Ikuti Blog ini

Orang Takut Hudud Macam Takut Hantu, Bila Tanya Apa Itu Hudud Tidak Tahu"- TG Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangannya bagaimana masyarakat dan pihak tertentu begitu tidak menyenangi hukum hudud walhal ia sebaik-baik perundangan yang digariskan Allah S.W.T.

Malahan katanya, undang-undang sedia ada yang digunakan di negara ini lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?

“Hudud tak mati... hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.

“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.

Mursyidul Am PAS itu sebelum ini tetap dengan pendiriannya akan menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” kata beliau.

Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datangnya dari Allah, bumi, langit dan kita, Allah yang punya,” katanya. -tvsews



Aksi Ust Kazim yang buat Zambry 'eee' Kadir MB Perak sayang

Di Perak ni sapa yang tak kenal Ust Kazim Elias Al-Hafiz. Kalau tak kenai maknanya memang jenis bukan kaki mesjid dan bukan kaki surau. Jenis yang tak pernah peduli dengan ceramah agama memang tak heran la kalau tak kenal ustaz.
 
CD kuliah Ustaz ni memang cukup top, pi la cari kat gerai-gerai yang jual CD kat pasar malam mesti ada punya jual termasuk gerai di tapak ceramah PAS.
 
Orang Umno kenal, orang PAS pun kenal. Dia ni mula popular pasai banyak surau dan masjid yang orang PAS kuasai panggil Ust ni bagi ceramah dan kuliah. Cara penyampaian dia memang menarik dan masa tu dia ni memang cukup vokal hentam dasar kerajaan.
 
Nada kuliah dan ceramah dia berubah bila timbul cerita abang dia Kapt(b) Najmudin Elias akan bertanding sebagai calon Umno. Masa PRU12 lepas memang abang Ustaz ni bertanding di Dun Batu Kurau atas tiket Umno dan menang dan kemudian dilantik sebagai penasihat agama MB Perak bila Zambry jadi MB.

Sejak pada tu, nada dia berubah terus. Tambah pulak bila Dr. Zambry 'eee' Kadir, Menteri Besar Perak yang dilantik atas arahan mahkamah panggil Ustaz ni buat kuliah bulanan di kediaman rasmi MB Perak.

Ustaz sorang ni pun 'emo' boleh tahan jugak. Ada sekali tu dia siap kata 'bodo punya Manjung Mari' dalam ceramah dia. Dia tak tahan kena belasah teruk dengan Manjung Mari. Kalau nak kenal siapa Ustaz Kazim dari kacamana ManjungMari boleh bukak blog ManjungMari

Sekarang ni Ustaz Kazim memang cukup popular dalam aktiviti anjuran Umno, kalau bab nak bagi kuliah atau ceramah memang Umno panggil Ustaz ni. Makin cerah la peluang dia nak bertanding di Dun Manjoi.

Tu la serba sedikit pengenalam siapa Ust Kazim ni.

Kat bawah ni aksi terbaru Ustaz Kazim yang Dr. Zambry tentu suka punya, dia perli selogan PAS For All...


Hudud - Perlukan Pemimpin Yang Soleh - Dr Asri




Hukum Hudud Tidak Akan Dilaksana Di Malaysia - Najib



Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, hukum itu tidak sesuai dilaksanakan kerana berpaksikan kepada realiti yang ada di negara ini.

Apa kata Ust. Azhar Idrus


MCA: Pendakwaan Mat Sabu Untungkan Pakatan, Cemar Imej Pihak Kerajaan

MCA menyelar tindakan mengheret Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah berhubung kenyataan berkenaan peristiwa Bukit Kepong kerana ia hanya akan meninggalkan imej buruk di pihak kerajaan dan membawa simpati kepada pembangkang.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mengenakan tuduhan ke atas Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya akan menimbulkan keraguan mengenai dasar pembaharuan dan kebebasan sivil yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak kebelakangan ini.

Sebaliknya kata Gan, kerajaan seharusnya membiarkan Mohamad dan penyokongnya terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal, bukannya menghadapkan mereka di mahkamah.

Katanya, kontroversi-kontroversi berkaitan fakta sewajarnya diselesaikan menerusi debat peringkat tinggi dan juga menerusi kajian akademik.

“Mengambil tindakan mahkamah hanya akan membawa gambaran negatif ke atas kerajaan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 21 September lalu kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor.

Mohamad, 57, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.

Beliau didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong dengan membuat tohmahan dalam ucapan ceramah.

Meskipun tidak setuju dengan tindakan mengenakan tuduhan ke atas Mohamad, Gan berkata, beliau juga tidak setuju dengan kenyataan pemimpin itu kerana turut menyinggung perasaan keluarga mangsa. -TMI


Biarkan. Tindakan membawa Mohd Sabu akan hanya menyebabkan UMNO BN akan kalah bertambah teruk di dalam PRU13 akan datang ini.

Kerana? Tiada apa yang hendak di tuduh ke atas Mohd Sabu. Perkataan komunis pun tak disebutnya sewaktu ceramah itu. Dan seperti GB ulaskan sebelum ini, 1,000 laporan polis yang dibuat ke atas Mohd Sabu itu, mesemua mereka tak pergi pun mendengar ceramah Mohd Sabu, hanya bersandarkan kepada laporan fitnah Utusan Malaysia.

Dihodohkan lagi oleh tindakan-tindakan oleh para blogger UMNO di mana semua rakyat mengetahui bahawa blogger-blogger pencacai ini adalah dari kalangan tidak berakhlak.

Tindakan polis dan Peguam Negara mengheret Mohd Sabu ke mahkamah akan hanya mengundang kebencian rakyat kepada kerajaan. Pengikut Mohd Sabu bukan sedikit, bukan terhad hanya kepada ahli PAS. Kalau tak percaya, suruh rakyat buat pilihan di dalam satureferendum, di antara muka Mohd Sabu dengan muka Tan Sri Ismail Omar, KPN atau Gani Patail - si peguam negara yang durjana itu, siapa yang rakyat lebih suka dan gemar?

Jadi di penghujung hari, yang bakal ditimpa kehinaan nanti ialah si pemfitnah itu, Utusan. Menurut pemerhatian GB, Utusan bakal lenyap dari bumi Malaysia! -GB

Video Mad Sabu Terlalu Bodoh - Lu seorang saja yang cerdik..



Songkok yang dipakainya pun dah boleh kita jangka apa yang terkandung dalam akal otak nya itu....


Tungku Abdul Rahman pejuang kemerdekaan,,,, wakaka... Bekas DO Baling samasa penjajah Inggeris, Datok Onn Jaafar Tok Wan Hisyamudin adalah bekas MB Johor zaman penjajah,,, ini yang dikatakan oleh UMNO pejuang kemerdekaan....

Siapa yang bodoh,,, siapa yang cuba nak menipu rakyat dalam sejarah... inilah dikatakan manusia yang paling kenang budi.... ia kenang budi UMNO,, bukan kenang rezeki dari pada Allah...

Guan Eng kayuh Gerek dengan Najib di Tanjung Tokong pagi tadi...


PM bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melambaikan tangan kepada pelajar semasa Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran 2011 di Straits Quay Tanjung Tokong - BH/Foto Rosli Ahmad
P/s: Tabik untuk LGE!

Anak muda perlu bangkit, kata Anwar

KUALA NERUS, 25 Sept: Fenomena pencetus kesedaran rakyat yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Mesir, Tunisia dan sebagainya lahir di kalangan anak-anak muda.

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh keyakinan tinggi perubahan politik boleh berlaku di kalangan rakyat di negara ini.

Katanya, kebangkitan luar biasa tersebut tercetus dengan kewujudan laman-laman web social, twitter, facebook dan blog.

“Kesedaran rakyat dimulakan dengan anak-anak muda. Ini yang mencetuskan perubahan. Perkembangan yang berlaku hari ini, semua mengatakan tentang kebangkitan yang luar biasa anak muda.

“Dan yang uniknya, yang istimewanya kebangkitan ini anak-anak muda lelaki dan wanita terlibat.  Semua orang terlibat, orang dewasa, orang tua dan muslimat terlibat.

“Kita melihat melalui rangkaian laman web, twitter, blog dan facebook hingga timbul kesedaran baru di kalangan anak-anak muda menuntut keadilan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Sempena Siri Jelajah Terengganu di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, semalam.

Menurutnya, dengan kebangkitan serta kesedaran di kalangan anak muda Umno dan Barisan Nasional tidak boleh lagi menipu rakyat.

Katanya, pelbagai khazanah negara ‘dirompak’ oleh pemimpin Negara dengan memperbodohkan orang Melayu.

“Di Terengganu ini kita hendak anak-anak muda yang berfikir. Mana boleh tanah kita dirampas, saham kita diambil, balak kita hilang, keluarga kita hidup dalam miskin, tidak ada peluang pekerjaan, diperbodohkan dan tidak boleh tegur pemimpin.

“TV3 macam TV Mesir, Utusan Malaysia macam Utusan Mesir, perbodohkan orang Melayu. Ini anak muda kena bangkit,” tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Malaysia menyifatkan perubahan dan kesedaran tersebut boleh berlaku di seluruh negara dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana, katanya rakyat Malaysia terutama orang Melayu bukan lagi bodoh untuk mudah ditipu oleh pemimpin Umno-BN.

Menurutnya, perubahan boleh berlaku di Terengganu bahkan di Melaka yang mempunyai sejarah tersendiri.

“Kita boleh buat perubahan di Terengganu ini, termasuk di Melaka pun saya yakin kita boleh buat perubahan berdasarkan sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat, kerana negeri yang mempunyai sejarah.

“Saya minta kawan-kawan fikirkan. Jadi saya haraplah PAS, KeADILan (PKR) dan DAP diberi ruang dan jika kita tengok pada laporan media kerajaan, beratlah,” ujarnya dihadapan 5000 hadirin.

Datuk Seri Anwar mendakwa Umno akan lingkup jika rakyat tahu keadaan sebenar cara pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat.

Justeru itu, katanya Umno-BN sanggup melakukan pelbagai fitnah, pendustaan serta mengaibkan pemimpin Pakatan Rakyat bagi menimbulkan kecurigaan.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pengerusi PKR Terengganu, Azam Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing. -Hrkh

Ceramah: Penyokong PAS, PERKASA bergaduh

Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanAcara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.
Mohd Sabu ceramah at SerembanMereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

Guy injured during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.
Bukan anti-PAS

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

NONEKami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui,” katanya. -M'kini

Najib-Rosmah Naik Bas Tapi Hampeh!!

PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) . 

Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan. --foto 

BERNAMA

Berita melaporkan Najib-Rosmah menaiki bas dalam lawatannya ke Perak. Gambaran dalam kepala tentu bas yang dinaiki oleh rakyat biasa atau pun bas yang lebih baik sedikit. Kalau bas seperti di atas tak perlulah bising-bising. Nak memperbodohkan rakyat patut-patutlah.

Bagaimana dapat merasai kesusahan rakyat, kalau begini basnya. Rakyat biasa sampai mati pun tentu tak dapat merasainya. Sepatutnya pemimpinlah merasai bas rakyat!! Hampeh!!!

Suratan atau Kebetulan....

Kisah dan nasib pemimpin yang di gulingkan....elok benar susunannya.., sama-sama ambil iktibar..

p/s: harap-harap Teori R.A.H.M.A.N pun menjadi....

Yang Tersiksa Di Selangor Kini Ialah Kroni Dan Suku Sakat UMNO-BN

Hanya kroni dan suku sakat umno-BN tertekan di S'gor'

Kerajaan Selangor bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada pihak yang tertekan sejak Pakatan Rakyat menerajui negeri tersebut dan mereka adalah kroni dan suku sakat Umno-BN.

Selama ini, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Faedah Husin, golongan tersebut telah mengaut kekayaan menerusi pemberian projek secara terus, menjadi orang tengah dan para pelobi.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang berharap rakyat Selangor memilih BN dalam pilihan raya akan datang setelah rakyat kini didakwa "terseksa" bawah Pakatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata kenyataan timbalan perdana menteri itu membuktikan Umno-BN semakin terdesak untuk menagih simpati rakyat negeri ini.

"Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh perdana menteri yang orang Umno suka syok sendiri," tambahnya.

Menurutnya, yang tertekan ini juga adalah ahli perniagaan yang merasuah pegawai kerajaan dan orang politik untuk mendapatkan pertolongan dan pengecualian dari beberapa polisi dan syarat-syarat termasuklah melibatkan perumahan kos rendah bagi mengejar keuntungan berganda.

"Lebih malang lagi, projek disiapkan dengan ala kadar menjadikan golongan berpendapatan rendah semakin tertekan,"
tambahnya.

Ketika pentadbiran Umno-BN, tegasnya, ahli perniagaan berkenaan 'terlalu berkuasa'dan undang-undang tidak mampu menakutkan mereka, kerana mereka mendapat 'keizinan' dan 'dilindungi' orang politik.

"Golongan yang tertekan juga adalah individu atau kumpulan tertentu yang menjadi orang tengah untuk mendapatkan projek atau tender dengan cara membodek orang politik bagi mendapat bayaran komisyen tinggi," tegas Faekah.

Golongan ini, katanya, juga tidak mempunyai modal atau kepakaran tetapi sekadar cukup ''menjual air liur kepada ahli politik.

"Golongan ini tanpa segan silu berkunjung dan bersidai di pejabat orang politik," katanya sambil mendakwa, senario ini telah berlaku semenjak Muhyiddin menjadi menteri besar Johor dan ia masih berterusan sehingga sekarang.

Faekah mendakwa banyak projek besar bernilai jutaan dan bilion diberikan kepada kroni-kroni dan kemudian menjual tender tersebut kepada syarikat lain semata-mata untuk mendapatkan komisyen.

"Tinjauan pendapat mendapati rakyat Selangor gembira dengan corak pentadbiran dan pengurusan kita yang tidak membenarkan golongan tertentu bersidai di pejabat menteri besar atau pegawai kanan kerajaan. Fenomena ini begitu meluas dilihat ketika pentadbiran Umno sebelum ini," katanya.

Sudah tentu, tambahnya, kroni Umno-BN tersebut tertekan kerana tidak lagi boleh membodek orang politik dan pegawai kerajaan kerana Kerajaan Selangor mengamalkan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

Apa-apa pun, tambahnya, mereka yang tertekan di bawah Pakatan Rakyat hanyalah golongan kecil yang tidak menjejaskan sokongan padu rakyat Selangor dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Manakala bagi rakyat biasa bila ditanya, sudah tentu Muhyiddin dan pemimpin Umno-BN lain akan terlopong melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pelbagai bantuan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

"Dalam tempoh empat tahun, kita telah berbelanja lebih RM500 juta untuk rakyat dan sebahagian besarnya disalurkan untuk skim pemberian air percuma.

"Mana mungkin rakyat Selangor tertekan dengan pemberian air percuma ini dan program-program kebajikan lain yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Amat memalukan apabila Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam pentadbiran negara dan nombor dua dalam parti membuat kenyataan sebegini dan memalukan dirinya sendiri," katanya. -M'kini



Siapa Yang Sebenarnya 'Terseksa' Muhyiddin?


SHAH ALAM 24 SEPT : Dakwaan timbalan perdana menteri bahawa rakyat Selangor terseksa di bawah pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat di negeri ini disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno Barisan Nasional.


Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.


"Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.


"Malah rakyat Selangor secara keseluruhan semakin selesa dan bukan terseksa," katanya pada satu majlis rumah terbuka DUN Sri Muda hari ini.


Tambah Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, kisah dongeng betapa penting untuk Umno merampas kembali Selangor demi menyelamatkan rakyat di negeri ini tidak akan berjaya kerana warga Selangor sedia maklum apa yang mereka mahukan.


"Rakyat di Selangor hari ini cukup berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga di atas kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah menjalankan terlalu banyak program-program yang memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.


"Malah mereka cukup bersyukur apabila Umno BN kalah di negeri Selangor dan Insya-Allah sokongan yang kita terima semakin meningkat dari hari ke hari," tambahnya lagi.


Beliau dalam pada itu berkata, dakwaan songsang Muhyiddin itu semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang disifatkan sebagai tindakan menggelabah beliau yang tidak sabar mahu merampas tampuk pemerintahan negara.


"Jadi kita lihat sejak akhir-akhir ini ada percanggahan pendapat di antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak dan ini menggambarkan wujud kecelaruan yang besar daripada segi agenda memajukan negara atau pun memastikan kemenangan Umno dan BN di seluruh negara," katanya.


Shuhaimi berkata malah beliau yakin pada pilihan raya umum ke 13, rakyat di negeri Selangor tidak akan berpaling tadah untuk mengundi BN sebaliknya lebih ramai yang akan menyatakan sokongan mereka kepada PR untuk menuju ke Putrajaya.


Dalam pada itu, dakwaan Muhyiddin turut dibidas oleh beberapa pimpinan lain PR yang turut sama menyifatkan beliau dan sekutunya semakin tertekan untuk merampas semula Selangor dengan menggunakan apa jua taktik.


Menurut ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Najib sebagai perdana menteri sendiri pernah menyatakan tekad akan merampas Selangor dengan apa cara sekali pun.


Justeru ujarnya yang juga timbalan presiden PKR, perkembangan negara mutakhir ini yang menyaksikan warga asing diberikan status kewarganegaraan sebagai bukti , pemerintah sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.


"Ini memang kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Najib yang beliau akan merampas Selangor dengan apa jua cara sekali pun dan ini menunjukkan Umno sanggup
menggunakan cara-cara yang kotor dan jijik serta tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat negeri Selangor dan langsung tidak mempunyai komitmen untuk menyuburkan demokrasi di dalam negara dan di negeri Selangor.


"Sebab itu Umno terpaksa menggunakan cara kotor termasuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka," katanya.


Dalam pada itu, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan Umno-BN yang menggunakan bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah bagi tujuan berkempen hakikatnya tidak disenangi rakyat.


"Saya ingin tegaskan di sini, pada masa yang sama rakyat di negeri Selangor tidak sabar menantikan PRU 13 akan datang untuk tubuhkan kerajaan baru menuju ke Putrajaya," katanya. -tvsnews

Lynas Memilih Malaysia, Kononnya Punyai Sistem Perundangan Serta Harta Intelek Baik Dari China

KUALA LUMPUR, 25 Sept - Malaysia mempunyai kelebihan dalam menarik aktiviti hiliran di dalam industri nadir bumi berbanding dengan China kerana ia mempunyai sistem perundangan dan harta intelek yang sangat baik, kata Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Komunikasi Korporat Lynas Corporation Ltd Dr Matthew James (foto).  
 
Pada masa yang sama, kelebihan kos di segi kos buruh, tenaga dan kimia yang pernah disediakan China tidak lagi terpakai dan Malaysia dilihat sebagai lokasi yang sangat kompetitif berikutan kenaikan kos yang tinggi yang berlaku di China sejak sedekad lepas, katanya. "Itulah yang dilakukan oleh kuota eksport China (mengenai nadir bumi) yang digalak (digunakan) di China. Mereka cuba menggalakkan industri hiliran berkenaan barpindah ke China dengan menghadkan akses terhadap nadir bumi. 
 
"Terdapat banyak negara yang enggan memindahkan industri masing-masing ke China kerana mereka prihatin mengenai perlindungan harta intelek. Syarikat berkenaan lebih condong memindahkan industri masing-masing ke Malaysia," katanya di ibu pejabat Lynas di Sydney, Australia. China, yang mengeluarkan lebih 90 peratus daripada nadir bumi dunia dilaporkan telah mengurangkan kuota eksport yang menghadkan bekalan global, dan mereka sebaliknya menaikkan harganya sesuka hati .


Biar pun mendapat bantahan rakyat, Lynas pasti tetap akan diteruskan
Sementara itu, kilang pemprosesan nadir bumi Malaysia telah merangsang minat apabila Lynas telah menandatangani satu surat hasrat dengan bahagian Teknologi Pemacu Siemens pada Julai bagi pengeluaran magnet dan usahasama itu dijangka dizahirkan pada akhir tahun ini, katanya. 
 
James berkata lima lokasi telah dipertimbangkan bagi pembinaan kilang pengeluaran usahasama itu dan tiga daripadanya adalah di Malaysia. Katanya Lynas juga telah mengadakan perbincangan komersil dengan syarikat lain mengenai pembinaan operasi aplikasi hiliran seiringan dengan kilangnya di Gebeng. "Apabila anda melihat sesetengah industri elektronik hiliran Malaysia yang telah sedia ada, seperti komponen automotif hiliran, anda boleh menjangka pelaburan (kilang nadir bumi Lynas) boleh diterima bagi melengkapkan rantaian nilai antara bahan mentah yang akan disediakan oleh Lynas dan industri berkenaan," katanya. 
 
Sementara itu, Kilang Material Canggih Lynas (LAMP) di Gebeng, Kuantan, akan mempunyai kapasiti awal untuk memproses 11,000 tan metrik oksida nadir bumi (REO) setahun, dengan pengembangan kepada 22,000 tan metrik setahun.

[Kilang Lynas, yang sudah siap lebih 60 peratus sehingga akhir Jun, akan mengeluarkan produk nadir bumi bersama-sama satu siri Produk Galian Sintetik. Kilang bernilai RM700 juta itu dilaporkan bergelut dengan kontroversi, yang dicetus oleh dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan radiasi yang memudaratkan kesihatan orang ramai yang membawa kepada lawatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dari 29 Mei hingga 3 Jun. 
 
Di dalam laporannya, IAEA mengesahkan bahawa kilang itu, sebaik siap lewat tahun ini, dijangka selamat dan mematuhi sepenuhnya dengan standard antarabangsa. Lesen praoperasinya masih bergantung kepada kelulusan pengawal. Apapun semuannya kini dijangka selepas pilihanraya]. -PahangDaily

Pemimpin Chechnya Dakwa Perolehi Cangkir Rasulullah

Moscow: Pemimpin Chechnya, Encik Ramzan Kadyrov, mendakwa berjaya memperolehi bahan peninggalan Nabi Muhammad saw - cangkir yang berusia 1,400 tahun.

Gambar: Pemimpin Chechnya, Encik Ramzan Kadyrov (kanan), menaiki kereta Rolls-Royce yang membawa cangkir -- didakwa milik Rasulullah yang berusia 1,400 tahun -- dari lapangan terbang ke masjid utama di ibu kota Grozny, kelmarin. -- Foto AFP

Pemerintah wilayah Caucasus Utara itu berkata cangkir berkenaan sebelum ini dimiliki Nabi Muhammad saw.

Cangkir tersebut telah diterbangkan ke ibu kota Grozny dari London di tempat ia disimpan oleh keturunan sepupu Nabi Muhammad saw, Sayidina Ali ibn Abi Talib, yang merupakan khalifah keempat.

Rabu lalu, Encik Kadyrov dengan bangga membawa kotak yang mengandungi cangkir itu turun dari sebuah pesawat di lapangan terbang negara itu.

Beliau kemudian menaiki kereta Rolls-Royce, yang diiringi berdozen kereta mewah, untuk membawa cangkir itu ke sebuah masjid utama di Grozny.

Ketibaan Encik Kadyrov disambut meriah oleh beratus-ratus jemaah dengan diiringi laungan Allahuakbar.

Beliau kemudian mengeluarkan cangkir tersebut dan menangis teresak-esak selepas menciumnya.

Majlis itu telah disiarkan saluran televisyen setempat dan dimuat naik ke laman web Chechnyatoday.com.

Beberapa jemaah kelihatan meminum air daripada cangkir itu sambil berdoa.

Dalam satu kenyataannya di laman web, pemerintah Chechen berkata 'cangkir ini digunakan oleh Nabi Muhammad sebelum diberikan kepada supupunya, Ali ibn Abi Talib - khalifah keempat'.

Tiada butir lanjut mengenai kesahihan cangkir itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sesiapa saja boleh minum air daripada cangkir tersebut sempena Maulud Nabi.

'Tiada siapa yang boleh memberi butir lanjut mengenai asal usul cangkir ini. Rundingan mendapatkan cangkir ini dipimpin oleh peniaga terkenal, Encik Ruslan Baisarov, dan perkara ini diumumkan Encik Ramzan Kadyrov,' kata seorang jurucakap pemerintah Chechen.

Encik Kadyrov telah memerintah wilayah Chechnya sejak 2007, dan dilantik semula pada awal tahun ini.

Sebelum ini beliau telah melaksanakan beberapa projek dan acara besar di Grozny, yang bertujuan meningkatkan lagi pengaruh politiknya.

Beliau juga menggalakkan kebangkitan Islam di wilayah tersebut, dengan merasmikan sebuah masjid pada 2008 - dikatakan yang terbesar di Eropah. -- AFP.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .