Ikuti Blog ini

Ayuh... tolak BN dalam PRU-13, hak rakyat Sabah "hilang" dicelah Bajet

Oleh Hamzah Abdullah

PAS Sabah merasa kesal dengan pembentangan Bajet 2013 yang langsung tidak mengembil kira hak kebajikan rakyat negeri ini. Bagi pihak rakyat Sabah, saya telah meneliti kandungan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, dan merumuskan bahawa yang akan 'kenyang' daripada dentuman bajet ini hanya pemimpin Umno-BN.

Rakyat Sabah, khususnya pribumi Sabah, yang rata-rata masih berada dibawah paras miskin hanya bakal menerima tangki-tangki air dan keperluan asas yang hanya  boleh bertahan paling lama lapan bulan.  Sebanyak 40,000 tangki air yang bakal diagih-agihkan kepada orang-orang kampung hanya "menggemukkan" pembekal yang tentunya kroni-kroni Umno-BN mempunyai saham dalamnya iaitu dalam bentuk komisyen. 

Tangki air ini hanya mempunyai jangkahayat paling lama lapan bulan kerana ianya jenis yang rendah kualiti. Umno-BN jangan fikir rakyat masih bodoh dan boleh diperbodohkan seperti zaman sebelum wujudnya ICT. Sekarang kita berada pada era dimana maklumat berada dihujung jari. 
 
Rakyat Sabah masih tidak lupa dengan teguran Ketua Audit Negara bagaimana peralatan sekolah dan alat kelengkapan tentera seperti teropong telah dibeli dengan harga sehingga melonjak 1000 peratus dari harga asal! Ini lah yang mesti rakyat sedar dan usah teruja terhadap pembentangan yang masih jauh dari jangkauan kita.
 
PAS Sabah menuntut supaya dipulihkan semula Saham Amanah Tun Mustapha yang telah diasaskan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah, Almarhum Tun Mustapha di era pemerintahan Usno. Almarhum Tun Mustapha adalah pemimpin Sabah pertama yang mempunyai ciri-ciri pemimpin seorang yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kebajikan rakyat Sabah. 
 
Di zaman Tun Mustapha jugalah pelajar-pelajar Sabah yang cemerlang dalam peperiksaan Senior Cambridge akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke UK atau Australia diperingkat A-Level dan seterusnya ijazah dengan pembiayaan wang Yayasan Sabah, yang mempunyai konsesi balak pemberian Kerajaan Negeri. 
 
Almarhum Tun Mustapha juga telah menggunakan wang kerajaan Negeri bagi membiaya kos menunaikan haji bagi jemaah haji Sabah, termasuk membiayai guru-guru agama yang bertauliah untuk mengajar disekolah-sekolah agama seluruh Sabah. Pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah menengah akan di hantar ke Semenanjung bagi meneruskan pengajian di Tingkatan Empat dan Enam juga dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sabah.
 
PAS Sabah menuntut supaya Dato' Pairin Kitingan mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas pemansuhan Amanah Tun Mustapha kerana di zaman PBS lah amanah saham ini telah dihentikan! PAS Sabah seterusnya mencabar Pairin supaya "cakap serupa bikin" kalau benar dia bersetuju dengan slogan "rakyat didahulukan". 
 
Ini masanya kehendak rakyat diutamakan memandangkan Pairin masih berkuasa didalam Kerajaan Umno-BN Sabah sekarang setelah partinya tewas pada 1994. PAS Sabah menuntut supaya pembayaran amanah saham ini dibuat dengan mengambil kira tahun ianya dimansuhkan iaitu sekitar tahun 1988. 
 
Ertinya rakyat Sabah berhak mendapat saham ini  untuk tempoh ianya tertunggak sejak 1988 yang bererti selama 24 tahun. Kalau setiap tahun rakyat Sabah yang layak mendapatnya berjumlah RM200 setiap tahun, maka setiap seorang rakyat yang layak mesti diberikan hak mereka berjumlah RM4,800.00. PAS Sabah akan membawa isu ini ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Pakatan Rakyat yang akan datang bagi diterima sebagai sebahagian daripada manifesto pilihanraya.

Kes NFC: Shahrizat Kelu & Terkedu, Gagal Jawab Soalan Peguambela


Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluarga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya.

“Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?,” soal Ranjit.

“Apakah anda sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu?,” soal Ranjit lagi.

Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah.

Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian.

Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya.

“Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?” soal Ranjit.

Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab “Tidak”.

Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.

Saksi Utusan Bingung Setelah Diasak Peguam Mat Sabu


Saksi Utusan 'diasak' berhubung Islam & komunisme

Saksi pakar yang dipanggil Utusan Malaysia dalam saman sivil terhadapnya oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu 'diasak' berhubung kesimpulannya bahawa Mat Indera seorang komunis.

Peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan oleh pensyarah kanan yang berpangkalan di United Kingdom itu Karl Hack (gambar) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyaman akhbar Umno itu kerana menyiarkan beberapa laporan berhubung ucapannya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Beliau mendakwa laporan itu menggambarkannya sebagai penyokong komunisme, yang tabu dalam masyarakat Islam, ketika menyentuh peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.

Hack dicabar sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

"Mat Indera memiliki satu ciri khas, dia selalu membaca Quran. Kamu perlu memahami Islam sebelum membuat kesimpulannya bahawa dia seorang komunis," kata Hanipa ketika menyoal balas Hack.

"Kamu tentu sedar bahawa British sangat menentang Parti Komunis Malaya (PKM)? Itu pada tahun 1950-an, bilakah jadi salah untuk sertai komunis?"
soal Hanipa.

"Kenyataannya (Mat Indera) mungkin diputar kerana ia daripada polis. (Adakah kamu tahu) bagaimana kenyataan itu boleh keluar? Dia diperdaya untuk menyerahkan diri kepada polis?" tanya peguam.

Melihat Hack bingung dengan perkara itu, Hakim Zakaria Sam berkata, peguam hanya mahu bertanya: "Adakah kenyataan polis itu boleh dipercayai?" -mk


Kes Mat Indera: Utusan import pakar dari England

TASEK GELUGOR: Utusan Malaysia mengimpot pakar sejarah dari England semata- mata ingin membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengatakan Mat Indera bukan komunis adalah tidak benar.

Mohamad yang diwakili peguam Hanipa Maidin ketika perbicaraan semalam bertegas mengatakan Mat Indera pejuang Melayu yang kental demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman British.

Kelmarin dan semalam merupakan pemulaan pembicaraan kes saman sivil Haji Mohamad Sabu terhadap Utusan Malaysia yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berkaitan tindakan akhbar itu yang didakwa menuduhnya menyokong komunis ekoran kenyataannya yang mendakwa Mat Indera bukan komunis ketika menentang pemerintahan British semasa peristiwa Bukit Kepong.

Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan saksi pakar Karl Hack itu yang menyimpulkan bahawa Mat Indera seorang komunis.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Hack dicabar Hanipa sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

Ketika berceramah merasmikan cawangan baru PAS di Taman Sena Indah semalam pula, Mohamad berkata Utusan sanggup bebelanja besar dan mengimpot pakar dari luar untuk berdepan dengannya di mahkamah.

"Untuk membuktikan Mat Indera Komunis bagi menafikan kenyataan saya, Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar membawa pakar dari England.

"Entah berapa kos pula mereka tanggung penerbangan, penginapan dan makan minum ketika di sini, " katanya.

Kes beliau akan disambung semula di mahkamah sama pada 15 hingga 18 Oktober ini.

Utusan buang ego takut bangkrup...

TANDA UTUSAN NAK BANKRAP!!!

Terpaksa minta maaf kerana banyak kalah saman, surat khabar pun tak laku

Pasal apa, tiba-tiba Utusan Malaysia minta maaf, mungkin kerana faktor kewangan kerana Utusan telah banyak kali kalah dalam saman malu terutama kes Lawan Lim Guan Eng bukan sikit jumlah harus dibayar ratusan ribu.
Dalam kes saman YB Teresa Kok keatas Utusan terang-terang UM membuat fitnah jadi untuk mengelak dari kalah dalam kes saman ini tentunya denda ratusan ribu ringgit Utusan terpaksa menarik kes ini dengan menyelesaikan dengan penyaman.

Kita tahu Utusan terus merosot tiada keuntungan lagi semenjak akhir-akhir ini untuk mengelak dari bangkrap tentu lebih baik mohon maaf sahaja.......
p/s: Tak habis-habis dengan fitnah, memutar belit berita demi survival Umno. Itulah Utusan Malaysia yang kini popular dengan akhbar pecacai Umno tegar, pemfitnah nombor satu setelah beberapa siri saman fitnah yang telah dimenangi ramai ikon politik terutamanya dibarisan Pakatan Rakyat.

Nampaknya, media penjilat Umno neh tak serik-serik buat hal dan tak kira masa dan siapa!

Buktinya, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia terpaksa merafak sembah dan memohon maaf pada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim. Ini semua kerana fitnah dari akhbar penjilat Umno ni la yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ'.- (...)

Pandangan Tepat Oleh Tuan Ibrahim

Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati.

Tuan Ibrahim: Tidak pelik.

Kata Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya, akan menerima bujukan itu.

Umnop telah mengguakan semua cara sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana berbaik dengan DAP dan PKR.

Tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan merasai keempukan kerusi sebagai menteri.

Ulasan Tuan Ibrahim, Pas memang mengakui berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk mendapat kuasa dan ianya merupakah satu 'maslahat' siasah. Kuasa itulah nanti menurutnya membolehkan Pas melaksanakan matlamat perjuangannya.

Orang menganggap dalam hal ini Pas tertipu dengan DAP dan PKR, adalah mereka yang cetek dan pendek akal dalam politik serta tidak berpijak dibumi nyata. Mereka juga tidak pernah membalikkan minda mereka yang mana mungkin juga Pas menipu dan memperdayakan DAP dan PKR? Ini tidak boleh diketepikan sebab Pas juga menerima prinsip politik Machiavelli. Realiti politik hari ini sesiapa baik Pas dan Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan secara mutlak kerana nisbah pengundi atau kaum yang tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

Orang yang menganggap Pas pandir ataupun Mat Jenin kerana bersimpati dengan Anwar dan menolak Umno sebenarnya merekalah yang pandir dan merasakan dia seperti Mahathir yang serba tahu!

Hal itu juga dipraktikan oleh Umno sejak lama dulu dengan menerima konsep kerjasama dengan Cina menerusi MCA, Gerakan dan dengan India menerusi MIC. Kalau Umno tidak bekerjasama dengan Perikatan yang kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional tidak mungkin Umno dapat memerintah hingga lebih separuh abad.

Hanya hari ini setelah jelas orang Cina, India, Dayak, Iban Kadazan Dusun, Murut dan Oang Asli menolaknya baru Umno merasakan dirinya musafir di tengah sahara politik dan baru meminta seteguk air dari Pas. Haha...

Justeru pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang seolah-olah mahu Pas meninggalkan rakan bukan Islam dalam usaha untuk membentuk kuasa adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyawa. Apakah pandangan beginilah juga boleh dianggap asobiyah seperti mana diterima faham oleh Umno?
 Timbalan presiden Pas itu tak ubah seperti budak kecil yang mudah terpengaruh dan gila warna seperti budak kecil belum baligh.

Pada saya perbezaan pegangan dan pandangan politik akhir-akhir ini yang menyamai Umno bukan dibuat atas kesedaran dan falsafah politik sebenarnya sesuai Pas sebagai sebuah badan dakwah, sebaliknya ia dibuat atas perasaan dan angan-angan kalau ada rezeki beliau akan dipergunakan Umno dengan harapan diberikan imbuhan jawatan dan kedudukan. Politik sebegini adalah politik belum baligh.

Saya tidak fikir bekas timbalan presiden Pas itu tidak menyedari hakikat sebenar hal ini kerana sebelum ini dia menerima konsep makasid syariah... menerima persefahaman politik demi kebaikan bersama, bagaimana perubahan pandangan dan pegangan itu berubah selepas beliau tidak lagi menjadi timbalan presiden Pas. Semasa menjadi timbalan presiden Pas dia berpelukan dengan Lim Guan Eng, sementara selepas kalah bertanding presiden baru dia sedar Lim Guan Eng belum memeluk Islam. Sekali lagi ini politik belum baligh atau belum datang haid.

Ini jelas perubahan sikap dan pandangan itu bukan bertolak dari satu kebenaran melainkan kerana atas rasa kecewa dan sakit hati yang mana ada unsur-unsur untuk membalas dendam. Saya tidak boleh menghukum atau untuk menamakan apakah jenis manusia seperti ini. Yang jelasnya orang yang menukar prinsip atas nafsu dan menggunakan warna Islam untuk kepentingan diri lebih busuk dan hanyir daripada orang yang jelas-jelas mengkhinati amanah dan perjanjian yang lari meninggalkan rakan yang memberi simbol dan ruang kepadanya. Menyesalkan lagi sambil lari meninggalkan rakan dia terus memburukkan orang yang memberi budi kepadanya.

Saya juga bersetujuan dengan pandangan Tuan Ibrahim dalam saat menjelang pilihan raya berbagai pihak akan memainkan peranan masing-masing (setelah mendapat upah dan jaminan) berusaha untuk melihatakan Pas tidak sefahaman dengan rakan-rakan pakatan mereka PKR dan DAP. Justeru rakyat umum hendaknya memerhati sebagaik mungkin setiap isu ataupun kenyataan-kenyataan 'gelenger' yang dikeluarkan oleh orang politik tanpa mengira kaum, kelulusan dan parti. -

'Beri peluang kami tunjukkan model kerajaan adil'

(Ustaz Hadi diatas kenderaan dalam perarakan di Jabi)

SETIU: Rakyat perlu memberi peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang bagi menunjukkan model sebuah pemerintahan kerajaan yang adil berlandaskan Islam.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berilah peluang kepada PAS memimpin negara bersama Pakatan Rakyat agar boleh menunjukkan model sebuah kerajaan Islam sebenar.

Katanya, konsep Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan PAS terdapat dalam dokumen Buku Jingga Pakatan Rakyat. -Hrkh

Tarif elektrik naik selepas Jun 2013?

Kebiasaan nya kita akan baca tajuk dan kita simpulkan bahawa tajuk adalah rumusan bagi keseluruhan artikel. Betul. Tetapi boleh juga jadi tidak betul. Sebab tue lebih baik kita baca untuk fahamkan keseluruhan point artikel tersebut.

Semalam kat tv3 dan hari neh kat berita, media massa sogokkan persepsi seolah2 tarif elektrik tidak akan dinaikkan. Yeke?

Cuba tengok apa menteri dan media massa momokkan ke kita kat bawah neh ;


 
Tak naik sekarang maksudnya akan naik juga pada masa akan datang selepas semakan tarif dibuat? Ada kemungkinan tue betul tak? Boleh jadi akan naik atau tidak akan naik pada june 2013 tetapi tiada jaminan bahawa dia tidak akan naik, betul tak?


Katakanlah kerajaan bien masih memegang mandat pemerintahan selepas pru ketika itu, tiada jaminan bahawa mereka takan naikkan tarif elektrik ketika itu. Selepas pru, taktik dorang ialah dorang akan naikkan segala2nya. Dan dorang selalu gunakan taktik yang sama sebab dorang fikir selepas 5 tahun majoriti rakyat akan lupa dan guess what? Memang ada rakyat yang lupa "budi bien" selepas 5 tahun.


Oleh itu jangan la berbangga sakan kalau baca berita di atas. Tarif elektrik takan naik konon. Hak tuih. Naik, cuma tatau bila. Tue baru betul. -sumber

DS Anwar Ibrahim Dan Huruf Z

Oleh Rahman Shaari
Sejumlah nama yang memuatkan huruf Z amat dominan dalam kehidupan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum Anwar terkeluar dari Umno, Datuk Zahid Hamidi ialah tokoh berhuruf Z yang kuat menyokongnya. Anwar pernah merestui Zahid berpidato tentang nepotisme dan kronisme. Itu berlaku dalam Persidangan Umno 1998
Anwar memerlukan Zahid dalam hal di atas, kerana beliau sendiri tidak mahu berlawan secara langsung dengan Tun Mahathir Mohammad. Hal ini demikian kerana dalam  persidangan sebelumnya, iaitu pada 1996, Anwar telah berjanji melalui pantun:
Angkut-angkut terbang ke langit Sampai di langit dimakan merbah; Biar bertangkup bumi dan langit, Setia hamba tidak berubah.Meneliti pantun itu, jika mengikut prinsip ‘janji ditepati’, Anwar kekal setia kepada Mahathir.

Tidak disedari ramai lama dahulu Anwar ada teman-teman lain berhuruf Z. Mereka ialah Azmin Ali dan Ezam Mohd Noor. Dalam kalangan orang akhbar, ada Datuk Nazri Abdullah.  Apabila Anwar dipecat, Azmin dan Ezam mengikutnya. Nazri pula hilang dari meja akhbar arus perdana.

Kawan-kawan Anwar yang lain, yang ada huruf Z ialah Shazril Eskay Abdullah dan Dr Azizan Bahari. Shazril Eskay ahli perniagaan, manakala Azizan bertugas di Institut Kajian dasar (IKD). Apabila Parti Keadilan Nasional ditubuhkan, pemimpinnya berhuruf Z, iaitu Wan Azizah Wan Ismail. Timbalannya juga berhuruf Z, iaitu Dr Chandra Muzaffar.
Kini, dalam parti itu (yang bertukar nama menjadi Parti Keadilan Rakyat), muncul pemimpin lain yang berhuruf Z juga, iaitu Nurul Izzah Anwar.
Shazril Eskay mungkin tidak rapat lagi dengan Anwar pada masa ini. Demikian juga halnya dengan nama-nama lain, iaitu Zahrain Mohammad Hashim, Wakil Parlimen Bayan Baru dan Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Mereka pernah menjadi penyokong kuat Anwar.
Tokoh berhuruf Z, Zaid Ibrahim, yang sedang selesa sebagai menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Badawi, tiba-tiba terilham untuk menyertai Anwar dalam PKR. Demikianlah kuatnya kuasa huruf Z dalam kehidupan Anwar.

Kuasa itu pada mulanya menarik ke arahnya, kemudian menolak menjauhinya. Zaid meninggalkan Anwar, sama seperti yang dilakukan oleh  Zahrain Mohammad Hashim, Zulkifli Noordin dan Shazril Eskay. Bahkan, Zaid Ibrahimlah penyokong kuat Anwar yang mengambil masa paling singkat. Sokong sekejap, pergi.
Perlu disebutkan, ketika Ezam Mohd Nor menjadi Ketua Pemuda Keadilan, lelaki garang yang juga berhuruf Z, iaitu  Muhammad Zahid Md Arip ialah Ketua Penerangan. Zahid yang amat mengagumi Anwar ketika itu, kini berada di luar PKR, dan menubuhkan kumpulan yang dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai). Beliau ialah Mursyidul Am Tibai.

Baru-baru ini, akhbar menamakan tokoh-tokoh yang dikatakan anggota Kabinet Bayangan pimpinan Anwar. (Utusan Malaysia, 4 Oktober 2012). Antara anggota Kabinet Bayangan itu, nama-nama yang memuatkan huruf Z ialah Wan Azizah, Mohammad Nizar, Azmin Ali, Elizabeth  Wong, Zuraidah Kamaruddin, Nurul Izzah, dan Rafizi Ramli. Maka ternyatalah huruf Z mendekorasikan Anwar.

Saya fikir, sesekali elok diperlihatkan fenomena yang tidak disedari umum. Saya mahu mengatakan besar sekali jumlah penyokong kuat Anwar yang ada huruf Z. Mereka mungkin kekal menyokongnya, mungkin juga mengundur diri. Dalam kalangan penyokong kuat masa kini, perhatikan Azizah, Izzah, Azmin dan Rafizi. Jangan juga lupa akan Sim Tze Tzin, Nik Nazmi Nik Ahmad, dan anak muda yang bernama Rozan Azen Mat Rasip.

Itu ialah orang kuat yang sedang kukuh berada di belakang Anwar. Sebaliknya, Dr Chandra Muzaffar meninggalkan Anwar, sama seperti Ezam, Zahrain, Zulkifli, Zahid Md Arip,  Zaid Ibrahim dan Shazril Eskay. Jika saya ditanya, siapakah tokoh PKR yang paling berpotensi melakukan tindakan seperti Ezam, jawapan saya tentulah Rafizi, kerana beliau hebat dan garang.

Zahid Hamidi dalam kategori lain, menyamai Datuk Nazri Aziz. Mereka kekal dalam kerajaan.Dalam tanggapan penyokong pembangkang, orang-orang yang meninggalkan Anwar dianggap pembelot, manakala yang kekal menyokong Anwar adalah pejuang. Saya yakin, Anwar sendiri tidaklah demikian. Bagi Anwar, rapat atau renggangnya seseorang dengannya adalah kebiasaan politik, kerana musuh dan kawan tidak abadi. -Detikdaily

SAMM Selangor Gesa Polis Siasat Hamidzun


Polis digesa membuat siasatan segera terhadap Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin (gambar kecil) yang didakwa melakukan ‘penyelewengan’ ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Azhar Achil berkata, walaupun kononnya Hamidzun membayar semula wang berkenaan tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan kesalahan.

Justeru, pihak SAMM Selangor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam bersama kira-kira 10 orang ahlinya menggesa tindakan segera diambil oleh polis.

“Jika benar perkara ini berlaku beliau (Hamidzun) seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya,” kata Azhar dalam kenyataan medianya.

Sebelum ini media melaporkan kes pecah amanah itu melibatkan wang berjumlah RM199,236.

15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam PKNS, Zamri Ibrahim & Co.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu.

Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.

15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011.

Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi.

Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .