Ikuti Blog ini

Kelantan Hanya Pembangkang, Bukan Musuh Kerajaan Pusat-Tok Guru Nik Aziz


PASIR PUTEH - Kelantan adalah negeri pembangkang, bukan musuh Kerajaan Pusat sehingga dinafikan pelbagai hak termasuk menafikan 118 projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Pusat menghentikan begitu banyak projek yang sepatutnya diperolehi negeri itu semata-mata ditadbir parti pembangkang.

Ketika mula memerintah Kelantan, katanya, Kerajaan Negeri memohon beberapa projek pembangunan termasuk membina pelabuhan dan lapangan terbang namun ditolak.

“Perdana Menteri ketika itu memberi alasan laut kita cetek, sedangkan manusia boleh menyelesaikan masalah sedemikian termasuk dengan cara mendalamkannya.
Justify Full
“Lapangan terbang pula, baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu,” katanya ketika merasmikan Program Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, semalam.

Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin Kerajaan Pusat juga telah memberi pelbagai tanggapan negatif kepada pelabur luar yang mahu memasuki negeri itu kerana mahu membiarkan Kelantan terus ketinggalan dari segi ekonominya.

Nik Aziz berkata, itulah salah satu faktor Pas melawan Barisan Nasional (BN) kerana diskriminasi yang diamalkan selain fahaman politik yang ternyata berbeza.

”Siapa pun yang berada di pihak mereka (BN) kita terpaksa lawan kerana kita bukan melawan batang tubuh tetapi kita melawan kerana ideologi mereka tidak berdasarkan Islam.

”Siapa pun kita lawan kerana lawan kita ini bermaksud untuk membetulkan, menyedarkan mereka agar tidak terpesong dengan ajaran Islam,” katanya.

Ketika ditanya isu yang akan dibangkitkan Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Nik Aziz berkata, beliau hanya menekankan ajaran Islam dan menyerahkan soal membangkitkan isu kepada pemimpin lain.

Sementara itu pada majlis berasingan di KOTA BHARU, Nik Aziz berkata, Pas akan mengumumkan calon mereka yang akan bertanding di Galas bila tiba masanya.

“Itu dia ada program dia. Akan sampai masanya. Bila tiba masanya..tak apa...saya akan beritahu. Tak payah risau,” katanya

Mengenai keputusan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan persetujuan menerima tawaran sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, beliau berkata:

“Hak tu ikut dia (Tengku Razaleigh)...dia punya fasal. Kita lawan tetap akan lawan. Dia nak terima tak nak itu dia punya fasal. Saya kenal dia lama. Saya rasa dia tak layak jadi calon. Masa dia jadi ketua perhubungan pun di Kelantan tetapi dia sendiri tak calon diri dia untuk DUN.

“Apa ertinya masa dia sendiri jadi ketua perhubungan dia tak calon diri dia sebagai ADUN...tiba-tiba sekarang ini dia jadi Ahli Parlimen kita suruh dia turun ke bawah. Ini tak betul.”SH
Posted by pemudabesut

Mampuih Umno, Berahim dah tak sokong hangpa... haha...

Berahim Ali dengan gaya lanun Somalia...

Kalau aku jadi Umno, aku takkan letak calon dah kat pilihanraya kecil Dun Galas tu. Gerenti kalah punya... haha...

Aku tak tau la kalau orang lain, tapi kalau Berahim dah tak sokong Umno terutama sekali di Kelantan, alamatnya pakai kalah saja la hangpa. Tu la Umno, suruh buat baik ngan Berahim hangpa tak mau. Cuba hangpa dengaq sama kata ayahanda Che Det tu, kena dok pi urut belakang Berahim jangan bagi dia naik angin.

Hangpa tu ranggi dan tak dengaq kata. Kan ka Berahim suruh pecat buang Ku Nan, tendang buang budak KJ dan gantung tugas si Nazri tuh. Hangpa tak pecat lagi Ku Nan? Hangpa tak tendang lagi budak KJ tu? Hangpa tak gantung lagi si Nazri?

Tapi tak terlambat lagi... cepat bertindak. Pecat Ku Nan sekarang. Tendang budak KJ la jugak. Gantung tugas si Nazri tu cepat... wakaka... takutnya kat Berahim... wakaka...sumber

PRK DUN GALAS - SI MAT MASLAN BAKAL `MENYUMPIT' PULA

Di Manek Urai, Si Mat Maslan menoreh, Di Galas mungkinkah Si Mat Maslan menyumpit pula?


SAMADA kebetulan atau tidak dengan PRK Dun Galas, kerajaan telah umumkan peruntukan RM 200 juta untuk kemudahan bekalan air bagi orang Asli. Pengumuman tersebut dibuat di Gua Musang iaitu kawasan di mana terletaknya Dun Galas yang akan mengadakan Pilihanraya Kecil di situ. Gua Musang adalah satu daerah yang terdapat ramainya masyarakat orang Asli.

"Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Nisra Nisran Asra Ramlan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada Kelantan, membabitkan 50 kampung yang dihuni masyarakat Orang Asli." (Sinar) Teringat kita dialog yang popular sewaktu PRK Parlimen Sibu iaitu," I Help U, U Help Me". Mungkin ini bukan rasuah politik tetapi `kebetulan' kerajaan ingin beri peruntukan tersebut. Memang sepanjang pemerintahan Bn, banyak yang `kebetulan' berlaku, sebab itu SPRM tidak mampu buat apa-apa apatah lagi SPR.

Walau bagaimanapun, peruntukan yang diumum disaat begini tentulah memalukan Ahli Parlimen Gua Musang, Ku Li yang baru sahaja bersetuju untuk menjadi Pengarah Pilihanraya bagi Umno di PRK Dun Galas. Ini bermakna Ku Li yang telah menjadi Ahli Parlimen sekian lama di Gua Musang masih gagal menguruskan hal air terutamanya kepada masyarakat orang Asli.

Tidak hairan sekiranya sewaktu kempen PRK Dun Galas nanti akan ada beberapa pemimpin Umno yang akan belajar cara `menyumpit' atau `menari tarian orang Asli'. Jika di Manek Urai dahulu, kita dapat melihat Si Mat Maslan menoreh getah, kali ini adakah si Mat Maslan akan menyumpit pula? Tentu banyak adegan atau drama yang bakal kita lihat nanti./wfauzdin.blogspot.com

Takrif Air 1Malaysia


UMNO Kelantan Belanja Sakan Hasil Rompakan Wang Royalti

Agihan wang ihsan mesti diselesaikan akhir bulan ini: JPP

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan akan memastikan semua pengagihan wang ihsan pelajar di negeri Kelantan diselesaikan akhir bulan ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustaffa, berkata semua peruntukan RM25 juta itu akan dihabiskan sehingga tempoh tersebut.

“Ia sebagaimana dikehendaki oleh Kerajaan Pusat melalui agensi pelaksana pengagihan wang itu iaitu JPP dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan,” katanya selepas melakukan upacara pelepasan serombongan 1,500 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kelantan yang menaiki 32 bas di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, di sini, malam tadi.

Rombongan diketuai Mejar (B) Mohd Ali Nawang itu dijangka mengadakan pertemuan khas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya, petang ini.

Makhtar berkata, lebih 70,000 pelajar rendah rendah dan tingkatan enam menerima bantuan wang ihsan itu yang dikendalikan jabatannya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (JPP) dan Pejabat Pembangunan Jajahan (PPJ).

Pemberian wang ihsan itu diperuntukkan Kerajaan Persekutuan selepas menukarkannya daripada royalti mula dikeluarkan kepada pelajar Ogos lalu, membabitkan 70,800 pelajar di seluruh negeri Kelantan tanpa mengira bangsa.

Katanya, mengikut peraturan, pelajar yang telah menerima bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajaran Malaysia (KWAMP) dan keluarga berpendapatan lebih RM1,500 sebulan, tidak layak menerima wang itu.

“Pelajar tingkatan enam layak menerima wang ihsan itu tanpa mengira kedudukan dan pendapatan keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu mereka yang menerima wang ihsan itu memanfaatkan pemberian itu sewajarnya untuk kemudahan pelajaran mereka tanpa menyalahgunakannya. -BERNAMA



Royalti: Kelantan saman tidak libatkan Pusat

KOTA BHARU, 7 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju menolak permohonan peguam Petronas agar kerajaan Pusat dilibatkan bersama dalam isu pertikaian hak royalti negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu dibuat kerana kerajaan negeri berpendapat kerajaan Pusat tiada kena mengena dalam isu saman tersebut.

Saman tersebut, jelasnya hanya melibatkan Petronas yang melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri bagaimanapun bersetuju dengan permohonan mereka satu lagi iaitu memberi tempoh lanjutan mengemukakan afidavit pembelaan terhadap saman kerajaan negeri.

"Kita dah bincang dengan Menteri Besar, dan kita bersetuju untuk memberi masa lanjutan kepada Petronas untuk memfailkan afidavit pembelaan.

"Adapun berhubung penyertaan kerajaan pusat itu, kita bersetuju untuk menolak, kerana kita saman Petronas yang memungkiri kontrak, kerajaan Pusat tiada kena mengena dalam hal ini," katanya pada satu majlis di sini, semalam.

4 Oktober lalu adalah merupakan tarikh akhir bagi Petronas mengemukakan afidavit pembelaan mereka namun ianya belum dibuat.

Mereka bagaimanapun mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri Kelantan agar dilanjutkan tempoh tersebut.

Penjelasan itu juga merupakan perkembangan terbaru isu tersebut selepas Kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 30 Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, banyak pihak menjangkakan isu tuntutan royalti ini menjadi topik utama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 4 November nanti.

Isu ini juga menarik perhatian ramai apabila bakal memperlihatkan pendirian veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga disebut-sebut sebagai pengarah pilihan raya Umno BN bagi PRK Galas.

Beliau sebelum ini satu-satunya pemimpin Umno yang lantang menyokong tindakan kerajaan negeri menyaman Petronas menuntut hak royalti minyak. -Hrkh

Demikian menyedihkan dimana kerajaan UMNO BN sanggup merompak hasil royalti milik Kerajaan Kelantan dengan menjadikannya wang ihsan (dengan mengenepikan Perjanjian yang dibuat di antara Petronas dengan kerajaan negeri), yang kemudiannya wang ihsan ini tidak diserahkan kepada kerajaan negeri tetapi diagihkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Rakyat menjadi keliru sebelum ini Husam Musa, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri menolak permohonan peguam Petronas agar kerajaan Pusat dilibatkan bersama dalam isu pertikaian hak royalti negeri itu.

Mungkin dari sudut teknikal perundangan, GB belum nampak rasional tindakan sedemikian namun kita percaya Kerajaan Pusat ada terlibat secara lansung mengenepikan perjanjian berkenaan dengan tindakan mereka menukar wang royalti kepada wang ihsan.

Perancangan jahat Datuk Seri (sekarang Tun) Mahathir Mohd yang memulakannya apabila Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya 1999. Dan polisis itu diterus di zaman Abdullah Ahmad Badawi dan kini Mohd Najib.

Dan kita berharap Jabatan Audit Negara dan PAC menyiasat penggunaan wang ihsan tersebut dengan teliti dan sebarang penyalh-gunaannya mestilah didedah dan dihentikan.

Kita juga berharap mesej jelas tuntutan wang royalti akan diberikan nada yang keras dan lantang di pilihanraya kecil Galas nanti. -GB

PKR akan tanding wakili Pakatan di Batu Sapi

Fuziah berkata kerusi Batu Sapi akan ditandingi oleh wakil PKR. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 10 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu.

Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008.

PR hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan persetujuan PR kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu.

“Memang ia kerusi PKR, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan.

“Oleh itu, PKR akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PR Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan.

“Kami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan,” katanya lagi.

Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat PR pusat Rabu ini.

“Soal siapa yang akan bertanding, kami akan membincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rabu ini,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.

Kerusi itu kosong ekoran kematian Ahli Parlimen Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (kiri) akibat kemalangan jalan raya semalam.

Chong, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah, meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Sembulan-Tanjung Aru.

Pada pilihan raya umum lalu, Chong menewaskan calon Bebas Ching Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Ching mendapat 5,771 undi. Enam tahun lalu, beliau menang tanpa dicabar.

Kerusi Parlimen Batu Sapi mempunyai sekitar 26,000 pengundi dengan mengikut peratusan kaum, pengundi Melayu dianggarkan 32 peratus, Cina (38 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (26 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (2.6 peratus).

Walaupun PKR tidak meletakkan calon di peringkat Parlimen, wakilnnya telah bersaing di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Batu Sapi pada 8 Mac 2008.

Di DUN Sekong, dengan jumlah pengundi 11,308 orang pada 8 Mac 2008, kerusi itu dimenangi oleh Datuk Shamsuddin Yahya dari BN dengan memperoleh 4,271 undi berbanding calon PKR Datuk Nahalan Damsal (2,082) manakala Mansor Mursalim (Bersekutu) (242).

Dalam pada itu, kerusi DUN Karamunting dengan 14,696 pengundi pula dimenangi oleh Peter Pang En Yin (BN) (5,171) yang mengatasi Sak Cheong Yu (Bebas) (1,455), Tan Shu Tee (PKR) (452) dan Chok Kon Tack (DAP) (1,809).

DUN Sekong mempunyai 38 peratus pengundi Melayu, Cina (18 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (38 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (3.8 peratus).

Sementara Karamunting pula terdiri daripada 28 peratus pengundi Melayu, Cina (52 peratus), India (0.4 peratus), Bumiputera Sabah (17 peratus), Bumiputera Sarawak (0.7 peratus) dan lain-lain (1.7 peratus).

Penduduk Serbu Rumah Gadis Rakam Gambar Jin Dalam Botol

Jertih: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.

TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.

Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.

Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut.

Kewujudan jin sebagai makhluk Allah selain daripada manusia memang ada. Ini dinyatakan di dalam Al-Quran.

TETAPI menyatakan jin itu boleh membawa menafaat atau mudharat kepada kita, itu adalah salah dan tidak boleh menjadi pegangan, kerana "Innallahu 'ala kulli syain qadiir"... Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Kisah-kisah jin yang berlaku di dalam masyarakat hanyalah tipu daya syaitan yang dengannya manusia boleh disesatkan terutama mereka yang tidak berpengetahuan atau cetek pendidikan agamanya.

Manusia yang disesatkan tanpa mengira bangsa, warna, pangkat dan darjat, di dalam kes di atas kita lihat seorang ADUN bersama isterinya hadir sama. Walau bagaimanapun GB berharap kehadirannya hanyalah untuk meredakan suasana rakyat yang berada di kawasannya, bukan untuk tujuan lainnya.

Hal mempercayai kepada kekuatan dan kekuasaan jin dan makhluk halus ini seperti yang GB katakan tadi, ialah apabila aqidah umat Islam yang terlalu longgar. Diperburukkan pula siaran TV di negara ini yang mutakhir ini banyak menonjolkan cerita-cerita khurafat dan tahyul tanpa penapisan oleh kerajaan. -GB

TERBARU PRK Galas : Kritikan Ku Li Jadi Modal Kempen PAS - Dr Dzulkefly Ahmad



PRK Galas : Kritikan Ku Li Jadi Modal Kempen Pas

SHAH ALAM : Kritikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Umno Barisan Nasional (BN) akan dijadikan modal kempen jentera Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Bercakap kepada TV Selangor, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun tetap menganggap pertarungan DUN itu bersifat pertempuran antara Pas dan Umno-BN, bukannya individu.

"Beliau banyak kritikan tentang ekonomi dan sebagainya. Itu kepincangan Umno yang beliau sendiri dedahkan. Semua inilah yang menjadi bahan penerangan kami dalam pilihan raya kecil Galas.

klik>> BAHAN KEMPEN: Maksimumkan kenyataan/kata2 Ku Li dalam setiap poster dan kain rentang di Galas!

Jika Sayang Ku Li, Undilah PAS


AKHIRNYA Ku Li menerima tawaran pimpinan Umno untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Meskipun PAS seboleh-bolehnya tidak mahu berhadapan dengan Ku Li bukan kerana takut, tetapi ingin menjaga hati Ku Li yang tidak kurang jasanya kepada Kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam isu royalti minyak. Tetapi, takdir telah menentukan bahawa PAS tetap akan berdepan dengan Umno yang akan diterajui oleh Ku Li di Dun Galas.

Di dalam situasi begini, PAS mungkin berada di dalam dilema kerana PAS amat menyanjungi Ku Li biarpun berada di dalam parti yang berlainan. PAS juga mungkin faham, Ku Li juga turut berada di dalam keadaan dilema kerana pimpinan parti telah menyerahkan amanah dan tanggungjawab itu kepada beliau.

Akhirnya, prinsip serta dasar perjuangan akan menjadi faktor utama mengapa PAS mesti melawan Umno habis-habisan kerana PAS tidak mungkin akan `membantu' Ku Li dan membiarkan keseluruhan rakyat Kelantan teraniaya.

Demi tanggungjawab kepada rakyat, PAS mesti terus mara ke medan perjuangan. Kita sedar bahawa Umno punyai `niat tertentu' mengapa parti tersebut meletakkan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Bukankah sebelum ini amanah tersebut kebiasaannya dipikul oleh Timbalan Presiden Umno (TPM) malahan juga Presiden Umno (PM) sendiri? Sudah tentu ada yang mahu dilihat oleh Najib dan Muhyiddin apa yang bakal terjadi kepada Ku Li nanti. Hakikatnya, Najib dan Muhyiddin tidak lagi mahu dimalukan seperti sebelum ini. Mungkin kali ini giliran Ku Li pula?

Umno kini sudah bersedia dengan alasannya tidak kira Umno menang atau kalah. Jika Umno menang (Na'uzubillah), maka Umno akan berkata, lihatlah, rakyat kini mula menerima Umno dan menolak PAS/PR. Tetapi sebaliknya, jika Umno tersungkur dan dikapankan lagi maka pemimpin Umno akan menuding jari kepada Ku Li dan menyebut betapa Ku Li tidak layak memimpin Umno sedangkan di Gua Musang sebagai kawasannya pun Ku Li boleh tewas. Maka, seandainya Ku Li mencuba nasib bertanding sekali lagi sebagai Presiden Umno di masa akan datang akan dinilai oleh ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang gagal.

Najib, terutama sekali Muhyiddin sudah tentu tidak mahu melihat Ku Li `come back' ke dalam hiraki kepimpinan Umno. Salah satu kaedah yang `paling lembut' untuk melihat Ku Li di`kubur'kan di arena politik Umno adalah dengan `membunuh' kerjayanya di Dun Galas, kemudiannya diluaskan pula di Parlimen Gua Musang. Mungkin Ku Li sudah tahu mainan politik ini, dan tidak mustahil Ku Li juga ada `strategi' tersendiri untuk bermain dengan mereka ini.

Apa yang dikhuatirkan, sekiranya Umno tewas lagi kali ini, akan timbul pula tuduhan Ku Li menjadi punca dan `mensabotaj' parti sendiri. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak mahu Ku Li menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil di Dun Galas, lebih-lebih lagi sebagai calon Umno. PAS tidak sanggup melihat Ku Li terus di `gurkha'kan oleh Umno./wfauzdin.blogspot.com

Memalukan: Tindakan Polis "Patahkan Microfon" Dan Gempur Majlis Jamuan Hari Raya PKR Johor Buktikan UMNO Negeri Kian Nazak Sebenarnya !!

Sungguh memalukan apabila kami mendapat berita yang Majlis Jamuan Hari Raya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor yang diadakan di Kg.Ayer Manis Kulai telah diganggu oleh pihak polis dua hari lalu (8 Okt). Ia sesuatu yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Apakah UMNO Johor sudah terlalu takut dan sanggup mengarahkan pihak polis untuk menggempur sebuah majlis jamuan hari raya parti politik?.

Biarpun pihak polis yang melakukan kekasaran itu, namun hakikatnya rakyat lebih tahu yang mereka melaksanakan tugas mengikut arahan puak-puak UMNO Johor itu sendiri sebenarnya. Mahu dinafikan pun tidak berguna, kerana Johor adalam "Lubuk UMNO" yang kononnya terlalu sukar untuk ditembusi oleh parti pembangkang di negara ini. Tambahan pula UMNO itu sendiri lahirnya di negeri Onn Jaafar itu. Makanya, ketakutan yang amat sangat menyebabkan UMNO Johor terpaksa menggempur majlis anjuran PKR itu.

Difahamkan pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Zul dari Balai Polis Kulaijaya telah mematahkan mikrofon ketika Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng (foto), sedang berucap dihadapan lebih 400 orang hadirin. Tindakan tersebut menyebabkan Chua Jui Meng terpaksa berucap tanpa menggunakan microfon. Walau pun sudah mematahkan microfon, pihak polis masih terus berada disitu termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Difahamkan antara pemimpin PKR pusat yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin


Inilah gaya polis upahan UMNO JOhor yang bertindak kurang ajar itu

Orang ramai panik lihat polis tergamak gempur majlis jamuan hari raya


[Nampaknya UMNO Johor semakin gentar untuk berlawan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat di negeri itu sekarang ini. Tindakan mengarahkan pihak polis menggempur Majlis Jamuan Hari Raya adalah satu tindakan biadap bagi manusia yang tidak bertamadun. Apakah ini yang dikatakan demokrasi yang diamalkan di Malaysia ini agaknya.

Ternyata, mereka sudah terlalu takut untuk melihat satu persatu kerusi DUN dan Parlimen di negeri itu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun, syabas dan tahniah kepada PKR Johor yang telah berjaya mencipta sejarah yang amat menarik untuk diperkatakan oleh rakyat Malaysia ini. Semoga dengan ini, rakyat Johor yang selama ini karat UMNO akan membuka mata dan hati mereka untuk membuat perubahan dalam PRU-13 nanti. Jika inilah sikap mereka, ternyata mereka tidak layak untuk berkuasa lagi sebenarnya]. -PahangDaily

Tengok Surat Nii...Menambahkan Lagi "Kepercayaan" Kita Kepada Umno..


( Klik kalau lu tak nampak..)

Dengan isi yang terdapat dalam surat di atas akan menambahkan lagi
kepercayaan dan keyakinan kita bahawa Umno memang Parti Hipokrit
atau pun lebih halus dan lembut Parti Munafikk serta pembohong besar.

Rasullullah mengingatkan kita agar menjauhi golongan Munafik,
kalau zaman wa rock dulu bunyinya ialah "Cakap tarak serupa bikin"
maka salah satu ciri-ciri orang atau golongan Munafik ini kata Rasullulah
apabila "Bercakap mereka selalu berbohong"..maka yakinlah kita siapa sebenarnya
golongan Munafik yang sewajibnya kita jauhi.Lu olang sendili mau ingatt..

Skandal Seks Chua Soi Lek Masih Menghantui Wanita MCA

Mesyuarat Agung Wanita MCA Hangat Dengan Isu Skandal Seks Dr Chua

KUALA LUMPUR, 9 Okt - Sesi perbahasan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA kali ke-35 hari ini hangat apabila skandal seks yang melibatkan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dibangkitkan oleh anggota perwakilan.

Seorang perwakilan dari Pahang, Khiew Yuh Jiuan, mendakwa kebanyakan anggota parti itu berasa malu kerana mempunyai seorang pemimpin tertinggi yang mempunyai "masalah moral".

Beliau turut menyifatkan perjuangan parti itu sebagai gagal berhubung perkara itu yang menyebabkan ramai anggota tidak dapat menyatakan pendirian mereka dengan jelas tentang pelbagai perkara.

"Bila kami mahu menyampaikan pandangan, orang lain akan menyerang parti ini dengan mudah melalui skandal seks presiden. Sebagai ahli, kami terpaksa berdiam diri sahaja. Presiden (Dr Chua), bolehkah kepimpinan anda membantu memperkembangkan MCA?" katanya.

Kata-kata itu kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi dewan mesyuarat di Hotel Berjaya Times Square di sini.

Speaker Ooi Siew Kim pula berkata ucapan Khiew itu jelas merupakan suara hati anggota dari peringkat akar umbi kepada pucuk pimpinan parti.

Pada Januari 2008, Dr Chua melepaskan jawatannya dalam Kabinet dan Naib Presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.

Dr Chua dipilih menerajui MCA dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada 28 Mac lepas selepas menewaskan dua orang bekas presiden iaitu Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Tan Sri Ong Ka Ting. -Bernama
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .