Ikuti Blog ini

Anwar kembali MP Permatang Pauh, majoriti 15,671 undi.



MENANG... Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni penyokongnya selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh malam ini. Pada pukul 9.10 malam beliau meninggalkan Pusat Operasi Utama PKR di Yayasan Aman, menuju ke Pusat Penjumlahan Undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun untuk mengetahui keputusan rasmi.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah; Anwar selaku Penasihat PKR, dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.


PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali muncul Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Beliau mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicapai oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dalam keputusan rasmi diumumkan sebentar tadi, Anwar yang mewakili PKR memperoleh 31,195 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 15,524 undi manakala AKIM menerima 92 undi.

Difahamkan Anwar menang di kebanyakan daripada 28 daerah mengundi.

Keputusan penuh pilihan raya kecil ini diumumkan di Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.

Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, 82.06 peratus daripada 58,449 pengundi keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil ini, Arif Shah, 51, menghadapi tentangan Anwar, 61, dan calon AKIM, Hanafi, 61.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR, Dr. Wan Azizah pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, Dr. Wan Azizah mengalahkan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi.

Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihan raya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar menang besar


9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi. Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.

7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Aris Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.

7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9). 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.

Anwar Menebas Lalang Ke Putrajaya


Hari ini adalah hari yang sangat bersejarah kepada semua rakyat Malaysia
kerana ianya adalah hari pengundian P44 Parlimen Permatang Pauh yang
melibatkan pertandingan tiga penjuru antara PKR, BN dan Akim.

Yang menariknya kali ini ialah suasana pilihanrayanya yang saya kira
hampir setaraf dengan pilihanraya umum ke-12 yang lalu sentiasa hangat
dengan isu dan terbaru sumpah-sumpah.

Anwar Ibrahim diletakkan sebagai calon Pakatan Rakyat yang diwar-warkan
sebagai Perdana Menteri yang menunggu giliran, apapun kita serahkan urusan
itu kepada Allah yang menentukannya.

Saya terharu disebalik terdesaknya UmnoBN berkempen secara lucah dan bacul
di seluruh negara menggambarkan mereka ini semua sangat cuak dan takut
dengan masa depan mereka yang semakin malap.

Umno yang gagal menang besar dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu kini
seolahnya gila meroyan sampaikan mereka tergamak memfitnah dan bermain
dengan menggunakan nama Allah.

Saya secara rambangnya bertanya kepada kawan-kawan dan pimpinan politik
yang saya kenali, rata-ratanya mengharapkan Anwar akan berjaya mencapai
kemenangan walau bagaimana rupa dan caranya asalkan Anwar berjaya masuk ke
Parlimen.

Sangat terharu apabila ibu saya sendiri berkata beliau sentiasa mendoakan
kemenangan Anwar dalam doa selepas solatnya,biarpun selama ini ibu saya
memangkah Barisan Nasional dan saya dapat rasakan perkara yang serupa
kepada tuan puan semua.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang kerana semua orang sudah tahu
isunya dan setia dalam mengikuti perkembangan semasa. Apapun sama-samalah
kita berdoa setelah berusaha dan berikhtiar kerana baik untuk Anwar
InsyaAllah baiklah juga kepada semua rakyat.

Anwar terus mara untuk menebas lalang di Putrajaya... AllahuAkbar.

- PAS Johor Bahru

Anwar memperolehi 61% undi, menurut culaan PKR



KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Menurut laporan AFP, calon KeADILan bagi kerusi parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim memperolehi 61 peratus undi, berdasarkan culaan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan).

"Berdasarkan culaan yang dibuat, Anwar mendahului dalam pengundian ini...Dan saya kira ia sebanyak 61 peratus," kata Naib Presiden, Sivarasah Rasiah.

Sivarasa berkata, calon Barisan Nasional, Arif Shah Omar Shah hanya memperolehi 39 peratus undi yang dibuang.

"Walau bagaimanapun kami tidak mahu mengisytiharkan kemenangan ini kerana mahu menunggu keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

Jika peratusan keluar mengundi adalah kira-kira 80 peratus, ini bermakna Anwar memperolehi 28,000 undi, manakala Arif hanya memperolehi 18,000 dengan majoriti 10,000 undi.

Sementara calon ketiga, Hanafi Hamat dari Akim dijangka tidak memperolehi undi yang banyak.

Pengundi hantu: Tiga bas ditemui, pemandu akui bawa pengundi!

TERKINI! PERMATANG PAUH, 26 Ogos - Dalam perkembangan terkini, skuad gempur pengundi hantu AMK yang diketuai Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan telah menemui tiga buah bas yang disyaki membawa para pengundi hantu ke Permatang Pauh.

7.30 pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengundi jam 9 pagi ini di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang dekat sini selepas hampir 10 tahun terhalang akibat kezaliman Barisan Nasional (BN).

Manakala calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dijangka akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Wartawan Mohd Sabri Said dan jurugambar Mohd Nasir Sudin yang tiba kira-kira jam 7.30 pagi tadi melaporkan pihak polis membuat kawalan ketat, khususnya di tempat Anwar dijadualkan mengundi.

Katanya, pihak polis juga membuat kawalan ketat sejak semalam dan beliau serta pengundi-pengundi terpaksa melalui beberapa sekatan jalan raya untuk tiba di kawasan tempat mengundi.

"Sejak awal pagi lagi sudah sesak dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti yang tiba dengan pelbagai bendera, 'banner' dan laungan reformasi bergema begitu kuat sekali," katanya.

ImageMenurutnya, ramai wartawan dan jurugambar media tempatan dan asing sudah berhimpun sejak awal pagi lagi untuk menanti ketibaan Anwar.

"Proses pengundi setakat ini berjalan lancar, kelihatan ramai pengundi sudah tiba di pusat pengundian untuk mengundi," ujarnya.

Harakahdaily difahamkan, menjelang hari pengundian terdapat beberapa keraguan timbul khususnya pada buku daftar undi, antaranya 710 nama pengundi Permatang Pauh pada tahun 2004 didapati hilang.

Khusus di Dun Seberang Jaya, jentera Pilihan Raya KeADILan dan PAS mendapati terdapat sehingga 80 nama didaftarkan dalam sebuah rumah pengundi.

"Selain dari 80 nama dalam sebuah rumah, ada banyak lagi 20 nama, 10 nama dalam sebuah rumah, jumlah ini tidak ada dalam PRU 8 Mac lepas.

"Yang hairannya keraguan ini berpusat di kawasan kubu kuat BN," kata seorang petugas bilik gerakan Pakatan Rakyat.

8.55 pagi:Suasana di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Penanti semakin hangat dengan gelagat orang ramai yang masih menunggu kehadiran Anwar Ibrahim yang dijangka akan membuang undi di pusat pembuangan undi tersebut pada pukul 10.00 pagi nanti.

ImageKira-kira 100 meter dari pusat pembuangan undi tersebut penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) sedang berkumpul.

Wartawan Intan Abdullah dan Nuha Rahim melaporkan jalan raya menuju ke pusat pengundian itu juga sesak sejak pukul 8.00 pagi lagi.

Kira-kira 100 anggota polis mengawal keadaan di tempat tersebut disamping kelihatan juga anggota FRU serta helikopter yang membuat tinjauan.

Kebetulan pusat pengudian tersebut terletak bersebelahan dengan IPD Kubang Seman.

9.30 pagi: Setakat ini keadaan masih lagi terkawal biarpun penyokong kedua pihak memenuhi kawasan tersebut terutama di bangsal panas yang terletak berhampiran dengan tempat mengundi.

Kereta-kereta yang membawa pengundi-pengundi kelihatan sibuk berulang alik membawa pengundi ke sekolah tersebut.

Suasana di Lebuh raya Butterworth Kulim expressway juga dipenuhi dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti.

Image10.05 pagi: Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.40 pagi bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuang undi.

Beliau yang berkemeja biru dan Wan Azizah yang berbaju kebaya merah jambu disambut sorakan gemuruh penyokong-penyokongnya yang sedia menanti dari awal pagi. Turut mengiringi anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.

Anwar kelihatan keletihan dan dipimpin petugas untuk masuk ke bilik mengundi. Keadaan terkawal dan penyokong-penyokongnya melambai tangan ke arahnya.

10.45 pagi: Anwar yang berucap sebaik sahaja keluar dari tempat pengundian menyatakan pilihan raya hari ini bukanlah pilihan raya antara dua calon daripada parti yang berbeza, tetapi pilihan raya antara jentera kerajaan dengan dirinya.

Sementara itu, beliau yang ditanya media mengenai kes liwat yang dihadapinya, Imagekatanya buat masa ini fokus untuk beliau untuk menang dalam pilihan raya ini.

Katanya, perkara tersebut akan diperhalusi selepas pilihan raya berakhir.

Anwar menegaskan, BN sepatutnya sedar dan bangun dari realiti.

Katanya, undi kali ini merupakan undi penentu untuk perubahan dan bukannya untuk menang sebagaimana undi biasa.

Selain itu , katanya masih terlalu awal untuk menjangkakan mengenai jumlah majoriti yang akan diperolehi.

Namun beliau bersyukur dengan sokongan rakyat.

Apa yg penting katanya, semua pihak patut memberi ruang kepada pengundi.

Dalam pada itu katanya, sama ada akan wujud pengundi hantu, beliau menyerahkan kepada skuad gempur pengundi hantu yang dilancarkan oleh AMK semalam.

12.10 tengahari: Seperti diramalkan hujan mula turun di sekitar kawasan pengundian.

12.45 tengahari: Sehingga berita ini di tulis, BN nampak hambar berbanding sokongan dari Pakatan Rakyat.

Di setiap tempat pusat pengundian petugas BN kebanyakan tidak lantang bahkan ramai yang duduk di kerusi di bawah bangsal panas atau berdiri di bawah rimbunan pokok tepi jalan ataupun sekadar berpacak memegang bendera yang tidak bergoyang.

Kaum ibu dilihat lebih suka berborak sesama sendiri bercakap bukan fasal pilihan raya jika di tafsirkan dari raut wajah dan memek mulut yang berkata-kata.

Yang tinggal hanyalah golongan muda yang diimpot itupun beberapa kerat sahaja yang lain berpeluk tubuh seolah menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba.

Keadaan sekarang makin panas di mana sepanjang tinjauan yang sempat dilalui mendapati kedua-dua parti rancak berkempen di kiri kanan jalan mencari pengaruh masing-masing.

12.50 tengahari: Beberapa pemerhati melaporkan bahawa wujud ketegangan di pusat pengundian SMK Penanti antara penyokong BN dan KeADILan kerana pondok panas BN dikatakan terlalu hampir dengan pusat pengundian.

Walaupun suasana agak terkawal namun penyokong masing-masing melaung sesama mereka dengan dikawal oleh pihak polis.

12.55 tengahari: Wartawan Intan Abdullah yang sekarang berada di Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu Perai melaporkan berdasarkan pemerhatian setakat ini pengundi saluran satu dan empat belum keluar mengundi.

Keadaan cuaca juga mendung dan hujan mula turun rintik-rintik. Di dapati juga terlalu sedikit bendera dan poster BN yang dipasang berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

Pada masa yang sama suasana seolah-olah satu pesta dengan pelbagai gelagat penyokong-penyokong keADILan.

Termasuk si penjual ikan tanpa segan silu memacak bendera di belakang motosikalnya.

Gelagat empat orang anak muda yang mengusung replika pengusung jenazah sambil melaungkan 'kuburkan BN ' menarik perhatian ramai.

1.00 petang: Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor berkata sejumlah 44.8 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sehingga tengahari tadi.

1.15 petang:Terdapat lebih 500 penyokong Pakatan Rakyat di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.20 petang: Beberapa jalan raya di sekitar kawasan pengundian di Permatang Pauh didapati sesak teruk dan di luar kawalan.

1.32 petang: Hujan telah mula berhenti di beberapa kawasan dan beberapa jalan raya di Permatang Pauh pulih dari kesesakan.

2.00 petang:Sehingga kini, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 48.44 peratus.

2.20 petang: Jurucakap Mafrel, Ong BK berkata, pihaknya telah mengesan tiga nama yang hilang daripada senarai pengundian pagi tadi.

Katanya, mereka yang tidak dapat mengundi ini telah mengundi dalam pilihan raya yang lalu tetapi tidak dapat mengesan nama mereka dalam senarai pagi tadi.

2.35 petang: Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mahu semua penyokong parti menggunakan motorsikal untuk pergi ke pusat pengundian kerana kesesakan yang teruk hampir semua jalan di Permatang Pauh.

"Daripada beberapa petunjuk kami yakin Anwar akan menang,"katanya.

3.25 petang: Tiga buah bas dijumpai di Lebuh Raya Butterworth-Kulim disusur keluar Penanti.

Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengetuai skuad gempur pengundi hantu AMK, bas ketiga dijumpai di Plaza Tol Kubang Semang.

Katanya salah seorang pemandu daripada tiga buah bas tersebut mengakui membawa pengundi daripada Melaka.

Katanya, bas yang bernombor plat CDE 1122 memuatkan 44 orang penumpang yang disyaki bukan penduduk tempatan.

Sementara itu, dua buah bas yang tertulis bas persiaran Tong Services dan Star700 Travel yang ditahan oleh skuad gempur pengundi hantu di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) dan memuatkan 30 dan 20 orang penumpang. Kesemua mereka tidak sempat dibawa ke tempat pengundian.

Pihak polis yang berada di IPTB memberi jaminan mereka akan dibawa ke Balai Polis. Bagaimanapun polis mengatakan mereka bukan pengundi hantu tetapi penyokong dari Melaka. Semua mereka sedang berkumpul di Plaza Tol Kubang Semang.

3.45 petang: Di IPD Seberang Jaya, berlaku kekecohan apabila Gobalakrishnan tidak dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun Supretendan Batumalai akhirnya membenarkan Gobalakrishnan masuk.

Terdapat lebih 50 penyokong berada di kawasan balai polis. Mereka ditenangkan oleh Gobalakrishnan supaya tidak termakan dengan provokasi polis yang berpakaian preman kira-kira 10 orang.

3.50 petang: Empat buah trak Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) tiba berhampiran balai polis. Helikopter juga kelihatan berlegar-legar agak rendah. Dua buah bas lagi kelihatan. Peguam Johnson Chong tiba dan cuba menyelesaikan isu tersebut. 4.00 petang: Sementara itu di Mengkuang Titi juga dilaporkan beberapa pengundi hantu telah berjaya dikesan oleh penyokong Pakatan Rakyat.

4.05 petang: Manakala dua buah bas FRU tiba di IPD. Kawasan di sekitar IPD semakin dipenuhi penyokong KeADILan. Mereka ditenteramkan oleh salah seorang AJK jentera pilihan raya dan semua petugas diminta menjaga peti undi masing-masing.

4.20 petang: SPR mengumumkan masa mengundi ditambah kepada satu hingga dua jam.

4.35 petang: Gobalakrishnan kini dibenarkan membuat laporan polis berkenaan pengundi hantu.

4.40 petang: SPR sebentar tadi menafikan khabar angin bahawa masa mengundi akan dilanjutkan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .