Ikuti Blog ini

Felda Bankrap Idea, Terpaksa Dalangi Demo Depan Pejabat SK

Lebih 200 dipercayai peneroka Felda kebanyakan kaum wanita berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan, Shah Alam menghantar memorandum bantahan berhubung isu 237 yang bertajuk 'Felda Bankrap'.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia itu kemudiannya bertindak membakar organ rasmi parti KEADILAN, Suara Keadilan.

Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala kereta peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.

Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.

Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib ditemani Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudiannya menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.

Kelihatan juga kesemua kumpulan berkenaan diberi makanan dan minuman percuma ketika menuju ke kenderaan yang disediakan.

Setidak-tidaknya itulah perspektif masyarakat bahawa pengurusan FELDA yang kini tertekan dengan pendedahan penyelewengan dana tepaksa mendalangi satu demonstrasi yang dihadiri hanya 200 orang dengan berkenderaan 6 buah bas.

Alahai FELDA... telur dah pecah...-GB

SAMAN EKOR - RAKYAT DI DAHULUKAN.

Perangkap" saman ekor " adalah satu strategi kerajaan untuk mendapatkan kewangan. Kerajaan tidak serek untuk memaksa rakyat untuk mendapatkan sumber kewangan negara. Dah ada duit kerajaan akan berbelanja dengan cara yang tidak berhemah dan akhirnya rakyat yang menanggung derita dan kesengsaraanya.




Seorang anggota polis sedang bertugas

Kenapa perlunya perangkap yang diadakan dan mereka pula bersembunyi agar diri dan wajah mereka " polis " tidak kelihatan. Perbuatan mereka ini bukan nya ingin mendidik tapi lebih kepada penginayaan kepada pengguna jalan raya. Tindakan sebagini tidak berlaku di negera luar dan perangkap laju di berikan amaran agar setiap pengguna tidak memandu dengan laju. Tapi kebanyakan perangkap ini dilaksanakan di jalan persekutuan sebaliknya di lebuh raya disediakan papan tanda agar pemandu berhati-hati. Itu pun ada juga kalangan polis yang melaksanakan tugas di tempat yang difikirkan mudah mendapat mangsanya.

Mulai tahun ini, semua pengguna yang telah menerima saman ekor akan di senarai hitamkan lesen memandu mereka dan jika saman tidak dijelaskan pihak JPJ tidak akan mengeluarkan cukai jalan, jadinya kereta tak boleh digunakan. Walaupun saman tersebut di kenakan pada tahun-tahun yang lepas. Saman tetap saman. Bayar perlu bayar.
sumber

MUNGKIN INILAH ANTARA SEBAB 'ULAMA' MASUK UMNO

....Kerja sebagai Penasihat Agama IJN... kot kerje jampi serapah ataupun bacakan yassin pada orang yang nak kene operate kot... tak pun kerja menjawab hukum derma jantung.... terus dapat gelaran 'ulama'... mabuk pil kuda barangkali UMNO

Petaling Jaya, April - Anak bekas Mufti Perlis (sebelum MAZA), Fathul Bari Mat Jahya yang mengetuai 40 'ulama' masuk UMNO APCO... memfailkan saman pemula terhadap Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa dakwaan dan pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah terhadap mereka tidak sah.

Fathul Bari, 30, Penasihat Agama di Institut Jantung Negara (IJN) menamakan Mains sebagai defendan pertama. Mereka turut menamakan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan kedua dalam saman pemula yang difailkan menerusi firma guaman Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

Beliau lulusan sarjana Usuluddin dari Universiti Yarmouk, Jordan pada 2008 mendakwa ditangkap, 28 Februari lalu. Fathul Bari mendakwa, ketika itu beliau menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul di Maahad Ittiba Sunah, Kilometer 15, Jalan Seremban Lama, Kuala Pilah.

Posted by Abu Nu'man

Mahathir Semakin Biadap Mencabar Islam

Kenyataan Tun Dr. Mahathir semalam dianggap biadap dan semakin kurang ajar apabila mengatakan sekiranya beliau masih berkuasa, beliau akan meluluskan lesen judi bola.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya.

Mahathir juga mendakwa "Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia”.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.

Melihat kepada kenyataan Mahathir ini memperlihatkan tahap kebodohan beliau yang menuduh masyarakat cina suka berjudi sedangkan semua agama mengharamkan judi termasuk Buddha dan Hindu.

Pendedahan Terbaru Khalid Ibrahim

BN..BN..nak dedahkan kononnya krisis PKR di Selangor, rupanya mereka pula yang terdedah..

Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi pada Isnin lalu yang mengarahkan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didedahkan kepada umum.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 15 Disember 2004, laporan dan audit konsesi tersebut adalah ‘rahsia’ dan hanya boleh dibuka untuk tatapan umum jika semua pihak bersetuju.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ekoran keputusan itu, rakyat Selangor boleh menilai sendiri perjanjian konsesi yang telah dipersetujui oleh pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

"Tarif air bergantung kepada harga perjanjian konsesi. Jika perjanjian itu berat sebelah kepada syarikat konsesi, maka rakyat perlu membayar tarif yang tinggi.

"Oleh itu, keputusan mahkamah supaya dokumen konsesi dan laporan audit didedah kepada umum akan memberi manfaat besar kepada rakyat Selangor kerana mereka boleh membuat penilaian sama ada perjanjian ini adil atau tidak adil kepada mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, pihaknya mengganggap keputusan mahkamah ini sebagai dorongan dan membuka jalan yang lebih luas kepada usaha-usaha untuk mengambil alih pengurusan industri air di negeri itu.

Abdul Khalid menambah, pendedahan dokumen konsesi tersebut juga akan membantu pihaknya meneruskan bantahan terhadap usaha-usaha syarikat konsesi menaikkan tarif air.

Menurutnya, siri perbincangan dengan syarikat konsesi dan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan proses pengambilalihan operasi air di Selangor ketika ini sudah berada di peringkat akhir.

"Rundingan ini akan dapat diselesaikan jika semua pihak memberi kerjasama," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Menteri Besar itu menyeru Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memberi kerjasama kepada pihaknya dalam rundingan itu.

"Rakyat Selangor dan Lembah Klang akan mendapat banyak manfaat jika rundingan pengambilalihan industri air dapat diselesaikan dengan segera," tambah beliau.

MP Masjid Tanah Bengong, Dibelasah MP Pakatan di Parlimen

SPRM panggil dua Adun PKR: Satu serangan baru

SHAH ALAM, 30 Jun: Kerajaan negeri Selangor menyifatkan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil dua Adun PKR Selangor untuk memberikan keterangan sebagai satu lagi serangan baru kepada mereka.

Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Badrul Amin Baharom dalam kenyataannya berkata, SPRM telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.

Surat dikeluarkan kepada ADUN Batu Caves Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.

"Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.

"Kami menggesa SRPM professional dalam menjalankan tugas dengan turut menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Badrul, kedua-dua ADUN itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM. -Hrkh

Dakwaan empayar RM3b, aduan SPRM dibuat

Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.

Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.

Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari.

Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.

"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu,” katanya.

Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.

Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.

Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'.

"Kami d
iberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya,” kata Ting.

Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Blog, yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.

Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa. M'kini

KACAU CERAMAH PR : ALI RUSTAM JATUHKAN MARTABAT SENDIRI DAN KEBUDAK-BUDAKKAN

Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam jelas tidak belajar dari kesilapan lalu apabila mengulangi perangai lamanya mengacau ceramah PAS. Malam tadi, beliau dan kuncu-kuncu mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS di perkarangan Pejabat PAS Bukit Baru Dalam. Perangai busuk ini pernah mereka lakukan semasa menjelangnya Pilihanraya Umum 2004 sehingga ceramah Tuan Guru Presiden PAS dikacau oleh Ali RUstam di Hamas, Jasin.

Ceramah PAS yang diaturkan sejak beberapa minggu lepas pada mulanya dikacau dengan tayangan slide perlawanan bolasepak Piala Dunia antara Jepun dan Paraguay. Mereka sengaja membesarkan ‘suara’ siaran langsung tersebut sehingga membingitkan telinga para hadirin yang mendengar ceramah.

Difahamkan program siaran langsung perlawanan bolasepak dan ceramah Umno/BN itu dianjurkan secara ad-hoc semata-mata untuk menganggu ceramah PAS.
Tidak lama kemudian mereka menutup siaran langsung tersebut dan mula mengadakan ceramah bagi menganggu ceramah PAS.

Penceramah pertama di pihak PAS ialah ADUN DAP Ayer Keroh iaitu YB Khoo Poay Tiong. Manakala penceramah mereka ialah Gan Tian Loo, Pengerusi MCA Melaka.
Dalam ceramahnya Khoo mencabar penceramah Umno supaya tampil untuk berdebat dengannnya di hadapan rakyat bagi menjelas pelbagai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Selepas itu Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub menyampaikan ceramah beliau. Ketika ini Ketua Menteri Ali Rustam mula berceramah.
Suasana menjadi semangat panas apabila Mustafa membangkitkan isu siapa sebenarnya pengkhianat Melayu samada PR atau BN.

“Pengkhianat Melayu bukannya PKR, PAS hatta DAP tetapi Umno/BN lah pengkhianat sebenar”.

“Siapa yang menghancurkan Bahasa Melayu dengan dasar PPSMI, siapa yang mempermainkan agama dengan menghalalkan judi bola, siapa yang menggadaikan tanah KTM kepada Singapura”soal Mustafa.

Seterusnya YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS mengambil gilirannya sebagai penceramah terakhir PAS sementara Ali Rustam meneruskan ceramah beliau.
Salahuddin memulakan ceramahnya dengan mengungkit cerita rasuah yang melibatkan Ali Rustam.

“Semua orang tahu bahawa Ketua Menteri tuan-tuan telah disabitkan kesalahan rasuah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan yang lalu”.

“Ali Rustam menggunakan duit untuk merasuah perwakilan bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden, semua orang tahu” tegas Salahuddin.

Beliau turut membangkitkan pengkhianatan Najib dan kerajaan BN yang membelanjakan RM77 juta yang dibayarkan kepada Syarikat Yahudi APCO semata-mata untuk menaikkan imej Najib dan BN

“Wang sebanyak itu digunakan sebagai bayaran untuk Najib bagi mengajarnya cara-cara memilih baju untuk dipakai, tali leher warna apa untuk dipakai, cara senyum dan sebagainya”

“Kami Ahli-ahli Parlimen PR dan rakyat tidak akan menghalalkan wang kami satu sen pun untuk dibayar kepada APCO’ ujar Salahuddin.

Salahuddin juga turut mengajak rakyat mengutuk sikap kerajaan BN yang sanggup menggadaikan kepentingan dengan Negara dengan menyerahkan tanah KTM kepada Singapura dan lubuk minyak Blok L dan M kepada Berunai.

“Otak pemimpin BN macam bola cantik diluar kosong di dalam sebab itu mereka sanggup menggadaikan kepentingan dan kedaulatan Negara kepada negara luar”.

“Sama juga dengan otak Ketua Menteri tuan-tuan macam otak bola, kita ceramah dia ganggu” tambah Salahuddin.

Beliau mengajak Ali Rustam supaya berdebat dengannya secara ‘live’ dan disiarkan di dalam Televisyen bukannya bercakap dari jauh.

Ternyata perangai Ali Rustam dan kuncu-kuncunya ini benar-benar menjatuhkan martabat beliau dan tidak langsung melambangkan sikap matang dan professional seorang Ketua Menteri.

Malah dalam ceramahnya itu beliau sering bertanya kepada hadirin, apa yang diperkatakan oleh penceramah Pakatan Rakyat.

“Apa dia cakap, apa dia cakap” itulah yang sering diulangi oleh Ali dalam ceramahnya.

Salahuddin juga mempersoalkan kredibiliti Ketua Menteri kerana sering tergelak dan berceramah umpama seorang yang tidak waras dengan merapu.

“Macam ini ke seorang pemimpin dan Ketua Menteri, cakap sikit gelak cakap sikit gelak” soal Salahuddin.

Rata-rata orang ramai yang hadir pada ceramah malam tadi mengeleng-ngelengkan kepala dengan sikap kebudak-budakan Ketua Menteri dan Umno yang menjatuhkan martabatnya sendiri dengan menganggu ceramah PAS dan PR.

“Tak layak langsung jadi Ketua Menteri, macam budak-budak’ ujar Latip dari Bukit Baru.

“Umno dah menggelupur dan takut bayang-bayang sendiri, Ketua Menteri pun dah jadi budak-budak” kata Zizan dari Bachang.

Note : ini ceramah Ali Rustam semasa dok buat kelaku nie pada tahun 2004 dulu...


Karikatur Yang Membuatkan Israel Melenting!




Kedutaan Israel di Kaherah Mesir menuduh sebuah surat kabar parti yang berkuasa di Mesir memuat karikatur anti-Yahudi yang mengaitkan Israel dengan kelompok Nazi.

Seorang jurucakap kedutaan mengatakan pihaknya telah menghantarkan surat protes kepada surat kabar Al-Watani Al-Youm, milik Parti Demokrat Nasional Presiden Hosni Mubarak. Ia menyebut karikatur karya seorang seniman Brazil itu sebagai “pencemaran,” karena karikatur tersebut menyamakan pemerintah Israel dengan Nazi.

Surat kabar Al-Watani Al-Youm memuat karikatur yang menunjukkan sebuah kapal bantuan yang sedang menuju Gaza, ditangkap seekor sotong kereta yang membawa bendera Israel yang bergambar swastika dan bukannya lambang bintang David.

Dibayangkan yang sotong kereta itulah melambangkan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara dalam penghantaran misi kemanusiaan ke Gaza baru baru ini.

Sementara itu editor surat kabar Al-Watani Al-Youm, Mohamed el-Alfy, mempertahankan siaran mereka melalui sebuah tajuk editorial dengan mengatakan bahwa persoalan ini berkaita dengan urusan kebebasan bersuara.

Mesir menandatangani perjanjian perdamaian dengan Israel tahun 1979 dan pertemuan antara pejabat tinggi kedua negara boleh dilakukan, tetapi media dan masyarakat Mesir sebagian besar menentang negara Yahudi ini, terutama karena kekejamannya terhadap Palestin. - mat/voanew

JERUNG TANPA GIGI



KD TAR 'Jerung' Tanpa Gigi - Tian

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sekali lagi akan memfailkan usul mendesak Kementerian Pertahanan menjelaskan pembelian persenjataan KD Tunku Abdul Rahman yang sehingga kini belum diserahkan meskipun tempoh jaminan kapal selam sudah luput Mei lepas.

Dewan Rakyat menolak usul Tian Chua semalam, seraya menyelamatkan Kementah dari menjawab desakan Pakatan Rakyat.

Justeru, Tian mengulangi gesaan supaya pemerintah Umno-BN tidak memperjudikan keselamatan negara dengan persenjataan yang sudah lemau.

“Ada reaksi mengatakan waranti tidak ada kena mengena dengan waranti misil. Tapi saya maksudkan sub marin. Nanti kita kena pasang misil. Kita perlu menguji peralatan itu baik ke tidak.Tidak guna ada sub marin tapi tidak boleh selam. Sekarang ini kita tidak tahu kapal itu ada 'powering fire' ke tidak. Sekarang kita tak boleh uji,

Katakan bila peluru berpandu dan torpedo sampai, waranti sudah abis. Kalau betul peralatan itu betul betul rosak, kita dah habis waranti. Kita kena bayar balik untuk dapat waranti,” kata Tian Chua.

Semalam, Tian Chua meminta kerajaan menjelaskan mengapa Malaysia membeli peluru berpandu dan torpedo Black Shark pada harga 20 peratus lebih tinggi dari yang diperoleh Pakistan dan Portugal.

Kementah minggu lalu mendedahkan Malaysia membelanjakan RM6.7 bilion untuk pembelian dua kapal selam Scorpene.

“Saya mahu ulang sekali lagi kita telah dapat tahu harga perolehan peluru berpandu sub marin lebih mahal 20 peratus dari harga pasaran. Peluru berpandu dan torpedo sehingga kini belum sampai padahal waranti sudah mati pada hujung mei,” katanya.

TVS

PKFZ: Apa Muslihat Kerajaan Teruskan Bayaran RM700 juta Kepada Pemegang Bon?

PR Desak Kerajaan Jangan Bayar Pemegang Bon PKFZ Sehingga Kes Selesai

Pakatan Rakyat mendesak Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) supaya tidak membayar 723 juta ringgit kepada pemegang bon Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ini kerana syarikat milik Ahli Parlimen BN yang menjadi pemaju zon itu menggunakan bon mencecah RM4.6 bilion untuk membiayai pembinaan PKFZ, lantas PKA tidak berhutang apa-apa kepada pemegang bon.

Ahli Parlimen Tony Pua berkata kerajaan dan PKA bertanggungjawab untuk memastikan tiada lagi wang rakyat diseleweng atau dibazirkan untuk memperkayakan KDSB atau pemegang bon PKFZ.

Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri di Dewan Rakyat hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan membayar RM723 juta kepada pemegang bon PKFZ.

Abdul Rahim mendakwa kerajaan perlu melangsaikan hutangnya kepada pemegang-pemegang bon berkenaan, walaupun syarikat pemaju PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd didakwa di mahkamah kerana membuat tuntutan melampaui-batas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri juga dilaporkan menuntut Lembaga Pelabuhan Klang membayar RM328.4 juta cukai tertunggak yang dihutangi KDSB.

KDSB adalah syarikat milik Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing. Pemaju PKFZ ini dan firma perunding BTA Architect disaman RM1.64 bilion oleh PKA kerana membuat tuntutan melebihi nilai sebenar, menyebabkan PKFZ dan PKA menanggung kerugian besar.

Sekiranya PKA terpaksa membayar pemegang bon dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, maka syarikat milik kerajaan itu terpaksa mengeluarkan belanja RM1.05 bilion.

"Sekiranya ini berlaku, maka ini adalah penipuan terhebat abad ini, apabila LHDN berjaya mengutip cukai tertunggak, dan pemegang bon mendapat semula pelaburan mereka beserta faedah, manakala KDSB tidak lagi perlu membayar hutang mereka kepada LHDN walau satu sen pun," tegas Tony.

Tony Pua mengesyaki pembayaran itu akan menyelamatkan Tiong King Sing dari disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pemegang-pemegang bon PKFZ. Tony mencadangkan kerajaan menangguhkan pembayaran kepada KDSB sehingga kes PKFZ di mahkamah selesai.

"Beban berbilion ringgit ini akan dipikul oleh rakyat yang terpaksa membayar untuk kerja-kerja jahat Barisan Nasional. KDSB akan diperkaya dan pemegang saham manakala mereka yang mungkin juga bertanggungjawab untuk salahlaku pecah amanah seperti bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy bebas berkeliaran," tegas Tony.

Tiada lain selain dari kekhuatiran BN akan kalah teruk di dalam pilihanraya jika pemegang bon bertindak balas. -GB

Umno takut kuasa undi anak muda

KUALA LUMPUR, 30 Jun: “Pemuda Umno mungkin tiupkan sentimen perkauman ini kerana mereka sendiri mungkin yakin bahawa anak muda Melayu mampu mengancam Umno pada pilihan raya umum akan datang,” kata Mohd Firdaus Jaafar (gambar).

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Pemuda Umno kononnya nisbah pengundi baru antara Melayu dan bukan Melayu sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu adalah 1 Melayu nisbah 40 bukan Melayu.

Menurut beliau, Umno tidak ada jalan lain untuk mengekalkan kuasa mereka dalam negara, kecuali mereka terpaksa bergantung pada undi tradisi daripada ahli-ahli Umno serta pengundi Melayu yang masih menaruh harapan pada parti perkauman tersebut.

“Kaum Cina, India dan kaum-kaum lain umumnya lebih berminat dengan Pakatan Rakyat, kalau nak bergantung pun mungkin dengan undi tradisi dari Umno dan orang Melayu,” ujar beliau.

Pun begitu, beliau berkata, para pengundi bandaran serta mereka yang terdedah dengan media baru yang sebelum ini pernah mengundi Umno telah menunjukkan minat dengan PAS dan Pakatan Rakyat menjelang tsunami politik PRU12 lalu.

Impaknya, beliau berkata, rakyat memberi mandat pada Pakatan Rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di Kedah, Selangor, Perak (sebelum kudeta) dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai turut mempersoal pendirian Umno ekoran sokongan semua kaum bukan Melayu sebelum PRU12 yang lalu.

“Sudah 50 tahun orang Cina, orang India dan lain-lain mengundi, mengapa hak mengundi mereka ini seakan terancam dengan kenyataan pemuda Umno ini.

“Jadi Umno, dia buat kenyataan bersifat ancaman macam ini kononnya orang Cina dan India nak ambil kuasa politik daripada Umno,” ujarnya.

Ekoran itu, beliau menasihatkan Pemuda Umno supaya bersikap rasional dalam melihat minat pengundi baru di kalangan masyarakat bukan Melayu.

“Dunia twitter, dunia Facebook, dunia blog serta lambakan maklumat yang mengelilingi anak muda tak kiralah Melayu atau bukan Melayu sekarang ini, bagaimana Pemuda Umno masih dengan ‘politik ancaman’ yang lama,” nasihat beliau.

Tuntas dari itu, beliau mengajak pengundi baru yang berminat dengan Pakatan Rakyat untuk menggunakan kuasa undi masing-masing pada PRU13 kelak.

“Tak cukup kalau minat saja, daftarlah mengundi dan sokonglah calon PAS dan Pakatan Rakyat guna kuasa mengundi masing-masing,” ujar beliau. -Hrkh

Satu jaga Negeri, Satu jaga parti! Menarik!



Rasanya secara tidak langsung.. PAS dah praktikkan cara ni..
Sewaktu DS Nizar jadi MB Perak..
Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang..
Walaupun ada suara-suara cadangkan Ustaz Ahmad Awang digantikan dengan DS Nizar..
Tapi PAS tetap mengekalkan cara ini...

Apabila Presiden PAS umumkan Ustaz Abu Bakar sebagai pengganti Ustaz Ahmad Awang sebagai Pesuruhjaya PAS Perak, teman antara orang yang terkejut!
Ehhh!! Apsal tak lantik Nizar?? Bukankah dia sanat layak?
Sedangkan teman sendiri jarang dengar nama Ustaz Abu Bakar sebelum ni..
Mungkin dia terkenal di Perak.. tetapi umumnya dia tidak dikenali..
Alasan bagi memberikan DS Nizar ruang untuk mentadbir Perak sangat baik pada pemikiran teman waktu itu walaupun pada mulanya ada semacam 'tak puas hati'.

Terbukti cara berkenaan agak sesuai dipraktikkan walaupun agak janggal. Selalunya Ketua Eksekutif negeri itulah yang juga akan mengetuai parti politiknya tetapi ini tidak dan tidak semestinya.

UMNO menggunakan kaedah meletakkan pimpinan pusat mereka sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kerana negeri-negeri tersebut mempunyai masalah dalaman yang sangat serius! Sila kaji balik masalah dalaman UMNO di Terengganu, Kedah, Perlis, Perak dan Selangor! Sedangkan di Perak pada waktu itu, PAS tidak mengalami apa-apa masalah pun? Dan kini jelas Selangor seolah-olah 'meniru' apa yang berlaku di Perak.

pada teman, mari kita sama-sama saksikan adakah perubahan struktur kepimpinan antara parti dan kerajaan negeri oleh PKR ini mampu membuahkan sesuatu yang sangat terbaik dan sesungguhnya itulah harapan kita bersama. InsyaAllah...

http://budakbalun.blogspot.com

Khalid Ibrahim bercuti ke luar negara mulai esok

Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima mulai esok, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

Bermula esok, Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland. Katanya, penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

"Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya. Ditanya lanjut, beliau berkata, perubahan seperti itu juga perlu bagi memastikan Pakatan Rakyat akan kekal memerintah Selangor. "Pakatan akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa tapi mensesuaikannya dengan keadaan.[Berita Penuh]
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .