Seperti yang diketahui umum, projek tersebut telahpun memperoleh kelulusan dari kerajaan negeri yg sebelumnya iaitu di bawah Mahathir Khalid yang dilakukan tanpa mengira sensitiviti penduduk setempat, alam sekitar serta dasar perancangan sediada yang menyebut kawasan tersebut adalah merupakan kawasan pertanian getah dan kelapa sawit.
Kebijaksanaan kerajaan PAS boleh dilihat daripada tindakan mereka menyerahkan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti rakyat marhaen atau jabatan teknikal bagi menentukan kedayahidupan projek ini untuk diteruskan. Ia sekaligus akan mengelakkan kerajaan negeri disaman oleh pihak yg terlibat sekiranya kelulusan tersebut ditarik balik,kerana kerajaan negeri telah mengingkari syarat kelulusan yang telah diberikan oleh kerajaan sebelumnya. Ini boleh mengakibatkan kerajaan negeri di saman ribuan atau boleh jadi jutaan ringgit duit rakyat seperti yang berlaku kepada kerajaan Adnan Yaakob di Pahang.
Respon terbaru menunjukkan Jabatan veterinar dan jabatan alam sekitar negeri kedah tidak menyokong projek tersbut diteruskan atas sebab2 teknikal dan sebagainya. Ini menjadi alasan kukuh bagi kerajaan menolak projek tersebut daripada berlaku di negeri Kedah utk sementara waktu tanpa perlu berhadapan dengan tindakan undang2 dan sebagainya kerana tanpa sokongan jabatan teknikal dan kebenaran dari orang ramai di sekitarnya, sesuatu projek itu boleh ditarik balik kelulusannya atas sebab2 kacau ganggu, keselamatan, alam sekitar dan sebagainya oleh Pihak Berkuasa Negeri.......bak kata orang menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berserak, rambut jangan putus.....................
Cuma yang menghairankan, bagaimana projek tersebut mendapat kelulusan dari kerajaan yang terdahulu sedangkan rakyat dan jabatan teknikal begitu menentang kehadirannya di Bukit Selambau dan mungkin juga di Sepang. Dimana ketelusan dan keprihatinan kerajaan BN di dalam memperjuangkan nasib rakyat dan kaum melayu yang majoritinya menghuni sekitar kawasan tersebut. Ini di tambah dengan cadangan jalan utama terus dari sg.petani-bukit selambau-kulim yg sudah tentu akan membelah ladang ternakan babi tersebut menjadikan babi sebagai tatapan umum utama sepanjang perjalanan di Bukit Selambau.........
Tepuk Dada Tanya Iman....