahan dalam Pakatan Rakyat, hakikat sebenar menunjukkan bahawa calon-calon tersebut mempunyai latarbelakang keterlibatan dan jawatan mereka dalam parti-parti komponen BN. Ini ditambah dengan reaksi 'gembira' yang ditunjukkan Dato' Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengarah BN bagi PRK tersebut terhadap penyertaan calon-calon Bebas.


Malah calon-calon Bebas juga sememangnya ditaja memandangkan keupayaan mereka menyediakan bahan kempen yang tentunya memerlukan kos tinggi. Mana mungkin calon-calon Bebas ini berupaya menyediakan bahan kempen sepertimana yang dapat disaksikan di Dun Bukit Selambau melainkan dari tajaan. Malah, beberapa calon Bebas juga dilihat makan bersama di sebuah restoran tidak jauh dari Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Sungai Lalang selepas proses penamaan calon. Tidaklah dapat dipastikan sama ada kebetulan atau makan tengahari itu juga ditaja.


Rakyat juga perlu mempersoalkan penyertaan calon-calon Bebas yang sebenarnya sedang membuka laluan kepada calon BN untuk menang. Kerana sudah teramat pasti, sama ada mereka itu mengaku menyertai PRK secara persendirian atau pecahan dari BN mahupun Pakatan Rakyat, penyertaan pada PRK ini tentunya bermotifkan peribadi atau lebih mudah disebut sebagai mencari kepentingan diri.


Analisis calon-calon Bebas bahawa mereka berupaya untuk menang dengan alasan bahawa bekas Adun Bukit Selambau, Arumugam Vengatarakoo juga menang atas tiket bebas ternyata satu dakwaan 'kurang cerdik'. Bahkan, pengakuan calon Bebas tertentu kononnya mereka mendapat sokongan pengundi Bukit Selambau tentunya tidak lebih dari perasaan paling bahaya dalam jiwa manusia iaitu 'perasan dan syok sendiri'.


Fakta yang perlu diketahui 13 calon Bebas berkenaan ialah; Arumugam semasa PRU-12 lalu dibelakangnya terdiri dari jentera KeADILan dan PAS selain pihak-pihak yang menyokong Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat) ketika itu.


Pakatan Rakyat Yang Bersih


Benarlah kata-kata Allah di dalam al-Quran bahawa kemenangan dan kekalahan adalah 'proses pembersihan'. Satu persatu para pengkhianat, 'duri dalam daging' dan 'telur busuk' akhirnya menzahirkan diri, sekaligus membuka masa depan yang lebih baik kepada Pakatan Rakyat di Kedah khususnya dan Malaysia amnya. Dalam masa sama, para penyokong PAS, KeADILan dan DAP yang selama ini 'menyembunyikan' sokongan mereka, kini tetap kekal bersama Pakatan Rakyat sebagai bakal pendokong tegar. Tidak akan punah Pakatan Rakyat dengan segala pengisytiharan golongan penghianat ini, hendak pergi, silakan, silakan.


Pakatan Rakyat yang sebenarnya masih memerlukan masa panjang mengukuhkan organisasinya, kini semakin pantas memanjat tangga ekoran parti-parti komponen BN 'terjun bangunan' dengan tindakan-tindakan jahat mereka. Rakyat telah mengalihkan sandaran mereka selepas 'serik' dengan BN yang diberi peluang lebih 50 tahun memerintah.


'Exco In Waiting'


Manikumar bukan sahaja perlu menang untuk menjadi Adun Pakatan Rakyat bagi Bukit Selambau, tetapi beliau adalah 'Exco in waiting'. Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah telah melengkapkan Exco mereka dari pelbagai kaum utama di Semenanjung Malaysia kecuali India, oleh itu bagi PRK Bukit Selambau ini menuntut kepada perlunya Pakatan Rakyat meletakkan calon India.


Pemilihan Manikumar ternyata tepat. Walaupun berketurunan India, beliau juga rapat dengan kaum lain. Beliau bukan sahaja dibesarkan dalam kelompok masyarakat pelbagai kaum, malah mendapat pendidikan dari sekolah yang ramai pelajar Cina dan Melayu selain isterinya juga mengajar di sekolah aliran Cina.


Selain itu, beliau juga termasuk dalam kelompok berpendidikan tinggi dan profesional. Ciri-ciri ini memenuhi perjuangan Pakatan Rakyat ke arah membawa masa depan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu terdiri dari masyarakat pelbagai kaum.


Sedang parti komponen BN pula akan bersisa dan ketinggalan dari arus mentaliti dan perpaduan kaum yang semakin utuh di bawah Pakatan Rakyat.


Agensi Kerajaan Diperkudakan


Pilihan raya adalah melibatkan pertandingan antara sesama parti politik untuk membentuk kerajaan. Sayangnya di Malaysia, BN telah menjadikan jentera kerajaan sebagai kuda tunggangan untuk kepentingan parti mereka. Lantaran itulah dapat dilihat begitu banyak sekali kenderaan-kenderaan agensi kerajaan pada tempoh berkempen ini yang sepatutnya dimasukkan dalam senarai sebagai 'mangkuk mee segera'. Malah janji Najib bahawa tidak akan ada projek 'mee segera' pada PRK ini nyata bohong belaka. BN dan projek sememangnya tidak dapat dipisahkan.


Selain itu, antara yang perlu juga dipertikaikan ialah peranan pasukan polis. Jika kehadiran ramai anggota polis pada PRK Kuala Terengganu dikatakan bertujuan untuk menjaga keselamatan, tujuan itu dilihat telah tercemar untuk PRK Bukit Selambau. Pada malam ceramah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Taman Ria Jaya, Sungai Petani 23 Mac lalu, tanpa perlu menyebut kos-kos lain, beberapa orang awam telah mengalami kecederaan termasuk dilaporkan media pro-BN bahawa tiga anggota polis turut cedera. Tetapi dalam suasana yang lebih 'panas' iaitu semasa hari penamaan calon, langsung tidak berlaku perkara yang tidak diingini.


Kesimpulannya sangat mudah. Jika tidak ada sebarang kacau ganggu atau provokasi polis tentunya tidak ada seorang pun yang bertindak diluar batasan. Tiada yang cedera dari mana-mana pihak mahupun tiada kos-kos lain terlibat. Oleh itu, anggota polis perlu benar-benar hanya menjadi anggota keselamatan bukannya menjadi sebahagian penggerak agenda BN.


BUKIT GANTANG : Apabila Sekeping Gambar Berbicara


Begitulah apabila gambar berbicara.... Lihatlah betapa cerianya wajah mantan Menteri Sex Luar Tabie, Chua Soi Lek dan calon BN, Ismail Sapian ketika mengunjungi sebuah kedai makan di Parlimen Bukit Gantang. Tiga lagi pemimpin MCA yang mengiringi Ismail dan Soi Lek juga tersenyum sampai nak terkoyak telinga.

Yang kontrasnya ialah wajah tiga pengundi yang duduk di meja itu, tidak langsung terpancar senyuman dibibir mereka. Agaknya dalam hati mereka menyumpah dan menyampah dengan kedatangan pengunjung dari "parti kepala busuk" yang tidak diundang itu.

Bayangkan jika yang berada di situ ialah Datuk Seri Nizar, pasti mereka yang duduk akan bangun memberi penghormatan sambil menghulurkn tangan dan senyuman menyenangkan menghiasi bibir mereka.


Altantuya, raja dilarang jadi isu kempen

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut hari ini kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja.

Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan arahan terbaru itu - setelah masuk hari ketiga berkempen - bagi kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak

Beliau mengulas pendedahan PKR Kuala Sepetang - satu daripada tiga DUN dalam kawasan parlimen tersebut - yang membantah larangan polis berhubung dua isu tersebut.

Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes kenalan akrabnya Abdul Razak Abdullah Baginda.

Larangan ganjil itu diketahui sewaktu seorang pembantu ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam.

Lau Teck Hai diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program ceramah anjurannya pada pilihanraya kecil parlimen itu.


YDP Tuanku Mizan
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau berkata apabila bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, tambahnya, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder case 030907Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Najib, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita kenalan Razak itu akan diketahui dua hari selepas tiga pilihanraya tersebut yang diadakan serentak sejak 29 Mac.

Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut.

Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu dengan bakal perdana menteri itu. Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya.

Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian.

Selain dua larangan tersebut, polis juga menuntut PKR mengawal kehadiran orang ramai yang mendengar ceramahnya.

"Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan," larangan itu dipetik.

Polis turut melarang jentera PAS mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung.




Marilah Sama- Sama Kita Talkinkan UMNO Di Bukit Gantang

Rakyat Perak dari berbilang kaum sudah mengenali beliau luar dan dalam. Beliau memang sudah terkenal di Perak walaupun hanya 11 bulan memerintah. Nama beliau terlonjak lagi selepas 'perampasan kuasa' oleh UMNO/BN.

Rakyat Perak dari berbilang kaum sudah mengenali beliau luar dan dalam. Beliau memang sudah terkenal di Perak walaupun hanya 11 bulan memerintah. Nama beliau terlonjak lagi selepas 'perampasan kuasa' oleh UMNO/BN.Sejarah tidak boleh ditipu.UMNO sangat takut serta gementar kerana undi kaum cina dan india adalah bulat seperti bulan mengambang.


Talkinkan UMNO di Bukit Gantang


Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan calon PAS di PRK P059 Bukit Gantang. Lihat Profil beliau di sini .

Selama DS memimpin negeri Perak lebih kurang 11 bulan sebelum disentap oleh satu perancangan jahat UMNO/BN, beliau telah menjelajah disetiap ceruk di negeri Perak.


Rakyat Perak telah mengenali hati budinya. Kelembutan perawakannya, kepetahan bercakap di dalam banyak bahasa seperti bahasa inggeris walaupun tak sempat dengan dasar PPSMI yang dipelopori oleh Mahathir dan bahasa mandarin.


Beliau mempunyai pengetahuan yang luas di dalam Agama. Banyak menghafal Surah-Surah Al-Quran, boleh berkhutbah, boleh menyembelih Qurban. Boleh bawa tahlil dan baca talkin. Tetapi beliau tetap humble, penuh tawaduk, bukan sesetengah orang mendabik dada mengisytiharkan boleh membaca Al-Quran dan mentafsir.


Rakyat Perak dari berbilang kaum sudah mengenali beliau luar dan dalam. Beliau memang sudah terkenal di Perak walaupun hanya 11 bulan memerintah. Nama beliau terlonjak lagi selepas ‘perampasan kuasa’ oleh UMNO/BN.


Sejarah tidak boleh ditipu.


UMNO sangat takut serta gementar kerana undi kaum cina dan india adalah bulat seperti bulan mengambang.


Rakyat Perak sangat bersimpati dengan PAS / PR. Rakyat Perak dah mual, muak, jelik dan sentiasa termuntah-muntah seperti ibu muda mengandung 3-4 minggu. Ditambah pula perangai Setiusaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak yang memang mencampuri urusan Kerajaan Negeri.


Daripada perkembangan semasa hari penamaan calon dimana rakyat Perak berpuluh-puluh ribu turun memberi sokongan padu, tidak kira, melayu, cina dan india.


Kaum muda yang turun berbondong-bondong memberi petanda yang amat positif. Kaum muda sudah menolak UMNO kerana kerakusannya, samsengnya, rasuahnya, kesombongannya dan keangkuhanya.


UMNO di mana-mana negeri di bumi Malaysia ini, semuanya berperangai seperti disebutkan tadi. Mereka beranggap melayu itu UMNO, UMNO itu melayu.


Mereka berperasan Malasia itu UMNO, UMNO itu Malaysia.


Mereka menunjukkan polis itu UMNO, UMNO itu polis.


Mereka berfatwa, UMNO itu mufti, mufti itu UMNO. Ini kerana mereka cukup alim apabila bercakap di dalam bidang Agama walaupun kurang mahir.


Mereka berkira-kira, harta kerajaan itu harta UMNO, harta UMNO itu harta UMNO.


Satu mala petaka bagi UMNO negeri Perak khususnya dan UMNO Malaysia amnya dan menjadi titik tolak rakyat negeri Perak memberi selamat tinggal kepada UMNO ialah saat PR dirampas kuasa oleh UMNO.


Percayalah, InsyaAllah UMNO akan di talkinkan di Bukit Gantang.

Saya yakin DS Nizar akan menang dengan selesa InsyaAllah.

Nanti besuk dikeluarkan arahan hanya calon sahaja boleh berceramah, yang tidak terlibat tidak boleh ceramah dan calon tidak boleh keluar rumah lebih dari dua orang, dan salah seorang hanya perempuan, bermakna hanya isteri atau emak.


BUKIT SELAMBAU : AMK Serbu Rumah Pengundi Hantu

Skuad AMK bersama Timbalan AMK Malaysia, Cikgu Fariz Musa petang semnalam telah membuat serbuan ke TAMAN BANDAR BHARU.

Rumah yang di percayai sarang pengundi hantu berjaya akhirnya di kesan. Pada tengah hari semalam bekas MB Kedah, Dato Seri Mahadzir Khalid telah mencabar PKR supaya mengemukakan bukti adanya pengundi hantu di BUKIT SELAMBAU.

Ternyata BUKTINYA ada untuk di tunjukkan kepada rakyat bahawa BARISAN NASIONAL sudah menipu rakyat.

Hasil siasatam, AMK dan rombongannya yang diketuai oleh Cikgu Fariz telah menemui sebuah rumah YANG MEMPUNYAI 42 ORANG PENGHUNI. Selepas itu satu rumah lagi terdapat 56 orang yang menggunakan alamat yang sama. Dalam pada masa yang sama seramai 49 orang telah menggunakan alamat sebuah rumah yang tiada penghuni. Ini bukti jelas penipuan yang di lakukan oleh BARISAN NASIONAL TELAH DI BUKTIKAN OLEH PKR.



Kes Altantunya, Karikatur "Najib Razak And The Ghost Of Altantunya" Kini Disiarkan Pula Dalam Akhbar "The Korea Times" Baru-Baru Ini !!

KUALA LUMPUR - Kreadibiliti Dato' Seri Najib Razak untuk bergelar Perdana Menteri kini semakin tercalar. Jika dulu akhbar Perancis "Liberation" menyiarkan artikel tentang pembabitan Najib dengan kes pembunuhan wanita Monggolia , Altantunya Shariibuu. Berita itu kemudia disiarkan di kebanyakkan akhbar dari seluruh dunia. Ini bermakna kes berkenaan memang mendapat perhatian masyarakat antarabangsa sebenarnya.


Kita sangkakan perkara itu akan berkahir begitu sahaja selepas Najib langsung tidak menjawab dakwaan yang dibuat oleh akhbar tersebut. Najib menang dan ditabalkan sebagai Presiden UMNO beberapa hari yang lalu. Kemenangan yang jelas tidak ada sesiapa yang berani menawarkan diri untuk menentangnya itu, membuatkan masa depan Najib untuk bergelar sebagai Perdana Menteri Malaysia kini kian terasa.


Namun, ramai pihak yang terkejut apabila Najib langsung tidak mahu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh akhbar-akbar terbabit. Keegganan Najib menjawab dakwaan tersebut jelas sekali memeranjatkan semua pihak, akhirnya beliau sekali lagi dipersendakan oleh masyarakat antarabangsa. Jika dulu, artikel tentang dirinya itu dikeluarkan oleh sebuah akhbar Perancis yang berpengkalan di Thailand.


Kini satu lagi penghinaan yang pasti memalukan telah disiarkan dalam akhbar "The Korea Times" berkenaan dengan isu tersebut. Lakaran dibawah adalah berdasarkan kepada apa yang telah tersiar dalam laman blog terbabit baru-baru ini.


Bukti, inilah karikatur kartun berkenaan Najib dan Altantunya yang
disiarkan dalam akhbar terbabit (klik untuk besarkan imej)



[Berbeza dengan Liberation, akhbar Korean terbabit hanya menyiarkan karekatur kartun antara Najib dan Altantunya atas tajuk "Najib Razak Anda The Ghost Of Altantunya". Karikatur berkenaan telah disiarkan dalam akhbar terbabit pada 25 Mac lalu iaitu sehari menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Soalnya disini, kenapa Najib mendiakan diri atas segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. Apakah juga rakyat Malaysia sanggup mempunyai seorang Perdana Menteri yang diperlekehkan dan dihina oleh pemimpin serta rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat antarabangsa]



Raja Perlembagaan Dan Parlimen Harapan Sekat Najib?


YDP Tuanku Mizan
" Jalan yang akan dihadapi Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 sangat tidak mudah selain harus mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti UMNO, Najib juga harus mampu mengembalikan kestabilan ekonomi dan Politik Malaysia.

Berbagai pro-kontra pun mulai muncul kerana kredibiliti Najib diragukan sebagai Perdana Menteri. Ahli-ahli politik dari perbagai parti menilai Najib tidak layak jadi perdana menteri karena mempunyai track record yang buruk. Selain itu, gaya kempemimpinan Najib diramalkan akan sama dengan pendahulunya, Dr Mahathir Mohamad yang otoriter yang mengekang kebebasan berekspresi dan berkumpul.


"
Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir sabtu lalu adalah sangat bersejarah bagi Najib Tun Razak, sebab Najib telah resmi terpilih dan dilantik sebagai Presiden UMNO.

Dengan jabatan pula, Najib secara automatik akan menggantikan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dan serah terima jabatan ditaksir akan dilakukan pada awal bulan April ini.

Kami memikirkan setelah Najib jadi perdana Menteri hak kebebasann media dan perhimpunan akan disekat, kata ketua Penerangan Parti Keadilan, Tian Chua kepada wartawan Tvone di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pemimpin yang akan mengambil alih ini mempunyai sifat yang keras, dan berciri-ciri diktator dan tidak menghormati hak asasi manusia, tambahnya.

Tidak mustahil penggunaan ISA akan digunakan dengan meluas sebagai alasan pengancam keselamatan dan ekonomi negara.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis, Krisis kredibiliti Peminpin.

Menelusuri rentetan fenomena ini, dapat disimpulkan bahawa terminologi perubahan yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak hanya mendokong maksud ke arah pengukuhan kembali kuasa, bukannya pembersihan UMNO daripada najis rasuah.

Keseriusan sindrom “penyakit gila duit” yang melanda UMNO ini turut digambarkan melalui bekas Presiden UMNO itu sendiri, Tun Mahathir Mohamad menerusi blog peribadi beliau - chedet.cc, dan mantan Pedana menteri ini juga mengenakan syarat untuk menyertai UMNO semula. UMNO dikatakan telah mengundang kejelekan dan kemuakan yang melampau daripada rakyat ekoran gejala ini.

Tambah parah, terdapat ketempangan daripada kes Ketua Menteri Melaka.Kita lihat Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin yang menyebabkan beliau digugurkan kelayakan untuk bertanding tetapi tidak digantung keahliannya.Beliau dilaporkan turut melakukan perbuatan membeli undi melalui agen beliau. Namun menggugurkan hak bertanding tidak disertai dengan pergantungan sebagai ahli dan tidak pula di caj ke mahkamah. Berbeza pula dengan kes Datuk Norza yang fakta kesnya adalah serupa.

Konklusinya, walau apapun gendang perubahan yang dicanangkan, UMNO tetap UMNO. Bobrok tetap bobrok. Serong terus melencong. Bengkak kian bernanah. UMNO ibarat pesakit kanser yang menanti masa untuk mati dan situasi ini natijahnya, bakal mengundang peneraju Umno Najib Tun Razak melakukan apa sahaja yang perlu demi UMNO, agar ia terus berkuasa.

Oleh yang demikian situasi ini akan mengakibatkan negara dipimpin
oleh seorang yang diragui ahlak dan tindakannya.
Apakah tindakan setiap parti politik atau NGO mahu pun rakyat dalam menangani isu ini.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan dan kredibiliti kepimpinan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu. Sebagai contoh. kredibiliti peminpin yang akan menubuhkan kerajaan.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda. Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet. Ini boleh berlaku selepas pilihanraya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Perletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya perletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977. Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu perletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu perletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan. Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Apa peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa. Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang Di-Pertuan Agong memecat perdana menteri dalam situasi sedemikian. Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang Di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Yang Di-Pertuan Agong, boleh mengambil tindakan terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya, maka mungkin cara ini lebih praktikal. Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang Di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita. Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan. Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

Apakah Tuanku akan menperkenankan Perdana Menteri yang baru ini.? Ini adalah situasi terbaru yang rakyat semua ternanti-nantikan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .