Ikuti Blog ini

Umno tidak mustahil akan mati – TGNA

umno mesti mati


Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang menjawab beberapa soalan daripada Para wartawan selepas majlis perasmian pembinaan Masjid Hussain di Bandar Baru Tunjong. Di sebelah kanannya adalah Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang menjawab beberapa soalan daripada Para wartawan selepas majlis perasmian perlancaran kutipan wakaf/derma tapak pembinaan Masjid Hussain di Bandar Baru Tunjong pagi tadi. Di sebelah kanannya adalah Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman.

Harapan melihat Umno terkubur sejak tahun 60an- Nik Aziz

Harapan sejak tahun 60an lagi untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.

Beliau berkata demikian sebgai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.

“Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama.”

“Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana”ujar beliau.

Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa.

Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India.

Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut.

Keadilan perjuangan Islam itu katanya telah menarik kaum bukan Islam untuk bersama PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong parti itu.

Mengulas hak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Tuan Guru berkata ianya bukan isu besar, kerana yang lebih penting, calon yang tersebut adalah dari Pakatan Rakyat.

“Mengikut kebiasaannya, calon adalah dari parti yang bertanding terdahulu, kalau calon dahulu dari PAS, maka untuk kali ini pun dari PAS, apapun ia adalah milik Pakatan Rakyat sebenarnya” katanya lagi.

ImageBeliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis perlancaran kutipan wakaf/derma tapak sebuah masjid di Bandar Baru Tunjong.

Masjid yang akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar tersebut adalah sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara ini dan ia terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Turut hadir di majlis tersebut,Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato’Mohd Aiseri Alias,Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Exco Negeri,Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Pegawai-Pegawai Kerajaan negeri.

Pembinaan masjid tersebut akan mengambil masa selama 34 bulan dan boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu waktu.

Masjid yang menelan belanja melebihi RM7 juta akan menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah(Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid.

Qaryah Ramadhan…. Sesuatu Yang Amat Istemewa Di Sini.

tgna30

tgna31

tgna32

tgna33

tgna37

tgna34

tgna35

tgna36

Qaryah Ramadhan Di Kelantan… Suatu Kelainan Dan Sesuatu Yang Amat Istemewa Di Bulan Ramadhan Di Sini

Perkampungan Ramadhan yang telah dibina ini terletak di Perkarangan Stadium Stadium Sultan Muhammad Ke IV iaitu di tengah-tengah Bandar Kota Bharu..

Bermula dengan tadarrus Al-Quran pada waktu petang,pelbagai Juadah berbuka puasa disediakan secara percuma, solat Terawih yang disertakan dengan tazkirah ramadhan, Qiamullai sehinggalah bersahur beramai-ramai semuanya ada di Qaryah Ramadhan.

Sidang Akhbar PR untuk PRK Bagan Pinang




The Bagan Pinang Umno stronghold holds no fear for Opposition Leader Anwar Ibrahim as he believes that Pakatan Rakyat will emerge triumphant in that state constituency's upcoming by-election.ituency's upcoming by-election.

Tiga nama calon, yakin peluang cerah - Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 14 Sept: PAS yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan berdasarkan lonjakan sokongan rakyat dalam tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung dan pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sungguhpun persoalan undi pos menjadi perhatian utama kerana mampu mempengaruhi keputusan, namun ianya tidak semestinya memihak kepada Barisan Nasional (BN) seperti tanggapan umum.

"Undi pos tidak semestinya memihak kepada mereka kerana kita juga pernah mendapat sokongan daripada undi pos ini.

"Cuma yang kita mahu ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telus dalam proses undi pos termasuk membenarkan kempen kepada pengundi pos dan mereka juga boleh hadir sama-sama mendengar kempen kita," katanya.

Sementara itu ketika ditanya calon PAS yang bakal bertanding, beliau memberitahu setakat ini tiga nama calon telah dikemukakan kepada Mesyuarat PAS Pusat untuk dipertimbangkan namun akan mengumumkan satu nama setelah SPR mengisyhtiharkan tarikh penamaan calon.

"PAS negeri (Negeri Sembilan) telah kemukakan nama tiga orang calon yang telah dikenalpasti berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat. Semuanya adalah anak tempatan. Image

"Kita akan lawan sesiapa sahaja," jelasnya ketika disoal tentang ciri calon dan spekulasi lawan PAS yang bakal bertanding iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 manakala Azman memperolehi Azman 6,430 undi.

Mengenai peluang PAS untuk menang, Ustaz Hadi berkata ianya adalah cerah berikutan momentum kemenangan yang semakin melonjak yang diperolehi parti itu sejak Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

"Pada pilihan raya umum lalu kita hanya kalah dengan kira-kira 2,000 undi sahaja dan berdasarkan momentum kemenangan yang diperolehi menerusi beberapa pilihan raya kecil, peluang untuk menang adalah cerah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Program Semarak dan Semerbak Ramadan PAS di Pejabat Agung Jalan Raja Laut petang semalam.

Program tersebut bertujuan mendekatkan PAS serta menyantuni masyarakat warga kota khususnya penghuni-penghuni lorong gelap - Lorong Haji Taib yang terdiri daripada penagih dadah, golongan gelandangan, maknyah,pekerja seks dan anak-anak mereka, anak-anak yatim, saudara baru dan fakir miskin.

Turut hadir sama dalam program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan PAS (LKKPP) ialah pengerusinya sendiri iaitu Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohammad Nor, Pengarah Program Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahludin.

Terdahulu Ustaz Hadi menyampaikan tazkirah Ramadan kepada kira-kira 200 hadirin yang sejak awal jam 2.00 petang telah turut serta menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya perkhidmatan kesihatan percuma, guaman dan kaunselling.

Ustaz Hadi dalam ucapannya menyeru kelompok masyarakat yang tersasar dan terlibat ke kancah yang tidak diingini khususnya di Lorong Haji Taib dan Chow Kit agar kembali ke pangkal jalan kerana ruang pengampunan yang disediakan oleh Allah SWT sangat luas kepada seiapa sahaja.

"Tidak ada manusia yang tidak ada dosa. Malahan saya sendiri ada dosa. Para Nabi juga pernah buat silap. Image

"Ini kelemahan manusia, justeru tuhan memberi peluang untuk kita bertaubat dan merahmati. Allah beri peluang supaya kita tidak terlambat. Oleh itu rebutlah peluang itu khususnya di bulan Ramadan ini," katanya yang membuat hadirin, masing-masing pegun dan khusyuk mendengar suntikan semangat daripada Presiden PAS itu.

Tambahnya lagi, apa yang ditentukan baik buruk oleh al-Quran merupakan kata-kata benar daripada pencipta manusia yang mengetahui segala kelemahan dan kelebihan makhluk ciptaan-Nya.

Umpamanya pengharaman tuhan terhadap daging babi kerana mempunyai kesan buruk yang kini telah dipercayai oleh masyarakat dunia tentang kebenaran al-Quran itu apabila terjadinya wabak Selesema Babi yang menular sehingga membawa maut, katanya.

"Bagaimana bijak manusia sekalipun tidak mampun mencipta manusia. Justeru yang mencipta manusia wajib kita taati dan taqwa.

"Kita sama sahaja di sisi Tuhan. Yang dipandang Allah ialah ketaatan dan ketaqwaan seseorang,"katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan mengakhiri ucapannya kira-kira jam 7.00 malam.

Program yang bermula jam 2.00 petang itu berakhir pada jam 8.30 malam, seusia majlis penyampaian sumbangan PAS kepada hadirin.

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang

Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober akan datang dan penamaan calon pula pada 3 Okt. 2009.

Terang lagi bersuluh dan seperti yang dijangkakan setelah melalui beberapa pilihanraya kecil sebelum ini semuanya diadakan pada hari kerja kerana tempat itu adalah tempat komponen Pakatan Rakyat menang dan cuba dirampas oleh BN. Usaha mengurangkan majoriti keluar mengundi dilakukan oleh BN dengan memperkudakan SPR dengan menetapkan hari mengundi pada hari berkerja di Penanti, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manik Urai dan terkini di Permatang Pasir.

Kali ini hari mengundi di Bagan Pinang ditetapkan SPR pada 11 Okober iaitu pada hari ahad yang merupakan cuti umum.

Namun apa yang diharapkan tindakan SPR akan memberi peluang yang sebaliknya seperti yang mereka jangkakan. Mudah-mudahan bila hari mengundi adalah hari cuti makin ramai yang keluar mengundi, bukan untuk mempertahankan BN tetapi "menguburkan" BN di Bagan Pinang.

Demikianlah rakyat masih ingin diperbodohkan oleh SPR yang sudah sedia dimaklumi sejak sekian lama memihak untuk memenangkan bosnya BN. Namun kali ini saya beranggapan SPR sangat tersepit kerana dalam situasi keputusan PRK semuanya berpihak kepada Pakatan Rakyat kecuali di Batang Aii, maka apakah lagi helah seterusnya yang akan diumumkan oleh SPR, kita tunggu dan lihat.

PAS Kenalpasti 3 Calon Berwibawa Untuk Bagan Pinang


PAS telah mengenal pasti tiga calon anak tempatan untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata nama tiga calon tersebut diserahkan oleh PAS Negeri Sembilan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.

"PAS negeri (Negeri Sembilan) telah kemukakan nama tiga orang calon yang telah dikenalpasti berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat. Semuanya adalah anak tempatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 Sept lepas.

Beliau berkata PAS hanya menunggu pengumuman tarikh pilihan raya kecil tersebut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mengumumkan nama calon yang terpilih.

SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian esok.

Mengenai peluang PAS, Abdul Hadi berkata peluang untuk PAS memenangi pilihan raya kecil tersebut adalah cerah berikutan momentum kemenangan yang semakin melonjak yang diperolehi parti itu sejak Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

"Pada pilihan raya umum lalu kita hanya kalah dengan kirakira 2,000 undi sahaja dan berdasarkan momentum kemenangan yang diperolehi menerusi beberapa pilihan raya kecil, peluang untuk menang adalah cerah," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 manakala Azman memperolehi Azman 6,430 undi.

Jika Di Labelkan Sebagai Kapiaq, Pasti Melenting!!!!

"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.

Jika di labelkan melayu ini dan melayu-melayu yang menjadi ahli lembaga pengarah dalam Guiness Anchor Berhad dan Carlsberg Brewery sebagai melayu kapiaq pasti ada yang melenting, betul tak....?

Kerana mengikut kamus umno, asalkan berbangsa Melayu, secara automatik agamanya adalah Islam.

Tapi apakan daya, asal ada wang semuanya HALAL... dan itulah budaya dan penerimaan pemimpin dan rakyat Malaysia. Namun masih ada lagi yang menyanjungi melayu durjana sebegini.

Nabi SAW bersabda :

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah SAW melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."

Memalukan, PM Najib Samakan Konsep One Malaysia Menepati Apa Yang Dilakukan Oleh Rasulullah Ketika Mendirikan Kerajaan Madinah

Peribadi Pemimpin Cermin buat Semua..jadi Kepala harus betul dalam mentadbir atau menjadi pemimpin,namun jika kepala sendiri melanggar hukum allah swt apakah ia masih layak menjadi pemimpin???Wahai manusia yang kamu sentuh itu Kitab suci Allah swt,yang kamu baca itu KALAM Allah swt apakah yang kamu buat itu hanya kepura-puraan???Nabi Muhammad Saw berjuang untuk kebenaran Al-Quran ,akan tetapi kamu hanya menjadi Makhluk yang mempermainkannya tanpa kamu TAKUT akan azab Allah swt..Islam itu agama allah swt,tidakah kita malu sambil kita mengaku kita islam akan tetapi dalam masa yang sama kita memainkan hukum Allah swt itu sendiri...!!!

Menjadi Hamba itu sukar,tetapi menjadi MAKHLUK itu senang..Kerana Makhluk itu tiada AKAL akan tetapi OTAK semata !!!!Otak itu tiada berguna tanpa AKAL!!!

Mungkin dek kerana ingin menagih simpati dan undi rakyat Sabah supaya terus menyokong kepimpinan beliau, UMNO dan Barisan Nasional memerintah negara ini, akhirnya Perdana Menteri Najib Razak (foto), seolah-olah "tidak sedar diri" dalam mengeluarkan kenyataan beliau. Najib seperti sudah "hilang akal" tatkala mengeluarkan kenyataan beliau mutakhir ini. Kenyataan Najib itu diluahkannya ketika bersama rakyat yang dipaksa hadir dalam programnya di Tawau, Sabah semalam. Malah kenyataan Najib yang tidak kena pada tempatnya bahawa prinsip keadilan yang digagaskannya melalui 1Malaysia adalah selaras dengan tuntutan agama Islam yang mahukan umatnya berlaku adil kepada semua kaum dan agama. Katanya, konsep 1Malaysia itu menepati perkara yang dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika mendirikan kerajaan Madinah yang menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan dan memberi keadilan kepada semua kaum, melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan kepada kaum bukan Islam. "Jika kita melihat konsep 1Malaysia, inilah (keadilan) inti patinya yang berdasarkan prinsip saling hormat menghormati, menerima kepelbagaian itu sebagai kekuatan kepada kita dan bukan satu (perkara) yang membawa masalah kepada kita", katanya.

Melihat kepada kenyataan Najib ini, jelas sekali membuktikan bahawa Perdana Menteri Malaysia itu sudah semakin "hilang arah tujuan" dan "mula tekena badi Mahathir" dalam meneruskan pemerintahannya. Malah, mantan PM yang cukup sinonim dengan jolokan "Mamak Firaun" itu dulu, kini seolah-olah sudah benar-benar diterima oleh Najib sebagai penasihat kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Terbaru Mahathir (foto). dilantik semula sebagai Penasihat Proton, dalam keadaan beliau yang semakin hari semakin nyanyuk itu. Najib dilihat benar-benar menjadi Mahathir sebagai idolanya untuk meneruskan kuasa memerintah negara ini. Segala gerak kerja dan tindakan yang beliau lakukan lebih terdorong kepada skrip yang telah dibuat oleh Mahathir, termasuk juga dalam kes terbaru "isu liwat Anwar" yang sedang hangat diperkatakan selama ini. Mahathir memang sudah diketahui seantero dunia, merupakan pemimpin Melayu yang kononnya memerintah sebuah negara Islam yang berani mengkritik dan mempertikaikan Islam itu sendiri. Malah kenyataan beliau yang masih terngiang-ngiang ditelinga kita seperti mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan maka ramai orang Islam kudung tangan, menghina janggut Nabi kononnya zaman baginda tidak mempunyai pisau cukur malah Mahathir juga begitu berani mengatakan agar Al-Quran itu dikaji selaras dengan perkembangan zaman. Bukankah ini jelas membuktikan yang Mahathir tidak layak untuk menjadi Penasihat Kerajaan Malaysia sebenarnya. Namun, dek kerana jasa-jasanya maka Najib Razak sanggup dan tergamak menjadikan Mahathir sebagai "sifu" beliau mengurus tadbir negara ini.

Apakah dek kerana terpengaruh dengan wawasan yang dikemukakan oleh Mahathir, maka Najib tiba-tiba menganggap idea ciptaan beliau "1Malaysia" itu "saling tak tumpah" seperti apa yang dilakukan oleh Baginda Rasullullah dalam membina kerajaan Islam di Madinah dulu. Najib harus "cermin diri" dulu sebelum mengeluarkan kenyataan seperti ini. Menyamakan "1Malaysia" yang dicedok dari konsep "1Israel" itu seperti yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad itu, jelas sekali menonjolkan lagi "kejelekan" beliau di mata rakyat sebenarnya. Malah, bukan sahaja rakyat Malaysia yang akan mentertawakan beliau itu. Kemungkinan besar, seluruh masyarakat Islam seantero dunia juga pasti menganggap "Najib sudah gila meroyan" agaknya. Beliau tidak layak untuk menyamakan "1Malaysia" sama dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Tambahan pula "1Malaysia" itu tidak berteraskan undang-undang Islam sebenar iaitu "hukum hudud" yang diturunkan oleh Allah SWT di atas muka bumi ini. Malaysia bukan negara Islam sebenar, tetapi lebih kepada "ciptaan manusia yang dipimpin oleh puak-puak UMNO" itu sendiri. Malaysia ialah sebuah negara Islam Hadhari yang memisahkan agama dengan kehidupan manusia itu sendiri. Islam yang mencampur adukkan yang halal dan yang haram dalam satu "acuan" yang akhirnya menghancurkan umat Islam itu sendiri. Malah, kewujudan Islam Hadhari juga jelas telah memesongkan iman dan akidah rakyat Malaysia terutamanya generasi muda hari ini. Mereka melihat kerajaan Islam UMNO begitu hebat kerana dalam pada mengaku negara ini Islam, mereka turut merelakan dasar-dasar jahiliyah dikekalkan. Lantaran itulah mutakhir ini banyak kejadian-kejadian yang berlaku di zaman jahiliyah kini terjadi pula dalam masyarakat kita, malah ia ternyata lebih berbahaya dari dulu !

Semua ini jelas menggambarkan bahawa Najib Razak sebenarnya "tidak berpijak dibumi yang nyata" dalam mengeluarkan kenyataan beliau. Malah katanya konon beliau ingin berlaku adil kepada 27 juta rakyat Malaysia, adalah satu "omongan kosong" yang tidak masuk dek akal sama sekali. Najib bukan "Tun Razak" yang cukup disanjung selama ini. Najib adalah perosak agama, bangsa dan negara tercinta. Malah pendedahan demi pendedahan tentang skandal Najib cukup memalukan kita selama ini. Keenganan Najib untuk mempertahankan dirinya dan menyaman pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan juga mendedahkan kepada perasaan syak wasangka dikalangan rakyat. Maka itulah mereka melihat kerajaan yang ada dan dipimpin oleh Najib tidak wajar disamakan dengan kerajaan Islam Madinah pimpinan Rasulullah SAW. Najib tidak adil kepada rakyat, malah mendera rakyat di saat mereka berada dalam keperitan serta kepayahan hidup. Minyak dinaikkan tatkala menjelangnya perayaan besar seperti Hari Raya Aidil Fitri ini. Rakyat langsung tidak didahulukan dalam membuat keputusan drastik itu. Bila rakyat bangun memberontak, maka mereka akan dizalimi serta dikasari oleh pihak polis yang diupah oleh Najib untuk menakutkan rakyat. Akhirnya mereka disuruh menjadi "katak di bawah tempurung" dan menerima sahaja apa yang dilakukan oleh kerajaan, hatta merompak serta menyelewengkan wang rakyat sekali pun. Apakah amalan ini terdapat dalam sebuah negara Islam ketika zaman pemerintahan Rasulullah dulu?. Pengunaan akta zalim ISA, iaitu penahanan tanpa bicara terus dijadikan alat untuk menghumban mana-mana pihak yang didapati menganggu keharmonian dan keselamatan negara. Apakah undang-undang seperti ini diamalkan oleh Rasullullah ketika zaman pemerintah baginda itu dulu?.

[Najib harus bermuhasabahkan dirinya dulu di bulan Ramadhan yang mulia ini, sebelum tergamak menyamakan konsep "1Malaysia" ciptaannya itu sama seperti yang diamalkan oleh Rasulullah di Madinah dulu. Jika inilah dia pandangan Najib, maka terbukti beliau kini sudah tidak siuman lagi sebenarnya. Beliau hanya "syok sendiri" dalam mengeluarkan kata-kata yang amat memalukan seperti itu. Maka itulah, sebagai rakyat Malaysia yang memahami konsep sebuah negara Islam sebenar wajarlah mereka menolak kepimpinan Najib Razak ini. Lakukan perubahan untuk memastikan keadilan dan Islam tertegak serta dikembalikan semula kepada rakyat. Bercakap tanpa perlaksanaan jelas sekali melambang kedangkalan dan kebodohan seorang pemimpin negara Islam Hadhari seperti Najib Razak ini sebenarnya. Najib perlun kembali ke jalan kebenaran, sebelum layak untuk mengeluarkan kenyataan yang melambangkan tahap mentaliti bangang dirinya itu].
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .