Ikuti Blog ini
Eksklusif: Apakah Misteri Di Sebalik Keputusan Kes Pembunuhan Altantunya Bakal Terjawab !! , at 29.10.08,
Semua Tertuduh Yakin Akan Dibebaskan
Ketika ditanya semasa perbicaraan apakah yang akan dilakukan sekiranya dibebaskan, Azilah, 32, yang mempunyai seorang anak angkat walaupun belum berkahwin berkata "terlalu banyak hendak dibuat, tetapi saya nak lepaskan rindu pada anak dahulu dengan memeluknya dan buat kenduri kesyukuran". Sirul Azhar, 36, pula hanya tersenyum dan sememangnya anggota UTK yang berkhidmat sebagai pengiring orang kenamaan ini amat sukar meluahkan perasaan. Beliau lebih banyak berdiam diri ketika di kandang tertuduh tetapi gemar meminta asam dan gula-gula daripda wartawan yang berada di belakangnya bagi menghilangkan rasa mengantuk. Abdul Razak, 48, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia pula menyatakan beliau berhasrat untuk bersama anak perempuan tunggalnya Rowena ke luar negara setelah semuanya selesai nanti.
Beliau sentiasa ditemani isteri, Mazlinda Makhzan, kedua ibu bapa dan ahli keluarga terdekat sepanjang perbicaraan tetapi pada peringkat awal, kehadiran Mazlinda tidak disenangi bapa Altantuya, Shaariibuu Setev yang menyatakan wanita itu telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya hingga memaksa anggota keselamatan memastikan kedua-dua mereka tidak bertembung. Sepanjang perbicaraan kes ini pelbagai peristiwa telah berlaku yang bukan sahaja melibatkan pertukaran hakim dan pendakwaan malah timbul juga perebutan antara dua peguam untuk mewakili tertuduh.
Gangguan Semasa Prosiding Berlangsung
Selain itu, gelagat Abdul Razak juga kadang-kala mengejutkan dengan beliau beberapa kali mengamuk dengan menendang pagar kandang tertuduh dan "menyumpah orang tertentu". Dia adalah tertuduh yang paling kerap meminta peguamnya Wong Kian Kheong memohon perbicaraan dipercepatkan tanpa sebarang penangguhan hingga memaksa Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah menempelak Wong dengan berkata bukan Abdul Razak seorang sahaja yang berada dalam penjara.
Kehadiran bilangan besar orang awam yang ada di antaranya berperangai 'pelik' ketika perbicaraan juga menunjukkan ada yang mahu mengambil kesempatan daripada publisiti meluas akan kes pembunuhan ini. Mungkin pembaca tidak lupa kehadiran seorang wanita yang berpakaian seperti peguam yang mendakwa dirinya mewakili satu badan keamanan serta diberi kuasa oleh pegawai tertinggi polis dan Jabatan Peguam Negara. Beliau tidak mahu duduk di kerusi bahagian belakang setiap kali hadir dan pernah memaksa polis mahkamah meletakkan kerusi khas untuknya. Beliau bukan sahaja sering menunjukkan aksi kurang senang dengan barisan pendakwa raya dan peguam malah ketika hakim bercakap dia akan menyampuk.
Akhirnya satu laporan polis dibuat terhadapnya bagi mengelak prosiding terus terganggu yang bukan sahaja melibatkan suara rungutannya tetapi juga bunyi dua telefon bimbitnya. Pernah juga di awal perbicaraan muncul seorang wanita (wanita lain dari tadi) mendakwa dirinya mewakili satu organisasi hak wanita dengan membawa poster mengutuk Abdul Razak kerana menurutnya telah membunuh wanita dengan kejam. Demonstrasi yang dilakukan seorang diri itu mencetuskan kemarahan polis kerana menganggu orang ramai serta perbicaraan yang sedang berlangsung hingga memaksa polis mengeluarkan amaran untuk membawanya keluar daripada perkarangan mahkamah.
Bagaimanapun, wanita lewat 40-an itu tanpa rasa takut berteriak dengan berkata, "Saya ada hak, polis cubalah halang saya dengan guna senjata api, biar orang awam jadi saksi", sedangkan ramai yang menyaksikan peristiwa itu sedar bahawa polis tidak membawa sebarang senjata pun. Ketika ditanya pemberita apakah perasaan Mazlinda melihatkan emosi orang ramai terhadap suaminya, beliau berkata, "Saya menyerahkannya kepada Allah. Razak tidak bersalah."
Perbicaraan Berlangsung Selama 151 Hari
Perwatakan Azilah dan Sirul Azhar (Foto: Sirul baju hijau dan Azilah baju hitam) yang menutup muka mereka ala-ninja menjadi ikutan tertuduh kes-kes lain dan ketika ditanya mengapa mereka berbuat begitu Azilah berkata "Hidup ini masih panjang, ada yang perlu disembunyikan." Sepanjang perbicaraan selama 151 hari ini juga berlaku peristiwa mengejutkan apabila seorang anggota polis mahkamah Lans Koperal Othman Abdul Rahman, 47, rebah semasa membawa masuk ketiga-tiga tertuduh ke bilik perbicaraan dan disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.
Mengimbas kembali isu yang dihujahkan sepanjang perbicaraan lepas, Azilah dan Sirul Azhar yang dituduh membunuh Altantuya antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 dikatakan mengambil bahan letupan jenis PE (Plastic Explosive), detonator cord dan CLC (cutting liner charge) dari stor UTK dan mereka sememangnya mempunyai kepakaran mengendalikan bahan letupan. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan dua anggota UTK itu pula didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Okt 2006 di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Lembaga Getah Asli Malaysia (LGAM), Jalan Ampang di Kuala Lumpur dan dia didakwa mempunyai motif dalam pembunuhan itu berikutan tekanan dan ugutan daripada Altantuya. Berdasarkan kepada keterangan saksi pendakwaan Deputi Supritendan Muhammad Koey Abdullah, bahan letupan itu berkemungkinan diletakkan dalam mulut dan bahagian atas badan Altantuya menyebabkan tulangnya berkecai manakala Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood pula berpendapat ketika itu Altantuya telahpun dibogelkan kerana tiada sebarang cebisan kain dijumpai di tempat kejadian.
6,000 Mukasurat Nota Prosiding, Hujah Dan Nas
Bagaimanapun peguam J. Kuldeep Kumar dan Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah tetap menegaskan bahawa anak guamnya tidak terlibat dalam pembunuhan itu malah penemuan tempat kejadian di atas bukit itu juga bukanlah kerana ditunjukkan oleh Azilah kerana polis seolah-olah telahpun mengetahuinya terlebih dahulu. Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal juga meletakkan anak guam mereka sebagai orang yang tidak bersalah dan teraniaya kerana kehadiran barang kemas Altantuya di rumah Sirul Azhar dan darah Altantuya pada selipar yang dijumpai dalam jeep Sirul Azhar dikatakan amat meragukan kerana sepanjang perbicaraan timbul percanggahan keterangan daripada beberapa penyiasat dan kenderaannya ketika itu boleh diakses oleh orang lain. (Foto: Altantunya dirakamkan oleh ayahnya di rumah mereka)
Wong yang mewakili Abdul Razak pula menyatakan pembunuhan Altantuya tiada sebarang kaitan dengan anak guamnya dan tiada sebarang bentuk arahan pembunuhan dibuktikan sepanjang perbicaraan. Beliau juga menimbulkan keraguan mengapa pihak pendakwaan tidak memanggil beberapa pegawai kanan polis untuk memberi keterangan. Apa pun, segala hujahan dan keterangan dari 84 saksi akan dirangkumkan oleh hakim Mohd Zaki untuk membuat keputusan pada Jumaat ini yang akan meneliti 6,000 muka surat nota prosiding perbicaraan, hujah-hujah dan nas undang-undang yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Sebelum keputusan pertuduhan utama dibacakan, Mohd Zaki dijangka terlebih dahulu membuat keputusan terhadap permohonan pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Lans Koperal Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ketika memberi keterangan di mahkamah, keputusan bicara dalam perbicaraan tentang penemuan barang kemas Altantuya di rumah Sirul Azhar dan keputusan bicara dalam perbicaraan berhubung kenyataan polis bahawa Azilah yang menunjukkan tempat Altantuya dibunuh dan diletupkan. Walau apapun, semua pertuduhan dan spekulasi akan terjawab pada Jumaat ini apabila Mohd Zaki menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggukan ini esok.
[Biarpun keputusan akan diumumkan Jumaat ini, namun rakyat sudah dapat meneka apakah keputusan yang bakal diumumkan nanti. Seandainya Jika ketiga-tiga tertuduh dibebaskan sama seperti apa yang berlaku kepada Hanef Basree dalam kes Noritta Samsuddin dulu. Maka siapakah pembunuh sebenar Altantunya? Siapakah pula yang mengarahkan pengeluaran bom C4 dari stor UTK? Siapakah pula yang mengarah kedua-dua tertuduh terbabit berada dilokasi Altantunya berada. Tidak wujudkan satu keraguan tentang penglibatan "orang besar" dalam isu ini. Kenapa ia tidak dibongkarkan? Jika mereka tidak bersalah sekali pun. Kes ini tidak boleh ditutup !! Kerana ada satu "rahsia besar" yang perlu dihuraikan. Jika tidak, maka akan pincanglah sekali lagi badan kehakiman negara ini. Maka itu, rakyat harus bangkit agar keputusan kes ini mesti "ada pembunuhnya"!! Jika tidak, bagamaina Altantunya boleh mati dibom dengan menggunakan bom C4 yang hanya ada pada Angkatan Tentera Malaysia sahaja. Siapakah yang membenarkan bom itu digunakan untuk meletupkan mayat Altantunya?. Semua ini adalah satu urutan daripada misteri kes yang sedang menanti keputusan itu. Sila rujuk artikel terdahulu kami tentang perkara ini].
Khalid patut belajar dari Khir Toyo , at 29.10.08,
Selepas isu KUOTA BUMIPUTERA di Uitm, kini MB Selangor sekali lagi memeriahkan suasana politik Selangor. Maka dengan penggantian sementara Madam Low siew Moi .. UMNO menghentam Pakatan Rakyat tanpa henti henti. Raya sakan UMNO dengan habuan terbaru anugerah Khalid Ibrahim.
Bila cerita tentang UMNO, kita boleh agak mereka menggunakan bangsa untuk cetus kan sentimen perkauman. Sedangkan beberapa hari yang lepas DEB mahu di pupuskan oleh Najib, UMNO tidak cakap sepatahpun. Semua buat bodoh atau memang bodoh.
Kini, Khir Toyo tidak berkecuali mengentam Khalid kerana kesilapan ini. Sedangkan dia sendiri tahu bahawa sejak 8 tahun Khir Toyo menjadi MB selangor, tiada sebarang tindakan untuk tendang Madam Siew Moi ini keluar. Malah menurut orang dalam, Ahso ini turut di gunakan oleh Khir untuk jaga kepentingan kewangan UMNO.
Mungkin ini lah sikap UMNO. Dalam menentang, tapi di simpan. Kalau sekiranya di benarkan UMNO memerintah Selangor kembali, tidak mustahil Madam Low akan berkhidmat kembali bersama. Tak tau lah syarikat mana, tapi untuk membalas jasa.
Khalid kena belajar cara Khir Toyo memerintah. Dalam diam, dia belasah. Berapa banyak wang dan tanah PKNS yang terbuang begitu sahaja. Menurut cerita ceritut … ada tanah PKNS di Bangi yang sudah menjadi hak milik Khir Toyo dan Balkis di bawah kelolaan Isteri Khir Toyo dahulu pula menerima ehsan PKNS untuk membeli tanah yang jauh murah harganya. Kemudian tanah itu di jual. Lebihan keuntungan di belanjakan untuk kemewahan persatuan isteri isteri YB. Isu ni banyak di cerita di dalam internet dan korang cari sendiri melalui bantuan Pak cik Google dan Makcik Yahoo.
Gua dapat info lagi … bahawa isteri Datuk Harun Salim turut menjadi seorang dari lembaga pengarah sebuah anak syarikat PKNS. Tu korang kena selongkar habis.
So … kawan kawan, jangan sampai hilang fokus. Cari siapa yang cukup sial melarikan wang berbilion ringgit dari PKNS.
Binatang binatang seperti ini perlu mendapat pembalasan. Dalam korang bercerita tentang isu PKNS, jangan lupa bahawa bukan bangsa … tapi siapa kah yang melarikan wang sebanyak itu sehingga PKNS kerugian.
Kalau korang dok sibuk marah pasal Cina dan India, korang tak sedar yang bawa lari wang itu adalah Melayu sendiri. Dan Madam Low hanya sebagai pelengkap agenda buruk pemimpin UMNO.
Lantik Norhayati Onn Senator, Umno masih degil , at 29.10.08,
KUALA LUMPUR, 29 Okt - Pelantikan semula Norhayati Onn sebagai Senator yang pernah menimbulkan kontroversi dengan bekas Ahli Parlimen Gombak memperlihatkan kedegilan Umno dalam mementingkan sahsiah dan akhlak pemimpin mereka.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Umno masih dengan sikapnya yang tidak mementingkan soal akhlak dan moral dalam kepimpinan walaupun mereka sudah kerugian dalam tsunami pilihan raya lalu.
"Umno tetap Umno masih tidak ada perubahan dasar dan perjuangan Umno tidak kukuh tidak menunjukkan satu kesedaran, " katanya ketika dihubungi.
Katanya, pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik dan bermoral wajar dijadikan asas kepada pemimpin kerajaan untuk dijadikan contoh terbaik kepada rakyat.
"Sepatutnya kerajaan yang bermaruah tidak mengambil beliau (Norhayati), ramai lagi pemimpin yang lain boleh diangkat, kena buktikanlah di mana Kerajaan Islam Hadhari?" tegas beliau.
Norhayati pernah menimbulkan kontroversi berhubung isu gambarnya dengan bekas Ahli Parlimen Gombak malah kes 'nuyuz' suami beliau masih dibicarakan di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Beliau sebelum ini dilantik sebagai senator pada 14 Oktober 2005 untuk tempoh tiga tahun. Bagaimanapun Norhayati dikatakan telah mendapat surat pelantikan semula senator pada 22 Oktober lalu.TG NIK AZIZ semakin sihat , at 29.10.08,
3.5 Billion Duit Kerajaan Dipindahkan Ke Bank Milik Adik Najib? , at 29.10.08,
Sehari selepas saya mendedahkan Menteri Kewangan yang baru ini akan mencedok segala duit Kerajaan dan rakyat, tetapi apa yang kita tidak tahu adalah 2 hari sebelum ummat Islam mahu menyambut hari raya. Kerajaan BN (kementerian Kewangan) telah sibuk mengeluarkan 3.5Billion duit kerajaan yang didepositkan didalam Bank Bank komersial di malaysia dan telah memindahkannya ke dalam bank CIMB yang mana kita sedia maklum bank tersebut dimiliki adik Menteri Kewangan iaitu Nazir Abdul Razak.
Mengapa transaksi ini dibuat secara terburu buru? 2 hari sebelum Raya dan hari pertama Wall Street mengalami kejatuhan teruk semalaman. Mengapa perlu dipindahkan hanya BANK CIMB? Seorang pegawai bank negara telah mendedahkan kepada saya ketika pertemuan dihari raya, dikalangan pegawai pelaburan bank bank Kormersil dan Bank Negara juga tertanya tenya mengapa Kerajaan memindahkan begitu banyak wang. ada yang berkata kalau mahu dikatakan mahu membayar bonus kakitangan awam ia telah dibuat lebih awal, jadi apa yang tergesa gesa Kerajaan pindahkan wang kepada CIMB Bank? Tidak cukup dengan memindahkan 3.5 Billion duit kerajaan kepada CIMB Bank, tidak sampai 2 minggu sekali lagi Najib mengumumkan 5 Billion lagi digunakan untuk menyuntik kedalam Valuecap iaitu sebuah syarikat pelaburan Kerajaan?
Saya meminta mana mana yang terlibat dengan Bank Negara boleh mengesahkan berita ini. Pada saya , saya memperolehi berita ini dari orang yang amat dipercayai. Transaksi itu telah dibuat padaa 29.9.2008.APAKAH USAHA MENYELAMAT PELABURAN CIMB BANK? Untuk pengetahuan sebelum menjadi Bank, CIMB adalah sebuah syarikat pelaburan yang terkenal dengan nama CIMB Investment bank. Syarikat ini fungsinya sama dengan ECM Libra yang pernah dikaitkan dengan khairy dimana pernah bercita cita menjadikan ECM Libra sebagai sebuah bank Kornersil melalui penguasaan Avenue Capital. sejarah itu nampaknya berulang. kini giliran Kroni dan sanak saudara bakal PM membolot segala harta dan hasil mahsul Kerajaan dan rakyat.Selain Public Bank melalui Public Mutual, CIMB antara pengurus dana Amanah yang terlibat dalam pelaburan dalam luar negara dengan saiz yang besar, pernahkah kita dengar pelaburan dana Amanah telah dibuat CIMB di pasaran diluar negara? malah CIMB menjanjikan pulangan melalui Fix Deposit khas untuk pelaburannya dipasaran luar!
Ia baru dilancarkan hampir 2 tahun lalu, jadi apakah tujuan duit dialirkan ke CIMB, apakah untuk mempertahankan Portfolio pelaburan CIMB yang hampir muflis? malah melalui ValueCap sudah pasti pelaburannya nanti akan menjurus kepada sokongan saham saham yang dipegang oleh CIMB Unit Trust.boleh dikatakan selepas pilihanraya semua saham saham mewah seperti tenaga, Telekom dan Maybank nilainya 40% dari harga sebelum mac 2008. Malah saham saham sederhana kini sudah ketahap 1/3 dari nilai harga sebelum mac 2008.
Apakah Value Cap akan digunakan untuk melonjakkan harga Saham yang dipegang CIMB lalu Cimb akan menjual pegangannya seperti mana dilakukan temasek kepada Maybank dengan menjual BII untuk melepaskan pegangannya dalam BII yang berhadapan dengan resiko., lalu yang hangus adalah duit EPF rakyat, apakah Value Cap tidak mengambil iktibar menghanguskan duit amanah pencen pada tahun 2003? anda boleh melihat pendedahan bagaimana 10billion digunakan Value Cap dan kini hasil pelaburannya kita tidak tahu hangus kemana?
Pendedahan ini telah dibuat didalam blog Lim Kit Siang pada tahun 2003 bagaimana dana pencen digunakan.pada tahun 1992 Mamak Keling Nor Mohd yaacob telah menghanguskan 10Billion duit Bank Negara melalui scandal pelaburan matawang asing, apakah sekali lagi Mamak ini bersama pembunuh Altantuya akan sekali lagi menghanguskan duit Rakyat? pada tahun 1992 Malaysia bernasib baik kerana Anwar berjaya mengawal kerugian yang besar yang telah dibuat Nor Mohd Yaacop, malah pada tahun tersebut Ekonomi Malaysia boleh diakatakan kuat, tetapi kini Ekonomi kita dalam keadaaan lemah , malah kita diasak dengan kemelesetan Amerika Syarikat dan Eropah apakah Malaysia mampu bertahan dengan menghanguskan berbillion billion lagi duit rakyat.
Amerika Syarikat yang membelanjakan US 700billion masih tidak mampu mengubah pasaran sahamnya, inikan 5billion Ringgit Malaysia.sekurang kurangnya Amerika membawa usul menggunakan 700billion Dollar ke dewan rakyat dan senatnya, tetapi Malaysia hanya sesuka hati tanpa dibawa ke Parlimen menggunakan duit Rakyat. lebih jelasnya duit simpanan hari tua rakyat. Saya percaya 5 Billion ini bukan satu satunya dana yang digunakan oleh Kerajaan Umno Malaysia. dalam diam mereka kini berusaha memperkudakan pelbagai dana Kerajaan seperti PNB, KWAP dan Tabung Haji.
Andai Kerajaan Malaysia tidak ditukar dalam waktu terdekat, maka tunggulah saat kehancuran ekonomi Malaysia. tanda tandanya anda dapat lihat, semalam Cuepac telah mendedahkan 50,000 pekerja Kontrak Kerajaan bakal ditamatkan perkhidmatan mereka. jumlah ini bukan sedikit, dikalan sektor perkilangan waktu kerja mereka sudah dipendekkan kepada 8 jam dan menantikan 5 bulan lagi sebahagian besarnya akan menutup operasinya. dan apakah bayaran untuk kakitangan awam dan warga pencen tidak lagi dibayar mengikut jadual? mungkin rakyat malaysia menunggu saat kehancuran itu baru mahu turun ke jalan raya, disaat kehancuran Ekonomi itu Anwar Ibrahim pun tidak mampu melakukan apa apa dalam tempoh yang singkat.
Maka bersedialah andai Malaysia menjadi seperti Indonesia 5 tahun dulu. sekurang kurangnya indeks pasaran Saham Indonesia jauh lebih tinggi dari malaysia jika dibandingkan 10 tahun dulu.Andai Kerajaan tidak bertukar, tunggulah saat kehancurannya, Petani , penoreh getah dan penanam sawit sudah melalui merasainya, kini sektor perkilangan , swasta dan Kerajaan menunggu giliran.
Herman - Tak salah nak bantu adik beradik untuk jadi kaya…tapi janganlah guna duit negara sampai buat rakyat sakit hati tanggung hutang. Kalau nak bantu pun, gunalah duit sendiri….SIAPA ROSMAH MANSUR? , at 29.10.08,
Tetapi, sekarang khabarnya tahi lalat bertuah itu sudah dibuang. Khabarnya beliau pergi buat “plastic surgery” di Jepun. Banyak ribu juga habis. Tidak apalah kerana semua Najib yang tanggung. Duit rasuah yang Najib dari Vincent Tan pun tidak habis. Duit balak tidak usah kira, tidak luak.
Rosmah seorang wanita berpelajaran tinggi. Dapat ijazah dalam dan luar negeri. Bijak orangnya dan petah bercakap. Gaya dia bercakap memang boleh pikat hati orang, terutama kaum lelaki. Sayang kelulusannya disalahgunakan. Kelulusan tinggi digunakan untuk memancing orang-orang lelaki yang sudah beristeri dan berpangkat serta kaya-raya. - Read more here: Malaysia Today>>>Negara Mengalami Krisis, Pemimpin UMNO Sibuk Berebut Jawatan , at 29.10.08,
Kuala Terengganu - Parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat mendapat undi popular lebih dari 51% berbanding undi yang diperolehi oleh UMNO dan Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia pada pilihanraya ke 12 (PRU 12) yang lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr Syed Azman berkata demikian ketika mengulas keputusan PRU 12 pada bulan Mac lalu ketika berucap dalam program HIMPIT 2008 di Cendering, baru-baru ini.
“Kalau kita tengok, peratus undi yang didapati oleh Pakatan Rakyat di semenanjung
“lebih dari 51% undi popular yang didapati oleh Pakatan Rakyat, UMNO tidak sampai 50% undi dan mandat serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat,”ujar Dr Syed Azman,
Beliau berkata rakyat telah membuat keputusan pada PRU 12 yang lalu dengan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi
“Suasana lanskap politik negara telah berubah, trend dan cara orang mengundi tidak lagi bersifat perkauman,
“sebab itulah orang Cina boleh undi PAS,
Justeru, katanya dalam keadaan negara mengalami krisis ekonomi yang parah, pemimpin UMNO sibuk dengan kempen merebut jawatan dan tidak mempedulikan nasib rakyat.
“Semua pemimpin-pemimpin dunia perah otak memikir bagaimana nak selesai masalah ekonomi negara masing-masing dan masalah ekonomi dunia,
“tapi Pemimpin-pemimpin UMNO perah otak bincang sesama dia (mereka) bagaimanana nak terus berkuasa, bagaimana nak dapat jawatan, bagaimana nak rampas jawatan,”kata beliau