Ikuti Blog ini

Mogok, Akhirnya Harga Petrol - Diesel Bersubsidi Nelayan Turun

Protes, Sebahagian daripada Ahli Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuantan yang kecewa dengan harga minyak diesel dan melancarkan mogok di jeti LKIM , Kemunting petang semalam

Protes, Sebahagian daripada Ahli Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuantan yang kecewa dengan harga minyak diesel dan melancarkan mogok di jeti LKIM , Kemunting petang semalam

Mogok, Akhirnya Harga Petrol - Diesel Bersubsidi Nelayan Turun 13 Sen Mulai Selasa !!

KUALA LUMPUR - Susulan daripada tindakan mogok Persatuan Nelayan Pukat Tunda seluruh negara, termasuk di Kuantan semalam maka akhirnya kerajaan mula sedar akan nasib malang yang menimpa mereka itu. Begitu cepat dan pantas kerajaan bertindak. Difahamkan persatuan terbabit akan mengadakan mogok selama 3 hari bermula semalam. Namun hari ini kerajaan telah mengumunkan harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini. Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustapa berkata kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vessel berlesen. Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya. Beliau berkata penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar antara RM260 sehingga RM4,160 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vessel. “Penjimatan bagi vessel pukat tradisi Zon A (kawasan operasi 0 hingga lima batu nautika dari pantai) adalah sebanyak RM260 sebulan, vessel pukat tunda Zon B (lima hingga 12 batu nautika) sebanyak RM2,600 sebulan. “Vessel pukat tunda Zon C (12 hingga 30 batu nautika) sebanyak RM3,120 sebulan dan vessel pukat tunda Zon C2 (lebih 30 batu nautika) sebanyak RM4,160 sebulan,” katanya.

Mustapa berkata kerajaan juga pada 3 Nov lepas telah menambah kuota diesel dan petrol bersubsidi daripada 106 juta liter sebulan kepada 126 juta liter sebulan bagi menampung kegunaan diesel dan petrol akibat penambahan lesen vessel baru terutama lesen sampan sebanyak 15,900 buah yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. “Berikutan permohonan daripada pemilik vessel pukat tunda, kerajaan pada tarikh yang sama telah meluluskan tambahan kuota sebanyak 4,000 liter sebulan bagi setiap vessel pukat tunda Zon C dan C2,” katanya. Beliau berkata penurunan harga serta tambahan kuota diesel dan petrol bersubsidi itu sewajarnya memberi pulangan tambahan kepada nelayan daripada segi pengurangan kos dan peningkatan pendaratan ikan.

Sementara itu, krew kami di Kuantan sempat hadir dalam pelancaran piket khas yang dibuat oleh Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuantan, semalam. Lebih 100 orang pengusaha bot yang telah hadir memberi sokongan. Nampak benar mereka tidak berpuas hati dengan harga sekarang, dan mahu ia diturunkan hingga RM1 atau bawah lagi. Keluhan itu turut disuarakan oleh Setiausaha persatuan terbabit iaitu Lo Ping Yong yang menyatakan bahawa biarpun kerajaan telah menurunkan harga bahan api enam kali berturut-turut namun subsidi masih ditahap membebankan. Kata beliau, pengusaha bot pukat tunda terbabit dipercayai terpaksa menanggung kerugian 60% dengan menampung subsidi diesel sebanyak RM1.43 seliter. “Kos ini begitu tinggi, bahkan kami terpaksa menanggung kerugian sekitar RM10,000 sebulan dengan operasi dua kali turun ke laut” katanya. “Kami mendedak agar pihak kerajaan mempertimbangkan permintaan ini, bahkan kami mendapat sokongan daripada semua persatuan dari seluruh negara”. “Kami bekerja dalam keadaan menanggung risiko yang tinggi serta terdedah kepada bahaya. Kami tidak layak malah langsung tiada peluang untuk mendapatkan insurans kerana kerja ini.

Namun dek kerana ini adalah pekerjaan turun temurun nenek moyang, maka terpaksa juga dilakukan. Sudahlah harga sebuah bot begitu mahal” katanya. “Insentif yang dijanjikan oleh kerajaan hanya diberikan kepada pemilik bot, namun hanya 20% sahaja yang menerima. Bahkan saya sendiri pun tidak memperolehinya. Proses yang terlampau rumit jelas sekali membebankan kami” katanya kepada wartawan.

Turut hadir di lokasi semalam ialah YB Chang Hong Seong - (ADUN Teruntum), YB Dato’ Wan Adnan Wan Mamat (ADUN Tg.Lumpur), Saudara Sim Chon Siang (Pegawai Khas Parlimen Kuantan & Ketua Penerangan PKR Kuantan) serta Saudara Siew Fook Chan (Exco PKR Pahang, Bekas Calon DUN Teruntum) dan Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK Pahang). Dalam pada itu, Saudara Sim memaklumkan bahawa kes itu akan dibawa ke pengetahuan Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh untuk diambil tindakan segera.

Apa yang kami nampak, kerajaan begitu gusar dengan suara mereka ini. Bahkan mogok 3 hari yang dilancarkan terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dengan pengumuman penurunan harga minyak terbabit. Justeru itu, kita amatlah berharap agar keprihatinan ini dapat diteruskan dalam isu-isu yang lain, agar rakyat terus terbela dan tidak dibiarkan menanggung derita sepanjang masa. Jika inilah cara dan kaedah perlaksanaan yang dilakukan, nescaya semua rakyat akan selesa dan berbahagia hidup di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Cuma, keluhan ini janganlah hanya diberi perhatian jika ia membabitkan kaum bukan Melayu sahaja. Ia sepatutnya meliputi juga kaum bumiputra terutamanya Melayu. Dari apa yang kami lihat sejak dulu kini dan selamanya, jika orang Melayu memprotes atau membangkitkan sesuatu isu rakyat maka begitu lama dan lambat untuk diberi perhatian dan dibuat keputusan.

Namun bila ia melibatkan kaum lain terutamanya Cina, maka begitu pantas seperti kilat ia dilaksanakan. Lihatlah apa yang berlaku ini, baru semalam diadakan protes dan mogok, maka hari ini kerajaan terus bertindak. Namun apakah mereka terutamanya pemilik bot dan nelayan terbabit berpuas hati? Sebab penurunan itu tidak mencecah RM1 seperti yang dipinta?




ADUN BOTA Dari BN Lompat Ke PKR ?



Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR .Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.


Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.


Berita selanjutnya akan menyusul.

Sumber : Telok Bakong Online




Ali Rustam terdesak tarik balik larangan lawat Kelantan


KOTA BHARU, 14 Dis - Lapan tahun lalu, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melarang kakitangan kerajaan negeri terbabit melawat Kelantan, namun beberapa hari lalu tegahan itu tiba-tiba ditarik balik.

Apakah motif tersebut, sedangkan tindakannya sebelum ini jelas bersifat dendam politik.

Biar pun larangan itu mengambil masa selama lapan tahun, namun ia seperti tidak pernah diendahkan kakitangan kerajaan Melaka apabila banyak rombongan datang di sini ketika larangan masih berkuatkuasa.

Malah, Mohd Ali sendiri keluar masuk kampung di Pasir Mas ketika berlangsung pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada Disember 2005.

Bagi Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Menteri Melaka itu disifatkan sebagai seorang yang hipokrit dan menjadi pengampu besar dalam Umno.

"Negeri-negeri lain yang juga diperintah Barisan Nasional tidak pernah melarang kakitangan mereka melawat Kelantan seperti dilakukan Mohd Ali.

"Tindakan terbarunya tidak lain lagi kerana mahu menonjolkan diri kononnya sebagai seorang pemimpin yang terbuka bagi melayakkannya dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan," katanya di sini.

Baru-baru ini Mohd Ali mengumumkan menarik balik larangan kepada kakitangan kerajaan Melaka daripada melawat Kelantan ketika melancarkan Tahun Melawat Melaka di sini.

Abdul Latif berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri tidak nampak Ketua Menteri Melaka itu ikhlas apabila tiba-tiba menarik balik larangan kakitangannya daripada melawat Kelantan.

"Sebenarnya keputusannya itu mempunyai hasrat terselindung bagi mencari penyokong di kalangan perwakilan Umno di negeri ini untuk mencapai impiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya.

Bagaimanapun beliau menyambut baik tindakan dilakukan Mohd Ali dan mendoakan semoga diberi hidayah oleh Allah Taala supaya kembali ke landasan Islam sebenar.


5,000 pemuda akan bantu menangkan PAS di Kuala Terengganu

KUALA LUMPUR, 14 Dis - Kira-kira 5,000 pemuda PAS tegar akan turun membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu menjelang 17 Januari akan datang.

Kenyataan tersebut dibuat Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani kepada Harakahdaily ketika menjelaskan mengenai perkembangan operasi pemuda PAS.

"Kita akan menggerakkan pemuda PAS dengan kekuatan seramai 5,000 orang petugas yang komited bagi membantu kerja-kerja PRK kali ini," katanya.

Jelasnya, semua jentera di semua peringkat telah pun digerakkan dan kesemua kawasan diarahkan untuk turun membuka bilik gerakan masing-masing.

"Pemuda PAS negeri sendiri akan melancarkan Jentera PRK Pemuda pada 20 Disember ini dengan perancangan mengadakan lebih daripada 50 program bagi menjayakan operasi dan kempen kita.

"Kami juga bekerjasama dengan Pemuda Pakatan Rakyat yang akan turun bersama-sama bagi membantu usaha mencapai kemenangan ini," ujarnya.

Ditanya mengenai peluang, Azman yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat menjelaskan ia cerah memandangkan PAS telah berjaya memenangi tiga Dun di dalam parlimen tersebut.

Pemuda PAS juga katanya, telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negeri Terengganu agar mereka menjalankan tugas dengan profesional dan tidak bersifat berat sebelah.

"Apa yang dibimbangi, sekiranya Dato' Wan Farid dipilih sebagai calon, beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri menggunakan kuasa untuk kepentingan dirinya.

"Jadi, kita minta supaya polis bertindak dengan profesional dan adil," katanya lagi.

Azman berkata, isu pengundi hantu mungkin akan timbul lagi memandangkan daftar pemilih yang digunakan merupakan daftar pemilih yang lama.

Mengulas mengenai kempen PRK ini juga ujarnya, telah dimulakan dengan pemberian wang royalti minyak kepada Terengganu sebagai gula-gula kepada pengundi khususnya di Kuala Terengganu.

"Itupun kita belum pasti adakah rakyat Terengganu akan dapat menikmatinya atau pihak tertentu sahaja," tegasnya.

PAS katanya, mengalu-alukan kedatangan kesemua jentera daripada negeri-negeri termasuk daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat bagi membantu merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada BN.



P 36 Kuala Terengganu -Kekalahan BN Penting Untuk Sedarkan Najib

sekiranya kerajaan Barisan Nasional ikhlas membela Rakyat Malaysia, termasuklah di Terengganu dan khususnya di Kuala Terengganu, maka gambar ini berlaku sekitar Mac 2008, bukan Sabtu lalu.

sekiranya kerajaan Barisan Nasional ikhlas membela Rakyat Malaysia, termasuklah di Terengganu dan khususnya di Kuala Terengganu, maka gambar ini berlaku sekitar Mac 2008, bukan Sabtu lalu.

Adalah penting kepada ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional mempastikan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.

Jika Barisan Nasional menang, Abdullah Ahmad Badawi bersara, dan Mohd Najib Abdul Razak mengganti, maka dikhuatiri Mohd Najib Abdul Razak akan meneruskan tradisi kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, dan mungkin pengganti ini adalah lebih teruk lagi.

Perhatikan, apa yang BERNAMA laporkan sehubungan kalah menang di P 36 Kuala Terengganu kepada Mohd Najib Abdul Razak:

13 Disember, 2008 15:02 PM

Kemenangan BN Di Kuala Terengganu Penting Untuk Bukti Kebangkitan Parti, Kata Najib

KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Bernama) — Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lepas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno.

Sambungan di sini:

http://www.bernama.com/

Jika UMNO kembali unggul, dengan perubahan Mohd Najib Abdul Razak sebagai pemimpin, dan memimpin perubahan parti, gabungan, Rakyat dan Negara, maka ahli UMNO sendiri dan ahli komponen Barisan Nasional perlulah memenangkan calon PAS yang jugak Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh, sekiranya kerajaan Barisan Nasional ikhlas membela Rakyat Malaysia, termasuklah di Terengganu dan khususnya di Kuala Terengganu, maka gambar berikut ini berlaku sekitar Mac 2008, bukan Sabtu lalu.

Jika pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu ini tidak terjadi, adakah wang tersebut diberikan Sabtu lalu? Ataukah di suatu Sabtu 2080 atau 2100 mithalnya?

Dikhuatiri setelah menang di P 36 Kuala Terengganu, bilakah lagi para pemimpin ini akan menjejaki kaki di Terengganu waima di Kuala Terengganu lagi. Berapa banyak lagi hak royalti yang bakal ditangguhkan?

Dijangkakan nikmat ke Kuala Terengganu dan Terengganu berterusan, bila ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional memilih calon PAS yang juga Pakatan Rakyat.

Ingatlah kekalahan Barisan Nasional P 36 Kuala Terengganu adalah kemenangan ahli UMNO, Barisan Nasional, dan Rakyat Malaysia untuk jangka panjang.

Sidang DUN Bajet Negeri Terengganu – YB Wakaf Mempelam Kemuka Usul Tergempar

http://buletinonline.net/images/berita15/img_6428.jpg
Kuala Terengganu – Mesyuarat Yang Ketiga (Bajet )Penggal Persidangan Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 12 (Sidang DUN Bajet) yang dimulakan sekitar jam 9.30 pagi ini (14 Dis) menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam membentangkan satu Usul Tergempar. (Gambar - YB Wahid ketika ditemui pagi ini)


YB Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Bendahari PAS Terengganu telah mengemukakan Cadangan dibawah Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu berkaitan perkara yang mustahak bagi orang ramai.

Beliau yang telah mengemukakan usul tersebut jam 11 pagi menyatakan satu cadangan kepada kerajaan negeri Terengganu supaya menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menyediakan Kertas Putih – Laporan Perbelanjaan Dan Kajian Projek-projek Dana Khas Kerajaan Persekutuan di Negeri Terengganu dari Tahun 2000 - 2008

Beliau yang ditemui pagi ini, sejurus sebelum Sidang DUN bermula berkata, tujuan beliau mengemukakan usul tersebut supaya kerajaan negeri dapat membuat satu ‘Kertas Putih’ berkaitan Perbelanjaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan di Negeri Terengganu untuk rakyat menilai fakta yang sebenarnya.

“Saya akan bentang pagi ini, mungkin ia akan ditolak, kerana Sidang Dewan Undangan Negeri sibuk untuk bajet belanjawan,


“minta supaya kerajaan kaji supaya ada pasukan, setiap satu berkaitan perbelanjaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan di negeri Terengganu, supaya ada ’kertas putih’,”katanya.

Beliau berkata dengan itu kerajaan boleh menubuhkan satu pasukan bagi mengkaji satu persatu berkenaan projek-projek yang telah dilaksanakan melalui perbelanjaan dana khas kerajaan persekutuan.

”Sebagaimana yang disebutkan oleh Menteri Besar, ada projek-projek yang diluluskan sebelum ini yang tidak melalui kerajaan negeri, misalnya jalan yang dibuat dalam hutan bernilai jutaan ringgit dan lain-lain lagi,”tambahnya.

Dibawah disiarkan salinan usul tergempar yang dikemukakan oleh ADUN Wakaf Mempelam.

http://buletinonline.net/images/berita15/usulwahid1412.gif



Tips PRK Kuala Terengganu: Popularkan ABU


 Memandangkan pilihanraya kecil kuala terengganu akan diadakan tak lama lagi, dan masing-masing baik pemimpin mahupun penyokong kecil di kampong-kampung masih berteka-teki siapakah calon yang menjadi pilihan Pas, kita lupakan sekejap soal calon itu, baik kita cipta tagline@slogan@ ‘ayat power’ yang akan digunakan dalam pilihanraya nanti. Untuk itu, saya mencadangkan slogan “ ABU “ yang bermaksud “asalkan bukan UMNO” dipopularkan dan digunakan secara meluas.

Melihatkan seribu macam masalah dan kebobrokan dalam Umno, seperti politik wang, bersikap racist, “bahang projek” dan sebagainya yang sudah diketahui umum, maka slogan ABU difikirkan sesuai.

Slogan ini memberi makna yang begitu mendalam dan sangat relevan dengan situasi politik semasa. Ianya juga memberi makna Seteruk-teruk calon Pas adalah jauh lebih baik dari sebaik-baik calon Umno.

Zaman tampal lambang parti sudah berlalu

Setiap kali pilihanraya khususnya di terengganu, lambang ‘bulan purnama’ memang jauh mengalahkan Umno/BN. Tetapi keputusan jadi sebaliknya. Ini menunjukkan lambang ‘bulan purnama’ tidak memberi kesan yang besar. Oleh itu, diharapkan PRK KT ini, Pas menukar pendekatan kepada membanyakkan banner dan ‘ayat power’. Penggunaan ayat yang ringkas pada banner jauh memberikan kesan yang lebih baik.

Kalau kita tengok kempen pemilihan presiden AS baru-baru ini pun, lebih banyak ‘ayat power’ digunakan. Contohnya, ‘Change’ atau ‘we need change’ yang digunakan Barack Obama. Begitu juga “country first” yang digunakan McCain. Justeru, PRK KT adalah gelanggang terbaik untuk melakukan perubahan.

Jentera PRK Kuala Terengganu Dilancarkan - PAS Tidak Harap Kelemahan Musuh Untuk Menang


http://buletinonline.net/images/berita15/nasaruddinrasmiprkkt.jpg
Kuala Terengganu - Para petugas dan ahli PAS diberi peringatan agar tidak mengharapkan kemenangan parti dari kelemahan musuh sebaliknya mendapatkan kemenangan dari kekuatan parti sendiri.


Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkata demikian ketika melancarkan jentera pilihanraya PAS bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, semalam.

“Pilihan raya adalah suatu perlumbaan. Kita (PAS) usah mencari kemenangan dari kelemahan ‘musuh’ tetapi dapatkan kemenangan itu hasil dari kekuatan diri kita (parti) sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata PAS perlu menggunakan pendekatan kempen yang cermat bagi memenangi hati rakyat dalam usaha mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu mengingatkan jentera parti agar tidak bersikap kasar dan keras terhadap pengundi sepanjang kempen tersebut.

“Kita (PAS) perlu memenangi hati manusia dengan pendekatan yang berhemah dan cermat. Hati-hati manusia tidaklah sekeras ‘batu’ dan boleh menerima perubahan.

“Cara kasar dan ‘keras’ tidak sesuai dan hendaklah dijauhkan dalam kempen-kempen kita (PAS),” ujarnya dihadapan 500 orang para petugas PAS.

Katanya, pendekatan parti kali ini mahukan para pengundi dan rakyat di negeri ini merasa yakin kepada PAS dengan penampilan akhlak yang baik.

Justeru menurutnya, PAS menyertai pilihan raya kecil kali ini dengan tekad mencapai kemenangan kerusi Parlimen tersebut dengan cemerlang.

Katanya, kemenangan PAS adalah amat penting bagi menambahkan lagi satu suara rakyat di Parlimen dan dapat memperkukuhkan kedudukan politik Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali serta kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu, Dr. Abdul Manaf dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing.

Image

Bayar sewa Seri Perdana RM7611 sehari?

Seri Perdana


Rumah YAB TG Nik Aziz. . Rumah YB TG Haji Hadi



Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM


RM6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

Jadi apa nak kita lakukan?

Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita


Calon PAS diumum pada 21 Dis - Ustaz Nasa


Calon PAS yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan ditentukan pada 21 Disember ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata pemilihan calon itu akan dibuat selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di sini, pada tarikh tersebut.

"Bagaimanapun kita akan umumkan nama calon pada satu program lain yang akan ditentukan kemudian selepas mesyuarat khas tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan pilihan raya PAS untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di sini, Khamis.


Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Dato' Haji Mustaffa Ali dan Dato' Haji Wab Abdul Muttalib Embong dalam sidang media selepas pelancaran gerak kerja Piliahn raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas Kuala Ibai.

Nasharuddin yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, berkata pada masa ini kesemua 71 cawangan dalam parlimen berkenaan, diminta mengemukakan senarai calon untuk pilihan raya kecil itu.

Katanya senarai nama tersebut akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS negeri untuk dipertimbangkan sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

"Biasanya, PAS negeri akan mengemukakan tiga nama kepada PAS Pusat untuk mendapat kelulusan bagi pemilihan calon," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan setakat ini, PAS Terengganu belum menerima senarai calon tersebut daripada cawangan-cawangan dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Mengenai kriteria calon yang akan dipilih, beliau berkata: "Calon yang boleh memenangkan PAS."

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa parti itu boleh merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil tersebut, 17 Januari depan berdasarkan kepada senario politik sekarang. Penamaan calon ditetapkan pada 6 Jan.

Katanya parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat juga bersetuju untuk memberikan sokongan kepada PAS dalam usaha untuk merampas kerusi parlimen tersebut.

Nasharuddin berkata parti itu akan mengadakan majlis pelancaran jentera pilihan rayanya di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai di sini, malam ini.





Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut, dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands, 28 Nov Lepas.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Razali mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

kembali setelah seminggu bercuti raya







Alhamdulillah kami telah selamat sampai kembali setelah lebih seminggu bercuti raya di kg. Kami telah tumbangkan dua ekor lembu untuk di korbankan bersama ahli keluarga di kampung.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .