Ikuti Blog ini
Pertemuan Pertama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ,Jumaat, Ogos 29, 2008 at 29.8.08,
Pertemuan tersebut telah dipengerusikan Ketua Pembangkang Baru, Dato' Seri Anwar Ibrahim
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas, YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh.
Selain itu, pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti turut hadir iaitu YB Azmin Ali dan YB Dr Lee Boon Chye dari PKR; YB Nasharuddin Mat Isa, YB Kamarudin Jaafar dan YB Salahuddin Ayub dari PAS sementara YB Lim Kit Siang, YB Lim Guan Eng dan YB Teresa Kok mewakili DAP.
Dalam pertemuan tersebut Dato' Seri Anwar mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus membantu dalam memastikan Parlimen Permatang Pauh kekal di tangan Pakatan Rakyat.
Kemenangan besar dan bilangan pengundi yang tinggi di Permatang Pauh adalah bukti nyata penolakan rakyat terhadap politik perkauman budaya fitnah dan politik wang.
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat buat kesekian kalinya mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.
Dalam pertemuan tersebut juga semua pihak bersepakat untuk mengadakan Perhimpunan Pakatan Rakyat Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan di Permatang Pauh pada 31 Ogos 2008 pada pukul 9:00 malam.
Pakatan Rakyat Kini Semakin Kukuh, Dua AP Terengganu Mungkin Lompat , at 29.8.08,
Menurut beliau, cadangan itu dibuat bagi membolehkan setiap keputusan atau apa juga tindakan yang diambil oleh PR selepas ini dapat diselaraskan di semua negeri yang diperintah pembangkang agar kelihatan lebih selari.
Justeru, cadangan Wan Muttalib tersebut telah mula kelihatan dengan pertemuan pertama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang Tingkat 14, Bangunan Parlimen semalam.
Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Anwar telah dihadiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP Karpal Singh.
Pertemuan tersebut menegaskan kembali pendirian parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan semangat kerjasama masing-masing.
Dalam perkembangan yang sama, dua anggota parlimen dari negeri Terengganu mungkin akan melakukan lompatan, berhijrah meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat.
”Bahkan saya juga terdengar, bahawa kalau ada yang menyeberangi masuk Pakatan Rakyat, maka ada ahli-ahli parlimen negeri Terengganu juga paling kurang dua orang, akan melompat masuk Pakatan Rakyat, “kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ketika berucap di Kampung Tanjung Sabtu semalam.
Menurutnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui semasa berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.
“Di Pulau Pinang, mereka (Parti Gerakan) merancang untuk juga membuat cadangan dalam kongres (Parti Gerakan) yang akan datang supaya keluar daripada BN, disetengah-setengah tempat MCA juga telah berbisik-bisik untuk juga mencadangkan supaya keluar daripada BN,
”mereka semua (parti-parti tersebut) menyalahkan kepada pimpinan Pak Lah (Dato’ Seri Abdullah Ahmad badawi) menyebabkan mereka kalah dalam pilihanraya (umum) baru-baru ini,”ujar Tengku Hassan ketika mengulas tentang kebangkitan rakyat yang sedang berlaku diseluruh negara.
Pada 20 Ogos lalu, tokoh Parti Gerakan Pulau Pinang, Dato' Toh Kin Woon bertindak keluar parti dan menyokong PKR membuktikan bahawa parti itu semakin tidak diterima ramai masyarakat.
Toh pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon kecewa dengan Gerakan kerana terlalu banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh kepimpinan negara.
Mengulas tentang kunjungan hormat pimpinan PAS Terengganu terhadap Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, Dato’ Tengku Hassan berkata Ahmad lebih dilihat sebagai Menteri Besar ‘Yang DiPertuan Agong’ dari dilihat sebagai Menteri Besar UMNO.
”Bukan macam Menteri Besar UMNO, nampak macam Menteri Besar ‘Agong, sebab itu kita pergi ”kata beliau.
Kunjungan hormat kali pertama adalah selepas ADUN PAS mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri Mei lalu, manakala secara rasminya pertemuan kali kedua adalah pada 15 Julai lalu.
Sertai Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen BN mula hantar SMS pada Anwar , at 29.8.08,
KUALA LUMPUR, 29 Ogos - Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menghantar SMS kepada pemimpin Pakatan Rakyat sejak Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.
Demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution semasa ditemui di Lobi Parlimen semalam.
Ujar Saifuddin, ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mula menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.
Beliau percaya ramai ahli Parlimen BN yang mula berteka-teki dan berfikir untuk berhijrah kepada kerajaan baru yang akan dipimpin Anwar dalam jangka masa tertentu.
"Saya yakin semestinya mereka menantikan detik ini yang mana mereka melihat kemasukan Anwar ke Parlimen selepas 10 tahun dinafikan hak, pastinya harapan baru boleh diimpikan," katanya.
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa agenda menukar kerajaan akan lebih awal berlaku dengan signal-signal awal yang diberikan ahli Parlimen BN ini.
Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ia sebagai signal jelas rakyat yang mahukan perubahan dan menolak kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Rakyat menolak BN untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sebagai agen kepada perubahan, saya pasti ia juga signal kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar terus bersatu menjaga amanah yang mereka berikan," katanya.