KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa hari ini. "Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. Beliau berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan daripada RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan petrol RON92 akan diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Harga diesel akan dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter, kata beliau. Ini merupakan kali keenam kerajaan menurunkan harga minyak sejak Ogos. Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November.
[Dalam isu minyak turun ini, kita ucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan. Namun, harus diingat bahawa inilah jasa Pakatan Rakyat terutamanya Anwar kepada rakyat. Kekuatan pembangkang di parlimen ditambah lagi dengan perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang jelas sekali membuka mata kerajaan agar melihat masalah dan menjaga kebajikan rakyat. Kini terbukti, Anwar pemenang dalam debatnya dengan Shabery Cheek. Maka seharusnya Menteri Penerangan itu "meletakkan jawatannya" sekarang. Jelas sekali apa yang dipertahankan itu kini tidak menjadi kenyataan. Malahan, 110% apa yang dihujahkan oleh Anwar kini sudah terbukti, terutamanya perihal turunkan minyak sehingga RM2.00 jika Pakatan Rakyat memerintah. Harus dingat juga, minyak mula diturunkan tatkala menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh lalu. Rakyat harus sedar bahawa, penangan Anwar dalam isu minyak ini tampak nyata sekarang. Akhirnya rakyat terbela biarpun Pakatan Rakyat belum membentuk kerajaan lagi. Jika ini senarionya, apatah lagi kelak jika kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan. Nescaya rakyat akan menikmati berbagai lagi insentif dan keistimewaan yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya memerintah negara nanti].Ikuti Blog ini
Minyak Turun Lagi, Anwar Akhirnya Menang. Shabery Perlu Letak Jawatan Segera !! ,Rabu, Disember 03, 2008 at 3.12.08,
Mohamad Sabu pilihan Tuan Guru Nik Aziz di KT , at 3.12.08,
Kita tunggu Presiden balik menunaikan haji dulu, lepas itu baru kita tau apa tindakan lanjut yang diambil.
Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat suka sekiranya PAS memilih tokoh kanannya Mohamad Sabu sebagai calon parti itu untuk bersaing dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Beliau, yang juga mursyidul am PAS, berkata Mohamad seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu menjadi wakil rakyat kawasan itu.
Nik Aziz berkata naib presiden PAS itu petah berkata-kata sewaktu berceramah sehingga beliau sendiri tidak mampu lakukan seperti Mohamad.
Mohamad tewas tipis dengan 628 undi di tangan Datuk Razali Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.
Kerusi itu kosong susulan kematian mengejut Razali, yang juga timbalan menteri pelajaran, minggu lalu.
Bercakap di sidang media di Kota Bharu, Nik Aziz berkata Mohamad hanyalah cadangan peribadinya dan terpulang kepada PAS serta Pakatan Rakyat untuk memilih calon pembangkang di kerusi panas tersebut.
Amy Nikahkan sendiri Nabila, Zaidy , at 3.12.08,
KUALA LUMPUR, Dengan hanya sekali lafaz, Zaidy Zailani, 27, sah menjadi suami kepada pelakon popular, Nabila Huda Suhaimi, 24. Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah Nabila, Suhaimi A Rahman atau Amy Search. Sebaik saja lafaz akad nikah itu disahkan, Zaidy dan Nabila terus sebak lalu menitiskan air mata.
Zaidy ternyata begitu terharu. Dia tidak percaya dinikahkan sendiri oleh Amy yang selama ini seorang ikon yang begitu dihormatinya.
“Tanggungjawab saya sekarang semakin besar. Saya berjanji akan buat sebaik mungkin buat isteri saya, Nabila,” ujar Zaidy.
Menambah cerita bagaimana dia mula-mula berjumpa dengan Amy, Zaidy berkata:
“Saya kenal Nabila waktu dia remaja lagi iaitu ketika usianya 18 tahun. Masa tu saya tak tahu pun dia anak kepada penyanyi Amy Search. Selepas mendapat tahu, saya terus jadi takut nak berkawan dengannya.
“Sebenarnya saya takut dengan Amy. Kali pertama jumpa Amy, saya diam seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa. Masa tu dia ada bagi syarat kepada saya untuk berkawan dengan Nabila,” kata Zaidy.
Seterusnya, Zaidy berkata dia mula melamar Nabila ketika Nabila sedang mengerjakan umrah. Nabila pun terus beritahu tentang lamaran saya kepada ibunya di Makkah. Waktu sambutan hari lahir Papa (panggilan untuk Amy), barulah semua orang tahu kami serius dan mahu berkahwin,” jelas Zaidy.
Menyokong pendapat suaminya, Nabila yang manis memakai busana dari Puri Pesona pula bercerita.
“Syukurlah dan saya gembira semuanya sudah selesai. Hubungan kami selama bertahun-tahun ini akhirnya membawa kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Saya juga akan cuba menjadi isteri yang bagus dan akan mengimbangkan jadual kerja saya dan rumah tangga.
“Sebenarnya saya tak rancang untuk kahwin pada usia muda. Tapi Zaidy memang cinta pertama saya. Dia boleh buat saya gelak dan banyak kenangan bersamanya. Selain itu, dia banyak bagi nasihat kepada saya,” kata Nabila.
Bagaimanapun, Nabila dan Zaidy yang sibuk dengan kerjaya masing-masing masih belum merancang untuk berbulan madu. Malah, Nabila menyerahkan perancangan bulan madu ke tangan ibu dan ayahnya.
“Kami belum rancang lagi destinasi untuk bulan madu. Tapi, Nabila kalau nak bercuti, suka bawa satu famili. Nabila akan bincang dulu dengan Papa. Mungkin tahun depan baru kami pergi. Tahun ini pun kami memang sibuk sangat. Cuti saya dengan Zaidy berbeza tarikhnya.
Bagaimana pula tentang anak?
“Anak? Saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bila-bila masa saja. Kalau boleh saya nak ramai baby - nak banyakkan lagi keturunan kami,” jelas Nabila dengan penuh girang.
Apa pun, majlis pernikahan yang berlansung di Masjid Wilayah Persekutuan ini dipenuhi sanak-saudara dari kedua-dua belah pihak selain rakan artis seperti Hattan dan Kat Mentor. Selain itu, ibu kandung Nabila, Farida Fadzil, turut hadir bersama menyaksikan pernikahan anaknya itu.
Nabila menerima wang hantaran sebanyak RM22,222.22 dan mas kahwin RM80. Pihak pengantin lelaki pula menyerahkan 7 dulang hantaran berbalas 9 dari pengantin perempuan.
Hantaran lelaki adalah senaskah Al-Quran, telekung, minyak wangi & kosmetik, kasut, sepasang persalinan, barang penjagaan tubuh, kek dari Blooming Cake House.
Pihak perempuan pula menyerahkan kasut & tali pinggang, kemeja & tali leher, minyak wangi & barang penjagaan badan, Baju Melayu, songket, Al-Quran, sejadah, coklat dan kek dari Blooming Cake House.
Terharu melihat Amy nikahkan anak dia. Dua tiga tahun ini, banyak perubahan pada berlaku pada Amy dan keluarganya. Semoga ini memberikan Inspirasi dan contoh buat artis lain. Memang susah nak buat perubahan. Ia mengambil masa. Antara seni dan kehidupan, disitu ada agama yang wajar dihormati. Semoga Allah pelihara kaum muslimin seluruhnya
Zaid Ibrahim dipecat dari Umno , at 3.12.08,
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta merta.
Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.
Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam.
Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.
Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.