Ikuti Blog ini
Tangkap Musa Aman, Selamatkan Duit Rakyat Sabah! ,Selasa, Disember 18, 2012 at 18.12.12,
Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik silih berganti membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman.
Kelmarin, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah Boby Lewat @ Ewat membuat laporan SPRM bagi pihak anak muda Sabah terhadap Musa yang didakwa menerima wang sebanyak RM40 juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi.
“Kami merujuk kepada kenyataan bersumpah (Ahli Parlimen Beaufort dan juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Seri Lajim Ukim pada 11 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.
“Ini berikutan pendedahan dari pelbagai sumber media bahawa anak Nazri, Nedim Nazri dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
“Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG,” katanya.
Lesen pembalakan
Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa.
Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012, Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Musa dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan.
“Ini adalah atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
“Namun kenyataan bersumpah Lajim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri di Parlimen.
“Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?,” soal Boby.
Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut.
Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah, menurut Lajim.
Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta.
Pengumuman Nazri juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.
“Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz.
“Kesediaan Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM,” ujar Boby. -FMT
Rupanya Sebab Ni Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Baling Batu Di Tapah.. , at 18.12.12,
PETALING
JAYA 18 Dis - Perbuatan bacul samseng Umno yang menyerang program
Pakatan Rakyat hasil tunjuk ajar presidennya, kata Setiausaha Agung
KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau merujuk insiden Bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu oleh samseng Umno di Tapah ketika dalam perjalanan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak, kelmarin.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, ia bukan lagi aneh kerana pimpinan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak terbukti takut untuk berdepan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Seruan dan cabaran untuk berdebat secara terbuka tidak disahut dan didiamkan. Malah pendedahan dan pembuktian tentang kegagalan dan kepincangan Umno serta Perdana Menteri jelas tidak mampu dijawab dan dijelaskan,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty di ibu pejabat parti, hari ini.
Hadir sama, Ketua Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri dan Setiausaha Pengelola, Raden Shamsul Akmar raden Shamsuddin.
Saifuddin turut mengaitkan serangan ini dengan rentetan pendedahan oleh Deepak Jaikishan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menjadikan Umno seperti hilang punca, laksana meroyan dan tidak tentu arah.
“Kegagalan untuk menghalang serangan demi serangan mencerminkan bahawa Najib memberi lesen untuk kerja gila seperti itu diteruskan,” tegasnya.
Sementara itu, Muhammad Nur mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap serangan keempat ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat.
“Kita kesal kerana masih belum ada tindakan. Najib konon mencanangkan perihal demokrasi tapi keganasan politik berleluasa,” kata Pengerusi KEADILAN Perak itu.
“Pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak atas pengaruh mana-mana organisasi politik,” kata Muhammad Nur.
“Serangan samseng Umno bukti begitu terdesaknya Najib seperti dalam ucapannya di Himpunan Agung Umno tahun lalu, ‘biar tulang berselerakan, asalkan Putrajaya dipertahankan’,” katanya. ~kd

Langgan:
Catatan (Atom)