Ikuti Blog ini
Dakwat entah kemana...undi pos pula nak ditambah..alahai SPR ,Rabu, Januari 20, 2010 at 20.1.10,
Giliran Para Guru Turun Ke Jalanraya? , at 20.1.10,
- COLA dan Elaun Rumah Sudah Pasti Akan Dipotong
KUALA TERENGGANU – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.
Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.
Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.
Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.
Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.
Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.
Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.
”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.
Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.
Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.
Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.
”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong.
”sudahlah menanggung beban pelbagai masalah sosial dan disiplin murid, guru-guru disekolah kini diminta ‘menggalas’ kegagalan seorang Menteri Kewangan.”katanya dengan nada kesal.
Apabila ditanya, adakah para guru sanggup tuun ke jalanraya menuntut segala hak-hak sebagai warga pendiikan dari kerajaan Umno/BN beliau menjawab; “Tunggu masa dan ketika yang sesuai!”.
Bubar DUN Perak - tahap kecemasan beb ! , at 20.1.10,
Jemputan ke majlis untuk bersama DS Nizar pagi tadi tidak upaya dipenuhi. Majlis pelancaran program setahun Kudeta Perak dan Media di kediaman beliau di Ipoh. Terima kasih kepada saudara yang diwakilkan oleh DS kerana sudi menjemput blogger seperti wak ke majlis tersebut.
InsyaAllah, pada 24hb. Januari ini andai tiada apa aral yang menghalang kepada permit ceramah, DS Nizar akan bertandang ke pekan Tanjung Piandang di Dataran Keadilan. Tentu isu panas yang akan disentuh beliau sangat berkaitan dengan isu 'Bubar DUN'. Apa pun penjelasan beliau pagi tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama, sedikit cemas, lebih cemas bila melihat orang parti khususnya Pakatan Rakyat dan jenteranya masih goyang kaki. Apa kata DS Nizar..baca dibawah.
Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan DAP, PAS dan PKR tumbang setelah dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR dan seorang daripada DAP keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada BN sehingga membolehkan BN berkuasa kerana mempunyai majoriti dalam dewan.
Mohammad Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. - BERNAMA
Penembak Suwandi dan Azman mengaku tak pernah SOLAT , at 20.1.10,
Gelagat ‘penembak peluru hidup’ dalam Tragedi Batu Buruk Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar di Mahkamah kadangkala melucukan malah adakalanya amat mengejutkan khalayak yang menjadi pemerhati.
Sepanjang perjalanan perbicaraan kes Tragedi Batu Buruk, pernah suatu ketika, Wan Aziz tiba-tiba menutup mukanya, apabila pihak mahkamah menyebut ‘Batu Buruk’, seolah-olah menangis.
Apabila ditanya, mengapa beliau bersikap begitu, katanya beliau amat sedih dan mahu menangis apabila mendengar nama ‘Batu Buruk’ disebut, kerana kononnya, terkenangkan peristiwa yang berlaku pada 27 September, 2007 itu.
Pada ketika yang lain, apabila ditanya berapa das tembakan yang dilepaskan beliau sewaktu menembak Suwandi dan Azman, beliau sambil menunjukkan aksi menembak kesemua arah, bang…bang…… bang…….
Ditanya lagi berapa das tembakan, katanya tak tahu berapa, sehingga pistol berbunyi; klek….klek….klek…..klek
Yang paling memeranjatkan, apabila disoal balas oleh salah seorang peguambela Fariz Irwan, berkenaan keadaan dirinya, beliau mengaku, tidak bersembahyang sewaktu kejadian dan tidak pernah mendirikan solat!
Selain itu, beliau mengaku mempunyai tabiat buruk suka meminum arak, namun katanya pada malam kejadian itu, beliau tidak minum.
Sesi perbicaraan Wan Aziz sebagai pengadu dan saksi kes Tragedi Batu Buruk sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan dijangka berakhir hari ini 20 Januari, 2010.
PAS bimbang polis daftar Mykad ada agenda tersirat , at 20.1.10,
KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS bimbang kalau-kalau tindakan kerajaan mewajibkan semua anggota polis membuat kad pengenalan awam (Mykad) mempunyai agenda politik, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
"Tetapi jika selepas memiliki Mykad, polis hanya boleh mengundi di tempat awam bukan lagi undi pos, saya sokong 100 peratus langkah ini," kata beliau kepada Harakahdaily.Semalam Harakahdaily menyiarkan maklumat sumber yang memberitahu, polis di Perak diarah membuat Mykad di samping memiliki kad pengenalan polis.
Seorang pembaca Harakahdaily pula memaklumkan, maklumat itu memang benar dan bukan sahaja polis di Perak bahkan di seluruh negara diarahkan berbuat demikian.
"Seperti mana yang kita semua maklum..kerajaan akan melaksanakan peraturan baru mulai 1 Mei 2010. Rakyat Malaysia yang berkelayakan menikmati/membeli minyak subsidi perlu menunjukkan Mykad. Oleh kerana pegawai dan anggota-anggota polis tidak mempunyai Mykad maka diarahkan lah semua pegawai dan anggota untuk membuat Mykad bagi tujuan tersebut.," tulis pembaca Harakahdaily itu.
Bagi Mustafa, hujjah itu tidak cukup kuat untuk mengesahkan tindakan tersebut.
"Apa salahnya anggota polis dan tentera menunjukkan kad polis atau tentera mereka untuk mendapatkan subsidi itu. Bagi saya, mereka tidak boleh tolak kalau kita kata ini ada agenda tersirat di sebaliknya," kata beliau kepada Harakahdaily lagi.
Mustafa mengesahkan, dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang baru-baru ini, PAS menemui banyak data yang menunjukkan pendaftaran berganda anggota tentera dan polis dalam daftar pemilih.
Sistem komputer itu menunjukkan nama yang sama tetapi didaftar di dua tempat yang berbeza. Ia kekal dalam sistem pendaftaran kerana nombor kad pengenalan yang digunakan berbeza iaitu nombor kad pengenalan polis atau tentera dan nombor kad pengenalan awam iaitu Mykad.
Namun oleh kerana data itu di luar Bagan Pinang selepas dihujjahkan oleh SPR, PAS meneruskan tindakan menyertai pilihan raya kecil itu walaupun telah membuat kenyataan akan menarik balik penyertaannya dalam pilihan raya itu.
Felda diarah bayar RM11 juta kepada peneroka , at 20.1.10,
Mahkamah Persekutuan semalam enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.
Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.
Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.
Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.
Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.
Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.
Ku Li akan jelaskan isu royalti minyak di stadium , at 20.1.10,
KOTA BHARU : Penerangan mengenai royalti minyak oleh mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah pada 28 Januari ini dijangka mampu merungkai banyak perkara berhubung tuntutan bayaran imbal balas Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan berdasarkan Akta Petroleum 1974.
Demikian dimaklumkan oleh Pengerusi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusoff. (GAMBAR)
Mengulas lanjut kehadiran mantan Pengerusi Petronas pada majlis penerangan itu nanti, beliau berkata berdasarkan perbincangan Gegar dengan Tengku Razaleigh, mantan Menteri Kewangan itu bersetuju untuk hadir pada majlis tersebut.
“Beliau akan menerangkan semua perkara yang berkaitan termasuk mengenai Akta Petroleum 1974, perjanjian yang ditandatangani oleh beliau dan Menteri Besar Kelantan Datuk Haji Mohamad Nasir (Allayarham) pada 19 Mei 1975 di samping penerangan mengenai konsep federalisma,” katanya.
Menurut Dr Halim, Gegar dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu juga bersertuju menjadi pengerusi 'Kaukus’ yang ditubuhkan Parlimen Malaysia berkaitan dengan royalti Petroleum.
“Gegar menyambut baik langkah itu. Ini selaras dengan usaha ke arah memperkasakan Gegar itu sendiri di peringkat nasional,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, tindakan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang seakan habis-habisan menentang pemberian royalti minyak kepada Kelantan itu ‘sebagai anti klimaks’.
“Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu sebagai anti klimaks tentang perjuangan rakyat Kelantan dalam mendapatkan pembayaran royalti minyak. Hakikatnya (ialah) hakikat yang sukar untuk dinafikan..
“Cuma setakat mana kemahuan untuk ‘comply’ kepada undang-undang. Pihak yang menuntut (pembayaran royalti itu terus) menuntut, manakala pihak yang enggan melaksanakan tuntutan itu (terus dengan pendirian) tidak mahu melayan tuntutan itu.
“Dengan (langkah) tuntutan rakyat itu, akan ada keperluan mendesak menghubungkan antara dua iaitu antara yang tidak mahu bagi (membuat pembayaran) dan yang menuntut.
“Dan ini, pada hemat Gegar, antara langkah yang boleh dimain peranan oleh YBM Tengku Razaleigh,” katanya.
Mengulas tindakan pihak yang terus-terusan menentang perjuangan tuntutan royalti minyak Kelantan itu boleh dicop anti (konsep) 1Malaysia, beliau mendakwa itu terserah kepada ‘hukuman’ rakyat negara ini.
“Itu hak rakyat, sebab rakyat yang memilihnya. Gegar dalam isu tuntutan royalti minyak ini, kita bukan bermain politik, namun ‘conclusion’ masing-masing boleh dibuat apabila menentang sesuatu yang menjadi hak rakyat,” katanya.