Ikuti Blog ini

Video Seks: KPN Kata Ia Tulen. Persoalannya....

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim. -mk


IGP: Video seks didedah ‘Datuk T’ tulen

KUALA LUMPUR, 1 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. -TMI

Keputusan itu tidak menghairankan. Keputusan yang diumumkan sempena pilihanraya negeri Sarawak.

OK. Rakaman mungkin boleh dikatakan tulen sebab ia hitam putih - tidak dapat dikesan sebarang "superimposed" kerana yang melakukannya adalah juga "pakar" di dalam teknologi.

Pakar teknologi boleh pada bila-bila masa mengalahkan pakar perfileman.

Jika demikian, persoalan kini: Siapa pula "pelakon" itu? Seperti yang didedahkan sebelum ini, tidak mustahil wujud wajah seiras tetapi tak serupa.

Kedua setakat mana "kepakaran" mereka yang dikatakan "pakar" yang telah menyiasat kes tersebut? Apa kelulusan dan pengalamannya di dalam bidang teknologi? Ianya perlu didedahkan untuk ketelusan.

Ketiga, bagaimana pula kesalahan mereka yang merakam, memiliki, menyimpan dan mempertontonkan video seks berkenaan?

Ia semuanya dibebankan kepada pihak Polis dan Peguam Negara jika beliau ingin meneruskan kes tersebut. -GB

FB: Yahudi tetap yahudi jua!

Jerusalem: Akhirnya, laman sesawang Facebook, menghapus akaun Intifadhah Palestina Ke-III pada selasa lalu. Pemilik Facebook menilai akaun itu tersebut bertujuan untuk berkempen mengangkat senjata melawan Israel.

Penghapusan akaun Intifadah Palestina Ke-III setelah protes dan desakan Israel kepada pemilik Facebook, Mark Zuckerberg. Israel mendakwa akaun Intifadhah menimbulkan konflik politik dan bertentangan dengan kebebasan bersuara. Laman itu juga dikatakan sebagai penyebar kebencian.

Intifadha Palestina Ke-III telah memiliki lebih dari 350.000 fans ketika diblok. Akaun ini mengajak warga Palestine turun ke jalan raya berdemontrasi selepas solat Jumat pada 15 Mei akan datang sebagai bermulanya kebangkitan intifadhah. "Hari Kiamat hanya akan tiba jika kaum Muslimin telah membunuh semua orang Yahudi," sebagai posting di wall Intifadhah.

Menurut pengelola Facebook, halaman tersebut dibuat untuk mengajak melakukan demontrasi secara damai dengan menggunakan istilah “intifadhah” yang dikaitkan dengan kekerasan di masa lalu. "Walau demikian, setelah mendapatkan publisiti, komentar yang muncul makin panas dan langsung menyeru kepada kekerasan. Secara langsung pembina laman itu akhirnya mengajak melakukan kekerasan juga," kata Andrew Noyes, Manager Komunikasi dan perhubungan awam Facebook.

"Kami memonitor tiap yang dilaporkan kepada kami, dan ketika mereka menyeru kearah kekerasan atau ekspresi kebencian, seperti yang terjadi dalam kes ini kami harus segera menyekatnya" tegas Noyes. “Ianya bukan kebiasaan kami untuk menyekat segala seruan yang ada unsur menentang negara-negara, agama, entity politik atau ideologi.”

"Revolusi Facebook", kata Moyes, turut berperanan dalam menjatuhkan rejim di Mesir dan Tunisia. Laman sesawang sosial telah menjadi agen perubahan dan alat politik yang kuat, yang menuntut para pengguna di seluruh dunia membuat kempen ketika memposting.

Hakikatnya pengaruh Israel cukup kuat mencengkam dunia. Mereka bimbang laman Intifadhah telah membangkitkan tekanan terhadap pemerintahan Palestine agar bersatu menghadapi Israel. Mahmoud Abbas terpaksa pergi ke Gaza dalam usaha mengadakan kerjasama dengan Hamas apabila laman ini membangkitkan kebangkitan rakyat yang memberi kata-dua kepada Mahmoud Abbas. Bimbang dengan pengaruh laman internet sebegini yang telah memberi kesan kepada kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir. Tindakan awal adalah dengan menutup laman tersebut. Ianya juga dibimbangi membangkitkan intifadhah khususnya kepada generasi baru terhadap pemerintahan zalim Israel.

Beginilah rangkaian yahudi yang berpengaruh dalam menentukan apa-apa yang memberi keuntungan kepada Israel dan blok barat. Mereka menjadikan pengaruh internet untuk menjatuhkan kerajaan dan pemerintahan tajaan mereka sendiri di negara-negara umat Islam demi kepentingan minyak dan kuasa mereka tetapi dengan segera menutupnya jika boleh menjejaskan kepentingan mereka. Dan FB akhirnya tunduk kepada desakan dan kepentingahn yahudi juga. -

JENIS ORANG DAN KENTUT MEREKA

بسم الله الرحمن الرحيم



*Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

* Orang tak ada KERJA Orang yang baca entri ni sambil ketawa dan terkentut-kentut.. kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

 Tumpu p'raya Sarawak, jangan peduli media pro BN

KUALA LUMPUR, 1 April: Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh jentera parti menumpukan sepenuh perhatian kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang sangat penting kepada Pakatan Rakyat.

Nasharudin berkata, jentera parti tidak seharusnya terpengaruh dengan laporan media pro Umno BN berkaitan urusan dalaman parti khususnya berkenaan pemilihan pimpinan Jun ini.

"Saya minta jentera dan ahli PAS tumpu kepada pilihan raya di Sarawak. Jangan terbawa-bawa dengan laporan media yang cuba membangkitkan isu dalaman parti khasnya yang berkaitan dengan pemilihan," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, media sedangkan diperalatkan Umno BN untuk melaga-lagakan saf pimpinan parti.

"Musuh politik kita sedang memperalatkan media untuk melaga-lagakan saf parti," katanya.

Katanya juga, seluruh jentera mesti bekerja bersungguh-sungguh di Sarawak untuk menumbangkan BN.

"Kita harus bekerja kuat di Sarawak," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Menyentuh mengenai persiapan di Sarawak, beliau berkata setiap jentera telah dibahagikan kepada lima kawasan yang ditandingi PAS.

Ujarnya juga, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan turut sama membantu di setiap kawasan. -Hrkh

Selangor lulus enakmen kebebasan maklumat

DUN Selangor mencatat sejarah hari ini sebagai dewan perwakilan pertama yang meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (2010).

NONERang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali ketiga hari ini oleh exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Selangor Elizabeth Wong.

Cadangan rang undang-undang itu disokong oleh ADUN Sri Andalas Xavier Jeyakumar dan diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.

Dalam ucapannya, Elizabeth antara lainnya berkata enakmen baru itu merupakan hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka dalam memilih Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Katanya lagi, rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan. -M'kini

Gelombang Biru: ATM Rela Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Projek 'Lautan Biru Strategi 3' tiada kaitan pilihan raya

SERIAN: Projek 'Lautan Biru Strategi 3' yang dikendalikan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sedang dilaksanakan di beberapa kawasan pedalaman negeri ini, tiada sebarang kaitan dengan pilihan raya Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad, berkata jika ada pihak mengaitkan projek berkenaan dengan politik, mereka sebenarnya silap kerana ia sudah lama dirancang.

Malah, katanya, peruntukan untuk melaksanakan projek membina kediaman rakyat miskin menerusi Program Bantuan Rakyat (PBR) sudah dikeluarkan sejak tahun lalu.

“Saya ingin menegaskan, projek ini bebas daripada sebarang unsur politik, jauh sekali berkaitan dengan pilihan raya Sarawak.

“Kami melaksanakan projek ini demi kesejahteraan rakyat miskin di luar bandar dan harap ia tidak dikaitkan sebagai projek pilihan yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya selepas majlis penyerahan rumah PBR kepada Juwim anak Nyaie, di Kampung Bunan Gega, di sini, semalam.

Sebanyak dua rumah baru dibina di kampung berkenaan, manakala empat lagi dibaiki mengikut program berkenaan.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zain dan Panglima 1 Divisyen,Mej-Jen Datuk Awi Suboh.
Ibrahim berkata, sebanyak 9,400 rumah PBR akan dibina di seluruh negara tahun ini dan di Sarawak sebanyak 3,183 unit akan dibina dengan kos sebanyak RM1.03 juta.

Bagi projek pembinaan rumah baru, setiap projek memerlukan peruntukkan antara RM40,000 hingga RM44,000 manakala untuk projek membaiki pula memerlukan kos RM12,000 setiap satu.

Katanya, kementerian memilih ATM sebagai rakan kongsi untuk menjayakan projek ‘Blue Ocean’ kerana ia dijamin cepat dalam tempoh singkat dan menjimatkan kos.

Sementara itu, Zulkifeli, berkata, selain membantu agensi lain melaksanakan projek untuk kemudahan rakyat, ATM khususnya Tentera Darat juga memanfaatkannya untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

Selain PBR, beliau berkata, pihaknya juga melaksanakan projek pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman, termasuk jalan sepanjang 76 kilometer dari Ba' Kelalan ke Long Luping di hulu Baram.

“Malah, anggota kami juga terbabit dalam projek bekalan air bersih di 12 daerah negeri ini bersama Jabatan Kesihatan dan sebanyak 37 lokasi sudah dikenal pasti dengan peruntukkan sebanyak RM5.2 juta disediakan,” katanya.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan ATM menyangkakan semua rakyat bodoh seperti mereka.

Cuba menggunakan topeng bernama 'Lautan Biru Strategi 3" apabila rela menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk berkempen di pilihanraya negeri Sarawak.

UMNO BN menggunakan pelbagai strategi untuk "merasuah" rakyat, sekalipun mereka berselindung di sebalik pelbagai kumpulan dengan pelbagai jenama.

Diantaranya seperti diatas, lansung tidak bermaruah memperalatkan Angkatan Tentera. Jika benar tiada muslihat dan tiada apa-apa kaitan dengan PRN Sarawak, mengapa perlu namanya "Gelombang Biru" yang tiada lansung kaitan dengan ATM? Bukankan "Gelombang Hijau" lebih bertepatan dengan warna sesebuah angkatan tentera? Celoreng biru hanya digunakan oleh pelatih PKLN. Sejak bila ATM menurunkan darjatnya serendah itu? Itulah kedudukan mutu dan darjat ATM sekarang ini.

Selain dari itu, UMNO BN juga menggunakan NGO yang membawa penari-penari separa boleg menganjurkan majlis makan malam dan mengadakan cabutan bertuah mengagihkan pelbagai hadiah untuk rakyat yang selalu dilakukan di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil di Semenanjung.

Apa-apa pun semua penipuan UMNO BN tidak akan kekal. Satu hari rakyat akan tetap buka mata dan UMNO BN pasti tumbang juga! -GB

P'raya Sarawak: 'Gelombang' PAS bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 1 April: Gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi.

Jentera dari Semenanjung sebahagiannya telah berada di sana untuk memulakan gerak kerja.

Manakala jentera yang akan bertugas untuk gelombang kdua dinasihatkan menempah tiket penerbangan awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

"Kita hanya ada dua gelombang untuk pilihan raya Sarawak dan kedua-dua gelombang sudah diisi dengan petugas," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini. -Hrkh

PR yakin menang di Sarawak



KUALA TERENGGANU - Pakatan Rakyat (PR) yakin mempunyai peluang besar dalam meraih kemenangan pada pilihan raya Sarawak pada 16 April depan.

Naib Presiden PKR Pusat, Nurul Izzah Anwar berkata, pada pertemuannya di Sarawak minggu lalu menunjukkan telah wujud kesedaran di peringkat rakyat berhubung isu rasuah melibatkan Ketua Menteri termasuklah mendapat perhatian yang memberangsangkan daripada dunia luar mengenai perkara ini.

Menurutnya, kesedaran berhubung isu ini meresap ke peringkat bawahan dan memberi bentuk gelombang menunjukkan rakyat di negeri itu mahukan pembaharuan.

“Keadaan ini satu peluang keemasan kepada PR dan perlu memberi perha-tian terhadap calon bagi melawan Barisan Nasional (BN).

“Alhamdulilah, sebagaimana dimaklumkan Ketua Pembangkang, semua parti di dalam PR sudah bersetuju akan memberi satu calon bagi melawan BN dan ini adalah faktor terpenting dalam menentukan kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ceramah Perdana PR di Dataran Pas, anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN), Batu Burok, di Kuala Ibai, dekat sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, isu pembahagian kerusi bersama SNAP masih di peringkat perbincangan dan adalah penting bagi PR meletakkan kepercayaan kepada ekuiti yang boleh atau mampu membawa aspirasi rakyat serta tidak berkait pimpinan BN.

“Paling utama adalah kerjasama dan juga persetujuan daripada semua parti di dalam PR, ini adalah jaminan serta janji yang akan diberikan kepada peringkat bawahan dan kerjasama ini sudah terbukti.

“Kita akan cuba berunding dengan SNAP dan PR tidak boleh mengambil endah berita menyatakan perjanjian antara SNAP dan BN,” katanya-SH

Memang Benar SPR Tidak Boleh Diharapkan Untuk Pilihanraya Yang Bebas & Adil

SPR: Tidak adil TI-M dakwa kami tak boleh diharap

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan “tidak adil” bagi Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa pihaknya sebagai tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan kenyataan TI-M itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

“Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah “bebas” dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak dikenakan hukuman yang sewajarnya.

“SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang),” kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Hari penamaan calon adalah 6 April manakala pengundian akan diadakan 16 April.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara konsisten menuduh SPR tidak menjalankan fungsinya dengan bebas dalam kebanyakan pilihan raya kecil, menyebabkan banyak aduan dikemukakan terhadap suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun SPR mempertahankan ia tidak memihak Barisan Nasional dan menolak dakwaan ia tidak bebas.

Dalam penjelasannya, Wan Ahmad juga berkata, SPR memang memandang serius dan berusaha untuk membanteras apa jua bentuk rasuah dalam pilihan raya, sebab itu suruhanjaya itu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkenaan dan meminta mereka memantau apa jua aktiviti rasuah semasa pilihan raya.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM.

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, katanya, SPR merupakan badan yang menguruskan dan menjalankan pilihan raya.

“Semua undang-undang penjalanan dan urusan pilihan raya SPR laksanakan dan kuat kuasakan.

“ Tentang penguatkuasaan hal-hal rasuah... SPRM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenainya. Jadi tidak tepat dan tak adil pihak TI membuat kenyataan seperti,” katanya lagi. -TMI


SPR: Tidak adil TI-M dakwa kami tak boleh diharap

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan “tidak adil” bagi Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa pihaknya sebagai tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan kenyataan TI-M itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

“Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah “bebas” dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak dikenakan hukuman yang sewajarnya.

“SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang),” kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Hari penamaan calon adalah 6 April manakala pengundian akan diadakan 16 April.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara konsisten menuduh SPR tidak menjalankan fungsinya dengan bebas dalam kebanyakan pilihan raya kecil, menyebabkan banyak aduan dikemukakan terhadap suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun SPR mempertahankan ia tidak memihak Barisan Nasional dan menolak dakwaan ia tidak bebas.

Dalam penjelasannya, Wan Ahmad juga berkata, SPR memang memandang serius dan berusaha untuk membanteras apa jua bentuk rasuah dalam pilihan raya, sebab itu suruhanjaya itu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkenaan dan meminta mereka memantau apa jua aktiviti rasuah semasa pilihan raya.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM.

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, katanya, SPR merupakan badan yang menguruskan dan menjalankan pilihan raya.

“Semua undang-undang penjalanan dan urusan pilihan raya SPR laksanakan dan kuat kuasakan.

“ Tentang penguatkuasaan hal-hal rasuah... SPRM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenainya. Jadi tidak tepat dan tak adil pihak TI membuat kenyataan seperti,” katanya lagi. -TMI

Majoriti rakyat menyatakan memang SPR tak boleh diharap untuk memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Kerana? Sikapnya yang tidak berkecuali, tidak telus dan terlalu berpihak kepada parti kerajaan UMNO BN.

Tidak percaya? Buat satu pungutan suara.

Bukti: Terlalu banyak. Diantaranya keengganan menggunakan dakwat kekal, menyerang pembangkang tetapi membiarkan parti kerajaan melakukan pelbagai kesalahan pilihanraya, pemindahan pengundi tanpa notis, pengundi pos yang ditambah secara mendadak, timbalan pengurusi SPR yang terlalu lama berkhidmat dan pelbagai lagi.

Kata kami: SPR boleh menipu sesetengah orang di dalam sesetengah masa, kamu tidak boleh menipu semua orang di dalam semua masa.

Alasan: Kebenaran akan tetap akan muncul juga. -GB

UMNO lah 'Hantu' dan 'Jembalang ' sebab tak bertanding tapi menganggu rakyat Sarawak

Memang nampak bodoh kenyataan Timbalan Presiden Umno. Hantu dan Jembalang ni benda tak terlibat dalam pilihanraya. PAS, PKR, DAP bertanding dalam pilihanraya Sarawak jadi tak termasuk dalam kategori yang Munyiddin tuduh.

Parti mana yang tak bertanding tapi merayau di Sarawak sekarang? Parti mana yang dok menganggu rakyat Sarawak sekarang? Parti mana yang sedang menakut-nakutkan rakyat Sarawak sekarang ? Jawapannya UMNO.

UMNO tak bertanding walau satu kerusi pun di Sarawak. Jadi , Hantu dan Jembalang tu adalah UMNO sendiri


http://2.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/Sxu8Nww9-2I/AAAAAAAAKK4/Cfh1HJeOCEs/s320/wak-sembab-pendengki.jpg

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.

"Tak payah komen la...bodoh sangat.

"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.

Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.

Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.

"Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.

Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam.
Posted by PASPB

Siapa "Faiz" Di dalam Imej Kamera Intip Pejabat MB Selangor?

Siapa ‘Faiz’ dalam imej kamera intip?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Faiz’ yang wujud dalam kamera intip yang ditemui di pejabatnya Ogos lalu.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Khalid selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir hari ini.

Namun Khalid enggan mendedahkan secara teliti siapa individu bernama ‘Faiz’ itu, sebaliknya berkata siasatan terperinci masih dibuat bagi mendapat jawapan sebenar siapa dalang dalam hal itu.

Menurut Khalid, selain ‘Faiz”, wujud satu lagi imej yang tidak bernama. Malah beliau mengakui tidak melihat imej itu.

Beliau turut mendakwa bahawa kemungkinan pihak keselamatan dan polis terlibat dalam hal tersebut.


“Bateri dan cip kamera itu perlu ditukar sentiasa… bukan selalu tapi jika tidak tukar ia akan membuat bunyi. Bila dilihat dalam kamera itu ada dua imej dan apabila kami siasat perakam itu kedengaran suara Faiz ini muncul.

“Saya tidak lihat imej itu. Hanya penyiasat persendirian kami dan staf yang lihat. Tetapi kami suspek ada beberapa kerjasama… namun belum ada individu yang bersalah hanya suspek sahaja.

“Tetapi kami dah lihat senarai nama, ada dua ke tiga orang bernama Faiz tetapi ia akan menjadi masalah kerana kami tidak mahu suspek sesiapa sebab kami mencari dalang sebenar. Buat masa ini kita tunggu sehingga siasatan sepenuhnya selesai, tapi berdasarkan imej itu ia lebih amatur,” katanya dalam sidang media selepas sidang DUN lewat petang ini.

Ketika diasak pemberita mengenai ‘Faiz’ Khalid berkata beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi, sebaliknya ada perancangan efektif untuk mengetahui dalang itu.

Pada Ogos tahun lalu sebuah kamera tersembunyi ditemui di pejabatnya di tingkat 21, Bangunan SUK, yang dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.

Namun setakat ini tiada sebarang laporan polis dikemukakan oleh Khalid mahupun pihak kerajaan negeri.

Rombakan dalam PKNS

Sementara itu, menyentuh mengenai salah urus tadbir yang berlaku dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid berkata kemungkinan wujud rombakan dalam perbadanan tersebut.

Penyelewengan itu berkait rapat dengan pelantikan tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama dalam penubuhan Telemarketings PKNS.

Malah Khalid menganggarkan RM30 juta telah diagihkan kepada tiga syarikat Telemarketings PKNS tersebut.

“Pihak jawatankuasa yang meneliti audit telah buat beberapa keputusan dan ia akan dibawa dalam mesyuarat exco sama ada minggu depan atau minggu seterusnya.

“Cadangan banyak dan rombakan dalam PKNS itu ada. PKNS dan Pengurus Besar Othman Omar gagal dalam disiplin mengawal keewangan perbadanan itu. Biasanya dibawah RM500 ribu pengurusan boleh membuat keputusan, tetapi lebih RM500 ribu, lembaga pengarah yang buat keputusan.

“Disebabkan hal itu, Othman yang sepatutnya disahkan jawatan Februari tahun ini hanya akan diperbaharui kontraknya setiap bulan,” katanya yang juga Adun Ijok.-FMT

Foto Mumia Paling Sempurna Wanita China 700 Tahun Lalu

Sekiranya anda terbayang-bayang bagaimana wajah orang 'dolu-dolu', mungkin ini dapat memberi sedikit gambarannya. Inilah wajah paling sempurna mumia wanita China 700 tahun lalu. Inilah penemuan terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai ketika pekerja sedang membangunkan jalan di Timur China baru baru ini.

Anehnya adalah keadaan badan mumia masih sempurna. Dianggarkan perempuan ini adalah pegawai tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644M). Ia ditemui di kota Taizhou, Jiangsu.

Ahli arkeologi China terkejut bagaimana sempunanya keadaan kulit, rambut, mata dan wajah si perempuan itu. Seakan-akan dia baru meninggal beberapa tahun lalu dan mengenakan pakaian sutera yang masih elok.

Mumia ini ditemui di dalam keranda di kedalaman 2m dari permukaan tanah. Apa yang dia pakai dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Ia dianggap mumia paling sempurna ditemui.



Islam juga mengajar kita membaca surah Al-Mulk di setiap malam supaya jasad akan sempurna di alam kubur!!

Tangkapan Video Seks: Siapa Penipu - Menteri Atau Polis?



INI KATA-KATA MENTERI DALAM NEGERI....

Video seks: Belum ada tangkapan, kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Polis belum menahan mana-mana pihak berhubung isu rakaman video seks, yang didedahkan awal minggu lalu oleh tiga “Datuk T”, mendakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, berdasarkan maklumat yang pada beliau belum ada mana-mana pihak yang ditahan setakat ini.

“Setahu saya, tidak ada pihak yang ditahan lagi,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan media minggu lalu menyebut bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan selepas disoal siasat selama lima di Bukit Aman, malam Khamis lalu.

Mereka dilaporkan dilepaskan dengan diikat jamin.

Bagaimanapun kedua-duanya telah menafikan ditahan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga mendakwa tidak cukup bukti untuk mendakwa kedua-dua mereka bersama Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim – tiga “Datuk” yang mengaku bertanggungjawab atas pendedahan rakaman tersebut.

“Anda kena tanya pendakwa atau polis,” kata Hishammuddin apabila ditanya bila “Datuk T” akan ditahan kerana memiliki dan menayangkan rakaman video seks.

Kata beliau, siasatan adalah berdasarkan pada laporan polis Anwar yang dibuat pada 22 Mac lalu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .