Ikuti Blog ini

Antara Razaleigh dan Mustafa : Siapa pengkhianat ?

Tengku Razaleigh adalah ahli UMNO dan orang Kelantan, Mustafa Mohamed juga ahli Umno dan asal Kelantan; tetapi kenapa sikap mereka berdua berbeza sekali dalam isu royalti minyak petroleum Kelantan?

Mustafa baru-baru ini menegaskan bahawa Kelantan tidak layak untuk menuntut royalty keatas pengeluaran minyak dikawasan JDA.

Tengku Razaleigh berjanji akan memberi penjelasan berhubung isu tuntutan royalti minyak daripada kerajaan negeri Kelantan demi faedah rakyat Kelantan.

Beliau berkata, penjelasan itu akan dibuat pada perhimpunan raksasa anjuran 51 badan bukan kerajaan (NGO) di Kota Baharu dalam masa terdekat bagi seluruh rakyat Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkara itu. [klik sini]

Siapakah pengkhianat kepada anak bangsa dan tanah air negeri sendiri : Tengku Razaleigh atau Mustafa Mohamed?

Lagi Cerita Berkenaan Program SHEIKH DR. YUSUF AL QORDAWI di Shah Alam

Salam 2 all.

Alhamdulillah Sahibul Fadhilah Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi telah menyampaikan pidato perdana beliau sempena Sambutan Awal Muharram di Masjid Negeri Shah Alam semalam Sabtu 02 Muharram 1431 / 19 Disember 2009. Kehadiran jemaah yang begitu ramai membuktikan betapa unggul dan hebatnya ulama' tersohor dunia Islam hari ini.

Majlis julung-julung kali yang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam itu turut dihadiri oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor), YB Dato' Hassan Ali (Exco Hal Ehwal Islam), YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Negeri Selangor), YB Tuan Guru Haji Abduk Hadi Awang. beberapa orang bekas Mufti, tokoh-tokoh ulama' dan para 'ilmuan serta para ustadz, da'i, pendakwah, penceramah dan aktivitis Islam serta para jema'ah Muslimin dan Muslimat. Ada yang datang sejuah Singapura semata-mata untuk bertemu dengan Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi.

Walaupun terdapat usaha pihak tertentu untuk menggagalkan ceramah perdana tersebut namun dengan izin ALLAH majlis tersebut berjalan dengan baik. Sumber-sumber Kerajaan Selangor menyatakan bagaimana ada pihak tidak berpuas hati kerana Dr. Yusuf Al Qordawi adalah tetamu Kerajaan Persekutuan Be End, bagaimana pulak beliau menghadirkan diri dan menyertai program anjuran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Darul Ehsan! Begitulah sempit dan jumudnya pemikiran golongan-golongan tertentu yang berpolitik tak habis-habis.

Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi memulakan ucapan dengan menceritakan persahabatan yang terjalin diantara beliau dengan seorang pemimpin muda Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditahun 70an.

Bagaimana pemimpin ABIM tersebut terus memelihara silaturrahmi mereka, walaupun sudah menjadi pemimpin besar negara, pemimpin tersebut terus berhubungan dengan beliau dan beberapa kali mengadakan pertemuan samada dengan menjemput beliau ke negara ini ataupun di luarnegara.

Apablia pemimpin itu dijatuhkan dan di 'aibkan, Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi menceritakan bagaimana beliau terus menerus berhubungan dan mendoakan pemimpin tersebut, sehinggalah pemimpin tersebut dibebaskan daripada penjara. Kini beliau terus dengan silaturrohmi bersama pemimpin tersebut.

Pemimpin yang beliau maksudkan ialah DATO' SERI ANWAR IBRAHIM!

Sheikh Dr. Yusuf Qordawi menceritakan bagaimana kita perlu melahirkan umat Islam yang benar-benar beriman walau apa juga bidang yang beliau ceburi. Samada dia seorang peniaga, pedagang, tentera, pekerja 'am, guru dan lain-lain, iman perlu ditanamkan kepada seluruh jiwa umat Islam. Kita perlu lahirkan golongan saperti Saidina Abu Bakr, Saidina 'Umar, Saidina Ali, Saidina Abdul Rahman 'Auf, Saidina Sa'ad Abi Waqqas dan ramai lagi. Hanya dengan iman yang kental umat Islam akan berjaya, didunia dan akhirat.

Beliau juga menyentuh tentang perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa. Ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam tidak kira dimana dia berada, dan apa juga kedudukannya untuk berjuang membebas dan membuka semula Masjidil Aqsa.

Ceramah Sheikh Dr. Yusuf Qordawi yang mengambil masa hampir 1 1/2 jam itu disampaikan dalam bahawa 'arab dan diterjemahkan oleh Sahibul Fadhilah Ustad Abdul Ghani Shamsudin, mantan Presiden Persatuan Ulama' Malaysia. Kehadiran jema'ah yang begitu ramai sehingga terpaksa berasak didepan tempat ceramah. Ramai juga yang terpaksa berdiri. Selepas majlis ceramah dan solat 'isya, ramai yang bersalaman dan mengambil gambar dengan Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi.

Moga kehadiran Sahibul Fadhilah Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi ke Malaysia akan membawa sinar harapan baru kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan didunia umumnya.

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin

Adun BN yang kononnya telah berdamai, ‘Serang’ MB, Dalam Sidang DUN

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/P1020580.JPG
KUALA TERENGGANU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi pembentangan bajet 2010 yang bermula semalam, menunjukkan ‘belang’ sebenar Ahli-ahli DUN ’10 Budak Hitam’ yang kononnya telah berdamai dengan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

(Gambar - '10 budak hitam', Adun Alor Limbat Alias Abdullah (dudu paling kanan) menyerang Ahmad Said dalam Sidang Dun semalam)


Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini.

Hampir keseluruhan mereka menyertai perbahasan serta mengemukakan soalan lisan di dewan yang mulia itu.

Namun ia agak mengejutkan dan kontra dengan pengakuan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang mengatakan perpaduan dalam Umno Terengganu telah mula terjalin.

Kumpulan Adun ‘10 budak hitam’ menggunakan peluang bersuara ‘menyerang’ Ahmad Said

Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.

“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.

“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini. Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman atau Infrastruktur kepada rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.

Bahkan, beliau turut menyifatkan Ahmad (MB) cuba mengelirukan dewan (Sidang Dun) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.

“Semasa saya menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan neger) beliau (Ahmad) dan beliau memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).

“Ianya (Projek Monsun Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari MB tersebut.

Soalan asalnya, Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.

“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.

“Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan diri sekian lama.

“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan. Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” ujarnya di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, semalam

Beliau turut menyelar sikap Adun-adun BN yang pentingkan diri agar mengambil sikap muhasabah diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Malah, Ahmad turut menyifatkan Adun BN Bukit Besi, Din Adam yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri sebagai ‘tidak cerdik’ ketika meminta penjelasannya.

“Saya rasa Adun Bukit Besi ini dia (Din) pun jadi Exco juga dahulu. Jadi janganlah tunjuk ketidak-cerdikan (bodoh) kita (Adun) pada dewan (Sidang Dun) ini,” jelasnya.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .