Ikuti Blog ini

Sultan Selangor mahu pandangan rakyat diutamakan

SHAH ALAM - Prinsip yang paling penting untuk mencapai sebuah negara yang maju ialah prinsip demokrasi dengan pandangan rakyat perlu diutamakan dalam menetukan hala tuju sesebuah negara.


Image

"Pandangan rakyat merupakan satu petanda yang terbaik sama ada berjaya atau tidak pentadbiran sesebuah negeri.


"Sudah semestinya prinsip ini dilengkapkan dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang semua seharusnya sedia maklum," titahnya.


Baginda bertitah demikian dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor, dekat sini pagi tadi.


Image

Menurut baginda, pandangan rakyat harus diambil kira dan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang melaksanakan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) sekiranya menolak pandangan rakyat.


Oleh itu titahnya, proses perbincangan awam seharusnya diperbanyakkan untuk setiap keputusan dan kerangka utama pembangunan kerajaan negeri.


"Masyarakat madani di negara maju menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara dan ini sewajarnya menjadi kebiasaan di Selangor," titah baginda.


"Kerajaan negeri beta mesti cuba menggunakan kepakaran yang ada pada pihak-pihak ini dalam tujuan untuk memajukan negeri Selangor.


Image

"Meskipun ada kelemahan yang mesti diatasi, namun negeri beta ini telah meneruskan usaha mencapai matlamat negara yang maju dengan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbaik dengan prinsip yang paling penting iaitu demokrasi," titah baginda.


Dalam pada itu, Sultan Selangor juga menegaskan bahawa keamanan, keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini akan terjejas dengan berlaku beberapa insiden yang melibatkan perbalahan yang dicetuskan oleh sekelompok masyarakat.


"Justeru, beta ingin menyeru kepada semua pihak agar memberhentikan segala tindak-tanduk yang boleh menjejaskan imej negara ini dan menumpukan perhatian ke arah memupuk perpaduan yang erat di kalangan semua kaum." titahnya. Image


Baginda juga menyeru supaya sikap hormat-menghormati diantara kaum perlu diamalkan setiap waktu agar keharmonian yang berkekalan.


"Sikap hormat-menghormati diantara kaum di negara ini perlulah sentiasa diamalkan bersama bagi menjamin perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia," titah baginda.




DSAI - Pertemuan Dengan Pak Lah


Dr Bhokin Bhalakula, Mantan TPM Thailand turut hadir

Dr Bhokin Bhalakula, Mantan TPM Thailand turut hadir

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.


Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.


Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!


Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.


Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ke Parlimen.


ANWAR IBRAHIM

Kak Wan turut hadir

Kak Wan turut hadir

Bersama 'bakal' PM Thailand

Samsul bersama ‘bakal’ PM Thailand



Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?


anwar and pak lah hulu langat meeting 100309 04TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.

"Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!" begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

cilok dari - MSO



Zambry dan BN Perak Tetap Hancur!


Dilaporkan 5,000 orang menghadiri sambutan 1 tahun Pakatan Rakyat di Perak malam tadi yang diadakan di Dewan Tow Boo Keong.

Kebanyakan pemimpin tertinggi Pakatan rakyat perak hadir termasuklah MB yang sah Nizar dan Lim Kit Siang.

Tetapi yang menjadi tumpuan malam tadi tidak lain ialah YB Speaker V.Sivakumar, seorang yang telah memperkenalkan kepada negara ini tentang Pokok Demokrasi setelah memulakan persidangan tergempar dewan undangan negeri Perak di bawah pokok sena pada 3 Mac 2009. Masing-masing menghargai sumbangan Sivakumar, dengan para hadirin di dalam dalam semua berdiri hormat dan memberikan tepukan gemuruh.

Sepanjang malam itu, ucapan-ucapan berkisar pada tema yang serupa: tuntutan ke arah pilihanraya, kisah Najib yang merupakan dalang kepada mereka yang melompat dan mengapa beliau tidak boleh menjadi PM. Sentimen yang melanda sepanjang malam selama ialah rakyat, sekurang-kurang mereka yang hadir, tetap inginkan Pakatan berkuasa di negeri Perak. Ia dapat dikesani tatkala mereka memberikan respons kepada ucapan-ucapan yang dibuat samada oleh pemimpin DAP, Keadilan atau PAS.


"Kita datang bukan untuk berperang..." - Ustaz Hadi

TAIPING - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengaku telah terkena beberapa kali gas pemedih mata dan pancutan 'water cannon' ketika menyertai "Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI" disekitar Masjid Negara, 7 Mac lalu.


"Padahal, kita datang beramai-ramai bukan untuk berperang, tetapi sekadar menunjukkan benci pada
anti ppsmi rally 070209 pak samad chokestindakan Umno-Barisan Nasional masih menggunakan bahasa penghantar Inggeris dalam Sains dan Matematik,"jelasnya ketika berceramah di Simpang Empat dekat sini baru-baru ini.


Kata Ustaz Hadi protes PPSMI itu melibat puluhan ribu rakyat terdiri dari pakar akademik, ilmuan, pelajar-pelajar universiti, pejuang-pejuang Bahasa Melayu dan pegawai-pegawai kerajaan turut hadir membantah sikap kerajaan benak hati itu.


ppsmi march 070309 crowd.jpgTegas Dato� Seri, sepatutnya setelah negara merdeka sejak 51 tahun lalu semakin bertambah dan kukuh penggunaanya Bahasa Melayu itu malah diperluaskan kegunaanya ke segenap sudut dan masyarakat.


"Tapi nampaknya semakin tahun Bahasa Melayu hendak dicampakkan dengan digantikan kepada Bahasa Inggeris. Oh! Sungguh sangat-sangat dikesali sikap pemimpin Umno,"runggutnya.


Tegas Abdul Hadi, semua negara di dunia ini menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar dalam mata pembelajaran di sekolah-sekolah dan dalam masyarakat seperti di Jepun, China, Hongkong, Perancis dan negara-negara maju lainnya.



ppsmi march 070309 tear gas.jpg"Tidak salah menambahkan pengetahuan dengan mempelajari bahasa-bahasa lain. Tetapi, untuk mengilmukan rakyat di negara ini juga bagi ikatan perpaduan majmuk haruslah menggunakan bahasa penghantar bagi sosial dan ilmuannya dalam Bahasa Melayu," tegas Hadi Awang.


Sebagai contoh, jelasnya, sembahayang menggunakan Bahasa Arab tapi bagi mempelajarinya perlu menggunakan bahasa ibunda Bahasa Melayu termasuk mengerjakan fardhu Haji harus dalam Bahasa Arab, namun untuk mempelajarinya mesti dalam bahasa mudah difahami iaitu Bahasa Melayu.


anti ppsmi rally 070209 rally banner"Juga yang terpenting kata perbidalan Melayu �Bahasa itu menunjukkan Bangsa," tegas Ustaz Hadi.


Pak Lah Menjadi Mangsa Ke 5

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/langgarwasiat.jpg

Kuala Terengganu
Perdana Menteri Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi pendiriannya akan menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac ini.


Kenyataan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Hua Hin, Thailand menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa akan berlaku perubahan dalam pelan peralihan kuasa pada Mac ini.

Dengan kenyataan itu, bermakna semua perkara yang dipersetujui antara Abdullah dan Najib sebelum ini tidak akan berubah. Abdullah tetap berpegang pada pelan berkenaan.

Sekiranya penyerahan kuasa itu berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO 24 hingga 28 Mac ini, maka Pak Lah sudah menjadi orang yang ke 5 terkorban, dikatakan terkena ‘badi’ melanggar wasiat Tok Sheikh Duyong.

Orang yang pertama menjadi korban adalah Bekas Exco kerajaan Terengganu Dato’ Wan Hisham Wan Salleh.

Wan Hisham, seorang Exco kanan yang dilihat paling berpengaruh dalam UMNO Terengganu gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Ladang dan tewas kepada calon PAS, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dalam piliharaya umum ke 12, Mac tahun lalu.

Bekas Bendahari UMNO Terengganu itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk merpertahankan kerusi DUN Ladang memandangkan kedudukan kewangan dan lawannya yang tidak mempunyai pengalaman dalam politik.

Korban kedua akibat melanggar wasiat Tok Sheikh Duyong adalah Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Idris tidak dapat mengelak dari terkena ‘badi’ wasiat tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak perkenan untuk melantik kembali beliau sebagai Menteri Besar.

Selaku Pengerusi Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Terengganu, Idris sepatutnya paling layak memegang kembali tampuk pemerintahan negeri.

Segala program pembangunan yang dirancang dan dilaksnakan Idris dilihat sebagai yang ‘terhebat’ dan tidak ada sebab Idris dinafikan untuk kembali berkuasa.

Namun sebaliknya, ADUN Kijal, Dato’ Ahmad Said, yang bukan Exco kanan malah dilihat sebagai tokoh yang bermasalah, tiba-tiba dipilih menjadi Menteri Besar.

Selepas Idris menjadi korban kepada pembangunan Pulau Duyong dan rantaian Sukan Perahu Layar ‘Monsoon Cup’, rakan kongsi rapatnya, Dato’ Patrick Lim Soo Kit, pula tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Equine Capital.

Patrick di gelar sebagai ‘Patrick Badawi’ oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana beliau merupakan sekutu rapat kepada Pak Lah dalam melaksanakan projek-projek Mega dibawah pemerintahan Pak Lah termasuk projek kontroversi PGCC.

Patrick dikatakan menguasai dana khas kerajaan persekutuan yang di peruntukkan untuk membangunkan negeri Terengganu merupakan ‘orang dibelakang tabir’ dalam melaksanakan projek pertandingan perahu layar ‘Monsoon Cup’, pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.

Pada 10 Oktober, 2008, Patrick yang memegang jawatan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Equine Capital Bhd sejak 2003, mengumumkan melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.

Mangsa korban terbaru pembangunan Pulau Duyong adalah bekas Timbalan Menteri Dato’ Wan Farid Wan Salleh yang kecundang dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, pada 17 Januari lalu.

Wan Farid yang juga adik kepada Wan Hisham adalah penghubung diantara matarantai pemain-pemain dalam ‘skandal’ pembangunan Pulau Duyong.

Sebagai Setiausaha Politik kepada Pak Lah, Wan Farid menggerakkan semua keputusan bagi pihak Pak Lah di Putrajaya untuk dilaksanakan di negeri Terengganu.

Segala penglibatan Wan Farid dengan skandal Wang Ehsan, Dana Khas Kerajaan Persekutuan, Monsoon Cup dan Pembangunan Pulau Duyong didedahkan oleh Raja Petra melalui tulisannnya.

Pak Lah, Wan Farid, Patrick Lim, Idris dan Wan Hisham adalah lima pemain utama yang melaksanakan pembangunan Pulau Duyong dan Monsoon Cup.

Perancangan dan perlaksanaan Pembangunan tersebut tidak dibincangkan dalam kerajaan negeri Terengganu sebagaimana pernah diakui oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

Pembangunan Pulau Duyong, Monsoon Cup dan Pulau Wan Man juga tidak banyak membawa manfaat kepada rakyat Terengganu sebagaimana diakui oleh Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan Integriti.

Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya pembangunan Pulau Duyong telah merampas hak-hak penduduk pulau itu dan dibuat diatas tanah yang di anugearhkan oleh Sultan Terengganu kepada Tok Sheikh Duyong.

Tok Sheikh Duyong, adalah ulama’ terkenal nusantara, telah dilantik menjadi Mufti Terengganu oleh Sultan Omar pada tahun 1846.

Semasa pertabalan anak muridnya, Sultan Zainal Abidin III menjadi Sultan pada 18 Disember 1881, Tok Syeikh Duyung dalam solat hajatnya telah berdoa yang bersungguh-sungguh untuk keselamatan Sultan Zainal Abidin III, semua rakyat dan kerajaan.

Tok Sheikh Duyong telah diberikan anugerah sebuah pulau, Pulau Duyong Kecil oleh Sultan Terengganu dan dijadikan kawasan penempatan anak-anak muridnya yang datang ke pulau Duyong untuk menuntut ilmu ugama.


Tok Sheikh Duyong pernah berpesan
dan kemudiannya menjadi ‘wasiat’ kepada anak-cucunya, tidak membenarkan setitik arak pun tumpah di atas Pulau Duyong Kecil dan tidak dibenarkan berlaku sebarang maksiat diatasnya.




DR Asri Pertahankan Nik Aziz Tentang Isu Nama Allah

Sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham - Ustaz Asri

Sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham - Ustaz Asri


Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah


Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.


Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.


Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.


Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.


Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”


-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .