Ikuti Blog ini

Nizar, 6 MP digantung sidang parlimen



Tujuh ahli parlimen Pakatan Rakyat , termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar". Jumlah tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mereka juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena),Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Kerai)dan Dr. Zulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.


YB.Mahfoz, Dr Hatta, Ust.Taib, YB Gobala dan YB.Zailah bergambar di luar dewan dengan memakai lilitan kepala Bubar Dun.

DS.Nizar dan hampir 10 MP dihalau keluar dewan oleh Speaker

Dato'Ngeh Kor Ham dan YB.Nga Kor Ming bangun dengan memakai lilitan kepala BubarDun dan akhirnya diarahkan keluar Dewan.

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Setelah selesai mengangkat sumpah dan menandatangani surat acara jawatan lalu DS.Nizar melaungkan 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' sehingga Dewan kecoh selama hampir setengah jam.

Selepas itu DS.Nizar memakai lilitan kepala di songkoknya bertulis Bubar Dun diikuti oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.


DS.Nizar sedang menandatangani surat acara jawatan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang




'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan



Mahkamah Tentukan MB Perak, ROS Tentukan Presiden PPP

Meskipun pada asalnya perancangan jahat dibuat manusia itu menampakkan keuntungan dan kelebihan kepada pihak yang merencanakannya, dalam masa yang singkat kesan buruknya akan menimpanya, secara langsung dan tidak langsung.

Bagi maksud diperkatakan, BN mungkin sangat beruntung dengan keputusan Mahkamah Rayuan, 22 Mei lalu, yang membatalkan keputusan lebih awal oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

Lalu seluruh pendokong BN mendakwa keputusan itu paling tepat, demokratik dan berperlembagaan. Sedangkan ia secara zahir pun sudah lari dari tabiat biasa demokrasi dalam menentukan pemilihan sesebuah kerajaan.

Pihak yang sepatutnya menentukan kerajaan ialah rakyat (menerusi pilihanraya) atau wakil-wakil rakyat (menerusi persidangan DUN). Namum kes Perak membuka duluan bahawa penentuan kerajaan yang sah boleh juga dilakukan pihak ketiga, iaitu mahkamah.

Ada yang melihat dari kaca mata politik mengatakan kes Perak bakal membuka lebih banyak kes penentuan kerajaan, samada di peringkat kerajaan negeri-negeri lain mahupun pusat, tidak melalui pilihanraya atau undi tidak percaya di persidangan Dewan. Itu sebenarnya satu amaran awal buat BN bahawa kesan buruk perencanaan jahatnya di Perak bakal kembali dirasainya.

Ada juga yang menilai sudut undang-undangnya. Mereka menjangkakan kes tersebut akan menjadi rujukan berbagai pertikaian selepas ini, terutama berhubung kuasa mahkamah, bidang kuasa istana dan wibawa sebuah pilihanraya.

Kita boleh melihat kes terbaru membabitkan kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) dari perspektif ini. Pertikaian mengenai kesahihan penyandang jawatan tertinggi parti itu kini memening dan memalukan BN.

Menariknya, seperti mana kes Perak menjadikan pihak ketiga (mahkamah) sebagai penentu siapa Menteri Besar yang sah, kes PPP ini pula menjadikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai pemutus kata pertikaiannya.

Sebab itu banyak pihak masih selesa menggunakan istilah 'rampasan kuasa' bagi merujuk kepada pertukaran kerajaan Perak. Istilah yang sama juga mungkin sesuai digunapakai dalam konteks PPP.

Para pemimpin yang memihak kepada 'rampasan kuasa' dalam PPP itu barangkali telah mengambil teladan daripada tindakan dan manipulasi kuasa BN dalam kes Perak tempoh hari.

Bezanya, kes Perak itu amat dibanggakan BN, manakala kes PPP ini pula mungkin salah satu kesan buruk perancangan jahat itu yang mula kembali menimpa BN.

-dipetik dari Rencana-Fikrah-



Nizar angkat sumpah MP Bukit Gantang pagi ini.

amat memeranjatkan mengapa MB Perak YAB Ir Nizar yang memperolehi undi terbanyak di dalam AJK Pas Pusat tidak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak? Bukan kita ingin mengatakan Us Abu Bakar Husin tidak layak untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, tetapi di dalam situasi sekarang, politik yang bergelora di Perak adalah amat bijak dan tepat jika jawatan tersebut diserahkan kepada YAB Ir Nizar. Bukankah YAB Ir Nizar memerlukan segala kekuatan moral dan fizikal di samping kepercayaan dan sokongan untuk menghadapi situasi di Perak sekarang?


Ahli Parlimen Bukit Gantang, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin akan mengangkat sumpah sebaik saja bermulanya persidangan Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau dijangka mengangkat sumpah pada jam 9.30 pagi ini.

Sementara itu sebuah bas yang membawa ADUN Pakatan Rakyat Perak telah berangkat dari Ipoh pada jam 6.15 pagi tadi. Mereka akan berada di Bangunan Parlimen untuk sama-sama menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Kebangkitan PAS turut menarik perhatian Lee Kuan Yew

nik aziz pas


KOTA BHARU : - Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapura itu mengunjungi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.

Menteri Besar berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew ingin mengetahui hubungan PAS dengan Singapura seandainya suatu hari nanti parti tersebut menguasai politik negara.

Menjelaskan perkara itu katanya, PAS mementingkan keharmonian kehidupan dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

"Masyarakat minoriti di negeri ini seperti kaum Cina dan India diberi layanan yang serupa sehingga mereka dapat hidup dalam suasana harmonis," katanya ditemui pemberita selepas menerima kunjungan tersebut.

Menurutnya, menteri mentor negara jiran itu juga memberitahu Kelantan semakin pesat membangun dan bukannya sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini.

Katanya, beliau mendapati bandar Kota Bharu begitu bersih, bukan sebagaimana yang digambarkan sebelum ini. Di samping kehidupan rakyat juga berada dalam suasana aman.

"Allah mencipta orang Melayu, Allah juga cipta orang Cina, India dan sebagainya. Oleh kerana itu saya pandang semua rakyat di negeri ini sama sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.

"Sesiapa yang berpegang teguh kepada jalan Allah akan mendapat balasan syurga tanpa mengira bangsa atau kedudukan, sebaliknya kalau dia bersalah dengan Allah walaupun keturunan Arab akan mendapat balasan neraka," ujarnya.

Pada pertemuan singkat yang penuh bermakna itu, Kuan Yew memberitahu antara tujuannya bertemu dengan Mursyidul Am PAS untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan.

Beliau juga berkesempatan melawat rumah ibadat masyarakat Buddha, dan menemui pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di sini.

"Saya pula menceritakan kepadanya antara negara pertama yang dilawati sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar ialah negara China. Ini kerana negara tersebut menerima Islam lebih awal berbanding Tanah Melayu.

"Saya juga menjelaskan Islam sejak awal lagi memberi kebebasan seperti hak beragama, beribadat, ekonomi dan berbagai lagi sejak awal lagi dan bukannya selepas PBB diwujudkan pada 1948," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, PBB yang bertopengkan hak asasi manusia sebenarnya hanya dikuasai lima negara kuasa besar dengan diketuai Amerika Syarikat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau berbangga menerima kunjungan hormat bekas pemimpin yang bukan sahaja dikenali di peringkat ASEAN, sebaliknya peringkat antarabangsa.

Pada pertemuan terbabit Kuan Yew juga menjemput Menteri Besar Kelantan mengadakan lawatan ke Singapura.

Pertemuan hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran, Ng Eng Hen dan beberapa pegawai kedutaan Singapura.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemani Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Dato' Husam Musa, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Dato' Mohd Amar Abdullah. Harakahdaily.



MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew (kiri) yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau yang juga Mursyidul Am PAS di pejabatnya hari ini. Lee, 85, yang juga Bapa Singapura Moden melakukan kunjungan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lepas.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .