Ikuti Blog ini

MB DS. Nizar tonton bola di Stadium Ipoh malam ini.

IPOH, 10 Feb :- Malam ini YAB Menteri Besar Perak yang juga Presiden PAFA, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin berada di Stadium Ipoh untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak dengan kelantan.

Sebelum itu beliau sempat melayan tamu yang datang dari kemaman Terengganu dan berangkat ke Stadium pada jam 8.15 malam tadi.


Sempat melayani sepupu dan tamu dari Kemaman sebelum ke Stadium.

Kehadiran beliau dijangka menarik ramai pihak termasuk kalangan wartawan dalam suasana kudeta yang masih belum selesai di Perak.



Pegangannya keras, fahamannya jelas, tidak sekali-kali letak jawatan Menteri Besar Perak!

"Banyak perkara mesti didedahkan media tentang kemelut di Perak ini," ujar Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin kepada Ahmad Lutfi Othman, Tarmizi Mohd Jam dan Johari Jaafar di kediaman rasmi MB baru-baru ini

Puluhan ribu mengiringi Nizar Jamaluddin pada kunjungan rasminya ke Kuil Subramanir Gunung Ceruh, Ipoh 8 Februari lalu

Lebih 300 penyokong Pakatan Rakyat terus konsisten mendengar penjelasan Nizar Jamaluddin di bawah khemah khas yang disediakan di perkarangan kediaman rasmi MB

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Dato' Seri Nizar Jamaluddin di kediaman rasmi Menteri Besar setelah mereka diusir dari Bangunan SUK 6 Februari lalu

ORANG ramai terus menonton vcd melalui projektor berskrin besar kisah pengusiran Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan polis pada 6 Februari dari pejabatnya di Bangunan SUK.

Beratus-ratus penyokong Pakatan Rakyat berkampung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak itu sejak diberitakan tiga Adun Pakatan Rakayat melompat parti. Sementara menunggu Nizar pulang dari aktiviti luar, beberapa vcd diputarkan, bagi memberikan gambaran tentang isu yang sedang berlaku.

Kediaman rasmi itu dikawal sepenuh masa oleh anggota Unit Amal Malaysia. Anak-anak muda ini datangnya dari pelbagai negeri, seluruh Malaysia bertugas mempastikan keselamatan dan kententeraman wujud di perkarangan rumah Menteri Besar itu.

Saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta wartawan, Johari Jaafar meninjau pandangan orang ramai yang berkumpul sejak petang di bawah khemah yang disediakan. Jurugambar, Munizam Zamri terus mencuri aksi-aksi menarik sekitar lokasi.

Semuanya berasa sedih, hiba dan sebak apabila mengetahui Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan secara tidak bermoral oleh BN melalui gerak saraf Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri.

Rata-rata mahukan pilihan raya diadakan semula bagi mengembalikan hak rakyat dalam menentukan kerajaan. Mereka mahu Tuanku Sultan membubarkan Dun dan langkah itu dilihat lebih tepat dalam mengaplikasikan keadilan untuk semua rakyat.

Sehari sebelum itu, 6 Februari puluhan ribu memenuhi padang kediaman rasmi ini untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat. Esoknya, angkat sumpah Menteri Besar BN yang baru, Dato' Dr. Zamry Abdul Kader disimbah dengan "api kebangkitan rakyat" yang tidak diduga sesiapapun termasuk pihak istana.

"Saya tetap dengan pendirian bersama. Tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak," tegas Nizar ketika memberikan ceramah ringkas kepada hadirin yang menunggu di kediaman itu. Laungan takbir, memecah kesunyian malam diselang-seli dengan tepukan gemuruh rakan-rakan bukan Melayu berbangsa Cina dan India.

"Saya boleh meletakkan jawatan melalui tiga cara. Satu secara sukarela. Dua dengan diadakan sidang Dun dan diusulkan undi tidak percaya kepada MB. Dan ketiga melalui pembubaran Dun dan diadakan pilihan raya semula," tegas beliau. Inilah jalan keluar yang ada dan disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Gaya ceramah Nizar cukup menarik. Mudah difahami dan jelas maksud kata-katanya. Sebelum muncul ke khemah untuk berceramah, beliau baru saja pulang dari menziarahi kematian anak pemandu peribadinya yang lemas. Tiba kira-kira jam 10.45 malam dan terus menyapa hadirin, lalu memberikan sedikit motivasi kepada penyokong yang hiba dan begitu sedih.

Tiada yang berganjak. Bait kata-katanya diperhalusi. Ketegasannya dalam mempertahankan pendirian Pakatan Rakyat dalam isu ini, cukup menerujakan. Sekalipun, beliau digodam sebagai "penderhaka Sultan", degil dan keras sikapnya.

8 Februari sekali lagi, kediaman rasmi ini diziarahi puluan ribu penyokong Pakatan Rakyat. Kali ini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Tan Seng Giaw dan Nizar sendiri berucap. Tanda-tanda sokongan rakyat reda, tidak kelihatan melainkan ia terus marak dan sarat dengan simpati. Rakyat Perak makin berang, dan jika dibubarkan Dun, pastinya Pakatan akan menang besar membenamkan BN.



Tok Guru setuju tindakan Nizar.

IPOH, 10 Feb :- Setelah balik dari pergi ke Pejabat nya pagi tadi sekitar jam 11.45 pagi YAM Menteri Besar menerima panggilan talipon dari Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat.



Ir. Nizar memaklumkan kepada saya bahawa Tok Guru sangat setuju dengan tindakan yang dilakukan tadi dan bertanya apakah yang akan dilakukan lagi esok.



nizar banned from enter office 100209 crowd and policeDemikianlah sokongan yang diperolehi oleh Nizar dari rakyat biasa sehinggalah kepada pemimpin tertinggi PAS sendiri.


Sokongan dari pegawai-pegawai kerajaan saya yakini masih kuat tetapi mereka terpaksa berada dalam tidak dapat menunjukkan secara langsung.



nizar banned from enter office 100209 nizar meet police


























Waran Tangkap Untuk ‘Pengkhianat’ Mohd Osman Jailu

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/Osman%20Jailu%5B1%5D.jpgMahkamah Majisteret Ipoh hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas pengkhianat Osman Jailu yang gagal menhadirkan diri ke mahkamah untuk perbicaraan kes rasuah pagi ini.


Adik perempuannya di laporkan berkata, Mohd Jailu telah dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung namun gagal untuk mndapat ‘surat sakit’.


Pengkhianat kedua Jamaludin Mohd Radzi juga gagal menghadirkan diri ke mahkamah, tetapi peguamnya telah berjaya membawa dokumen yang membuktikan bahawa dia tidal sihat.

Kes rasuah yang melibatkan RM 180 juta projek perumahan Sri Iskandar di Perak Tengah telah didengar di mahkamah mahkamah majisteret hari ini kerana hakim-hakim mahkamah Sesyen tidak ada.


Kedua-dua pengkhianat yang melompat dari PKR kepada UMNO minggu lalu menyebabkan krisis politik dan perlembagaan di negeri Perak berlarutan sehingga kini.




DS Nizar di depan SUK pagi ni

(UPDATE 11.45)

11.45 pagi.

Info terbaru dari Chor di Kuala Kangsar.

“Depan taman naik ke Bukit Chandan, Trak FRU 6, landrover 2. Teman sampai sekolah Mazuin kena tahan polis. Deme mintak tolong beli ayor. Polis Teluk Intan. tak sempat minum pagi dah kena datang ke Kuale. “Keme tengah kebulo” kata deme.

Sapa kata orang Pakatan Rakyat anti polis? Tolong beli ayor lagi kat deme. Kesiaaan polis.

11.35 pagi.
Sekarang sidang media dirumah Menteri Besar.

11.25. Nizar sampai di Kediaman Menteri Besar. Senyum walaupun tak boleh masuk kedalam SUK.


11.20 pagi. Konvoi MB dan EXCO bertolak balik ke Kediaman MB.


11.17 pagi.
MB Nizar tidak dibenarkan masuk dan ketika ini sedang memberikan sidang media didepan pintu SUK.

10.55 pagi
MB Nizar dan EXCO bergerak ke SUK. Semua EXCO masih menggunakan kereta Camry.

nizar_exco

ngeh

10.10pagi.

Wakakaka…. Jamal dan Osman tak hadir dimahkamah. Hakim memerintahkan waran tangkap dikeluarkan.. ha..ha.

Dulu Jamal dan Osman pergi Court diiringi dua orang polis. Lepas ni, depa akan diiringi dua trak FRU.



9.55 pagi.

Didepan Mahkamah Tinggi, Ipoh. Sekumpulan 30-40 geng Umno sedang berdemo, dibawah jagaan polis, sementara menanti ketibaan Jamal dan Osman dimahkamah. Orang lain masuk SUK, depa masuk mahkamah.

Dari Chor di Kuala Kangsar.

Sepanjang jalan dipenuhi polis. Hampir disetiap tiang lampu ada polis. trak FRU ada 15 biji untuk mengawal keselamatan 15 bas penyokong Najib yang nak berdemo di Kuala Kangsar.

Orang balik sembahyang, depa sembur gas pemedih mata, Umno nak berdemo, polis jaga keselamatan mereka. Baguih punya polis!!.

8.50 pagi.

Sya-reformis melaporkan dari Bangunan SUK Ipoh.

Bangunan SUK Ipoh sekarang dikepung oleh FRU. Jalan Panglima Gantang Wahab ditutup kepada lalulintas dan orang awam dilarang daripada menghampiri bangunan SUK.

Terdapat 3 trak FRU beserta satu water-canon sedang bersiap sedia, Mungkin untuk menghalang Menteri Besar Yang Sah daripada memasuki pejabat dan untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Kerajaan haram memasuki pejabat.





berbaju hitam - Demokrasi terkubur !!!
Takbir !!!


Ribuan manusia menghadiri Pengebumian MP Bukit Gantang.

Sejarah pernah melakarkan ramainya orang yang hadir dalam majlis pengebumian Almarhum Ust.Fadzil Nor di Muasasah Darul Ulum Poko Sena suatu masa dulu. Kebetulan saya hadir sama dalam majlis itu. Lautan manusia dari seluruh negara menyaksikan seorang tokoh pemimpim Islam dipanggil kembali ke Rahmatullah.

Ramainya orang yang menziarahi, sembahyang dan pengebumian Almarhum Hj.Roslan Sharum pada petang kelmarin saya rasakan. Walaupun tidak seramai pada haripengebumian Ust. Fadzil, namun kehadiran yang saya anggarkan menghampiri 10,000 orang itu menggambarkan betapa jasa dan pemergiannya di kenang. Saya sempat mengumpulkan koleksi gambar untuk tatapan dan kenangan pengunjung blog cina islam.
















Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.

Bukit Gantang:Penebus maruah rakyat

Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.






Detik "bersejarah", 2 pilihan raya kecil bulan depan?

KOSONG... Kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak kini kosong ekoran keputusan ADUN V. Arumugam meletakkan jawatan manakala Roslan Shaharum pula meninggal dunia semalam. SPR dijangka bermesyuarat minggu ini untuk mengatur pilihan raya kecil.

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat meninggal dunia manakala seorang lagi meletakkan jawatan secara mengejut.


Kedua-dua peristiwa itu terjadi dalam tempoh 12 jam semalam, sekali gus perkembangan tersebut - sesuatu di luar jangkaan - memberi ruang untuk diadakan pilihan raya kecil.


Kedua-dua peristiwa itu juga melibatkan negeri jiran - Perak dan Kedah.


Malah, sebab bagi kedua-dua pilihan raya kecil kali ini dilihat sebagai "sesuatu yang bersejarah" dalam sistem pilihan raya negara ini.


Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, dua pilihan raya kecil sudah ada diadakan iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya dimenangi oleh wakil Pakatan Rakyat.


Sambil mengakui kematian Ahli Parlimen dan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meletakkan jawatan semalam sebagai sesuatu yang jarang berlaku secara serentak, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat secepat yang mungkin untuk mengambil tindakan susulan termasuk pilihan raya kecil.


Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak sudah pasti berlangsung dan ia akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujudnya kekosongan.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi malam tadi berkata, pihaknya akan meneliti segala dokumen sebelum menentukan tarikh pilihan raya.


Apabila ditanya sama ada akan mengadakan dua pilihan raya kecil serentak, beliau berkata: "Kami juga kena melihat Perlembagaan Negeri Kedah sebaik sahaja menerima notis kekosongan."


Beliau tidak menyatakan dengan lanjut.


Bagaimanapun difahamkan tindakan meneliti segala dokumen kemungkinan berkaitan dengan perkembangan membabitkan kerusi Changkat Jering dan Behrang di Perak minggu lalu.


Changkat Jering merupakan salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Bukit Gantang.


SPR tidak mengadakan pilihan raya kecil selepas mendapati ada keraguan dalam dokumen peletakan jawatan membabitkan kedua-dua ADUN kerusi terbabit dan notis makluman yang dikemukakan oleh Speaker.


Ketika ditanya sama ada SPR akan mengadakan pilihan raya kecil serantak, Wan Ahmad yang dihubungi menjelaskan, "banyak aspek dan perkara perlu dipertimbangkan."


Apabila ditanya bila kemungkinan kedua-dua pilihan raya kecil akan diadakan, Wan Ahmad menjelaskan, terlalu awal untuk diperkatakan.


"Lagi pun ia perlu dibincang bersama melibatkan tujuh anggota panel SPR," katanya lewat malam tadi, yang turut terkejut apabila dimaklumkan sama ada suruhanjaya akan mengadakan dua pilihan raya kecil.



KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN DAN DUN DALAM BUKIT GANTANG

P59 - BUKIT GANTANG : Jumlah Pemilih (55,471)

M. Morgan (Bebas) 872

Roslan Shaharum (PAS) 20,015

Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449

Majoriti: 1,566


N13 - KUALA SAPETANG : Jumlah Pemilih (19,699)

Tai Sing Ng (PKR) 7,285

See Tean Seng (BN) 6,721

Majoriti: 564


N14 - CHANGKAT JERING : Jumlah Pemilih (24,864)

Mat Isa Ismail (BN) 8,309

Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) 9,411

Majoriti: 1,102


N15 - TRONG : Jumlah Pemilih (10,908)

Norazli Musa (PAS) 3,296

Rosli Husin (BN) 4,212

Majoriti: 916




FRU dah standby di SUK Perak


Adalah dengan ini, 2 MB akan mula bertugas hari ini. Di katakan seorang dari MB akan di halau. Siapakah dia? Satu soalan bodoh yang saja wak nak tanya korang. !!!


Wartawan pun sudah siap sedia berada di depan bangunan tersebut.



Ugutan dan Cubaan Rasuah Punca Arumugam Letak Jawatan

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/aru_exco_mb_new.jpgAdun Bukit Selambau V Arumugam meletakkan jawatan kerana tidak tahan ugutan dan cubaan rasuah oleh Barisan Nasional (BN) yang menawarkan habuan RM5 juta (Gambar - Arumugam dan Ustaz Azizan)


Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak mendedahkan demikian dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon semalam yang turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dr Abd Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Ahmad Kassim

Beliau berkata perkara tersebut dinyatakan oleh Arumugam dalam surat peletakan jawtan Arumugam yang beliau terima jam 5 petang semalam.

Katanya Arumugam mendakwa beliau tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," katanya.

Ustaz Azizan berkata surat peletakan jawatan Arumugam telah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr Abd Isa Ismail.

Sehubungan dengan itu, Abd Isa berkata beliau akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau itu hari ini.

Mengulas perkara sama, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kasim berkata PKR akan mengadakan mesyuarat khas pra pilihan raya, termasuk pemilihan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi oleh mStar online berkata, pihaknya akan meneliti kesemua dokumen berkaitan sebelum menentukan tindakan susulan.

"Kami juga akan melihat Perlembagaan Negeri Kedah apabila menerima notis pemakluman kekosongan," kata beliau ketika ditanya sama ada akan mengadakan pilihan raya kecil.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .