Ikuti Blog ini

Selamat Tahun Baru 1430 H dari Muslimeen United




Salam Ma'al Hijrah 1430 H buat semua umat ISLAM dan kepada semua pengunjung Muslimeen United......
Semoga Tahun Baru ini Allah pilih kita lagi untuk diturunkan HidayahNya, RezekiNya dan Kekuatan untuk terus memperjuangkan agama ISLAM di mana sahaja kita berada. Dan pada tahun baru ini juga kita berdoa' semoga pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu akan memenangkan Pas...InsyaAllah...

PO36 PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Penyertaan Dato' Zahar ke dalam PAS dialukan - Mursyidul Am


KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kemasukkan Kapten(B) Dato' Zahar Hashim dalam PAS menjadikan satu tanda kehancuran Umno semakin jelas.

ImageBeliau berkata demikian ketika menyambut kedatangan pelabur dari China, Presiden Beijing Good to Great Investment Co.Ltd, Madam Qiao Li yang juga merupakan usahawan terkenal dalam bidang pertanian.


Menurut Nik Aziz, kini ramai pemimpin Umno yang berkaliber sudah terbuka hatinya dalam menilai sendiri keburukan yang berlaku dalam Umno dan mereka telah membuat pilihan tepat untuk membela agama Islam dengan menyertai PAS.

Di saat berlakunya Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Umno menerima tamparan hebat bila ada ahli Umno menyertai PAS dan sanggup turun padang menjelaskan isu semasa kepada pengundi di Kuala Terengganu nanti.


Nik Aziz juga berharap Dato' Zahar akan istiqamah dalam membantu memperjuangkan kedaulatan Islam bersama ahli PAS yang lain.

"Saya menyeru kepada pengundi di Kuala Terengganu agar mengetepikan fahaman kebangsaan yang dibawa oleh Umno/BN dan kembali kepada semangat untuk membela agama Islam, sudahlah pecah belah antara kaum masih tak selesai, sedangkan Islam adalah untuk semua kaum," ujar beliau.


"Saya syukur pada Allah S.W.T yang sudah buka hati Kapten Zahar, satu anugerah daripada Allah untuk buka pintu hati orang sebegini hebat dalam Umno dan beliau yang banyak pengalaman telah berani dedahkan kepincangan Umno dan kerajaan," katanya lagi.

Sebelum ini, Kapten(B) Dato' Zahar Hashim Ketua bahagian Petaling Jaya Selatan bersama dengan 13 AJK bahagian dan 28 ketua Umno cawangan telah menyertai PAS dan telah menyerahkan boring keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat ISa dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali.


"Umno sekarang ni banyak kepincangan, dalam saat-saat sekarang ni, Umno gantung ahli, buang ahli dan banyak masalah dalaman mereka sedangkan yang masuk Umno tak dak pun dan ini menggambarkan Umno menuju ke arah kehancuran," katanya lagi.

Menyentuh tentang isu hudud yang digemburkan kini, beliau berkata ia hanyalah mainan mereka yang tertentu sahaja.


"Dulu amat susah nak sedarkan masyarakat bahawa politik dan Islam tak dapat dipisahkan, begitu juga hudud ni, yang pentingnya kami berusaha untuk jadikan ia sebagai undang-undang dan terpulang kepada pihak hakim yang akan menentukannya," ujar beliau lagi.

Berkaitan dengan sokongan kaum lain terhadap PAS kini yang semakin ketara, beliau berharap kaum cina dan India di Kuala Terengganu juga menyedari perkembangan ini dan seterusnya memberi sokongan kepada calon PAS nanti.


Hadiri Intifadah Selasa ini di kedutaan Amerika!

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

Intifadah tersebut akan diadakan Selasa ini, 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Salahuddin menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.


"Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel".

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin, pengganas-pengganas Israel tidak akan bertindak sekejam itu jika tidak mendapat sokongan, dukungan dan restu Amerika.

Dalam keganasan terbaru itu, lebih dari 100 tan bom dihunjam oleh pengganas-pengganas Israel ke atas orang-orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua di Gaza dan angka kematian kini menghampiri 250 manakala lebih 400 cedera.


Amerika hari ini menyalahkan Hamas kerana "melanggar perjanjian gencatan senjata" dan menuduh sengaja memprovokasi Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza.

Negara penaung keganasan Israel itu juga tidak menuntut supaya entiti haram itu menghentikan serangan tersebut.

Dakwaan Amerika itu bertentangan dengan pendedahan akhbar Haaretz Israel yang menyatakan, keganasan terbaru Israel di Gaza itu telah dirancang sejak enam bulan lalu dan bukan disebabkan sebarang provokasi.


Amerika dilihat cuba menyingkirkan Hamas sejak ia memenangi pilihan raya Parlimen Palestin, Januari 2006.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan, serangan "Operation Cast Lead" itu akan berlanjutan selagi diperlukan oleh entiti haram itu.


UMNO dan Yahudi. Dua Peristiwa Satu Maksud

Pembunuhan umat Islam di Gaza. Pembunuhan umat Islam di Malaysia.

Kejadian di tempat dan masa yang berasingan tetapi mempunyai maksud yang sama. - Penyerang adalah pihak berkuasa yang juga berlainan bangsa tetapi mempunyai matlamat dan keinginan yang sama iaitu melumpuh dan menghancurkan Islam.

Berita Pertama:

BANDAR GAZA - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Berita Kedua:

Memali 19hb Nov 1985 - Pada subuh yang hening, 14 penduduk Kampong Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, termasuk Ustaz Ibrahim Mahmood (Ibrahim Libya) terkorban akibat serangan Polis Diraja Malaysia menggunakan senjata M-16.

Serangan besar-besaran telah bermula jam 11.05 malam. Sekurang-kurangnya 160 orang lagi penduduk termasuk kanak-kanak dan wanita dibelasah dan ditangkap dengan kekerasan dan penuh unsur kezaliman.

Fakta:

Semasa kezaliman ke atas umat Islam berlaku di Kampong Memali, Mukim Siong, Baling. Kedah. Pada 19hb Nov 1985.

Kerajaan yang memerintahkan kezaliman terhadap umat Islam dilakukan di Baling:

Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Perdana Menteri : Mahathir Mohamad (Orang yang pernah persendakan Nabi Muhammad swt)

Timbalan PM merangkap Menteri Dalam Negeri : Musa Hitam (Orang yang rapat dengan Yahudi. Dia juga penasihat WPI)

Setiausaha Politik TPM : Ruhanie Ahmad. ( Bertanding MT UMNO. Paksi Mahathir)

Ketua Polis Negara : Hanif Omar. (Tim. Pengerusi Genting Bhd. Pusat Perjudian dan Casino)

Hadiah Kerajaan Barisan Nasional kepada Rakyat




Umno Halang hukum Allah

Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini.

Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini.

Umno Penghalang Hukum Allah

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.


Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.


Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.


Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .