Ikuti Blog ini

Akhirnya.. Tembelang Cyber Troppers Umno Terbongkar


SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang  menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.

“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.

“Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.

“Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,” katanya.

Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.

“Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.
“Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan,” katanya.
Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.
“Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.
“Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat.

Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.
Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan. ~sinar

Addin :

Propaganda rusuhan perkauman ini adalah rancangan jahat cyber troopers Umno spertimana berlaku kepada kes polis wanita yang di kenakan tindakan bertukar ke Sarawak (rujuk sini).

Kenali Pemuda Yang Tikam Penyokong PR Di Gombak Minggu Lepas


Akhirnya admin pemudabatu.com berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. Sila lihat betul-betul dan camkan.

Namanya Herry. Duduk berhampiran dengan kawasan kejadian.

Baru berusia dalam 22-23 tahun.Masih budak lagi. Pernah bekerja sebagai polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. Abang dia pula org kuat kepada Ketua Pemuda UMNO Gombak, megat zulkarnain omardin.

Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan. admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.

Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat. Sebarkan perkara ini! biar satu Malaysia tahu kebusukan hati perut UMNO BN dan penghuni2nya! -pemudabatu.com

Amanat Tok Guru vs Penghinaan Syariat Pemimpin UMNO

Kuala Lumpur : Akhbar hari ini heboh dengan berita gesaan supaya YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menarik kembali petikan ceramah yang pernah disampaikannya pada tahun 1981 di Banggol Peradong dahulu atau dikenali selepas itu sebagai 'Amanat Haji Hadi'.

Sebagaimana kebiasaan apabila hampir pilihanraya umum, UMNO akan menggunakan mana-mana tokoh agama bagi menyerang PAS ataupun menyerang mana-mana pimpinannya. PAS yang membawa mesej jelas untuk memartabatkan Islam cuba digambarkan menggunakan agama untuk tujuan politik. Itulah cara lama yang digunakan oleh UMNO sejak dahulu.
Berikut antara kenyataan yang dikeluarkan akhbar Berita Harian hari ini:

1) Mufti Perak

“Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Abdul Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di sini, semalam.

2) Mufti Wilayah

" Nada sama turut disuarakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang bukan saja mahu Abdul Hadi menarik balik amanat itu, bahkan menyeru supaya pemimpin PAS itu kembali kepada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah"

Persoalannya, apakah pula gesaan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh agama ini kepada pemimpin yang mempersoalkan syariat Allah Taala.

Apakah motif sebenar kenyataan seumpama ini dihebohkan dalam akhbar ketika bahang pilihanraya semakin dirasai? Ini menunjukkan UMNO semakin bimbang terutamanya apabila melihat masyarakat semakin menerima ketokohan dan kepimpinan Presiden PAS itu.

Petunjuk Besar Pilihanraya: Peguam Negara Arahkan Saman AES Dibekukan



Jabatan Peguam Negara beku saman AES

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan.

Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.

“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.

” Kenyataan itu turut menyebut saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah, bagaimanapun pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan berikutan pelaksanaan saman tersebut.

“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata AGC melalui satu kenyataan hari ini.

“Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, AGC akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan,” tambahnya.

Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, Putrajaya dikatakan akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menuntut JPJ memulangkan semula bayaran oleh pesalah trafik yang dikenakan saman kamera AES selepas membawa kes tersebut ke mahkamah.

Ahli parlimen Pokok Sena itu mendakwa agensi kerajaan tersebut menghentikan sementara penguatkuasaan kamera perangkap laju tersebut ekoran langkah semalam apabila menarik balik saman tersebut ke atas mereka yang dihadapkan ke mahkamah. -TMI


Kase desak kerajaan umum batal saman AES

KUALA LUMPUR: Pihak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak kerajaan mengumumkan pembatalan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana masalah teknikal.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian berdasarkan kepada beberapa orang kena saman (OKS) yang hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, beliau berkata pihak pendakwa telah mengambil surat saman AES daripada OKS berkenaan dan mengarahkan pulang.

"Perkembangan ini sangat mengejutkan kerana tanpa penerangan yang jelas tentang saman yang dikeluarkan.

Kita minta pendakwa raya seharusnya memberi penjelasan tentang kedudukan saman AES yang ditarik balik.

Ini menunjukkan ada yang tidak betul dalam proses mengeluarkan saman," katanya.

Jelas Mahfuz sepatutnya kerajaan mengumumkan secara rasmi bahawa 26,899 saman yang dikeluarkan harus dibatalkan oleh kerana pendakwa telah menarik balik saman ke atas OKS.

Malah katanya, kerajaan digesa mengembalikan semula wang saman AES OKS sama ada melalui bayaran denda atau bayaran kompaun.

"Bagi mereka yang bayar kompaun RM300 atau didenda, surat saman mereka sudah tidak betul kerana masalah teknikal, jadi wang yang dibayar kepada kerajaan adalah haram dan kerajaan wajar bayar balik kepada mereka.

Kerajaan seolah-olah pengutip wang haram," katanya.

Bukan itu sahaja, katanya kerajaan juga harus membatalkan semua waran tangkap yang dikeluarkan kepada OKS yang tidak menghadirikan diri ke mahkamah.

Sementara itu, di Mahkamah Putrajaya, peguam Kase Zulhazmi Sharif memberitahu pendakwaraya mengumumkan semua saman AES ditarik balik kerana terdapat kesilapan teknikal.

Manakala di Mahkamah Kuala Lumpur pula, beliau dimaklumkan pegawai pendakwaraya hanya mengutip saman daripada OKS kemudian mengarahkan mereka pulang.

"Pada 4 Disember lepas, seorang OKS tidak mengaku salah dan sepatutnya hari ini pendakwaraya menyerahkan dokumen tetapi pendakwa pula memohon tangguh sebulan kerana dokumen tidak lengkap," tambah beliau.

Beliau percaya apa yang berlaku hari ini kemungkinan besar ekoran bantahan yang Kase diadakan pada 10 Disember lalu.
-HD


 

GB melihat keputusan kerajaan "menangguhkan" (bukan membatalkan) saman AES adalah kerana pengumuman tarikh pilihanraya semakin hampir.

Kerajaan melihat dan mengakui dua kes besar ini (AES dan Lynas) sebagai bencana yang bakal menimpa UMNO BN kerana rakyat seluruh negara didapati menolak secara berterusan terhadap dua kes ini.

Ia akan dilaksanakan semula, malah mungkin dengan kadar lebih dasyat selepas pilihanraya jika UMNO BN berjaya lagi. Oleh itu rakyat jangan mudah terpedaya dengan taktik licik UMNO BN ini yang dilakukan semata-mata untuk kepentingan mereka menghadapi pilihanraya yang akan datang ini. -GB

Setelah 3 Tahun Berlalu, Ini Gambar Terbaru Stadium 'Runtuh' Di Terengganu


Gambar ni tersebar luas di FB geng geng Tranung.Inilah foto terkini Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang runtuh pada 2 Jun 2009 lalu.Di bahagian dalamnya begitu terbiar dan dipenuhi semak samun.

Bila agaknya ia akan dibaik pulih. Ratusan juta duit dihabiskan untuk membina stadium ini,akhirnya yang rugi rakyat Terengganu.Lambang keagungan dan kemegahan ciptaan Umno di Terengganu ~tintahujan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .