Ikuti Blog ini

Ramainya Peserta Demo Umno!!!...


Saksikanlah!! inilah gambar demo Umno di kedutaan AS selepas solat jumaat tengah hari tadi. Media pencacai Umno menganggarkan jumlah yang hadir 10,000 orang.

Orang kuat Umno iaitu Ibrahim Ali dan Hassan Ali pun turut serta.. Manakala media pencacai Umno ini menyatakan sedikit kecewa apabila diberitakan kehadiran peserta demo dari Pakatan Rakyat tidak sampaipun 1,000 orang.
Itulah modal lapuk media pencacai Umno dalam melaporkan berita. Bab Umno pasti up skit..



Maka saksikanlah kebenaran media pencacai Umno dengan melihat video peserta demo dari Pakatan Rakyat di bawah ini...dan gambar FB di sini

Ribuan di Kedutaan AS, bantah filem hina nabi



KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.

Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.

Perarakan ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.

"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.

"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.

Sementara itu, Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.

"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.

"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.

Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.

Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden PKR N Surendran.

Enggan bertemu

Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.

Menurutnya, tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap negara itu.

"Ini adalah penghinaan berpanjangan. Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.

"Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka berkuasa. Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam ataupun agama-agama lain," katanya.

Beliau juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan pada nabi.

Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda bantahan.

Himpunan tersebut kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.20 petang selepas bacaan doa penutup oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. -Hrkh








Umat Islam Kota Bharu mulakan bantahan




(Tuan Guru Nik Aziz membakar replika CD filem pendek yang menghina Nabi Muhamad saw)

KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.

Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.

Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.

Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.

Bantahan  yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.

Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang. -Hrkh

Berikut adalah gambar-gambar di Kota Bharu pagi ini.



(Orang ramai melihat replika CD filem pendek hina Nabi dibakar)


(Ketua Muslimat, Siti Zailah berucap membantah filem itu)


(Antara Muslimat yang hadir dengan memakai 'headband' 'Kami sayang Muhamad')

UMNO MAKIN MEROYAN,ROBOH PAPAN TANDA TADIKA PASTI


Belum pun reda isu Tadika Permata Islamiyyah Pasir Gudang ditutup oleh Umno; Tadika Islam PASTI Taman Aman Senai, Johor pula diceroboh malam semalam. 
Ia dilakukan oleh Ketua Umno Cawangan Taman Aman, Norazman Hasbollah. Beliau juga adalah SU Kerja Umno Bahagian Kulaijaya dan Ahli Majlis Perbandaran Kulaijaya(MDKu). Norazman telah datang ke premis PASTI jam 8.13 mlm dengan merobohkan Signboard PASTI dan menurunkan serta membuang banner 'TAWARAN PAKATAN RAKYAT'. 
Beliau dipercayai amat marah dengan kewujudan banner tersebut yg baru dinaikkan sehari sebelum itu. Secara tidak berakhlak beliau dengan nada tinggi memarahi guru Pasti yg tinggal di premis tersebut, Cik Zuraidah Beeran. Beliau turut mengugut guru Pasti berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan sesuatu yg buruk boleh berlaku. 
Norazman terjerit2 sambil mengoncang pintu pagar Pasti. Cik Zuraida telah membuat laporan Polis di Balai Polis Senai pada pukul 10 mlm kejadian itu diiringi beberapa pimpinan PAS Kawasan Kulaijaya dan pengurusan PASTI. Sebagai seorang pimpinan Umno dan masyarakat, tindakan beliau adalah tidak wajar samasekali. 
Adakah beliau tidak mengetahui bahawa PASTI terletak di bawah kelolaan PAS menerusi Dewan Pemuda PAS? Jikapun beliau tidak berpuashati tentang kewujudan banner tersebut, kenapa tidak melalui saluran yg betul? 
Apa rasionalnya mengancam seorang guru yg dikaitkan pula status guru yg bujang dan tinggal seorang diri? Beliau mengenali pimpinan PAS dan boleh mendesak agar banner tersebut diturunkan. Jika permintaannya munasabah, bukan masalah sangat banner tersebut dipindahkan ke lokasi lain. 
PAS berdepan kesukaran menaikkan banner milik parti kerana terlalu kerap hilang. Premis PASTI antara lokasi yg dikira selamat. Rupa2nya premis itu pun dianggap mengganggu ketenteraman awam! 
Kalau pimpinan Umno berhujah premis PASTI adalah untuk tujuan pendidikan yg tidak boleh dipolitikkan; adakah dengan merosakkan harta dan mengugut guru cara yg betul? Kalau itu logiknya; kenapa Umno sesuka hati menggunakan Sekolah, Masjid dan premis awam buat program Umno? 
Umno buat mesyuarat agong di sekolah, naikkan bendera dan syiar Umno sebanyak2nya; kemudian di arah guru2 dan kakitangan hadir, ucapan perasmian dan perbahasan mencerca Pakatan Rakyat, memfitnah Ketua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.....adakah beradab cara tersebut? Umno buat kerja yg tidak beretika ini puluhan tahun. 
Perbuatan Umno tentulah menimbulkan rasa tidak senang PAS dan pembangkang sejak sekian lama, Umno anggap semua premis macam dia yang punya. Sekalipun PAS dan pembangkang tidak puashati, adakah kami datang ke program Umno lalu memaki hamun, mengugut serta merosakkan syiar Umno? 
Dalam Sidang Media petang ini, Norazman di desak mohon maaf kepada Yang Di Pertua PAS Kawasan Kulaijaya dalam tempoh 7 hari; jika tidak mahu berdepan tindakan undang2. Majlis Perbandaran Kulaijaya juga seharusnya mengambil tindakan tertentu kpd Norazman yg tentunya mencemarkan nama baik MDKu.
Nampaknya pemimpin Umno semakin ketara samsengnya. Ada kekawan saya kata perangai pemimpin Umno ini ibarat ' orang yg buang tabiat nak mati'.... Adakah ini petanda Umno nak berkubur selepas PRU 13? Sumber

Hina Nabi: Jangan fikir bukan Islam sahaja


KOTA BHARU: Umat Islam jangan hanya fikir penghinaan penganut bukan Islam terhadap agama dan nabi semata-mata tetapi berfikir juga bagaimana menghadapi sikap orang Islam sendiri yang menolak Islam.

Penghinaan bukan Islam terhadap Islam seperti filem Innocence of Muslim bersesuaian dengan mereka yang bukan Islam, "walau bagaimanapun kita wajib membantah."

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah (gambar) ketika menyampaikan kuliah Jumaat sesi pertama, di Dataran Ilmu, di sini pagi ini.

"Di negara kita, umat Islam sendiri menolak hukum Islam yang lebih hina dari menghina Islam oleh bukan islam sendiri," katanya.

Katanya, media massa sering mengeluarkan kenyataan pemimpin negara dan sekutunya tentang penolakan hukum hudud sejak sekian lama hingga ke hari ini.

"Sudah sekian lama PAS memberi penerangan tentang hudud kepada pihak ini tetapi sampai sekarang tidak faham-faham dan asyik kata hudud PAS salah dan sebagainyanya.

"Kalau betul ianya tak betul, bawa mari hukum hudud ikut cara Islam yang sebenar yang dia kata tu. Atau kalau tak puas hati pergi jumpa ketua hakim syarie, sebab dia antara penggubalnya,"ujarnya.

Tetapi kerana kejahilan, undang-undang Islam dan sunah Nabi dipertikai dan dihina, tegas beliau.

Isu sekarng katanya untuk jadikan undang-undang negara, bukan nak potong tangan lagi, jelas beliau.

Sementara itu penyanyi Aishah yang kini berada di Kelantan bakal turun menyertai demo bantah penghinaan terhadap Nabi saw yang diadakan selepas kuliah Jumaat sesi kedua di situ. -Hrkh

Kempen PRU13 Bermula (video wajib tonton)


UMNO MENIPU RAKYAT DAN DIRI SENDIRI


Umno terus menipu diri sendiri dan rakyat. Yang tertipu adalah dirinya sendiri, bukan rakyat kerana rakyat hari ini sudah tahu bahawa banyak program, kenyataan dan tindak tanduk Umno adalah 'wayang kulit' semata-mata.

Terbaru Umno mendakwa 1,000 ahli PKR Cabang Beaufort keluar dari PKR untuk menyertai Umno.

'Tengok dan baca boleh tetapi percaya jangan'.

Gunalah falsafah ini untuk berhadapan dengan Umno/BN. Bayangkan hebat betul PKR Cabang Beaufort sehingga berjaya mengumpulkan 1000 ahli dan penyokong Sedangkan pada hakikatnya ahli PKR Cabang Beaufort tidak sampai pun 1000 orang sebelum ini.

Pada satu majlis baru-baru Umno mendakwa 1000 ahli PKR menyertai Umno sedangkan pada hakikatnya berduyun-duyun ahli Umno Beaufort keluar Umno menuruti jejak langkah bekas Ketua Umno Bahagian tersebut iaitu Datuk Seri Lajim Hj Ukim.

Inilah sandiwara Umno sejak dahulu, kini dan sehinggalah Umno meninggal Insya Allah tidak lama lagi. -Mutaligat

Rupanya Najib Selalu Tertinggal Di Belakang Anwar..


KUALA LUMPUR 20 September: Sangat memalukan apabila pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi orang nombor dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tuan rumah mengendalikan sesi Google Hangout 17 Ogos lalu.Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya terdesak melihat sokongan anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat, sebab itu terpaksa meniru aktiviti yang dilakukan Anwar.

"Walaupun Umno cuba pelbagai cara, namun masih tak dapat memenangi hati anak muda. Tidak seperti kita yang memperkenalkan dasar-dasar yang disetujui golongan itu, seperti kempen Turun Harga Kereta, dan mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), itu yang penting bagi rakyat,” jelas Sim.Katanya, melalui program ini, kerajaan dilihat ketandusan idea dalam memenangi hati golongan muda.

"Kesimpulannya, Umno BN memang kering idea dalam memperkenal dasar baru, terutama kepada golongan muda. Mereka hanya tahu bagi RM500. Jika sebuah parti itu tidak mendapat sokongan belia, parti itu tidak akan kekal lama,” katanya ketika dihubungi.“Lagipun, Umno hanya mendapat sokongan orang tua, sebab orang muda tak suka gejala rasuah, penyewengan dan lain-lain yang dilakukan Umno,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu lagi.

Difahamkan Perdana Menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang pada 29 September ini, sehari selepas beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.Anwar merupakan ahli politik pertama Malaysia dan di Asia Tenggara menerokai Google Hangout, yang membolehkan mesyuarat maya sehingga 10 orang atau disiarkan kepada berjuta-juta penonton dalam talian.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi tuan rumah Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula. Forum ini datang dalam bentuk sambungan video secara langsung dan soalan video YouTube.Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Umum KEADILAN itu terhadap beberapa topik.

Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan. Anwar juga  menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pada sesi itu.~kd

SAKSIKAN VIDEO PALING NAKAL


Hina TGNA & Sunnah Rasulullah, PAS Buat Laporan Polis



Pasir Puteh - Lujnah Undang-undang Pas Kawasan Pasir Puteh mengecam tindakan menghina Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebook.

Pengerusinya, Zarir Yaakob berkata, gambar yang dimuatkan pemegang akaun Facebook itu agak keterlaluan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya tindakan meletakkan gambar Nik Aziz menghirup makannan di pinggan di sebelah gambar haiwan meminum air dianggap sebagai tidak beradab.

"Individu tersebut bukan sahaja menghina Mursyidul Am PAS dengan menyebarkan gambar itu malah dalam masa sama menghina sunnah Nabi Muhammad saw.

"Saya berharap pihak berkuasa bertindak segera kerana tindakan itu jelas mengaibkan seseorang dan boleh mencetukan ketenteraman awam," katanya selepas membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah di sini semalam.

Lebih mengecewakan katanya, "posting" itu turut tertera tulisan "Antara dua haiwan ini, mana yang lebih sopan".

Zarir berkata, individu tersebut bukan saja telah mempamerkan kejahilan sendiri kepada umum, malah menghina agama sendiri dengan memperlekehkan amalan yang menyamai amalan junjungan besar Nabi Muhammad saw.

"Saya kesal dengan perkara ini, apatah lagi dalam suasana umat Islam di seluruh dunia bangkit menentang perbuatan menghina Islam, malangnya orang yang mengaku Islam di negara ini turut menghina agama sendiri.

"Mungkin juga individu terbabit berada dalam kebuntuan dan terdesak selepas melihat semakin ramai rakyat berpihak kepada perjuangan PAS, sehingga sanggup melakukan untuk mengaibkan pemimpin besar PAS," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .