Ikuti Blog ini

Munajat & Himpunan Rakyat Perak 'ESOK' !!

Program Munajat & Perhimpunan Rakyat
menyokong MB Perak, Dato' Seri Ir. Muhd Nizar Jamaluddin

Pada :
5 Feb 2009 ( Khamis) Jam 7 malam
bertempat di Kediaman Rasmi MB Perak,Ipoh.

Turut Hadir esok :
Dato' Seri Anwar Ibrahim
dan semua Menteri Besar /Ketua Menteri Pakatan Rakyat.

Dijemput Hadir dan bawa sejadah


Kurang bijak bawa wakil rakyat berkualiti rendah - Mahathir


KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas, manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR kembali semula kepada Umno. - Berita Harian
Ayoyok aku tak tau ... bekas UMNO kutuk UMNO.!!!
Kita jadikan UMNO sebagai tong sampah .. untuk di longgokkan pemimpin yang korup, seleweng dan tak der maruah ...!!!
Senang kalau nak buang sekali dengan partinya .. .. Tak payah nak di tapis tapis lagi.


WAJAH TERKINI MB



Dato Seri Nizar Jamaluddin dilihat di Pejabat Perhubungan Negeri PAS...Ketenagan jelas terlihat di wajah beliau...WAHAI RAKYAT PERAK MARI KITA SEMUA BERDOA UNTUK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT!!!!
ALLAHU HU AKBAR!!!


DATO NASA!!!ANDA SEBENARNYA SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA…

AWAS ANDA PERDAYAKAN RAKYAT DAN TUHAN MENJADI SAKSI TUNGGU APA YANG AKAN BERLAKU KEPADA ANDA.....DATO NASA!!!ANDA SEBENARNYA SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA...TUHAN AKAN PERKENANKAN DOA RAKYAT PERAK....ALLAH HU AKBAR!!!

AWAS ANDA PERDAYAKAN RAKYAT DAN TUHAN MENJADI SAKSI TUNGGU APA YANG AKAN BERLAKU KEPADA ANDA.....DATO NASA!!!ANDA SEBENARNYA SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA...TUHAN AKAN PERKENANKAN DOA RAKYAT PERAK....ALLAH HU AKBAR!!!

tolongggggg tengok betul2!!! Ini GAmbar SIAPAAAA....????


RAKYAT DIPERMAINKAN…

Kalau anda lihat gambar di atas mereka seronok gembira dan tergelak besar apabila mereka berjaya mempermainkan RAKYAT!!!

Namun sabar dulu wahai pengkhianat kerana KUASA TUHAN ITU MASIH ADA….JANGAN MULA MEMAIN RENTAK GEMBIRA KERANA BILA-BILA SAJA TUHAN BOLEH RENTAP APA YANG KAMU LAKUKAN….BUAT ANDA BEREMPAT!!!!AWAS ANDA PERDAYAKAN RAKYAT DAN TUHAN MENJADI SAKSI TUNGGU APA YANG AKAN BERLAKU KEPADA ANDA…..DATO NASA!!!ANDA SEBENARNYA SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA…TUHAN AKAN PERKENANKAN DOA RAKYAT PERAK….ALLAH HU AKBAR!!!

Wajarkah Mereka-Mereka Ini Menjadi Wakil Anda?

Wajarkah Mereka-Mereka Ini Menjadi Wakil Anda?


Ketawa besar penuh bermakna... kenapa? Setiap orang (muka dalam bulatan) ketawa dengan makna yang tersendiri... Hanya Allah SWT Yang Maha Tahu di sebalik ketawa masing-masing.

Nasib Perak ESOK

8.00 malam

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.

Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan beliau membuat rujukan terhadap beberapa perkara.

Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.

Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.

"Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya.

Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."


Sehingga awal malam ini keputusan masih belum dapat dicapai . Bagi pihak Kerajaan PAKATAN Rakyat sedang menunggu perkenan Tuanku Sultan Perak . Apakah Baginda perkenan untuk membubarkan DUN Perak atau menyerahkannya kepada BARISAN Nasional membentuk Kerajaan .

Apa yang boleh dilakukan oleh semua ialah mengadakan solat hajat dan memohon restu Allah agar melembutkan hati Tuanku Sultan agar perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus mendapatkan mandat baru dari Rakyat .

Buat masa ini Datuk Najib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak tentu sahaja bekerja keras bagi merampas kembali kerajaan Negeri Perak .

Seharian hari kawan - kawan menghubungi saya untuk mendapatkan komen . Bagi saya hanya memulangkannya kepada Ketentuan Allah swt setelah pelbagai langkah telah diambil oleh PAKATAN Negeri Perak untuk mempertahankan kerajaannya .

قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء و تنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير

Katakanlah : Ya Allah Ya Tuhan..... Raja yang memiliki Kerajaan ( di dunia dan di langit ) Kau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Kau kehendaki dan Kau menyentapnya dari siapa yang Kau kehendaki dan Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau menghina sesiapa yang Kau kehendaki . di dalam genggamanMu segala Kebaikan sesungguhnya Kau Maha Berkuasa di atas segala suatu .

Surah Aali Imraan . Ayat : 26

Apa hikmahnya di atas suasana yang penuh dramatik ini hanya Allah jua yang ketahui tetapi sebagai seorang muslim , tentunya saat begini mendorong kita bersimpuh di hadapan Allah swt . untuk mengoreksi diri .

Pada saya , sebelum kita melihat atau bertemu segala hikmah yang lain , ia adalah jawapan yang sangat praktikal bahawa perjuangan perlu bertunjangkan Aqidah . Tanpa Aqidah perjuangan , ianya serapuh biskut marie .

Harap sahabat - sahabat seperjuangan dapat bersabar atas apa yang berlaku . Segala episode malang ini berpunca dari sebuah pengkhianatan . Khianat terhadap amanah perjuangan . Khianat terhadap amanah rakyat . Khianat kepada diri sendiri sehingga hilang dan luruh segala harga diri semahal daging lembu korban .

Justeru , berkali telah ku katakan .... bahawa intima' atau penglibatan kita dengan perjuangan ini mestilah berasaskan Aqidah . Tanpa aqidah , inilah jadinya .

Apa pun , semua pihak wajar kembali kepada Allah swt , berdoa dan bermunajat agar Allah swt menunjuk jalan bagaimana mahu menyelamatkan kerajaan ini . Semoga Restu Allah swt kepada kita .


Terserah kepada Tuanku - Nizar


5:35 ptg - Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas menghadap Sultan Perak.

Beliau menyatakan ringkas "terserah kepada tuanku" kepada pemberita di luar pintu masuk istana sambil tersenyum.



Rampasan Kuasa Berjaya!! secara yang sangat tidak bermoral

Kabar dari Utusan Online memaklumkan Datuk Seri Najib Tun Razak telah selesai membuat sidang akhbar sebentar tadi bagi mengumumkan BN berjaya membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.


Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PR sebanyak 28 kerusi.


Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik oleh Menteri Besar Perak yang baru.


Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu.

Yang menjadi tanda tanya kini ialah bagaimana dengan kedudukan DUN yang telah dibubarkan, adakah ia pembubaran yang tidak sah dari segi perlembagaan? Dan yang kedua, apa titah Sultan ketika Menteri Besar, Dato Nizar mengadap baginda tadi?


Jika benar Perak dapat direbut kembali dengan cara yang selicik itu oleh BN, kita ucapkan tahniah kepada BN yang telah berjaya merampas kuasa secara yang sangat tidak bermoral. Sekali lagi sejarah mencatatkan opera kotor yang mencacatkan sistem demokrasi negara ini.


Kepada rakyat Perak, bersabarlah. Namun tiada siapa yang dapat menghalang anda memenuhi jalan raya bagi menyatakan isi hati anda selepas ini!!






MB Perak ke Istana mohon Perkenan DYMM Sultan Perak

IPOH, 4 Jan :-Sekitar jam 3.40 minit tadi MB perak meninggalkan Pejabatnya untuk ke Istana Kinta, Ipoh bagi memohon perkenan DYMM sultan Perak bagi memberi laluan kepada satu PR dikesemua 59 DUN Negeri Perak.
Sebahagian dari ADUN pakatan bergambar bersama Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri sebelum YAB MB Berangkat ke Istana Kinta bagi memohon perkenan DYMM Sultan Perak bagi pembubaran DUN Perak.


MB Perak Umum Bubar DUN Serta Merta


IPOH- Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil tindakan drastik dan luar biasa mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta merta.


Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini untuk mendapatkan perkenan baginda.


Jika Sultan Murka: Najib dan SPR Dipertanggungjawabkan

Timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof akan dipertanggungjawabkan kerana dikatakan telah bertindak keterlaluan dengan melakukan penghinaan kepada Sultan Perak.


Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada hari kelmarin telah menghadap be bawah duli Sultan Perak untuk memaklumkan kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri Perak dan dilaporkan oleh Perak Daily bahawa baginda telah perkenan supaya pilihanraya kecil diadakan.


Baginda yang pernah menjadi Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982 sehingga 3 Februari 1984 dimana baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah adalah orang yang lebih memahami undang-undang negara ini berbanding Najib dan seluruh jentera SPR sendiri.



Namun keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipercayai telah dipengaruhi oleh anasir luar terutama TPM Datuk Seri Najib yang telah berusaha merampas Perak dengan cara tidak beretika yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang disifatkan sangat mengelirukan dan menghina DYMM Sultan Perak.


YB Khalil Idham Lim, ADUN Titiserong menyatakan "tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak."


"Lebih malang apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perak kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi," tambah beliau.


Pagi ini, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengadap DYMM Sultan Perak dipercayai untuk memohon limpah perkenan dari Tuanku bagi mendapat laluan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan mengadakan Pilihan Raya Baru.



Tinjauan Umum: Raikan kepulangan Adun dengan 'kasut'

http://media.signonsandiego.com/img/photos/2008/12/19/f0f275cf-af5d-49c1-b276-9413b48c563anews.ap.org_t350.jpg?1640fae913a1dac1b26c7eb88806b9f9b0341305
jamaluddin mat radzi and osman jailuCHANGKAT JERING - Ramai penduduk di sekitar Dun Changkat Jering dan Taiping tidak 'sabar' menanti kepulangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd. Osman Jailu yang dilaporkan hilang dan masih tidak muncul di kawasan mereka.


Reaksi awal beberapa penduduk kesal dengan tindakan beliau yang 'hilang' tanpa berita dan tidak lagi menumpukan keraja-kerja kawasan khususnya melibatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitarnya.


Malah, ada yang mahu penjelasan sebenar daripada beliau berhubung isu yang dilihat cuba 'menganggu-gugat' kestabilan politik kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.


"Kita pilih dia untuk mewakili kita dan bukan buat hal macam ini sehingga mengundang marah orang ramai. Akibat tindakan dia kemungkinan pilihan raya kecil diadakan yang bakal membazirkan wang rakyat sekali lagi sedangkan ita mahu urusan harian berjalan seperti biasa," kata penduduk Air Kuning yang mahu dikenali sebagai Khairuddin yang berkerja sebagai guru di Rapat Setia, Ipoh.


Berbeza dengan pendapat dua orng wanita yang ditemui, dipercayai penyokong PAS berdasarkan hujah yang disampaikan iaitu mahu pilihan raya kecil diadakan bagi 'membersih' dan menggantikan calon yang telah terbukti membelakangkan harapan penduduk setempat.


"Ada baiknya buat pilihan raya balik, supaya yang kotor kita bersihkan dan mana yang rosak kita betulkan balik," kata Hanim, 53 kepada Harakahdaily.


Selain itu seorang bekas kakitangan kerajaan, Daud Ishak, 62 mahu pilihan raya diadakan tetapi mahu kuota kerusi Changkat Jering ini diserahkan kembali kepada PAS memandangkan kawasan ini sejak dulu merupakan kubu kuat PAS dan tidak mahu insiden 'pisang berbuah dua kali' berulang yang menjejaskan nasib penduduk di sekitarnya.


Bagi Aktivis PAS yang ditemui di Markas PAS Air Kuning Shahahudin bersedia menerima sesiapa pun calon yang dipilih oleh Pakatan Rakyat kerana baginya yang paling penting memastikan kerajaan negeri Perak kukuh.


Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS kawasan Taiping Bandar Haji Abdul Halim Aziz berkata, rata-rata penduduk sekitar sudah tidak sabar lagi menanti pilihan raya kecil di adakan di Changkat Jering untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat akan terus memenangi sekali lagi seperti yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


"Momentum semangat 8 Mac, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih kuat dan gelombang itu akan sekali lagi berlaku jika pilihan raya kecil di adakan di Perak. Kita akan buktikan sekali lagi dan lagi," katanya yang merupakan bekas pengetua sekolah menengah.


Sementera itu, Harakahdaily juga cuba 'menyamar' sambil 'mencuri' dengar perbincangan beberapa penduduk setempat di warung kedai makan berhampiran untuk mendapat respon balas terhadap Adun mereka itu.


Mengejutkan rata-rata memberi idea lucu dan penuh 'sarkastik' sesuai dengan tindakan Adun tersebut iaitu meraikan kepulangannya dengan balingan kasut!


Ilham itu dipercayai diperolehi daripada insiden Murtadza, wartawan Iraq yang membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush yang telah 'merosakkan' Iraq.


Mungkin tindakan biadap Bush tidak boleh disamakan dengan sikap Osman namun meraka mengatakan bahawa tindakan Adun mereka itu juga telah cuba merosakkan negeri Perak.


Ya, kita tunggu dan lihat sama ada kepulangan itu direalisaikan dengan idea lucu penuh sinis itu!


Pakatan timbang adakan p'raya mengejut di Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin mengakui bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.


"Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.

nizar jamaluddin 100 days interview 180608 11
Mohd Nizar memberitahu pemberita demikian malam tadi selepas mempengerusikan satu mesyuarat di kediamannya yang dihadiri oleh sebahagian besar ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan serta pemimpin utama dari PAS, DAP dan PKR.


Kelmarin, dua Adun Pakatan - Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) dan Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) - keluar parti, menyebabkan kerusi Pakatan kini tinggal 30 daripada 59 kerusi di dewan undangan negeri Perak.


Barisan Nasional (BN) hanya perlukan dua Adun berkenaan dan seorang lagi wakil rakyat menyertai gabungan itu bagi membolehkannya mengambil kuasa daripada Pakatan yang mentadbir Perak sejak 10 bulan lalu.


Walaupun kerajaan negeri mungkin mengadakan pilihanraya mengejut untuk mengelak wakil rakyatnya melompat parti menyertai BN, langkah Pakatan seterusnya untuk menyelesaikan situasi yang genting itu ialah mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak mengiktiraf surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Osman.


'Hee masih bersama kita'



Exco kanan kerajaan negeri Perak, Ngeh Khoo Ham, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkata, Pakatan berhasrat untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi terbabit yang "dikosongkan" oleh Jamaluddin dan Osman.


Beliau yang juga pengerusi DAP Perak berkata, pihaknya akan memfailkan semakan kehakiman dan memohon perintah mahkamah untuk mendesak SPR melaksanakan tugasnya.


Mengenai kedudukan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang tidak gembira dengan kepimpinan Pakatan, terutamanya DAP, Mohd Nizar berkata perselisihan pendapat memang perkara biasa dalam pakatan tersebut.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .