Ikuti Blog ini

Saiful, kalau tak rela kenapa biarkan ditikam belakang?



Laporan polis ini dibuat pada 28 June 2008 @ 5.45 PM oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan,

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR." (sumber rockybru.blogspot.com)

Berdasarkan laporan polis ini, Saiful mengadu diliwat @ sama maksudnya beliau telah dirogol oleh DSAI. Kejadian ini pula telah berlaku banyak kali kerana . Saiful ini baru berkerja dengan DSAI kira-kira 3 bulan. Agaknya sudah berapa kali beliau "diliwat" oleh DSAI?
Sesiapa pun yang berakal waras akan meragui kesahihan laporan polis ini. Maka banyak teori konspirasi yang wujud. Petang ini saya tak nak tambah teori2 itu, tetapi sekadar melontarkan beberapa persoalan tentang "cara2 Saiful diliwat" :

1) Usia Saiful 23 tahun manakala usia DSAI dah 60 tahun++ : macamana agaknya DSAI nak "menonggengkan" si Saiful ini tanpa kerelaan Saiful? Kalau tengok saiz badan Saiful, kuat jugak orangnya. Takkan boleh kalah dengan pakcik usia 60an? Ingat senang ke nak londehkan seluar orang? Pegang 2-3 orang pun belum tentu dapat londehkan tau. Ini pulak DSAI sorang2. Kalau ada orang lain tolong pegang, tentu dah ada tulis dalam report tu kan?

2) Kalau tak rela tentunya ada kesan pergelutan @ pergaduhan antara kedua2nya. Tentu sekali terdapat kecederaan pada kedua2 pihak. Lebam biji mata ke. Tentu sekali dalam kondo tu, banyak perabot dan barang, kenapa tak ambik barang2 tu, hempok muka DSAI masa pergelutan tu. Atau pun DSAI hempok Saiful sebab melawan masa nak rogol @ liwat Saiful tu. Mangsa rogol (perempuan) pun akan melawan, kenapa Saiful tak lawan? DSAI terlalu kuat? Terlalu lemah ke si Saiful ni? Tak berjuang langsung mengelakkan dirinya dari diliwat?

3) Dah tu pulak, bukannya sekali dia mendakwa diliwat, kenapa tak lapor bila kali pertama kena? Apa nak takut? Kenapa sekarang berani pulak?

Entah apa-apa tuduhan yang tak masuk akal. Kalau tak rela kenapa biarkan ditikam belakang? Dah tu, bukannya sekali, banyak kali pulak tu. Inilah tanda akhir zaman, manusia tidak lagi takutkan Allah, fitnah bermaharajalela.

DSAI- Ulasan KJ -teori baru



Tiada yang lebih menarik perhatian saya dari ulasan kepimpinan BN melainkan dari Khairy Jamaludin. Ulasannya diluar kebiasaan dan arus kepimpinan BN. Bukan menongkah arus tetapi melahirkan teori baru- mirip kenyataan Tun Mahathir ketika DSAI hadir mahkamah dengan lebam mata. DSAI pukul mata sendiri. Kata KJ, DSAI mungkin menyuruh pegawainya melaporkan sendiri untuk meraih simpati. Selepas itu dakwa ada orang mengancam nyawa. DSAI pandai berpolitik menarik simpati- ulas KJ.

Sememangnya orang yang akur pada arahan Al Quran tidak akan menerima tuduhan liwat melainkan yang menuduh mendatangkan 4 saksi. Rasanya KJ melepaskan diri dari bersama orang yang akan disebat 80 rotan jika Islam dilaksanakan. Beliau tidak menyambung tuduhan DSAI liwat tetapi memberikan teori baru.

Kini BN mempunyai dua peluru. Pertama - DSAI mesti dibuktikan meliwat walau dengan apa cara sekalipun- jika dulu tilam yang diusung, kini jika perlu kondo akan dijunjung ke mahkamah. Kedua- DSAI memang mencari simpati politik dengan menyuruh pegawainya melaporkan kepada polis. Sememangnya ianya lebih mudah dengan menyuruh saiful mengaku ianya melaporkan kes itu dengan arahan DSAI sendiri- senang dan mudah. Kedua duanya bertujuan memperlihatkan DSAI tak boleh dipercayai memimpin Malaysia.

Kedua dua teori tersebut akan menyibukkan masyarakat malaysia. Isu PROTES yang akan menganjurkan perhimpunan tidak lagi dibincangkan. Perhimpunan itu mungkin akan gagal melainkan sesuatu lompatan spring mengejutkan bagi menyegarkan kembali rakyat terhadap isu minyak dilakukan.

Saya lebih memilih BN akan menggunakan teori yang lebih mudah seperti ulasan Khairy. Mereka tak perlu bersusah payah mencipta dan mereka teori dan bukti serta mencari pelakon tambahan. Jalan ceritanya akan menjadi lebih panjang. Di penghujung siasatan, kenyataan akan dikeluarkan oleh saiful DSAI yang mengarahkan laporan Liwat. Saiful Bahri pun tak payah susah berlakon panjang. Wataknya boleh dimatikan dan rakyat lebih mudah mempercayainya.

Matlamat isu ini dicipta hanya

1. Menenggelamkan isu Altantuya.
2. Melupakan rakyat isu minyak.
3. Tiada lagi isu pengambil alihan kerajan pusat.
.
Bagi membuktikan DSAI terlibat liwat amat sukar kerana

1. Mahkamah telah membersihkan DSAI.
2. Rakyat dah tak percaya lagi DSAI liwat.
3. Watak utama Saiful telah terdedah.

Sewajarnya kita berhati hati menangani isu ini kerana takkan mungkin Dolah, Najib dan kuncunya seperti Bakri akan memilih jalan Tun yang pernah gagal di saat Tun memiliki kuasa dan cengkaman yang kuat terhadap kerajaan. Fikir fikirkanlah!!!!!

Dua Laporan Polis Dibuat Keatas Cubaan Mencabul dan Meliwat Seorang Pegawai OCPD


Kuala Terengganu - Dua polis berpangkat Lans Korporal telah membuat laporan polis menuduh ketua mereka seorang pegawai berpangkat OCPD satu daerah luar bandar di Terengganu telah cuba ‘meliwat’ mereka di dua tempat berasingan.

Laporan polis yang pertama telah dibuat pada Khamis lalu, dimana seorang polis berumur 22 tahun telah mendakwa ketika dia tidur di rumah pegawai polis berkenaan sekitar pertengahan Mei lalu, tiba-tiba seseorang telah memeluknya dari belakang .

Dalam laporannya, polis tersebut telah mendakwa pegawai atasannya itu telah memeluk dan menciumnya sekitar jam 3 pagi.

Lans Korporal tersebut juga telah mendakwa pegawainya itu telah ‘melorohkan’ seluar pendeknya (boxer) kebawah dan cuba meliwatnya.

Walau bagaimana pun menurut Lan Korporal tersebut dia dapat melepaskan diri dan bersembunyi disalah sebuah bilik sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Laporan polis yang kedua keatas pegawai polis berpangkat OCPD yang sama telah dibuat pada hari yang sama oleh seorang lagi sanggota polis berumur 21 tahun yang mendakwa pegawai atasannya itu telah mengarahkan beliau mengiringinya ke bilik tidur di tingkat dua sebuah rumah rehat disini, pada awal Mac lalu.

Anggota polis tersebut juga mendakwa OCPD tersebut telah cuba mencabul dan meliwatnya.

Menurut laporan akhbar The Star Online kedua-dua laporan tersebut telah di buat di Kota Bharu, Ibu Pejabat Polis Kelantan

Seorang polis atasan yang lain telah mengesahkan laporan tersebut telah dibuat, dan dua anggota yang berpangkat Lans Korporal tersebut telah ditukarkan ke kawasan lain bagi memudahkan penyiasatan dijalankan.

Sumber lain yang boleh di percayai memaklumkan kepada Buletin Online, kedua-dua perlakuan cubaan mencabul dan meliwat tersebut telah berlaku di daerah Setiu, kira-kira 60 kilometer dari sini.

Pegawai Polis berpangkat OCPD tersebut gagal dihubungi kerana dikatakan sdang berkursus manakala para pegawai lain di daerah berkenaan tidak berani untuk memberikan sebarang komen, tambah Sumber tersebut.

TRAGIS: Kemalangan yang membabitkan tujuh kereta, sebuah lori trailer, sebuah lori kecil dan lima motosikal di persimpangan lampu isyarat menuju ke Bandar Puchong Jaya dekat sini, hari ini.

Anwar keluar dari Kedutaan Turki jam 6.45 petang



KUALA LUMPUR:
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari rumah rasmi duta Turki di Kuala Lumpur, tempat beliau berlindung sejak pagi Ahad lalu, dan menuju ke rumahnya.

Anwar berjalan keluar dari rumah itu, yang terletak tidak jauh dari bangunan kedutaan, dan memasuki kenderaan kira-kira jam 6.45 petang ini.

anwar saiful bukhari sodomy allegations turkish embassy release 300608Bekas timbalan perdana menteri itu kemudian bercakap ringkas kepada kumpulan kira-kira 50 wartawan di luar pagar rumah rasmi tersebut.

Beliau berkata jaminan keselamatan yang diberikan oleh menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim mendorong beliau meninggalkan rumah duta berkenaan.

Anwar menambah, dakwaan liwat terhadapnya susulan rancangannya untuk mengumumkan akan bertanding pilihanraya kecil, minggu ini.

Katanya, beliau juga akan mengumumkan penyertaan empat ahli parlimen komponen BN, termasuk dua dari Umno, bersama pembangkang minggu ini.

Sebelum itu seorang peguamnya Sankara Nair tiba di kedutaan tersebut jam 6.15 petang.

Manakala isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR tiba kira-kira jam 6.40 tadi dan naib presidennya Azmin Ali sampai lima minit sebelumnya.

Bercakap ringkas kepada media, Azmin berkata pihaknya berpuas hati dengan jaminan keselamatan kerajaan.

Malaysiakini difahamkan beliau pulang ke rumahnya di Bukit Segambut sebelum mengadakan sidang akhbar jam 9 malam di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Sementara itu, penyokong Anwar juga diminta berkumpul di tempat yang sama malam ini untuk mendengar amanat pemimpin tersebut.

Kenyataan media Pakatan Rakyat




Oleh Biro Penerangan PKR
Isnin, 30 Jun 2008

PAKATAN Rakyat percaya bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya beliau meliwat seorang pembantunya tidak lebih daripada hanya pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politik beliau.

Ini dilakukan sebagai tindakbalas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.

Skandal 1998 telah memperlihatkan bagaimana seluruh institusi negara dimanipulasi bagi kepentingan pihak tertentu yang akhirnya dibuktikan satu demi satu pada hari ini. Kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar. Proses membangunkan semula negara akan terganggu dan memakan masa. Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini.

Oleh kerana kredibiliti Polis DiRaja Malaysia sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara pada ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu skandal 1998, kami menuntut agar suatu badan bebas khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini.

Dato' Seri Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar. Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini.

Dokongan Terhadap Gabungan PROTES

Kami juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak hilang fokus terhadap permasalahan sebenar yang memberikan kesan kepada kehidupan harian iaitu kenaikan harga minyak yang telah dibuat tanpa kewajaran. Sekali lagi Pakatan Rakyat mengulangi sokongan penuh kepada Gabungan Protes yang berkempen mendesak penurunan harga minyak sebagai langkah utama untuk mengurangkan beban rakyat. Pakatan Rakyat akan turut hadir bersama Gabungan Protes pada 6 Julai 2008 di Padang Timur, Petaling Jaya untuk memberi sokongan penuh kepada rakyat.

YB Dr Wan Azizah Wan Ismail YB Ustaz Nasharudin Mat Isa YAB Lim Guan Eng
Presiden PKR Timbalan Presiden Pas Setiausaha Agung DAP

KEDUTAAN TURKI



Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM

'Kami mahu umum pilihanraya kecil'



Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berlindung di kedutaan Turki, mendakwa laporan polis menggemparkan terhadapnya dibuat bagi menghalang beliau bertanding semula dalam pilihanraya.

"Inilah niat mereka. Anda tahu, kami akan mengumumkan satu pilihanraya kecil dalam satu pilihanraya kecil," kata penasihat PKR kepada agensi berita AFP.

"Saya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, polis juga sudah mengetahui (perancangan) itu."

Sementara itu, satu pasukan polis termasuk unit forensik hadir di kondominium di Desa Damansara - tempat yang didakwa berlaku kejadian liwat tokoh utama pembangkang itu - tengah hari tadi.

Lima buah kenderaan, bersama 15 anggota, kelihatan berada di sana lima jam untuk mengambil bahan-bahan bukti berhubung siasatan terhadap Anwar yang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pembantu di pejabatnya 26 Jun lalu.

Siasatan tersebut termasuk rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), laporan buku kedatangan dan kenyataan pengawal keselamatan.

Bilik kondominium itu dipercayai dihuni oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kumpulan wartawan, termasuk agensi media luar negara, menanti di tempat kejadian sejak jam 12 tengah hari.

Pasukan polis kelihatan meninggalkan kondominium itu jam 5 petang ini.

Anwar Telah Diberi Amaran Tentang Saiful



kemaskini 3:15pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.

Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.

Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Mohd Saiful mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya" yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."

"Saya juga beri beberapa pautan blog tentang budak (Mohd Saiful) itu. Tidak tahulah sama ada dia baca atau tidak," kata sumber.

Anwar juga didakwa tidak memberikan sebarang respons kepada emel itu.

Malaysiakini difahamkan, malah Anwar pula yang menyarankan sindiran-sindiran terbuka terhadap pembantunya itu ditarik balik apabila wujud tulisan-tulisan blog yang meraguinya – terbaru, arahan itu dikeluarkan minggu lepas.

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas Yusof, pegawai khas Datuk Seri Najib Razak.

Foto-foto pemuda itu dengan beberapa menteri seperti Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mustapa Mohamed turut diedar - ketiga-tiganya menafikan pembabitan dengan kes terbaru Anwar.

Najib juga menafikan penglibatannya dengan kes sensasi ini.

Sumber-sumber memberitahu lagi, Mohd Saiful disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi.

"Selepas proses pemilihan ketua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), walaupun dari segi undian berada di tempat kedua atau ketiga tercorot, beliau berjaya mempengaruhi orang lain yang dapat undi lebih tinggi daripadanya agar memilih beliau sebagai timbalan presiden."

Pemimpin majlis itu bagi sesi 2006/07 didakwa lebih menonjol daripada presiden sendiri kerana bijak mempromosikan diri sendiri, tambah sumber yang pernah mengenalinya.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber.

Anak kelahiran Johor yang membesar di Damansara itu dipercayai mendekati pentadbiran pejabat Anwar melalui teman lamanya Rahimi Osman yang ketika itu bertugas di pejabat berkenaan.

Kedua-dua rakan sebaya itu dipercayai berkenalan sejak berumur 13 tahun kerana belajar di sebuah sekolah yang sama di Damansara.

Rahimi bertanggungjawab menyelaraskan jadual dan mengiringi ketua umum PKR itu dalam program-program yang dihadirinya ketika pilihanraya Mac lalu – kali pertama Mohd Saiful dilihat bersama kumpulan penyokong dekat Anwar.

Namun, selepas Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat itu lebih kurang sebulan lepas, tugas-tugas itu diambil alih oleh Mohd Saiful.

"Tidak pasti bagaimana proses dia masuk, mungkin waktu itu tidak ada orang," kata sumber, sambil menambah, jawatan anak muda itu di pejabat Anwar "tidak jelas".

"Dalam kad nama dia, hanya bertulis nama dan dan pejabat Anwar (tanpa nama jawatan)."

Usaha mendapatkan reaksi daripada Mohd Saiful sehingga kini gagal. Beliau tiada di rumah bapa saudaranya di Bandar Utama sewaktu lawatan Malaysiakini tengah hari tadi.

JENAMAKAN SEMULA KEMPEN '1 KELUARGA 1 HARAKAH'


PAS pernah melancarkan kempen '1 KELUARGA 1 HARAKAH'. Selepas dilancarkan oleh Tuan Guru Presiden, adalah terjumpa sekali-sekala iklan dan sticker kempen tersebut. Memang kempen ini perlu diadakan demi menggalakkan ahli dan penyokong PAS khususnya membeli akhbar kesayangan ini. Tetapi, kempen itu tidak kita ketahui sejauh mana kesannya? Berapakah kadar peningkatan jualannya?

Perhimpunan solidariti untuk Anwar di Parlimen esok


Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti 'Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar' di Parlimen esok (30 Jun).

Himpunan itu akan diadakan pada jam 1.00 petang sewaktu dewan berhenti sebentar untuk waktu rehat, kata satu kenyataan KeADILan hari ini.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, katanya.

Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki - berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan - berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari._

Kenyataan Anwar Ibrahim Mengenai Laporan Polis


29 hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.


ANWAR IBRAHIM
Office of Anwar Ibrahim
info@anwaribrahim.com

Tuduhan ke atas Anwar: Lagu Lama d beri nafas baru?



Belum pun terjawap pelbagai persoalan dan krisis d tanahair (dari krisis kepimpinan pemerintah, kenaikan harga minyak yang membebankan, kisah pembunuhan model yang menjadi kes high profile, jenayah yang semakin berleluasa antaranya), kini timbul tuduhan ke atas pemimpin PKR, DS Anwar Ibrahim.

Laporan malaysiakini.com mengimbau sejarah.

Kisahnya sama seperti tahun 98 dulu. Kalau kini kita biasa d usik nostalgia dengan lagu lama d beri nafas baru (biasanya penyanyi baru atau rentak lain sikit), kali ini tuduhan ini ada juga unsur nafas baru.

Setidaknya yang menuduh muka baru. D era PM "baru". Mungkin ada yang berperanan main watak "baru" (dulu d pihak sana, kini d pihak sinun!)

Cuma kenkadang "lagu lama" kurang berahi, d tolak pendengar.

Apa "lagu lama" ini Character assassination atau diverting the real issue?

Masih ingat Operasi Lalang? Kala pemerintah hadapi krisis, isu boleh d main. Sutradara memainkan skrip dengan paluan gendang, maka lakunan d mulakan. Pelakun utama bergerak ikut rentak. Menarik emosi dan amarah terbanyak. Amarah membuak. Hasil lakunan pelakun upahan.

Yang d mangsakan bukan pelakun, tapi penonton d luar lakunan - ratusan pimpinan pembangkang d sumbat ke Kamunting!

Moga rakyat matang bertindak!

Shaiful Bukhari Azlan Bersama Mustafa Muhammad

Saiful Bukhari Azlan bersama Sharil Samad

Fitnah Liwat ke Atas Anwar dibuat budak Pejabat NAJIB


Satu gambar telah didedahkan Malaysia today pagi ini maklumat siapa Saiful Bukhari Azlan, gambar tersebut diambil bersebelahan thintank terbaru Najib menggantikan Razak Baginda, pembantu atau thinthank Najib kharil Anas Najib ini juga lulusan UIA, Saiful Bukhari dikatakan buangan universiti,

Berita yang mengejutkan Najib, Musa Hassan dan gani Patail terlibat dalam rancangan jahat terbaru tuduhan liwat keatas Anwar, dan kita jangan terkejut kiranya dalam waktu terdekat Najib mengumumkan melawan Paklah dalam jawatan Parti Umno. kini najib makin terdesak kerana tekanan isteri curangnya Rosmah.

Bersedia Gelombang reformasi kedua!!!

Kerajaan Selangor tiada kompromi dalam isu rasuah - Khalid

Kerajaan negeri Selangor memandang serius beberapa dakwaan kejadian salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan pejabat Menteri Besar dan anak syarikat negeri seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana.

Bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan yang telus, adil dan bertanggungjawab, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dengan gejala rasuah.

Malah, kerajaan negeri menyeru Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat penyiasatan yang telus dan adil, di samping bersedia memberi kerjasama kepada BPR, tegas Menteri Besar, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim melalui sekretariat akhbarnya, kepada Harakahdaily, hari ini.

Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang tampil memberikan laporan berhubung isu salahguna kuasa dan rasuah.

Sementara itu, Khalid memberi jaminan bahawa segala siasatan yang dilakukan pejabat Menteri Besar dan BPR yang melibatkan bekas pegawai kanannya, Yahya Sahri akan dibuat secara telus dan adil.

Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor mengucapkan penghargaan kepada Yahya atas sumbangan beliau terhadap parti dan diberi peranan dalam parti.

Sebelum itu, dalam mesyuarat perhubungan negeri bersama semua ketua bahagian parti yang diadakan kelmarin, semua ketua bahagian menyatakan sokongan penuh kepada Khalid dalam menjalankan agenda kerajaan negeri bagi merakyatkan ekonomi Selangor.

Tiada campur tangan Anwar dalam lantikan KDEB - Ahmad Rusli

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebuah entiti perniagaan yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

Sebagai sebuah entiti perniagaan KDEB bertanggungjawab penuh kepada pemegang saham dan menguruskan urusan perniagaan sebaik mungkin demi tanggungjawab terhadap pemegang saham.

Kewujudan jawatan sebagai penasihat kepada Presiden mana�mana syarikat bukan satu yang asing dan begitu jugalah kepada Presiden KDEB, kata satu kenyataan badan itu hari ini.

Kenyataan itu dibuat oleh Penasihat Khas Presiden KDEB, Ahmad Rusli Ibrahim.

Sejak September 2004, sebaik sahaja selepas dilantik menerajui KDEB, cabaran Dato� Karim Munisar selaku Presiden KDEB cukup besar, katanya.

Sasaran presiden baru pada ketika itu ialah menaikkan daya saing dan produktiviti KDEB dan entiti di bawahnya yang sememang dalam keadaan tidak memberansangkan, katanya.

Akaun syarikat dan pelaburan syarikat perlu disusun untuk itu telah dilantik penasihat kewangan kepada Presiden KDEB untuk menyusun semula perancangan strategik berkaitan kewangan, katanya.

Selain itu demi mendepani perbagai masalah berkaitan undang� undang maka penasihat undang undang korporat kepada Presiden KDEB juga telah dilantik, ujarnya.

"Ternyata tindakan dan pemilihan penasihat yang betul telah membantu Presiden KDEB memacu syarikat sehingga KDEB dan entiti di bawahnya khususnya.

"Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah berjaya menjadi entiti perniagaan yang berdaya saing dan disegani semula," kata kenyataan itu.

Dunia perniagaan perlu bergerak seiring dan berubah segera sebagai respon terhadap persekitaran untuk mengekalkan daya saing, katanya.

"Seiring dengan perubahan dan meneliti impak PRU 12 maka beberapa perubahan perlu dilakukan. Seperti KDEB perlu memainkan peranan besar dalam membantu memenuhi tanggungjawab terhadap pemegang saham utama iaitu kerajaan negeri yang telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," ujarnya.

Maka sudah tentu Presiden KDEB memerlukan satu penasihat khas untuk meneliti ke arah merialisasikan perkara ini, katanya.

"Pada April 2008 saya telah dinamakan sebagai Penasihat Khas kepada Presiden KDEB.

"Maka kenyataan yang menyatakan saya sebagai Penasihat KDEB ialah fitnah dan tidak berasas. Saya merupakan kakitangan KDEB yang bertanggungjawab terus kepada Presiden KDEB.

"Saya tidak punya kuasa eksekutif dan bukan ahli lembaga pengarah mana�mana syarikat dibawah KDEB. Selain saya seorang penasihat Ekonomi juga telah dinamakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada KDEB," katanya.

Ahmad Rusli menjelaskan bahawa bidang tugasannya ialah untuk mengukuhkan dan membina hubungan dan jaringan kerja baik antara pemegang saham, pengursan sumber, pelabur juga sektor korporat dan awam.

"Saya juga diberi amanah untuk memerhatikan dan menasihati Presiden KDEB perubahan strategik khususnya untuk Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad.

Dengan pengalaman dan hubungan baik dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara khususnya Timur Tengah Ahmad Rusli berkata beliau juga diamanahkan untuk menasihatkan Presiden KDEB mengenai peluang pelaburan baru dan mempertingkatkan keuntungan pelaburan sedia ada.

"Lantikan saya dalam KDEB ini adalah tanpa pengetahuan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kemasukan saya demi mempertingkatkan keuntungan syarikat dan memastikan KDEB akan terus menyumbang seiring dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Pimpinan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

"Namun setelah desas desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saja juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 25 Jun 2008, 3 petang kepada Presiden KDEB," ujarnya.

Polis mula tahan peserta himpunan di Sogo




KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pihak berkuasa polis bertindak menahan enam peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo. ImageKeadaan kini semakin kecoh apabila polis dan FRU bertindak menghalang perarakan aman tersebut yang kini sedang melewati jalan raya di hadapan Sogo.

Mereka yang ditahan adalah kelompok himpunan yang berarak dari berbagai lokasi yang mula berarak sejak jam 3.00 petang tadi.

Mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan 'Bob' juga ahli AIC. Mereka kini dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan.

Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut.

Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari.

ImagePihak SB tersebut meminta Wan Zahari agar menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya.

Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.

Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti.

Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk).

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

ImageSelain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo.

Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah.

Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini.

Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta.

ImageUjarnya, tindakan yang dibuat polis secara tiba-tiba ini amat mengecwakan malah melambangkan betapa pasukan polis tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun.

Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun.

Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut./wann _

Yahya akui tiada akaun kedua pungut derma untuk KeADILan


Isu penyaluran wang syarikat korporat menyumbang kepada akaun Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sempena majlis perayaan 100 hari Pakatan Rakyat lebih rumit dengan pengakuan bekas pegawai tugas-tugas khas menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri semalam.

Yahya dalam satu ulasannya mengenai isu itu menjelaskan bahawa akaun kedua untuk memungut derma kepada KeADILan 'tidak wujud'.

Tidak ada surat-menyurat daripada pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta syarikat korporat menyumbang wang untuk majlis perayaan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

Tidak ada akaun kedua yang dibuka untuk tujuan itu, tiada transaksi dan tidak ada pungutan wang," katanya lagi.

Isnin lalu Yahya telah meletakkan jawatan pegawai tugas-tugas khas dan Setiausaha Perhubungan KeADILan Selangor.

"Kenyataan menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan (bekas pemimpin kanan KeADILan) Ezam Mohd Nor) tidak benar," katanya dalam satu laporan akhbar.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pesuruhjaya PAS itu bahawa partinya tidak diberitahu mengenai pungutan wang daripada syarikat swasta untuk menjayakan majlis sambutan tersebut, 20 Jun lalu.

Sementara kelmarin, Ezam mendakwa Pejabat Menteri Besar Selangor telah membuat surat dan menghantarnya kepada banyak syarikat supaya memasukkan wang ke dalam akaun milik individu.

Berhubung kenyataan itu Yahya berkata, majlis sambutan 100 hari itu diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya oleh Pakatan Rakyat.

Tambahnya, urusan kewangan untuk program tersebut juga tanggungjawab kerajaan negeri.

"Memang pada peringkat awal, Pakatan Rakyat mahu menganjurkan program tersebut tetapi ia dibatalkan dan diberikan kepada kerajaan negeri.

"Apabila ia dianjurkan oleh kerajaan negeri, secara automatik pembabitan parti tidak perlu lagi," ujarnya.

Beliau dilaporkan mengakui mengirim surat atas nama KeADILan dan menggunakan satu akaun tetapi tiada derma dimasukkan ke akaun tersebut.

Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataannya baru-baru ini mengesahkan sejumlah kutipan 'yang tidak perlu' telah dimasukkan ke akaun KeADILan, sepatutnya untuk kerajaan negeri.

Khalid berkata demikian selepas mengumumkan penggantungan tugas Yahya sebagai pegawai kanan di pejabatnya selama dua bulan.

Namun dalam reaksi Yahya mengenai isu itu, Yahya bagaimanapun berkata bekas ketuanya itu tidak merujuknya sebelum membuat kenyataan tersebut dan beliau tidak pernah diberikan peluang menjelaskannya.

Pemuda PAS dan AMK Sabah lancar bantahan kenaikan harga minyak

Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan (AMK) Sabah melancarkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) bagi memprotes kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Anuar Ali berkata, setakat ini PAS dan AMK Sabah telah melancarkan dua lokasi kempen iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Kian Kok dan sempena Sukaneka Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Pantai Barat pada 21 dan 22 Jun lalu.

Beliau menambah, kempen bantahan kenaikan harga minyak berakhir pada 31 Jun dan masyarakat menerima baik kempen yang dilancarkan dengan menurunkan tandatangan tanpa mempersoal tindak tanduk penganjur.

Reaksi positif dan sokongan masyarakat terhadap kempen yang dilancarkan menambah semangat penganjur untuk berkerja keras mengutip bantahan.

Tambahnya, rata-rata tandatangan yang diturunkan tidak berpuas hati bukan sahaja kerana kenaikan harga minyak dan mendesak kerajaan menurunkan harga bahan bakar tersebut malah, mereka juga tidak berpuas hati dengan pemerintahan Dato Seri Abdullah Ahmad Badwi yang kurang bijak mentadbir negara.

"kita akan pastikan desakan rakyat yang di buat di seluruh negara mampu memberi tekanan kepada PM sama ada menurunkan harga bahan bakar tersebut atau mendesak beliau turun dari pimpinan negara", katanya ketika ditemui di pejabat Pemuda semalam.

Sehingga kini hampir 2,000 orang telah menurunkan tandatangan bantahan tersebut dan di jangkakan seramai 10,000 orang akan mendatanganinya sehingga akhir bulan ini.

Berkait isu minyak, rakyat Sabah juga menyatakan rasa terkilan dengan kerajaan disebabkan oleh pembahagiaan royalti minyak yang tidak adil terhadap negeri ini dan mahu kerajaan menaikkan royalti minyak rakyat Sabah selaku negeri pengeluar minyak, kata Anuar.

"Tidak logik sebuah negeri ( Sabah ) yang kaya dengan hasil bumi, tetapi rakyatnya hidup susah di negeri sendiri".

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Sabah, rakyat Sabah yang belum menurunkan tandatangan protes dapat berkerjasama di setiap kawasan kempen yang dilancarkan.

Larangan media, perang mulut Nazri-BNBBC masih berterusan

Perang mulut antara Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz, berhubung isu menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen Selasa lalu, terus berlarutan.

Selepas melabelkan BNBBC seperti kebudak-budakan, Rabu lalu, Nazri semalam mencabar pula kelab itu supaya mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memecat beliau sebagai menteri.

"Jika mereka tidak mahu berbuat demikian Isnin ini, jangan banyak cakap. Kalau tidak tahu peraturan, duduk diam-diam," tegasnya dalam satu laporan media semalam.

Nazri membuat cabaran itu ketika mengulas kenyataan Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, kelmarin, yang membidas beliau kerana mengkritik kelab itu mengambil keputusan sendiri membuka pita menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen.

Tindakan yang dilihat mengingkari keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, itu dibuat oleh BNBBC kerana mereka tidak bersetuju dengan peraturan yang menyusahkan petugas media.

Rabu lalu, Nazri yang kecewa dengan tindakan BNBBC itu, menganggap perbuatan berkenaan seperti kebudak-budakan dan contoh buruk kerana keputusan membuka atau menutup kawasan lobi daripada petugas media belum diputuskan Speaker.

Tiong bagaimanapun membalas kritikan Mohamed Nazri yang disifatkannya sebagai melampau dan BNBCC dilaporkan akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan tindakan yang akan diambil berikutan kenyataan menteri berkenaan.

Isu itu bermula pagi Selasa lalu apabila wartawan yang bertugas membuat liputan persidangan Dewan Rakyat terkejut dengan kewujudan pita halangan yang menghalang mereka memasuki Lobi Parlimen dengan alasan tidak mahu melihat kawasan berkenaan 'bercelaru'.

Bagaimanapun, arahan itu ditarik balik semula keesokan harinya berikutan bantahan pelbagai pihak, terutama wakil media.

Mohamed Nazri yang mempertahankan kenyataannya terhadap BNBBC menjelaskan kelab itu tidak pernah menemuinya untuk membincangkan isu berkenaan.

"Mereka sebaliknya bertindak melulu tanpa berjumpa saya sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, untuk mendapatkan penjelasan. Mereka perlu ingat ini Parlimen, kita tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya.

"Kalau tidak puas hati, bawa isu itu ke dalam Dewan Rakyat dan bukannya bertindak seperti itu. Bagaimana sebuah kelab yang dilantik oleh Perdana Menteri lebih tinggi kuasa daripada Speaker," katanya.

Mohamed Nazri juga kesal dengan tindakan Ting yang dianggap seperti 'kacang lupakan kulit' kerana beliau sendiri yang mencadangkan Ahli Parlimen Bintulu itu mengetuai BNBBC.

Hentikan penyiksaan, bebaskan semua tahanan ISA - Wan Azizah



Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Dr Wan Azizah dalam satu perutusan sempena sambutan 'Hari Menentang Penyeksaan Sedunia pada 26 Jun lalu menyery mana-mana pihak menghentikan penyeksaan atau penderaan yang kian giat berlaku di seluruh dunia.

"Kami dari Pakatan Rakyat mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar segala penyeksaan dan penderaan yang berlaku di seluruh pelusuk dunia, baik disebabkan oleh perang mahupun hasil daripada pentadbiran kuku besi rejim pemerintah sendiri, ditamatkan segera atas prinsip kemanusiaan dan keadilan sosial," kata Wan Azizah.

Setakat 26 Jun lalu hanya 142 buah negara mengiktiraf Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Tidak Berperikemanusiaan, ujarnya.

Namun kata Wan Azizah, paling dikesali Malaysia adalah salah sebuah negara yang tidak mengiktiraf konvensyen tersebut.

"Adakah Kerajaan Malaysia tidak bersedia mengiktiraf konvensyen yang sudahpun diterima oleh negara-negara ASEAN lain seperti Cambodia, Indonesia dan Filipina?

"Hakikatnya, cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditolak dan penderaan dalam tahanan terus berlaku.

"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih dikekalkan dan menyaksikan penyeksaan terbaru ke atas Sanjeev Kumar di Kem Kamunting dalam penahanan 60 hari pada Mac tahun ini," katanya.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah berkali-kali mengemukakan usul serta pertanyaan berkenaan ISA dalam sidang parlimen lepas, katanya.

Namun semua ini telah ditolak oleh Dewan Rakyat, antaranya termasuk pertanyaan beliau sendiri berkenaan tahanan pemimpin Hindraf dan 20 tahanan yang mencapai enam tahun, ujar Wan Azizah.

"Kami akan meneruskan segala usaha untuk mendesak Kerajaan membebaskan semua tahanan dan memansuhkan ISA yang mencabuli hak asasi manusia dan melanggari prinsip demokrasi.

"Akhirnya saya menyeru agar semua lapisan masyarakat yang cintakan keadilan sosial dan kemanusiaan untuk hadir program Malam Himpunan Rakyat Anti ISA yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada Sabtu ini (28 Jun)," katanya.

Bersihkan nama isteri TPM dengan dakwa Raja Petra? - Mohamad Sabu


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa pihak berkuasa mendakwa pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin kerana membuat tuduhan yang serius terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, tuduhan Raja Petra dalam akuan bersumpahnya terhadap kes pembunuhan Altantuyaa Shaariibuu itu sesuatu yang amat serius dan memburukkan nama TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri.

"Dakwaan itu sangat serius, kerajaan perlu segera mendakwa Raja Petra bagi membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri dan isterinya daripada dakwaan terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya," ujarnya ketika berceramah bersempena Program Pelancaran dana Kebajikan Muslimat dekat Temerloh malam tadi.

Pada 25 Jun lalu, Najib telah menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah Raja Petra berhubung pembabitannya dan isteri, Rosmah Mansor dalam pembunuhan warga Mongolia itu.

Najib ketika mengadakan sidang medianya di Parlimen menafikan bahawa isterinya itu terbabit dalam pembunuhan Altantuya

Begitupun ujar Najib, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan bersumpah Raja Petra itu.

Najib mendakwa apa yang ditulis oleh Raja Petra adalah satu pembohongan semata-mata sambil menyifatkan ia sebagai satu tindakan terdesak untuk mencemarkan imej politik beliau.

Sebelum ini, pengendali laman web Malaysia-today.net itu dalam akuan bersumpahnya pada 18 Jun lalu, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sehari sebelum penafian Najib itu, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pula membuat kenyataan menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Memang saya concern (dengan dakwaan penulis Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin). Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.

"Itu tak betul," katanya Abdullah dalam satu sidang medianya di Parlimen 24 Jun lalu.

Sementara itu Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, polis telah merakamkan kenyataannya berhubung dakwaan terbaru Raja Petra itu.

Menurut Khairy, beliau telah memberitahu polis bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang laporan perisikan tentera dari perdana menteri atau mana-mana pihak.

Dalam akuan berkanunnya, Raja Petra mendakwa laporan tersebut telah diserahkan kepada Khairy untuk disimpan dengan selamat.

Khairy berkata, beliau juga telah memberitahu polis bahawa akuan berkanun itu, kandungannya dan tuduhan terhadap beliau, dibuat dengan niat yang jahat.

Beliau yang juga ahli Parlimen Rembau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen 25 Jun lalu.

Khairy berkata, beliau memberi kenyataan tersebut selama kira-kira sejam di Putrajaya.

Katanya, beliau akan berbincang dengan peguamnya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis sensasi dan pengendali blog Malaysia Today.

Khairy berkata, beliau tidak tahu apakah motif Raja Petra tetapi menegaskan bahawa dakwaan itu dibuat berasaskan sumber-sumber dan khabar angin.

Katanya, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan ia telah mencemarkan kredibiliti beliau.

MP berbasikal sebagai duta PM rasmikan gaya hidup berjimat

Bait lagu nyanyian Ito Blues Gang bukanlah mengambarkan budaya berbasikal masyarakat kota masa kini tetapi sekurang-kurangnya ia memberi gambaran bahawa kesediaan empat Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berpeluh berbasikal ke sidang Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, Tian Chua (Batu), N. Gobalakrisnan (Padang Serai) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) dilaporkan masuk Malaysian Book of Record sebagai Ahli Parlimen pertama naik basikal ke Parlimen.

Tindakan keempat-empat mereka itu berbasikal ke Parlimen secara tidak langsung merasmikan upacara perasmian untuk melancarkan cara hidup berjimat yang lupa dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru rakyat ubah gaya hidup.

Pada kebiasaan acara perasmian Perdana Menteri, akan menepung tawar, memotong riben, memandu jengkaut, traktor dan lain-lain tetapi kenapa dalam perkara besar untuk mengubah gaya hidup tidak diatur sedemikian rupa bagi memberi pendidikan kepada rakyat.

Sepatutnya berbasikal ke Parlimen dilaksanakan Abdullah bersama pemimpin kanan mereka untuk dijadikan acara perasmian sebaliknya telah didahulukan oleh empat Ahli Parlimen KeADILan yang seolah-olah bertindak sebagai duta Perdana Menteri bahkan dapat masuk dalam rekod.

Mereka yang dapat sanjungan ini, rupanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, pula mengeji.

Beliau sifatkan perbuatan itu sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen.

Katanya, mereka cuba mencari publisiti murahan sedangkan sebagai anggota Parlimen banyak lagi tindakan lebih matang boleh dilakukan bagi membantu kerajaan berhadapan dengan fenomena kenaikan harga minyak global.

Bagi negara maju di Eropah dan negara membangun Asia Timur, berbasikal ke pejabat menjadi amalan yang sudah biasa dan bukanlah satu pandangan yang aib menggambarkan kehidupan peribadi miskin sebagaimana pandangan mata kasar rakyat Malaysia.

Sesungguhnya berbasikal di Malaysia memalukan seperti lagu Ito tadi berbasikal ke bandar kerana tidak berkemampuan disebabkan bekerja menorah getah. Sambungan daripada rangkap diatas tadi:

apo dayo motong gotah
apo nak dikato
kalau buleh nak jadi cikgu sekolah kek kolo pilah

Oleh yang demikian tindakan keempat-empat ahli parlimen tersebut boleh memecah kebuntuan penyakit keegoaan masyarakat supaya dapat melihat berbasikal itu bukan kerana kemiskinan tetapi merupakan jentera paling jimat masa kini dan tidak mencemarkan alam sekitar di samping melahirkan rakyat yang cergas dan sihat.

Bagaimanapun empat ahli parlimen itu belum berjaya untuk melahirkan matlamat sedemikian rupa walaupun sudah ada ke arah tersebut kerana mereka bukanlah pemimpin yang sepatutnya menjadi tauladan sebagaimana slogan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepimpinan melalui tauladan.

Bagi mencapai cita-cita berbasikal menjadi amalan, kerajaan sepatutnya kena bertindak terlebih dahulu, menjadi contoh kepada rakyat.

Mahligai Abdullah dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri tidak berapa jauh. Abdullah boleh menunjukkan contoh suspen kepada kakitangan dan rakyat dengan tiba-tiba muncul berbasikal ke pejabat, sebagai langkah pengajaran.

Perbuatan tersebut tidak bermaksud menyuruh Abdullah berbasikal setiap hari tetapi memadai beliau menjadikan amalan baik kerana sekurangnya Perdana Menteri dapat menjiwai rakyat bawahan yang miskin dan berbasikal.

Jika amalan tersebut berterusan bolehlah rakyat anugerahkan pemimpin berjiwa rakyat. Kalau dahulu beliau turun padang dikatakan berjiwa rakyat tetapi ia tidak lebih daripada lakonan seperti berlakon naik basikal tadi.

Sahabat Rasulullah s.a.w yang memimpin kerajaan dahulu bukan berlakon naik basikal tetapi memang kehidupannya sama dengan rakyat biasa sehingga mereka menjiwai perasaan rakyat yang hidup miskin.

Dalam Sahih Bukhari ada menyatakan ketika Rasulullah saw pulang daripada mendapat wahyu pertama, Khadijah berkata: "Seseungguhnya anda itu betul-betul menyambungkan kekeluargaan, suka menanggung beban orang yang sedang dalam kesukaran, memberi pertolongan kepada orang miskin, gemar menghormati tetamu dan menolong orang yang ditimpa bencana sama ada diperlakukan secara tidak adil oleh orang lain."

Falsafah pemimpin Islam berlumba menjadi paling miskin daripada rakyatnya yang miskin bukan berlumba menjadi paling kaya daripada rakyatnya yang kaya.

Abu Bakar, Umar dan lain-lain tidak melakukan demand untuk diri sendiri sebagai pemimpin sebaliknya memastikan rakyat terlebih dahulu menikmati kehidupan sempurna barulah beliau merasa selesa untuk hidup senang.

Diriwayatkan Ibn Sa'd, pada tahun kelaparan pemerintahan Umar bahawa unta disembelih lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga kepada Umar.

Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa." Dalam riwayat al-Tabari, Umar juga tidak makan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai terlebih dahulu dapat memakannya. Umar mengambil sikap sedemkian kerana barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?".

Bersediakah Abdullah mengambil Umar sebagai idola beliau untuk diterapkan dalam pemerintahannya?

Allah berfirman dalam surah al-Isra ayat 26-27: "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya." Selain itu kerajaan juga kena meningkatkan prasarana laluan berbasikal dan pejalan kaki. Prasarana jalan ibu kota dan peraturan tidak memberi keutamaan kepada penjalan kaki dan berbasikal kerana itu kenderaan tidak menghormati pihak yang kecil sehingga mengancam nyawa.

Koridor jalan mesti selesa untuk kemudahan laluan basikal supaya tidak menganggu kenderaan lain dan perasaan penunggang lebih tenteram berbasikal tanpa rasa takut dirempuh kereta atau kenderaan berat.

SAPP, Anifah Aman bergabung tentang dasar pecah perintah BN di Sabah

Presiden Parti Maju Sabah, Dato' Yong Teck Lee mencadangkan Dato' Anifah Aman mengetuai anggota Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk mengubah landskap politik negara.

"Anifah muncul ketika semua parti komponen BN Sabah menyerang SAPP yang kononnya menyanjung tinggi semangat BN. BN sabah lebih pentingkan kepentingan mereka daripada membela hak dan kepentingan rakyat Sabah.

"SAPP mengkagumi pendirian Anifah yang berani menentang konsep serta dasar pecah perintah BN yang diamalkan di Sabah," katanya.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis adalah adik kepada Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Aman, merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Baru-baru ini beliau bersama Dato' Abdul Ghafur Salleh, menolak perlantikan semula sebagai Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sejak selepas Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac lepas, Anifah dan beberapa rakannya dilaporkan lantang mengkritik pemimpin-pemimpin tertentu BN, khususnya dari Umno.

Dalam kenyataannya semalam, Teck Lee berkata, SAPP amat menghargai sokongan terbuka Anifah kepada pendirian parti dalam banyak perkara.

"Kita menyokong Ahli Parlimen Kimanis untuk mengetuai Ahli-Ahli Parlimen dari pelbagai parti politik Sabah dan Sarawak melakukan proses perubahan politik," katanya.

Presiden SAPP itu menegaskan, keadaan politik negara sekarang ini adalah merupakan waktu yang terbaik dan terbuka luas, tanpa menjelaskan secara terperinci bentuk perubahan yang dikehendaki.

Demonstrasi bantah harga minyak di masjid sekitar Selangor hari ini

Bagi meneruskan kempen memastikan kejayaan Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat yang akan diadakan pada 6 Julai nanti, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama-sama Pemuda Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan demostrasi bantahan kenaikan harga minyak serentak di masjid-masjid di sekitar negeri Selangor selepas solat Jumaat hari ini.

Demonstrasi bantahan akan diadakan di beberapa lokasi iaitu di Masjid Kg. Baiduri, Petaling Jaya, Masjid Bandar Baru Sg. Buloh, Masjid Bukit Indah, Ampang dan Masjid Al Munir, Lestari Perdana, Seri Kembangan.

Selain itu demonstrasi akan turut diadakan di Masjid As Syakirin, Gombak Setia, Masjid Sg. Nipah, Simpang Lima, Sg. Besar dan Masjid Al Hidayah, SS3, Kelana Jaya.

Naik Motor pakai serban adalah satu kesalahan????

Polis pakai tafsiran sendiri


Ha….hati2 kalau bawa motor…tak semua pemandu motor boleh pakai serban…silap haribulan kena saman….

KOTA BHARU: “Orang Kena Saman (OKS) beritahu saya, dia pelajar pondok dan pada pemahaman saya dia masih lagi seorang pelajar,” kata seorang anggota polis dalam perbicaraan terhadap seorang pelajar pondok berserban yang didakwa melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Saksi pendakwa yang bertugas sebagai anggota Unit Peronda, Konstabel Che Sidek Omar Mat Hassan, berkata pelajar terbabit ketika ditahan memberitahu statusnya sebagai pelajar pondok, maka tindakan saman boleh diambil kerana pelajar terbabit belum layak dianggap lebai kerana masih belajar.

Menurutnya, dia memahami Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 menyatakan pengecualian saman hanya untuk seseorang bergelar haji, hajah, Sikh dan lebai.

Prosiding itu berlangsung di hadapan Majistret Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra selepas pelajar Madrasah al-Diniah al-Bakriah, Pusat Pengajian Islam Pondok, dekat Pasir Tumboh, Ahmad Nasir Darus, 27, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan tidak memakai topi keledar di Jalan Pasir Tumboh di sini, jam 6.30 petang pada 20 September 2007.

Pemuda itu didakwa mengikut Kaedah 4 Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh menyebabkan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat, manakala Ahmad Nasir selaku OKS diwakili peguam, Ahmad Rizal Affande Zainol.

Menurut Che Sidek, pelajar terbabit tidak memakai topi keledar, sebaliknya berserban dengan ikatan kemas dan pada masa sama tidak menunjukkan sebarang dokumen menyatakan dia dikecualikan memakai topi keledar.

Terdahulu, saksi itu turut disoal Ahmad Rizal mengenai pemahamannya terhadap peruntukan Kaedah Motosikal yang menyebut pengecualian saman.

Ahmad Rizal merujuk maksud lebai dipetik dari Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bermaksud orang yang tahu tentang agama, orang yang melakukan kerja bersangkutan agama dan gelaran kepada orang yang tahu hal ehwal atau taat kepada agama.

Che Sidek yang sudah enam tahun bertugas sebagai anggota polis, memberitahu dia mendapati Ahmad Nasir itu mempunyai ciri seorang lebai, tetapi tidak bersetuju cadangan Ahmad Rizal saman terhadap pelajar berkenaan menyalahi Pemberitahuan Pengecualian 1975 bagi Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar Keselamatan) 1973.

Ketika prosiding, Ahmad Rizal turut meminta saksi pendakwa menunjukkan bukti dirinya beragama Islam kepada mahkamah, sebelum Che Sidek bersetuju mengucap dua kalimah syahadah serta menyatakan maksudnya di hadapan majistret bagi membuktikan kepada mahkamah dia beragama Islam.

Kemudiannya, Tengku Amalin menetapkan 21 Julai nanti sebagai tarikh hujahan bertulis kedua-dua pihak, diikuti hujahan balas peguam bela dan hujahan pihak pendakwa masing-masing pada 4 dan 18 Ogos ini, sebelum keputusan kes ditetapkan pada 15 September depan.

Selesai prosiding berkenaan, Ahmad Nasir disambut dan diiringi kira-kira 100 pelajar pondok tempat dia belajar yang juga hadir dengan berserban dan berjubah.

Sebaik Ahmad Nasir keluar dari dewan mahkamah kira-kira jam 12.30 tengah hari, mereka berkumpul dan mengamimkan doa dibacakan seorang daripada rakannya.

Mufti Perlis sambut baik saranan Tokguru


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyambut baik saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat agar beliau memasuki parti politik jika ingin melaksanakan kebaikan serta mencegah kemungkaran.
"Saya ucapkan terima kasih di atas pandangan Dato' Nik Aziz. Saya lihatnya dari sudut positif cuma kedudukan saya sebagai Mufti, rasanya tidak sesuai. Lagipun saya belum bersedia," kata Dr Asri.
Menurut Nik Aziz, seseorang yang ingin melaksanakan Islam hendaklah memiliki kuasa yakni kerajaan sebagai platform bagi memastikan Islam itu diterjemahkan ke dalam kehidupan.
Katanya jika kita mahu melihat Islam berdaulat, maka hendaklah memiliki kerajaan yakni ianya melibatkan parti.
Nik Aziz membuat saranan pada Dr Asri dalam satu sidang media perasmian Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn di cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Nik Aziz lagi, sekiranya mana-mana pihak hendak menganjurkan sesuatu tetapi tidak memiliki sebarang kuasa, ianya tidak berguna atau tidak berkesan seumpama omongan kosong.
"Harapnya Mufti Perlis dapat mempertimbangkan untuk memasuki mana-mana parti walaupun pegawai kerajaan di Malaysia ini tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti," kata Nik Aziz ketika diminta mengulas kenyataan Dr Asri yang tidak mahu memasuki mana-mana parti semalam.
Dr Asri pula berpendapat, dia sudahpun memasuki daerah politik.
"Sebenarnya saya sudahpun masuk daerah atau sempadan politik bila saya memberi pandangan tentang isu-isu politik. Tapi saya belum dan tidak menyertai mana-mana politik. Begitu juga halnya bila saya menyentuh hal berkaitan seni, tidak semestinya saya menjadi artis," jelasnya.
"Bukan semua orang ada kemampuan jadi ahli politik seperti saya. Mungkin selepas ini saya akan beri pertimbangkan dan beri perhatian serius saranan Nik Aziz," katanya.
Namun kata Dr Asri lagi, apa yang disuarakan oleh Nik Aziz itu pada sudut-sudut tertentu ada benarnya.
"Pandangannya betul tapi masanya bukan sekarang kerana saya belum ada cukup kemampuan. Saya perlukan kekuatan politik yang 'luar biasa' bukan sekadar jadi orang pinggiran. Untuk jadi 'gergasi politik' saya perlukan cukup peralatan yang mana saya belum berkemampuan," katanya.
Walaubagaimanapun, kata Dr Asri, tidak mustahil hatinya akan berubah satu hari nanti.
"Tidak mustahil saya akan pertimbangkan satu hari nanti bila masa dan keadaan sudah berubah. Segalanya mungkin. Tapi di hari ini, perkara ini (masuk mana-mana parti) belum terlintas lagi dalam fikiran saya," katanya.

Benarkan Harakah diterbit secara harian � Mursyidul Am PAS



KOTA BHARU, 26 Jun (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sepatutnya membenarkan Harakah diterbit secara harian sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar bersikap telus.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sudah sampai masanya Harakah turut diberi kebenaran menerbitkan akhbar harian selepas beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu.

�Saya gembira sangatlah apabila KDN mengembalikan semula permit Harakah dua kali seminggu, berbalik pada asallah.. Yalah tiada sebab nak sekat, untuk apa nak sekat kita sebagai sebuah negara demokrasi.

Image�Sepatutnya bukan kelulusan permit dua kali seminggu, sebaliknya secara harian,� katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang zakat Bank Islam Malaysia Berhad kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Dewan Teratai, di sini petang ini.

Beliau diminta mengulas kelulusan permit penerbitan Harakah dikembalikan semula kepada dua kali seminggu, yang dihantar KDN kepada pihak pengurusan Harakah baru-baru ini.

Harakah diterbit di bawah Jabatan Penerangan PAS Pusat bermula 1987. Pada peringkat awal diterbit sekali seminggu dan kemudian KDN membenarkan penerbitannya dikerapkan kepada lapan kali sebulan.

Namun selepas Umno dan BN kehilangan banyak kerusi pada pilihan raya umum 1999, penerbitan Harakah disekat kepada hanya dua kali sebulan.

Sebelum ini juga Harakah pernah memohon permit akhbar harian yang dikenali sebagai Purnama namun tidak mendapat sebarang jawapan daripada KDN.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, bersesuaian Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, benarkan akhbar berkenaan diterbitkan secara harian seperti akhbar lain.

Beliau bagaimanapun mengucap terima kasih kepada KDN kerana telah mengembalikan semula hak tersebut biar pun lebih lapan tahun disekat.

Kalau Betul-Betul Tak Bersalah Segeralah Saman!


Saya ingat dah berulangkali cerita mengenai kaitan antara Najib (dan isterinya) dengan pembunuhan Altantunya dibangkitkan oleh pelbagai pihak terutama Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dada akhbar dan blog. Tetapi acapkali ia timbul, pertama kita dapati begitu lambat respon daripada si empunya badan. Selang beberapa hari Najib akan terhegeh-hegeh keluar dari tempat persembunyiannya lantas menafikan segala apa yang di"fitnahkan" kepada dirinya dan isteri. Fenomena ini berulang lagi beberapa hari yang lepas apabila RPK menyiarkan Akuan Berkanunnya tentang penglibatan 3 individu termasuk Rosmah isteri Najib di dalam kes pembunuhan Altantunya.

Saya tak berhajat nak bercerita panjang lebar tentang kandungan akuan berkanun tersebut. Kalau anda berminat sila layari
www.malaysia-today.net untuk menatapi sepenuhnya cerita yang berkaitan. Apa yang jelas ialah RPK telah mendedahkan bagaimana ketiga-tiga orang ini bersama-sama menyaksikan bagaimana peledak C4 dipasang di seluruh badan Altantunya dan kemudian diletupkan. Seterusnnya beliau mendakwa Pak Lah dan seorang raja (sultan?) telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Saya tak tahu nak panggil anak bapa ke atau anak jantan kepada RPK. Masakan beliau suka-suka buat kenyataan berkanun ini dan menghadapi risiko yang amat tinggi? Bukankah sebelum ini RPK pernah membuat kenyataan yang hampir sama berat sehingga beliau ditahan reman untuk siasatan? Jadi tentulah beliau memiliki keberanian yang amat hebat atau kebodohan yang tiada taranya dengan mengeluarkan akuan berkanun ini, bergantung kepada tahap kebenaran ceritanya.

Saya amat bimbang dengan akaun bersumpah ini kerana ia melibatkan isteri orang yang nombor 2 paling tinggi dalam negara. Dan jika benar apa dakwaan RPK maka Pak Lah dan raja berkenaan pun perlu disiasat dan mungkin juga diambil tindakan kerana menyembunyikan bukti. Selepas beberapa hari baru pihak polis memanggil Rosmah. Bagaimana dengan yang lain-lain? Apa kata kalau benar apa yang didakwa oleh RPK? Apa pula kesannya kepada keadaan politik negara di saat Pak Lah begitu lemah sekali?

Setelah melihat gambaran besar daripada kejadian ini dan mengambil kira kronologi kejadian menyayat hati ini, saya berpandangan mahkamah perlu melihat semula saksi-saksi kes setakat ini dan demi keadilan perlu memanggil mereka yang didakwa di dalam akuan berkanun Raja Petra. Jika ada cubaan untuk pejam mata sebelah di dalam kes ini saya bimbang ia akan memakan diri kita semua kelak. Dan bagi Najib dan Rosmah, tuduhan ini amat amat berat dan hanya ada satu jalan saja untuk membersihkan diri iaitu dengan menyaman malu RPK. Jika kau orang berdua tak buat maka mahkamah rakyat akan memutuskan kamu berdua …………….

LAWAK HARI INI : BELI FORKLIFT PAKAI GAS MEMASAK


LAWAK HARI INI

DPPBK mencadangkan kepada orang ramai supaya menukarkan kereta mereka dengan membeli Forklift yang menggunakan gas memasak sebagai bahanapinya. Ini merupakan salah satu langkah untuk menjimatkan belanja akibat kenaikan harga minyak.

Jadi kita semua boleh menggunakan Forklift untuk ke tempat kerja dan dapat jimatkan belanja. Malah kalau Forklift di tempat kerja kita rosak kita boleh pinjamkan Forklift kita pada majikan kita.

Macamana Tuan-Tuan dan Puan-puan bernas tak idea saya ini.

EURO 2008: Pakatan Vs BN 7+0


Perlawanan persahabatan diantara BN dan Pakatan telah masuk ke separuh masa yang kedua. Pada pusingan pertama, team Pakatan telah merembat 6 gol melalui penyerang utama Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyerang kedua seorang bekas banduan, Lim Guan Eng

Pada minit kedua puluh, Azizan Razak telah merembat gol yang ketiga, diikuti minit ke 25 pertahanan kanan Khalid Ibrahim menyumbang gol yang keempat.


Sejarah tercipta, apabila penjaga gol Pakatan Rakyat Ir Nizar Jamaludin telah membuat sepakan kencang dari gol Pakatan terus ke gol BN. Penjaga gol BN Tajul Rosli tersungkur di belakang tiang gol apabila keliru dengan sepakan yang dibuat.

Di hujung separuh akhir pertama, pertahanan kiri Pakatan Rakyat, Dr Lo Lo telah membuat rembatan keenam dengan dibantu rakan sepasukan, Nurul Izzah dan Wee Kah Cheong daripada team Pakatan.

Setelah berehat selama beberapa bulan, perlawanan diteruskan separuh masa kedua. Berlaku sedikit perubahan apabila penyerang kanan Pakatan, Anwar Ibrahim telah dibenarkan beraksi semula dipadang setelah digantung dan dikurung selama enam tahun.

Beliau memulakan perlawanan dengan memberi bola tanggung kepada rakan beliau Haji Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi telah melontar bola ke kanan dan disambut oleh pemain veteran Lim Kit Siang. Bola dipulangkan kembali kepada Anwar dan Anwar terus merembat tepat ke gol BN. Namun penjaga gol baru BN Mohamamad Mohd Taib berjaya menangkap bola.

Terdengar sorakan dari kelab penyokong pasukan BN yang diketuai menantu penyerang utamanya Khairi Brooks. Pasukan penyorak mereka telah boo pemain Pakatan kerana tidak berjaya menyumbang gol ketujuh. Pada minit kelima separuh masa kedua, sekali lagi penyerang kanan Pakatan membuat rembatan tepat ke galang gol BN. Namun sekali lagi Khairi Brooks dan ahli kelab penyokong BN menyorak Pakatan kerana bola telah melepasi gelanggang.

Namun, pada minit kelapan belas, pertahanan kanan BN Dato Yong Teck Lee telah merembat bola masuk ke gol sendiri. Pemain yang berasal dari Sabah ini telah membuat sepakan protes apabila tidak berpuas hati dengan penyerang utama mereka Wak Lah Bodowi yang melantik menantunya Khairi Brooks sebagai pengurus pasukan yang baru. Tindakan Dato Yong Teck Lee ini telah menyumbang gol ketujuh percuma buat Pakatan Rakyat.

Permainan terpaksa ditangguh sementara akibat pergolakan dalam pasukan BN. Pertahanan kiri BN, Ali Rustami telah menumbuk Dato Yong Teck Lee di tengah padang. Selain itu, pemain veteran BN, G Samy Vellu telah mencubit perut Yong. Pengurus pasukan yang baru Khairi Brooks juga telah menyepak curi belakang Yong.

Namu setakat ini, tiada kecederaan berat yang dialami Dato Yong. Maklumat terkini mendapati, beberapa pegawai BPR telah diarahkan oleh penyerang Utama pasukan BN, Wak Lah Bodowi untuk memulas telinga Yong yang dikatakan khianat pada pasukan.

Menurut pengulas bola sepak dunia, Ronaldo Hadhari, kejadian ini merupakan yang pertama di Malaysia. Ia mungkin terjadi disebabkan pasukan BN tidak pernah mengalami kekalahan sejak 50 tahun yang lalu.
Pasukan BN terkenal dengan permainan kotor mereka apabila kerap menyepak kangkang dan menyengkang kaki lawan di tengah padang.

Mereka juga sering merasuah pengadil lama T Rashitendam.
Menurut Ronaldo Hadhari lagi, pasukan BN pernah membunuh 15 pemain muda Pakatan yang diketui oleh Ibrahim Libya yang sedang menjalani latihan padang di Memali Baling Kedah. Malah mereka pernah bertindak mengurung penyerang kanan Pakatan, Anwar Ibrahim selama enam tahun di sebuah kurungan di Sungai Buluh.

Sekian berita utama dari Radio Kerinchi FM.

Ganjaran RM1 juta untuk atlet dibantah keras


Pengumuman Timbalan Perdana Mneteri Dato' Najib Tun Razak untuk memberi ganjaran 'durian runtuh' sebanyak RM1 juta kepada atlet Malaysia yang memperolehi pingat emas dalam acara sukan Olimpik di Beijing Ogos 2008 dibantah keras oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Ini termasuklah juga untuk menganugerahkan atlet yang mendapat pingat perak dinaikkan kepada RM300,000 dan pingat gangsa RM100,000.

PKPIM berpendapat kerajaan sanggup mempertaruhkan duit yang begitu mewah kepada atlet di saat rakyat menghadapi keperitan hidup akibat harga minyak naik, barang keperluan naik dan segala macam lagi.

"Insentif kemewahan itu tidak melambangkan situasi sebenar kehidupan rakyat.

"Dalam kesempitan hidup rakyat menanggung harga barang yang naik, kerajaan harus bijaksana menumpukan kepada kebajikan rakyat terbanyak," kata Presidennya Mohd Hilmi Ramli dalam satu kenyataan medianya.

Katanya, ganjaran mewah bukan jaminan atlet untuk menjadi cemerlang malah kerajaan tidak sepatutnya membudayakan nilai materialistik kepada atlet negara yang sewajarnya dididik supaya mempunyai semangat juang yang tinggi, demi mengangkat martabat negara.

"Memberi 'umpan' mewah bukan cara terbaik untuk mendidik atlet negara. Berapa ramai yang kecundang dan hanyut akibat 'dibelai' dengan kemewahan melimpah setelah menang dalam acara sukan?" soalnya lagi dan menggesa supaya kerajaan membuat keputusan bijak dalam soal ganjaran yang sepatutnya diberi secara berpatutan.

Kata Hilmi lagi, seandainya dalam situasi kesempitan hidup sekarang kerajaan meminta rakyat mengubah gaya hidup, maka kerajaan harus mengubah cara perbelanjaan duit rakyat di samping mendidik atlet supaya perjuangan dalam sukan Olimpik adalah 'perjuangan mati dan hidup' sukan negara, bukan bersandarkan ganjaran semata.

Isu 'hero' cetus kekecohan dalam Dewan

Topik ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera telah mencetuskan kekecohan di dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini.

Ia didakwa oleh Menteri Pembangunan Awam dan Koperasi, Dato' Mohd Noh Omar ketika diajukan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang meminta pihak kementerian menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kerajaan kepada golongan bukan bumiputera terutamanya kaum India.

Namun, Noh dengan sengaja menuduh Siti Mariah sebagai ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera yang menurutnya sebelum ini biasanya diutarakan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

"Biasanya isu bukan bumiputera ini dijuarai oleh YB Ipoh Timur, tapi kali ini seolah-olah Kota Raja ingin menjadi hero untuk membela golongan ini.

"Kerajaan tetap menyediakan peruntukan yang khusus kepada golongan bukan bumiputera tanpa menjadikan isu perkauman sebagai penghalang kepada penyaluran bantuan kepada mereka,

"cuma pembangkang sahaja yang sering menuduh kerajaan mengambil kesempatan memainkan isu perkauman ini," ujarnya sambil disambut suara yang tidak berpuas hati dengan kenyatan tersebut.

Tegasnya lagi, hal tersebut membuktikan bahawa pihak pembangkang yang sebenarnya sengaja mencetuskan isu perkauman ini sebaliknya BN tidak bersifat perkauman.

Kenyataan Noh tersebut mencetuskan kegawatan dalam dewan sehingga menyebabkan Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangkit mengemukakan 'point of order' yang menyatakan tuduhan Noh tersebut sebagai menyeleweng daripada fakta yang sepatutnya.

"Itu satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab kerana yang jelas pembangkang tidak membawa isu perkauman seperti BN dan Umno yang memperjuangkan kaum.

"Saya minta YB tarik balik tuduhan tadi," tegasnya.

walau bagaimanapun, Speaker yang bertugas, Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak permintaan tersebut dan pada masa sama Noh mendesak agar Khalid duduk dan tidak bersuara lagi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .