Ikuti Blog ini

Kuli Menyokong Negara Kebajikan PAS

Najib dalam keadaan mamai setelah pulang melihat bakal menantu Kazakhstan berkata negara kebajikan PAS pelik dan menghairankan. Ini kerana katanya, ia sudah lama diperjuangkan BN. "Saya pelik dan ajaib", kata Najib yang sememangnya gerun dengan perubahan yang dibuat PAS.

Salah satu yang diinginkan PAS dengan negara kebajikan dimahukan juga oleh orang UMNO sendiri. Sebagai contoh orang UMNO dan ahli Parlimen UMNO, Kuli mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Kuli berkata TNB terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lepas. Ia mendapat persetujuan kerajaan Najib apabila membuat semakan semula harga gas.

Sepatutunya inilah yang menyebabkan Najib merasa pelik dan ajaib, bukannya dengan negara kebajikan PAS. Mungkin inikah juga yang dikatakan Najib bahawa negara kebajikan yang telah lama diperjuangkan BN. Menjaga kebajikan pembekal kuasa tenaga daripada kebajikan rakyat.

Ini salah satu contoh. Tentunya juga Kuli bagi Najib pelik dan ajaib!!

Umno Terdesak Guna Barua Dan Bangsat Politik Lagakan Pakatan


Usaha Najib nak lagakan PAS-DAP akan gagal, kata Guan Eng

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai “batu api” kerana cuba melaga-lagakan PAS dengan parti itu ekoran keputusan pemilihan parti Islam itu minggu lalu.

Semalam Najib berkata keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya “mempengaruhi” parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.


“DAP telah berjaya dalam mengubah perjuangan PAS,” kata perdana menteri .

Najib yang juga Presiden Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukannya negara Islam sambil berkata, ia diambil daripada pegangan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata elemen konsisten diperlukan untuk mentadbir dengan baik tetapi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR sentiasa mengubahsuai mengikut keadaan supaya dapat disesuaikan dengan keperluan mereka.

Namun Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, usaha yang dilakukan Najib itu tidak akan berhasil kerana pendirian terbaru PAS itu adalah demi kebajikan rakyat yang diketepikan kerajaan sedia ada.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berjaya memainkan peranan baru beliau sebagai batu api kepada PAS dalam usaha mempengaruhi parti itu untuk bertarung dengan DAP dengan mengatakan penekanan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan adalah kemenangan DAP.

“Kemenangan pilihan raya di peringkat pusat, dan DAP dapat memahami kebimbangan Najib di mana PAS sekarang berdiri di pendirian pertengahan terutamanya untuk membantu masyarakat miskin yang terjejas berikutan pemotongan subsidi oleh Umno-BN yang turut akan menjejaskan undi mereka dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan BN menyebabkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah menanggung kesan teruk kesan, antaranya kerana pemotongan subsidi.

“Pemotongan subsidi terkini ke atas barangan harian seperti petrol, gula, tarif elektrik dan beras mempengaruhi 27 juta rakyat Malaysia biasa tetapi pemberian subsidi gas kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menunjukkan bagaimana BN mengorbankan golongan miskin untuk memberi kebaikan kepada golongan kaya.

“Itulah sebabnya DAP mencabar Najib untuk menetapkan kadar upah minimum dan peningkatan gaji seiring dengan pemotongan subsidi,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Lim berkata, kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menggunakan sumber kewangan sendiri untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah di negeri itu.

“Kegagalan BN untuk melakukannya memaksa negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang untuk menggunakan sumber yang terhad ini untuk melaksanakan beberapa langkah dalam usaha untuk membantu golongan miskin.

“Ia termasuk meningkatkan pemberian bantuan kebajikan, pemberian RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), pemberian RM1,000 sekali sahaja kepada waris warga emas, ibu tunggal dan OKU dan penolakan tawaran untuk menaikkan tarif domestik air seperti di Johor yang menjadikan tarif air tiga hingga enam kali ganda mahal dari Pulau Pinang.

“Selain itu, kita juga terpaksa menubuhkan pusat dialisis bernilai RM2 juta di Balik Pulau dengan kadar bayaran RM30 bagi setiap rawatan dan memperuntukkan 150 ekar tanah untuk projek perumahan rakyat di Batu Kawan yang berharga dari RM72,500 hingga RM220, 000,” katanya.

Dalam komennya awal minggu ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Pembebasan Peguam Negara Dari Sebarang Tuduhan Salahlaku - Rakyat Bosan Dengan SPRM

Mat Zain: Panel SPRM tiada kuasa bebas AG

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membidas panel Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana membebaskan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail daripada sebarang salah laku ketika menunaikan ibadah haji dengan seorang lelaki yang mencurigakan bernama Shahidan Shafie.

Dalam surat terbukanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertarikh hari ini, Mat Zain berkata tindakan melepaskan Gani memang sudah dijangkakan dan rakyat kini mulai bosan melihat SPRM yang sanggup berbohong demi menyelamatkan peguam negara daripada didakwa.

Tindakan sedemikian, katanya akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan dengan SPRM dan menyebabkan kerja-kerja baik yang dilakukan oleh agensi berkenaan dianggap hanya sebagai sandiwara sahaja.

“Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta ahli-ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul, memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati...

“Saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia, bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan,” katanya dalam surat itu yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, hari ini.

Mat Zain mengulas pengumumkan jawatankuasa itu yang membebaskan Gani berkaitan isu pemergiannya ke Mekah.

Beliau didapati bersekongkol dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proksi kepada Tan Sri Tajuddin Ramli yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS. Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajuddin,” katanya. -mk

BERSIH : Anwar turut serta, FRU tentu suka..

PORT DICKSON: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.

“Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita,” kata Anwar.

Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Bersih 2.0 yang akan berlangsung 9 Julai ini di sekitar ibu negara diadakan kerana tuntutan Bersih terdahulu yang antaranya mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR).

Pada ceramah yang sama, Anwar sempat mengingatkan hadirin bahawa pilihan raya umum akan datang adalah masa yang terbaik untuk bekerja keras memastikan Umno dan Barisan Nasional ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, kata Anwar, hanya sedikit sahaja usaha lagi diperlukan untuk memastikan Umno BN kalah dalam pilihan raya akan datang.

“Pilihan raya akan datang, kesempatan untuk kita yang cukup baik.

“Nak push sikit sahaja lagi. Negeri Sembilan, (kita memerlukan) empat atau lima kerusi (Parlimen sahaja lagi), jalan (Menteri Besar) Mohamad Hassan.

“Parlimen, kita nak dua atau tiga kerusi sahaja lagi.Insya Allah mereka jalan.

“Dulu kita kalah sebab Sarawak dan Sabah. Sekarang kalau ada pilihan raya, Sarawak sekurang-kurangnya ada 10 dalam tangan.

“Dua kerusi di Negeri Sembilan, dua di Selangor, satu di Kedah, satu di Perak, dua di Terengganu, tergulinglah Umno,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang mendengar ceramahnya.

Pada majlis yang sama, Anwar juga sempat menyempurnakan simbolik pemakaian baju T Bersih 2.0 kepada beberapa ahli KEADILAN Port Dickson sebagai tanda penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

http://www.keadilandaily.com

TG Nik Aziz menempa sejarah buat kebajikan ..taniah !!



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di negeri itu.

Katanya, keputusan itu dibuat supaya anak Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala FA antara pasukan negeri dan Terengganu di Bukit Jalil malam ini dapat pulang dengan selesa.

"Insya-Allah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan melawan Terengganu.

"Esok diisytiharkan cuti umum di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," kata di laman Facebook.

Beliau juga menyeru semoga penyokong perlawan malam ini dapat menjaga tatatertib sepanjang menyaksikan perlawanan.

Ini sah tak tiru umno kerana belum juara dah dapat Public Holiday biasanya jadi juara baru istihar cuti umum ... Tahniah TGNA ..Mat Said tak nak tiru Tok Guru ke weh.

Najib tak faham negara berkebajikan PAS

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.

Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama.

Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat.

"Jelas dia (Datuk Seri Najib Razak) tak tahu negara berkebajikan," katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan anak sulung kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Markaz PAS Taman Melewar di sini, petang ini. Iskandar Zulkarnain Salahuddin dan isteri, Khalilah Abd Majid diraikan pada majlis makan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa konsep negara berkebajikan PAS cuba meniru apa yang telah dibuat BN.

Ditanya apa beza negara berkebajikan PAS dan Umno BN, Abdul Hadi berkata negara berkebajikan PAS adalah mengikut acuan al-Quran dan Hadis.

Ianya termasuk bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta tidak menzalimi rakyat.

"Kita tak sama, kita ikut perlembagaan PAS iaitu sandar pada al-Quran dan Hadis.

"Kita ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), dia (Umno BN) tidak ada,"katanya.

Sebelum ini beliau juga menjelaskan konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS menitikberatkan soal halal haram yang juga tidak ada dalam pengamalan Umno BN.

Sehubungan itu juga beliau memaklumkan akan menulis satu buku khusus menjelaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu.

Umno tak nyenyak tidur

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Najib terbukti 'tidak nyenyak tidur' dengan pendekatan negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS.

Tegasnya, Umno menyedari mereka berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti apabila PAS menawarkan konsep negara berkebajikan itu.

"Dulu dia (Umno BN) kata PAS jauh ketinggalan di belakang.

"Sekarang ini kita sama-sama, dia kiri kita kanan. Nanti kita akan potong dia,"katanya. -Hrkh

PAS Parti Dakwah

Duta penyelamat dan kasih sayang.. itulah slogan yang digunakan oleh Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam misi dakwah baik di operasi dakwah malam tahun baru, ekspidisi dakwah orang asli, OPS masih ada yang sayang malam merdeka dan kerja-kerja kemasyarakatan yang lain. Dalam merealisasikan slogan utama PAS Untuk Semua dan Membangun Bersama Islam slogan Duta Penyelamat Dan Kasih Sayang merupakan satu pendekatan mempengaruhi psikologi umum masyarakat. Inilah sebahagian bukti yang menyangkal bahawa PAS ini hanyalah ditubuhkan untuk menyertai pilihanraya semata-mata. Dakwah adalah teras kepada penubuhan PAS yang ditubuhkan pada 1951 oleh ulama’ terdahalu bagi mengantikan parti yang di haramkan oleh British iaitu Hizbul Muslimin yang mengimpikan sebuah negara Islam yang merdeka.

Dr Muhammad Natsir dalam fiqh dakwahnya menyatakan bahawa dakwah ialah mengajak manusia kepada Allah sehingga ingkar kepada thogut dan beriman kepada Allah, dan keluar dari kegelapan jahiliyah menuju cahaya nur (Islam). Melihat ayat-ayat al Qur’an dan Sunnah serta pendapat para ulama maka dapat disimpulkan bahawa Dakwah Islamiyah adalah sebuah aktiviti yang bersifat total, yang bertujuan untuk mengubah pemikiran, perasaan, dan perbuatan manusia agar sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dalam rangka mewujudkan masyarakat Islam. Maka dengan itu boleh kita memahami sesungguhnya itulah punca mengapa PAS ditubuhkan untuk menyertai pilihanraya di Malaysia. Pilihanraya adalah wasilah bagi PAS, andaikata pilihanraya itu tidak wujud dan negara Islam itu tertegak di Malaysia,maka tidak menjadi masalah buat PAS. Isunya sekarang adalah Malaysia belum menjadi negara Islam yang sempurna.

Firman Allah S.W.T :

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (An Nahl : 125)

Sejajar dengan firman Allah S.W.T itu, maka penyertaan PAS dalam pilihanraya tidak lain hanyalah untuk berdakwah dan menegakkan hukum Allah secara hikmah. Ianya termaktub dalam perlembagaan PAS :

Fasal 5. Tujuan PAS ialah:


(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6. Usaha-Usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qur'an.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Jika kita memahami kandungan fasal 5 dan 6 dalam perlembagaan PAS ini jelaslah bahawa PAS itu tertubuh adalah sebagai entiti dakwah yang menyertai pilihanraya untuk menegakkan hukum-hukum Allah. Akan tetepi ianya tidak berhenti sekadar memahami PAS itu entiti dakwah selain parti politik. Perlu juga untuk kita hadami dan fahami bahawa PAS itu tunjang utamanya adalah tarbiyyah. Elemen tarbiyyah sangat penting dalam mengkaderkan da’e yang mantap. Program-program seperti Usrah, tamrin, muqayyam, liqo’ dan kuliah penting bagi hati dan jiwa ahli jamaah. Mungkin kita boleh lahirkan politikus dan amilin yang lantang suaranya, hebat madahnya,membara semangatnya dan mantap gerak kerjanya. Akan tetapi malanglah PAS jika kaderisasinya itu lemah dari segi thaqafah, pemahaman ilmu agama dan kurang pada akhlaqnya. Maka program-program itulah penting bagi melahirkan seorang amilin atau petugas yang ikhlas dan mantap rohani,emosi dan jasmani.

Sehubungan dengan itu saya mengajak semua ahli Jamaah agar sama-sama kita meningkatkan ilmu dan mengikhlaskan niat serta merapatkan saf mengutuhkan ukhwah agar PAS dapat menegakkan negara kebajikan berteraskan Islam di Malaysia hatta menjunjung kembali sistem khilafah di dunia.

Video Lucah: Pemandu Bas Dipenjara 3 Tahun, Datuk T Bila Lagi?

Ayer Keroh: Pemandu bas ekspres yang menayangkan video lucah kepada seorang penumpang wanita ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Isnin lalu, semalam dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan akan sekali lagi dibawa ke mahkamah 13 Julai depan untuk perbicaraan kes cuba merogol wanita sama.

P Kanapathy, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain sambil menyatakan tahu perbuatannya itu salah, sekali gus merayu hukuman ringan kerana terpaksa menanggung isteri dan empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dengan sengaja melakukan perbuatan itu bertujuan menawar atau cuba melakukan perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap wanita berkenaan, Ni Ketut Remi, 32, pada jam 8.15 malam, 6 Jun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan, cuba merogol mangsa dalam bas dan hari sama kira-kira jam 10.45 malam. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan ditahan dua anggota polis yang terdengar jeritan seorang wanita dari dalam sebuah bas yang ditinggalkan dalam keadaan enjin tidak dimatikan di tepi jalan berhampiran kawasan ladang di Jalan Bukit Kajang, Jasin, Isnin lalu.

Mengikut fakta kes, Kanapathy pada awalnya mengambil tiga penumpang termasuk dua lelaki lain menaiki bas ekspres dipandunya dari Terminal Bersepadu Tasik Selatan, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.45 malam, tetapi selepas 30 minit perjalanan, dia mengarahkan dua lelaki itu turun dengan alasan mereka tersilap bas.

Dia kemudian mengarahkan penumpang wanita berkenaan duduk di kerusi sebelah pemandu tetapi mangsa enggan sebelum tertuduh memasang VCD dalam bas tanpa menghiraukan teguran mangsa. -BH

Kini precedent sudah terbentuk. Bahawa penayangan video lucah dikenakan penjara maksimum tiga tahun.

Ia hanya mengambil masa dua hari untuk suspek ditahan, ditangkap, di dakwa dan dijatuhkan hukuman.

Sekarang, bila lagi polis mahu tahan dan tangkap Datuk T yang menayang video lucah kepada wartawan di Hotel Sri Carcosa pada 21 Mac 2011? Para wartawan telah dijemput untuk menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Trio "Datuk T" Datuk T, yang merupakan gandingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah tersebut yang sehingga kini belum lagi menghadapi apa-apa tindakan, malah video seks tersebut tersebar luas ke seluruh negara tanpa apa-apa halangan dan sekatan oleh pihak polis.

Mengapa ada double standard di dalam hal ini? -GB

Tiada Sebab PAS Perlu Minta Maaf Kepada UMNO

Kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) menegaskan bahawa tiada keperluan untuk pihaknya memohon maaf kepada Umno berhubung prinsip perjuangan parti itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam menuntut PAS meminta maaf kepada Umno kerana melemparkan pelbagai tuduhan, gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.

Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub berkata PAS akan terus memperjuangkan Negara Berkebajikan walaupun ia menimbulkan keresahan Umno yang khuathir pengaruhnya di kalangan pengundi Melayu akan terhakis lagi.

"Tidak ada isu mengapa PAS perlu minta maaf atas kenyataan itu dan kita akan terus dengan konsep ini dan kita akan jadikannya sebagai manifesto kami pada pilihan raya akan datang," tegasnya kepada Tv Selangor.

"PAS tiada sebab untuk minta maaf dengan UMNO kerana Pas tidak pernah lari daripada dasar perjuangan dan konsep gagasan negara berkebajikan ialah intipati daripada sebuah negara yang diidamkan oleh rakyat dan mengandungi prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan yang kita perjuangkan." tambah beliau.

Sallahuddin berkata tuntutan maaf oleh Khaled Nordin mencerminkan Umno semakin terdesak dan tidak memahami konsep negara berkebajikan yang di perjuangkan PAS serta Pakatan Rakyat.

"Saya rasa Umno terdesak, amat gentar, amat risau dengan kepimpinan baru PAS yang baru sahaja dipilih dalam muktamar minggu lepas dan mereka juga sangat tertekan dengan keupayaan PAS dalam menjayakan Negara Berkebajikan,” kata beliau.

" Saya rasa isu itu adalah isu yang dah ketinggalan zaman dan apa yang dihujahkan oleh Datuk Khaled Nordin itu saya ibaratkan sebagai musim kemarau yang panjang bagi Umno,” tambah beliau.

Sallahuddin berkata komen-komen pemimpin Umno menunjukkan mereka tidak dapat menerima keputusan pemilihan PAS sehingga sanggup menabur fitnah.

"Mereka sebenarnya sangat kecewa dengan kepimpinan baru PAS, mereka seperti orang yang hilang pemikiran serta panik dengan pemillihan itu dan sebab itu mereka membuat pelbagai tuduhan-tuduhan tidak berasas dengan kepimpinan barui yang ada pada hari ini.

Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pimpinan UMNO-BN sepatutnya yang meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menindas rakyat Malaysia dan mengabaikan kebajikan mereka sekian lama.

Jelasnya lagi, apa juga dasar yang dibawa dan diperjuangkan PAS tiada kaitan dengan UMNO-BN dan apa yang lebih penting ketika ini PAS mesti mengambil alih peranan UMNO untuk menjaga Islam dan rakyat di negara ini.

"Dasar Pas dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan UMNO dan UMNO tidak perlu campur tangan dalam urusan parti PAS." tambahnya lagi. -tvsnews



PAS tidak layan Khaled Nordin

"Tiada sebab untuk PAS minta maaf. Tuduhan itu sudah ketinggalan zaman," kata Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: PAS tidak akan meminta maaf kepada Umno seperti yang diminta oleh seorang pemimpin parti itu, tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

“Tiada sebab untuk PAS minta maaf. Tuduhan itu sudah ketinggalan zaman,” kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau menjawab desakan ketua Umno bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendakwa PAS telah membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Umno.

PAS, menurut menteri pengajian tinggi itu melabelkan Umno parti haram kerana tidak membentuk negara Islam.

“PAS seharusnya meminta maaf kepada Umno kerana semasa memperjuangkan negara Islam menuduh Umno membuat pelbagai kesalahan tetapi ketika ini mereka tidak lagi berjuang membentuk negara Islam kerana tidak ada dalam al Quran tetapi negara berkebajikan,” kata Mohamed Khaled di Kuantan hari ini.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Syed Azman Ahmad Nawawi tuduhan atau kenyataan Mohamed Khaled itu tidak perlu dilayan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam itu, negara kebajikan yang ditawarkan PAS bertujuan untuk menyelamatkan rakyat yang kini dibebani kos hidup yang tinggi, krisis ekonomi dan kenaikan harga barangan.

“Tawaran ini bukan hanya untuk ahli PAS tetapi kepada keseluruhan rakyat Malaysia,” katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang , dalam ucapan di muktamar parti minggu lalu berkata, PAS memfokuskan kepada negara berkebajikan selaras dengan perjuangan pakatan pembangkang.

Hadi juga berkata, negara Islam tidak disebut dalam al Quran. -FMT

MP Serah Dokumen Projek Hospital Shah Alam Kepada SPRM




SHAH ALAM : Sangsi dengan ketelusan pelaksanaan projek Hospital Shah Alam yang melibatkan kepentingan awam di negeri ini, ahli parlimennya, Khalid Samad tampil membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Laporan itu dibuat ekoran pelbagai dakwaan yang membelenggu projek terbabit termasuk isu pembayaran komisyen berjuta-juta ringgit oleh syarikat yang dikaitkan dengan Kementerian Kewangan.

Terdahulu, Khalid mendedahkan dokumen yang menunjukkan bekas subkontraktor projek itu, Frontier Structure menawarkan komisyen RM30 juta kepada bekas kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd.

Manakala sepucuk surat lagi menunjukkan Kementerian Kewangan mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memasukkan Frontier sebagai syarikat yang membida projek berkenaan walaupun tidak berkelayakan dan tidak berhasrat berbuat demikian.

Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan itu menegaskan, beliau mahu SPRM menjalankan siasatan rapi bagaimana situasi seperti ini boleh berlaku.

"Kita mengharapkan pihak SPRM akan siasat dan selidik kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?,"soalnya.

Adalah menyedihkan katanya, projek Hospital Shah Alam yang sepatutnya siap akhir bulan ini masih terbengkalai.

Untuk rekod, projek bernilai RM482.6 juta itu dimulakan sejak November 2007 dan bekas kontraktor utama, Sunshine Fleet hanya menyiapkan tidak sampai 30 peratus dari keseluruhan projek.

Khalid juga turut meminta SPRM menyiasat berhubung penundaan tender disebabkan mahu Frontier memperolehi pendaftaran sebagai kontraktor Kelas A terlebih dahulu.
"Ini menjadi tanda tanya bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dan sekarang ini pun projek ini masih tak berjalan, kenapa ia tak berjalan? Saya rasa mereka nak beri masa untuk Frontier mendapatkan pendaftaran mereka,"tambahnya lagi.

Khalid membuat laporan dan menyerahkan dokumen bukti kepada Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad.

Malah beliau turut melahirkan kekecewaannya terhadap sikap sambil lewa kerajaan pusat di atas kelewatan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada warga Shah Alam hanya kerana lebih mengutamakan pemberian tender kepada kroni daripada kebajikan rakyat.

"Bagi warga Shah Alam ada kesannya, apabila kroni-kroni Umno bertelagah berebut projek, warga Shah Alam menjadi mangsa,"ujarnya.

Soi Lek buktikan 1Malaysia gagal

KUALA LUMPUR : Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah ‘topeng’ kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.

Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.

Firdaus berkata, walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.

Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.

Beliau berkata, Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum.

Ini, ujarnya berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.

Jelasnya, Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih ‘bulu’ yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar ‘ruang lingkup’ mereka sahaja.

“Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar V K Lingam yang masih bebas ‘berkeliaran’ tanpa didakwa,” katanya.

Baginya, Perkasa dilihat hanyalah menjadi ‘budak suruhan’ kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau.

Beliau menambah, Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.

Tambahnya, Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong ‘lidah rasmi Umno’ iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.

Ini, katanya jelas memperlihatkan ‘wajah’ sebenar Perkasa.

“Oleh itu, PAS menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar akan penipuan tersebut,” ujarnya.

Rakyat, kata beliau sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.

“Katakan tak nak pada BN!” katanya lagi.

- Harakah Daily

Rejab, Bulan Palestin dan Bulan Sembahyang

Kita berada di bulan Rejab yang nabi selalu doa, “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikanlah kami Ramadhan.” Di Muktamar Agong PAS baru ini diistiharkan Rejab sebagai bulan Palestin, ambil sempena perjalanan isramikraj nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. Pengistiharan bulan Palestin juga sebagai komitmen PAS dengan perjuangan rakyat Palestin.

Antara anugerah besar yang nabi terima semasa isramikraj daripada Allah untuk kita ummat baginda adalah sembahyang. Sembahyang ini suatu urusan besar, bukan perkara main-main. Saya teringat Ustaz Hassan Salleh di UKM dulu, Ustaz Hassan ini orangnya alim, di UKM orang panggil dia mahaguru, dalam satu khutbah Jumaat di Masjid UKM dia pernah sebut, “Saya cukup yakin banyak masalah yang melanda ummat Islam masakini boleh selesai kalau manusia sembahyang. Masalahnya ramai manusia Islam sekarang ini yang tak sembahyang. Masalah fizikal dan dalaman.”

Sebab tu Allah berfirman dalam Al Quran.Orang yang apabila kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat baik dan cegah kemungkaran…”

Di Kelantan, bulan Rejab dikenali sebagai bulan sembahyang. Macam-macam pengisian kerajaan buat dengan tujuan nak ajak orang sembahyang. Saya pernah bentang satu kertas, ‘Solat Dari Sudut Sains Perubatandalam satu seminar sempena sambutan bulan sembahyang ni di Balai Islam beberapa tahun lepas.

Tuan Guru Nik Aziz dalam ucapannya ketika majlis tersebut ada menyebut, “Antara tujuan besar perutusan nabi Muhammad s.a.w ke atas muka dunia adalah untuk ajak manusia sembahyang, maka kalau begini tujuan perutusan yang begitu besar, ambo sebagai Menteri Besar perlu lebih lagi berusaha supaya rakyat ambo sembahyang walaupun kerajaan terpaksa keluar belanja berjuta-juta…”

Yang kedua, Ekoran muktamar baru ni, geger riuh surat khabar umno terutama utusan, duduk jaja, ulamatersingkir dari kepimpinan PAS. Wartawan Sinar Harian telefon saya, nak minta komen pemilihan Mat Sabu yang bukan dari kalangan ulamasebagai Timbalan Presiden PAS. Saya jawab, “Alhamdulillah, Mat sabu bukan ulama’, tapi dia bersama perjuangan Islam, lebih baik dari orang berstatus ulamatapi masuk umno.

Tiba-tiba
Umno jadi sayang kepada ulama’, nak bela ulamakononnya, padahal dalam umno, ulamacuma setakat bertaraf biro. Biro Sukan, Biro Kebudayaan, Biro Ekonomi danBiro Agama, di situlah tempat ulamaUmno. PAS meletakkan ulamadi tempat tertinggi dalam parti. Majlis Syura Ulama yang mengawal seluruh dasar parti supaya tak lari dari landasan Islam. Siapa kerja buat bagi label itu dan ini? Ini professional, ini ulama’? Perjuangan Islam wajib didokong oleh semua orang yang beriman, tak kira siapa pun dia.

Sejarah panjang gerakan Islam membuktikan kenyataan ini. Sekadar mengambil beberapa contoh; As Syahid Abdul Qadir Audah yang syahid di tali gantung, seorang bekas hakim Mahkamah Mesir, Almarhum Dr Najmuddin Erbakan, Bekas Presiden Parti Refah, Bekas Perdana Menteri Turki, seorang jurutera. As Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi, pemimpin HAMAS yang mengantikan Syeikh Ahmad Yassin, seorang doktor perubatan. As Syahid Imam Hassan Al Banna, seorang ulama’. Syeikh Jamaluddin Al Afghani, Mujaddid Islam, seorang ulama’. Syeikh Abdul Qadir Al Jazaairi yang memimpin rakyat Algeria menentang penjajahan Francis, seorang ulama’. Syeikh Umar Mukhtar yang memimpin kebangkitan rakyat Libya menentang penjajahan Itali, seorang ulama’. -BO

Isu keretapi bukit bendera tak boleh naik ?





Nak tanya Ng. Yen-Yen ker..tanya puak haramjada..tuh ? Haramjadah punya kerja..! Kalau nak tiga suku pun jangan heret sekali rakyat yg tak berdosa. Sendiri berak..sendiri basuh laa..! Ptuihhh !!

Akhirnya Ng Yen2 bercakap, lepas empat lima hari keretapi bukit bendera dok asyik sat-sat tersadai. Dah Tiga kali tersadai... tourist nak cuba try test keretapi baru tu pun kecewa.

Kena lak musim cuti sekolah... lagi ler frus mamat dan minah yang nak berdua-dua naik ketapi yang menelan belanja puluhan juta tu. Yang tak syoknya.. TV3 suku bukan main tembak kerajaan negeri Pulau Pinang, khususnya CM Lim Guan Eng kononnya yang buat projek ketapi puluh2 juta yang dok punah memanjang tu... membazir pitih rakyat. Hampir giler meroyan penonton TV giler tu mendengor nyer.

Tak salahkan wartawan TV giler tu ler sebab memang depa tiga suku. Menteri berkenaan DS Dr Ng Yen2 buat derk je... tapi tetiba bersuara dengan berkata punca perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera tergendala tiga kali kerana ketiadaan tenaga pakar berpengalaman mengendalikannya.
Yen2 berkata, kumpulan mengendali kereta api itu harus berkemahiran dan berpengalaman.

"Kakitangan Perbadanan Bukit Bendera (PHC) yang dipertanggungjawabkan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan didapati tidak berpengalaman dalam mengendalikan sistem perkhidmatan kereta api elektrik buatan Switzerland itu.

"Hasil perbincangan dengan pihak PHC, kami mendapati hanya syarikat kontraktor Garaventa AG Switzerland, yang membina kesemua sistem berkenaan mempunyai kepakaran dan syarikat berkenaan juga telah menawarkan bantuan untuk mengatasi masalah kerosakan yang timbul beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata PHC akan bekerjasama dengan pihak kontraktor yang akan menawarkan kepakaran teknologi yang ada pada mereka. Agaknya lepas sign kontrak.. takda khidmat susulan. Saper ler yang buat kontrak itu.. tak silap dari kerajaan persekutuan. Nah tanya ler Ng 2 Yen. -Albanjari

Fhoto Ribuan peminat DENGAR CERAMAH BRAHIM KATAK & ZUL



Zahrain menyampaikan 'pidato'nya agak lewat pada jam 10.15... kerana menunggu hadirin memenuhkan kerusi yang disediakan

..Hadirin pakat memenuhkan kerusi .... tak nampak? cam nak mati....

.


Kawasan yang ade orang iaitu di bawah anjung halaman rumah tersebut...


Tak berganjak... kerusi la...wakakakaka



Jam 11.50 malam.. para hadirin maih tidak berganjak dari kerusi plastik.... memang satu program yg berjaya... toBrahim katak terus tak muncul2 .... sebab pengalaman sebelum nie kat ini jgk tapi sebelum isytihar Dataran Diri endiri... xde org nak dengar ceramah dia...tue yg import 2 ekor katak dari kedah ngan Penang... tapi still xde orang... apa pun tahniahkan sebab promosi memang hebat... hampir 50 banner dan lebih 50k poster diedarkan di seluruh Pasir Mas....wakakakakaka - Pemuda Pas wangsa Maju

Pemimpin Gerakan Akan Turut Serta "Perhimpunan BERSIH" 9 Julai

Pemimpin Gerakan akan hadir perhimpunan BERSIH

Walaupun pengerusi Gerakan Kedah Cheah Soon Hai, semalam, melabelkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai 'lawak bodoh yang tidak bermanfaat', namun rakannya di Pulau Pinang akan menyertai acara itu bersama sekumpulan peguam.

Menurut ketua biro hak asasi dan undang-undang Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, beliau bersama 10 peguam lain dari negeri itu akan menyertai Majlis Peguam memantau perhimpunan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.


Baljit berkata keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman.

Kumpulan itu akan menyerahkan nama-nama peguam yang akan terbabit dan mereka juga akan membekalkan perkhidmatan perundangan kepada peserta BERSIH sekiranya tangkapan dibuat.

"Setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.

Perhimpunan besar-besaran itu akan diketuai oleh beberapa NGO dengan tujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara. -mk

Baljit berkata keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman.

Pemimpin Gerakan Pulau Pinang itu perlu sekolahkan rakan-rakannya dari Pemuda UMNO Malaysia yang sudah sibuk dan bising-bising buat laporan polis mengenai Himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan 9 Julai ini. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .