Ikuti Blog ini

CERITA INI JADIKAN TELADAN...

jomipohv4


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLDD4liqCEfexsxRhLIOYd2f3NJ40jx9kmgSNDxndsO_z61ddEBAHl_7ldQOPcA6WG_-KQaDQkaUcZS4Mcf7C9DSipo9EOUTarUsnFj6E7bTzspJ8nmHiiK0Hfwp7Cf5BuoiNfhMaU73QV/s1600/fru.bmp


Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”


DARI MSK

PAS terbuka menerima golongan artis yang ingin bersama




Pemuda PAS alukan kemasukan Renggo

Mana-mana artis yang mempunyai tanggapan tertentu pada PAS.. buang semua tanggapan tu.. pecahkan dinding dalam hati anda, join PAS baru anda tahu PAS ITU BEST - Renggo

Ngeh Dakwa Setiausaha Kerajaan Negeri Bawa Masuk 30 SB Kedalam DUN Esok

SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini," - Datuk Ngeh.

SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini," - Datuk Ngeh.


Ngeh Dakwa Setiausaha Kerajaan Negeri Bawa Masuk 30 SB Kedalam DUN Esok



Setiausaha Kerajaan Negeri Perak didakwa merancang membawa masuk serama 30 anggota polis daripada Cawangan Khas ke dalam Dewan Undangan Negeri semasa persidangan berlangsung esok.


Exco Kanan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi TV Antara mendakwa Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mempunyai senarai yang mempunyai sebanyak 30 nama dipercayai anggota polis.


“SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.


“SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini,” kata Datuk Ngeh.


Beliau berkata langkah Setiausaha Kerajaan Negeri itu seolah-olah membenarkan kumpulan yang tidak ada hubungan dengan persidangan DUN untuk hadir di dalam tanpa dketahui motof kehadiran mereka.


Datuk Ngeh menyelar Barisan Nasional yang dianggapnya tidak menghormati undang-undang kerana tamakkan kuasa dan kedudukan.


“Kita akan mengikut undang-undang dan peraturan semasa persidangan esok. Kita mahu menjadi wakil rakyat contoh bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.


“Ini berbeza dengan BN yang nampaknya rela membawa masuk SB untuk mengugat ADUN-ADUN dan mungkin juga membelakangkan kuasa Speaker,” tegas beliau lagi.
http://www.tvantara.comAlign Center




Mat Sabu & Badrul Hisham kena tangkap kerana merancang perhimpunan sempena sidang DUN Perak



tvpas: Mohamad Sabu ditangkap



Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin ditahan di Kuala Lumpur.

Mereka dipercayai terlibat merancang perhimpunan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula esok.

Difahamkan seorang aktivitis politik yang tidak dikenali turut ditahan menjadikan tiga orang ditahan ketika insiden tersebut.

Polis Perak akan mengadakan satu sidang media untuk memberitahu sebab-sebab penahanan tiga pemimpin politik tersebut.

Penahanan mereka hadir kurang 24 jam selepas penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam.

Wong ditahan reman selama sehari dan dijangka akan dibebaskan petang ini.



Tiga ditahan sambut 'harijadi Altantuya'






malaysia youth solidariti send altantuya birthday cake to najib 060509 13 Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.


Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.


Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.


Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.


malaysia youth solidariti send altantuya birthday cake to najib 060509 05Kek seberat 2kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.


Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.


Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan untuk hadir semula jam 2 petang ini.

Isu Kerajaan Nizar, Mahathir Kata Sultan Tidak Ada Kuasa Lucut Jawatan MB



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan, demikian dilaporkan oleh MSTAR

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya, jelasnya lagi.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan."

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Banyak pihak sebenarnya hairan bagaimana Sultan Perak boleh meminta Nizar melepaskan jawatannya dan melantik seorang Menteri Besar yang baru sekalipun Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai majoriti kerana mengikut perlembagaan hanya dewan undangan negeri melalui usul tidak percaya boleh melucutkan jawatan seseorang menteri besar.

Dewan belum bersidang pada ketika itu tetapi yang berlaku ialah pengheretan ADUN-ADUN BN dan Bebas ke Istana yang kemudiannya secara tiba-tiba diumumkan pembentukan sebuah kerajaan baru di Perak oleh Najib Razak (TPM waktu itu).

"Sultan hanya menyiasat parti mana yang mendapat sokongan selepas sesuatu pilihanraya, tetapi di dalam situasi selepas pilihanraya telah diadakan dimana kerajaan negeri sudah dibentuk, dun pernah bersidang, maka sebarang penyelesaian sesuatu kemelut hendaklah berlaku di dewan undangan negeri, bukan di Istana," tegas seorang peguam di sini.

"Semua dah jadi bercelaru akibat rampasan kuasa oleh Najib, justeru itu jalan paling selamat dan paling efektif ialah bubatrkan DUN dan adakan pilihanraya semula seluruh negeri Perak. Itu sahaja jalan keluar yang ada. Sebarang jalan tidak akan menamatkan krisis ini," tambahnya lagi.


GELOMBANG HITAM - ANTARA DIRAMAL BERLAKU ESOK!!


1 Black Malaysia...apa ke bendenya tu..??nak tau 'Black' ke tidak..moh kita ke Ipoh di bangunan SUK pada 7 Mei nanti..kita nak lihat hari yang cerah tu akan menjadi 'Black' di tangan siapa..?

Apakah gas pemedih mata akan memenuhi ruang udara bandaraya Ipoh Khamis ini... Apakah air kimia akan dipancutkan semahu-mahunya oleh water canon yang siap sedia menerima arahan..? Apakah beberapa puluh orang atau beberapa ratus orang akan mendiami lokap polis pada hari itu..?

rasa2nya kita boleh menjangka apa yang akan berlaku di SUK 7 Mei nanti...



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLDD4liqCEfexsxRhLIOYd2f3NJ40jx9kmgSNDxndsO_z61ddEBAHl_7ldQOPcA6WG_-KQaDQkaUcZS4Mcf7C9DSipo9EOUTarUsnFj6E7bTzspJ8nmHiiK0Hfwp7Cf5BuoiNfhMaU73QV/s1600/fru.bmp

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhB62sb9DGD0X4YtG9ZWiXD23NZqKtcoa9zZEicwtsc56_7aQJsEkOV2Q3Mu04fdF5CxErW5hsPRegi-HI88ggLZi5kNSnblU9HFxl8mRzDuL304AEFD0Crd5NFglMS_NimmiynD8-uvUrs/s400/DSC08750.JPG

P1018707.jpg image by metaurus





Itu adalah gambaran dan andaian yang kita boleh agak apa yang akan berlaku pada 7 Mei di luar bangunan SUK...apa pulak cerita di dalam DUN nanti..??

kita telah dihebah yang khidmat bomoh telah digunakan oleh pihak yang mengharapkan sidang DUN 7 Mei nanti 'berjalan lanacar'...siapa orangnya korang pikir la sendiri..tapi biasa la siapa nak ngaku buang shit kat tengah jalan kan...mampuih dia takkan ngaku..walaupun ada bau yg datang dari tubuh badan dia...nasib baik kat dia bau kemenyan..

kalaulah cara ini digunakan tak hairan apa yang ciberboron andaikan akan berlaku...

Katakan berita oleh YB Khalil Idham Lim itu betul. Apa akan jadi kalau hantu dan jembalang yang diprogramkan oleh bomoh itu benar-benar berkesan? Apakah tak semena-mena semua ADUN PR akan layu dan bodoh lalu akur kepada semua yang dihajati oleh BN? Atau kalau targetnya hanya YB Sivakumar, apakah Speaker yang dilihat tegas dan berani itu tiba-tiba dengan lemah lembut menjemput DS Zambri duduk di kerusi Menteri Besar? Dan Exco BN pun dilayan begitu? Dan ADUN BN termasuk 3 ADUN lompat pun dipersilakan dengan segala hormatnya duduk di kerusi pihak kerajaan? Dengan tegasnya pula YB Sivakumar mengarahkan DS Nizar dan semua ADUN PR duduk di kerusi pihak pembangkang?

Akhir sekali YB Sivakumar pun dengan senang hati meminta Abdullah Antong membaca usul pemecatan Speaker dan usul melantik Speaker Baru untuk dibentang dan diundi. Lalu sahlah Ganesan sebagai Speaker DUN Perak yang baru. Begitukah yang akan terjadi?

Katakan pula segala senyonyong sepeneh bomoh power yang dilanggan oleh UMNO itu tiba-tiba berhadapan dengan perkenan Allah SWT terhadap doa yang dipohon oleh sekelian pemimpin dan penyokong PR yang berhimpun bermunajat dan solat hajat malam tadi dan subuh esok.

Tak semena-mena dalam Titah Peresmian DiRaja, Tuanku Sultan bertitah, "Hari ini beta mahu kemelut yang tak berkesudahan di negeri ini diselesaikan. Beta titahkan supaya persidangan dewan hari ini meluluskan ketetapan pembubaran DUN supaya pilihanraya negeri dapat diadakan. Pihak mana yang menang dalam pilihanraya itu nanti akan beta perkenankan untuk menjadi kerajaan negeri Perak yang baru. Selepas itu jangan ada pertikaian lagi seperti yang telah berlaku sekarang ini".


Gani Patail Berniat Jahat Dalam Kes Nizar-Zambry


Gani Patail Berniat Jahat Dalam Kes Nizar-Zambry

………………………………………………………………………………………………………………………….

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .


Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.


Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.


Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?


“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya


Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.


“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,” ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.


Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatanDatuk Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.


Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.


Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad.


Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi ‘precedent case’ (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.


AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk Ahmad segera melepaskan jawatan Menteri Besar secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO.


Jurucakap Bersih ditahan polis dibawah Akta Hasutan


KUALA LUMPUR - Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat ditahan sepasukan polis pukul 8 malam tadi.


Menurut peguam beliau, Edmund Bon, Wong ditahan di rumah beliau di Taman Sri Sentosa di Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan selepas satu laporan polis dibuat terhadap aktivis tersebut.



bershi 1blackmalaysia pc 050509 01"Wong kini berada di Ibu Pejabat Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Perdana dan komputer ribanya dirampas," tegas Edmund. Beliau bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama ada penahanan Wong ada kaitan dengan sidang media yang diadakan semalam.


Dalam sidang media Bersih semalam, Wong menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei nanti (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan
one black 1black malaysia campaignkepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tanda "1Malaysia GELITA, Demokrasi Diutamakan, Adakan Pilihan Raya Sekarang".


Kempen tersebut dan pemilihan warna hitam dibuat sebagai protes terhadap rampasan kuasa yang dirancangkan oleh Barisan Nasional (BN) di Perak.

Imam Dakwa Pemecatannya Didalangi UMNO

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Beliau mendakwa pemecatan beliau didalangi oleh Umno yang mengenakan tekanan politik ke atas Jawatankuasa Pengurusan Masjid tersebut.







MB Haram Dan Exco tidak boleh hadir,keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan DUN masih sah



keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Dewan Undangan Negeri masih sah dan berkuat kuasa dan Speaker DUN sebagai pengerusi dan ahli dalam Jawatankuasa tersebut dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah terikat dengan keputusan yang telah diputuskan oleh kedua-dua badan tersebut.

keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Dewan Undangan Negeri masih sah dan berkuat kuasa dan Speaker DUN sebagai pengerusi dan ahli dalam Jawatankuasa tersebut dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah terikat dengan keputusan yang telah diputuskan oleh kedua-dua badan tersebut.


DUN Kerajaan Haram UMNO BN Tak Layak Hadiri Sidang



Pakatan Rakyat Perak masih berpendirian bahawa Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam exco yang lain tidak berhak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Khamis ini, demikian dilaporkan oleh MSTAR.


Datuk Ngeh Koo Ham, Exco Kanan semasa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan Penyelaras Pasukan Peguam-Peguam Pakatan Rakyat berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu tidak membenarkan Zambry dan enam exconya memasuki Dewan Undangan Negeri, Khamis ini.


“Banyak kekeliruan telah timbul akibat daripada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu sama ada Zambry dan 6 ADUN yang lain berhak untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ini,” katanya.


Katanya, pada 18 Februari lalu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri telah membuat keputusan untuk menggantung Zambry daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama 18 bulan dan Zainol Fadzi Paharuddin (ADUN Sungai Manik), Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong), Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat), Saarani Mohamad (ADUN Rungkup), Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang) digantung daripada hadir sidang Dewan Undangan Negeri selama 12 bulan.


Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tersebut telah diterima dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 3 Mac.


Tambah beliau, pihak Zambry dan enam ADUN tersebut telah memohon kepada mahkamah untuk satu pengisytiharan berkenaan dengan penggantungan mereka daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri.


Mereka telah mengambil tindakan mahkamah tersebut terhadap Speaker dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul dan kes tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk perbicaraan.


Bagaimanapun pada 2 April lalu mereka telah memohon menarik balik tindakan mahkamah tersebut terhadap Dewan Undangan Negeri dan tindakan terhadap Dewan Undangan Negeri telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut.


Pada 16 April lalu Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua daripada 10 perintah yang dipohon oleh mereka dan sekarang sudah timbul persoalan sama ada Zambry dan enam ADUN yang tersebut di atas boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri.


Oleh yang demikian, katanya, keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Dewan Undangan Negeri masih sah dan berkuat kuasa dan Speaker DUN sebagai pengerusi dan ahli dalam Jawatankuasa tersebut dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah terikat dengan keputusan yang telah diputuskan oleh kedua-dua badan tersebut.


“Sebenarnya kes tersebut tidak harus dibawa terhadap Speaker DUN kerana perlindungan yang diberikan kepada Speaker DUN di bawah Seksyen 3 Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959. Tambahan pula, keputusan Mahkamah Persekutuan merupakan satu pengisytiharan sahaja dan bukannya satu certiorari atau mandamus, katanya lagi.



Pemuda PAS Yang Mesra Media

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/datopamemeriksaperbarisan.jpgKUALA TERENGGANU – Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang baru mengalu-alukan kerjasama pihak media melaporkan setiap aktiviti, program dan kenyataan akhbar yang bakal dibuat dengan adil dan saksama.

Setiausahanya Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata pihaknya bersedia untuk menjadi Dewan Pemuda PAS yang “Mesra Media” sesuai dengan prinsip kebasan akhbar dan etika kewartawanan baik yang diterimapakai.

Mengulas tentang pelantikan beliau ke jawatan tersebut, beliau menyifatkan ia adalah suatu amanah yang besar untuk dipikul.

“Saya selaku Setiausaha yang diamanahkan, sedaya upaya akan memastikan pemuda PAS Terengganu terus berada di landasan yang betul dan istiqamah dalam apa yang telah dirancang,”katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.


Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk mengurus sayap penting PAS itu ke arah menjadi pemuda contoh di Malaysia dan InsyaAllah akan berusaha merampas semula pemerintahan kerajaan Terengganu daripada Barisan Nasional (BN). (Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali mmeriksa perbarisan Unit Amal sebelum merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu)

Sementara itu, Ketua Pemuda yang baru dilantik, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata beliau akan memastikan pemuda-pemuda negeri Terengganu akan menjadi ejen kepada suatu perubahan.

“Pemuda adalah ejen perubahan, pencetus perubahan, pendesak perubahan dan penggerak perubahan,

“kita mahu semua pemuda tidak kira bangsa dan ugama, berubah kepada yang lebh baik, bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam,”ujarnya.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu yang telah bermuktamar kali ke 40 pada 2 Mei 2009 yang lalu menyaksikan perubahan saf kepimpinan yang bakal menguruskan perjalanan organisasi itu bagi sesi 2009/2011.

Mereka yang terpilih menganggotai jawtankuasa pemuda negeri adalah Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah, Ustaz Ridzuan Hashim , Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali, Ustaz Ahmad Kamal Ali

Ustaz Hisyamuddin Abd Karim , Ustaz Jamaludin Jusoh, Ustaz Hazri Jusoh, Wan Mohd Faizul Wan Abas, Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz dan Ustaz Saiful Ambia Darusa

Pelantikan keatas jawatan utama telah pun diputuskan dalam mesyuarat pendek selepas pemilihan, seperti berikut;

Ketua : Yang Berhormat Ustaz Mohd Noor Hamzah

Timbalan Ketua : Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Naib Ketua : Ustaz Ridhuan Hashim

Setiausaha : Saudara Wan Mohd Faizul Wan Abas




Perlantikan Zambry Tidak Ikut Perlembagaan



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan. Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

"Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan."Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.

Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .