Ikuti Blog ini

Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah









YB Khairy, ' tahniah' kerana telah berjaya mempermainkan hukum hudud. Terima kasih kerana telah berupaya mempopularkan kembali hukum hudud. Sekalung ' penghargaan ' kerana telah berjaya membuat provokasi terhadap bukan Islam dan Islam baka untuk menentang wahyu Tuhan.

Tempohari didalam wacana Perdana Tranformasi Politik Malaysia YB telah berjaya membuka pekung sendiri. Tetapi semua itu berjaya disorok oleh media massa kawalan parti UMNO - BN.

Apabila YB menjawab " kita akan teruskan apa yang ada kini" ( undang - undang sekular )
inilah pekung yang paling hina yang berada didalam hati dan pemikiran saudara.

Naib Presiden pas itu dengan tegas menjawab bahawa ; " Ya kita akan buat" ! ( hudud). Sebenarnya itulah jawapan terbaik sebagai seorang muslim.

Penyokong parti UMNO mungkin merasa Husam yang terperangkap. Sebaliknya ia merupakan jerat makan tuan. Perangkap itu akan mengena kembali kepada UMNO.

YB sekali lagi memperlihatkan kegelojohan di dalam arena politik. Nampaknya YB tidak pernah serik dengan apa yang yang telah berlaku didalam PRU 12 yang lalu.

YB terlupa bahwa anda adalah dikatakan antara faktor penyebab kekalahan teruk UMNO - BN didalam sejarah politik negara.

Hingga terpaksa ayahanda mertua anda DS Abdullah menafikan tentang penglibatan YB didalam pentadbiran Negara. Apakah YB lupa jasa PM itu?. Apakah sekali lagi saudara mahu mencalar arang di muka DS Presiden UMNO sekali lagi ?...

YB Rembau, apalah yang mahu dipolemikkan hukum tuhan. Apakah saudara bangga apabila MCA membuat sepanduk dan melaungkan anti Hudud ?

Rasional hudud hanya akan diterima oleh orang - orang yang berakal jika kita menolak bermaksud kita memang sudah hilang akal atau pun kurang akal.

ALLAH berfirman didalam surah Al Baqarah 178 - 179 ;

178. O you who believe! Al-Qisas (the Law of equality) is prescribed for you in case of murder: the free for the free, the slave for the slave, and the female for the female. But if the killer is forgiven by the brother (or the relatives) of the killed (against blood money), then it should be sought in a good manner, and paid to him respectfully. This is an alleviation and a mercy from your Lord. So after this, whoever transgresses the limits (i.e. kills the killer after taking the blood money), he shall have a painful torment.)

(179. And there is (a saving of) life for you in Al-Qisas (the Law of equality in punishment), O men of understanding, that you may acquire Taqwa.)

YB, ayat di atas di dalam bahasa inggeris semoga mudah saudara memahami , maklumlah saudara lulusan Tinggi. Mungkin ini akan membantu saudara untuk memahami kenapa Pas begitu teringin melaksakan hudud.

YB, hukum hudud bukanlah ciptaan PAS. Jika ada hudud yang lebih ' tulin' sila kemukakan dalilnya.

Kami tidak hairan yang menolak hudud adalah kalangan non muslim bagaimana UMNO ?

Pertempuran kita adalah kerana pertentangan ideologi. Gerakan kami adalah strategi.

Pertentangan Islam dan Sekular. Sekular pasti tersungkur.




UMNO BAKAL TERJERAT UNGKIT ISU HUDUD


Menjelang PRK Kuala Terengganu, BN menggunakan isu hudud untuk memerangkap PAS. BN mungkin merasakan dengan isu hudud ini pengundi Melayu akan hilang keyakinan kepada PAS lantaran PAS masih gagal mengamalkan undang-undang Islam itu di Kelantan dan 4 buah negeri PR yang lain.
Pada masa yang sama BN juga cuba menakut-nakutkan pengundi Cina dengan hukum hudud ini.
Namun saya yakin rakyat dan pengundi Kuala Terengganu sudah masak dengan taktik BN yang menggunakan media untuk mempengaruhi pengundi. Isu ini mula disensasikan oleh media dengan memetik jawapan Naib Presiden PAS, Husam Musa yang menyatakan PAS tetap konsisten ini mengamalkan Hukum Hudud jika PAS memerintah Malaysia.

Husam dilaporkan berkata demikian pada wacana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, ketika beliau menjawab pertanyaan seorang lagi ahli panel pada program tersebut iaitu Khairy Jamaluddin.
Media sengaja membesar-besarkan isu ini sedangkan banyak isu lain yang diperdebatkan pada program tersebut.
Saya sangat gembira dengan keputusan BN menggunakan isu hudud ini kerana ternyata ianya memakan diri. BN mengharapkan DAP melenting dengan pendirian PAS. Namun ternyata DAP matang dan rasional. Pemimpin-pemimpinnya memberikan 'feedback' yang baik dengan menyatakan mereka menghormati pendirian PAS dan semua langkah kearah pelaksanaan itu boleh dibincangkan di kalangan komponen PR.

Malah Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran secara jelas yakin bahawa orang Cina tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Pemimpin DAP juga yakin pengundi Cina di Kuala Terengganu akan mengundi PR bagi membantu kemenangan PAS.
Bagi pengundi Melayu pula sebahagian besar mereka faham bahawa kegagalan PAS mengamalkan hukum hudud di Kelantan adalah disebabkan halangan kerajaan pusat dan perlembagaan negara Malaysia sendiri. Mereka faham bahawa sebarang enakmen negeri yang bertentangan dengan perlembagaan negara sudah pasti terbatal dengan sendirinya.

Malah orang Melayu dan Islam masih ingat bagaimana biadapnya bekas Presiden Umno, Dr Mahathir yang menghantar surat amaran dan ugutan kepada Kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengamalkan undang-undang hudud setelah ianya diluluskan oleh DUN Kelantan.
Maka tidak syak lagi kegagalan Kelantan menggunapakai undang-undang hudud bukannya disebabkan PAS tetapi adalah kerana halangan dari kerajaan BN.



Amaran Kepada UMNO/Barisan Nasional - Usah Bermain Politik Dengan Isu Hudud dan Qisas

http://buletinonline.net/images/berita15/hudud%26qisas.gif
Kuala Terengganu - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Mulia Sultan Terengganu, sekiranya UMNO/Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas


Ketuanya, Fariz Musa berkata isu Hudud dan Qisas tersebut sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa dan menimbulkan polemik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam ketika berdebat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


“Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihanraya Kecil tidak lama lagi,”katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabat Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Terengganu, Gong Kapas, dekat sini semalam.

Beliau berkata isu Hudud dan Qisas tidak perlu dipolitikkan oleh UMNO/Barisan Nasional kerana ianya merupakan isu yang lapuk dan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada para pengundi berketurunan Cina di Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu amnya.


Katanya ia adalah kerana masyarakat keturunan Cina khususnya dan rakyat Terengganu amnya tidak jahil, telah arif dan matang berkaitan Hudud dan Qisas kerana mereka telah diberikan pengetahuan dan penjelasan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Negeri Terengganu.

“Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002,”


“Walaupun masih belum berkuatkuasa namun kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, dimana dalam kerajaan UMNO/Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA,”jelas Fariz


Katanya wakil MCA tersebut sehingga hari ini tidak pernah menyuarakan apa-apa ketidakpuasan hati terhadap Enakmen itu yang telah menjadi sebahagian daripada undang-undang bagi negeri Terengganu.


Sehubungan dengan itu beliau berkata sebenarnya UMNO sudah terdesak dan tidak mempunyai isu sehingga isu hudud dan qisas cuba dipolitikkan .

“Khairy sebenarnya yang masuk perangkap sendiri dan akan menjadi labiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu,”

“beliau harus sedar bahawa Enakmen Hudud dan Qisas telah menjadi undang-undang yang diperkenan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.”tegasnya


Justeru katanya sebarang tindakan menentang atau mepelekehkan Hudud dan Qisas bukan sahaja membawa kepada menghina Islam dan implikasi aqidah, malah boleh dilihat sebagai ‘menderhaka’ kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini .

Beliau juga mendesak agar semua pihak menghentikan segera sebarang perbahasan isu politik murahan Hudud dan Qisas yang cuba dimainkan oleh UMNO/Barisan Nasional.


“Semua pihak termasuk parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat harus lebih matang menghadapi karenah UMNO/Barisan Nasional yang sudah ’bankrup’ dan mestilah mengambil pendekatan tidak melayan sebarang propaganda yang cuba dicetuskan oleh UMNO/Barisan Nasional dan media arus perdana.”tambahnya



Isu hudud timbul untuk kali ke seribu

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .