Belum pun reda isu Tadika Permata Islamiyyah Pasir Gudang ditutup oleh
Umno; Tadika Islam PASTI Taman Aman Senai, Johor pula diceroboh malam
semalam.
Ia dilakukan oleh Ketua Umno Cawangan Taman Aman, Norazman Hasbollah.
Beliau juga adalah SU Kerja Umno Bahagian Kulaijaya dan Ahli Majlis
Perbandaran Kulaijaya(MDKu).
Norazman telah datang ke premis PASTI jam 8.13 mlm dengan merobohkan
Signboard PASTI dan menurunkan serta membuang banner 'TAWARAN PAKATAN
RAKYAT'.
Beliau dipercayai amat marah dengan kewujudan banner tersebut
yg baru dinaikkan sehari sebelum itu.
Secara tidak berakhlak beliau dengan nada tinggi memarahi guru Pasti yg
tinggal di premis tersebut, Cik Zuraidah Beeran. Beliau turut mengugut
guru Pasti berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan sesuatu yg buruk
boleh berlaku.
Norazman terjerit2 sambil mengoncang pintu pagar Pasti.
Cik Zuraida telah membuat laporan Polis di Balai Polis Senai pada pukul
10 mlm kejadian itu diiringi beberapa pimpinan PAS Kawasan Kulaijaya dan
pengurusan PASTI.
Sebagai seorang pimpinan Umno dan masyarakat, tindakan beliau adalah
tidak wajar samasekali.
Adakah beliau tidak mengetahui bahawa PASTI
terletak di bawah kelolaan PAS menerusi Dewan Pemuda PAS?
Jikapun beliau tidak berpuashati tentang kewujudan banner tersebut,
kenapa tidak melalui saluran yg betul?
Apa rasionalnya mengancam seorang guru yg dikaitkan pula status guru yg
bujang dan tinggal seorang diri?
Beliau mengenali pimpinan PAS dan boleh mendesak agar banner tersebut
diturunkan. Jika permintaannya munasabah, bukan masalah sangat banner
tersebut dipindahkan ke lokasi lain.
PAS berdepan kesukaran menaikkan
banner milik parti kerana terlalu kerap hilang. Premis PASTI antara
lokasi yg dikira selamat. Rupa2nya premis itu pun dianggap mengganggu
ketenteraman awam!
Kalau pimpinan Umno berhujah premis PASTI adalah untuk tujuan pendidikan
yg tidak boleh dipolitikkan; adakah dengan merosakkan harta dan
mengugut guru cara yg betul?
Kalau itu logiknya; kenapa Umno sesuka hati menggunakan Sekolah, Masjid
dan premis awam buat program Umno?
Umno buat mesyuarat agong di sekolah, naikkan bendera dan syiar Umno
sebanyak2nya; kemudian di arah guru2 dan kakitangan hadir, ucapan
perasmian dan perbahasan mencerca Pakatan Rakyat, memfitnah Ketua
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.....adakah beradab cara tersebut?
Umno buat kerja yg tidak beretika ini puluhan tahun.
Perbuatan Umno
tentulah menimbulkan rasa tidak senang PAS dan pembangkang sejak sekian
lama, Umno anggap semua premis macam dia yang punya. Sekalipun PAS dan
pembangkang tidak puashati, adakah kami datang ke program Umno lalu
memaki hamun, mengugut serta merosakkan syiar Umno?
Dalam Sidang Media petang ini, Norazman di desak mohon maaf kepada Yang
Di Pertua PAS Kawasan Kulaijaya dalam tempoh 7 hari; jika tidak mahu
berdepan tindakan undang2. Majlis Perbandaran Kulaijaya juga seharusnya
mengambil tindakan tertentu kpd Norazman yg tentunya mencemarkan nama
baik MDKu.
Nampaknya pemimpin Umno semakin ketara samsengnya.
Ada kekawan saya kata perangai pemimpin Umno ini ibarat ' orang yg buang
tabiat nak mati'....
Adakah ini petanda Umno nak berkubur selepas PRU 13?
Sumber